Stam Mustapha, October 2009, Prague, Pahang.
Daging busuk, daging salai, daging panggang, daging separuh masak, daging hangus, daging segar, daging haram . Darah daging. Camtulah korang kalau tak pakai otak, jadi ketulan daging bertulang yang bernyawa yang berjalan dan pakai kasut. Ni bukan blog pasal nak masak daging lah!
Friday, December 30, 2011
Mood Gatal
Stam Mustapha, October 2009, Prague, Pahang.
Tuesday, December 27, 2011
Home Improvement 40
"Dimensi selari"
"Apa?" Si Lelaki kurang faham.
"Dalam dimensi lain, dimensi selari, jika wujud rancangan tivi seperti Ripley's Believe It Or Not, adakah ia akan berkonsep sama dengan dunia kita ini?"
"Tak, ianya akan dikenali sebagai Ripley's I Don't Give A Fuck". Jawab Si Lelaki bersahaja.
"Hmm... ataupun mungkin, Ripley's So What, Big Deal". Si Dia pula mengutarakan pendapat.
"Ataupun mungkin, Ripley's Get A Life".
Si Dia merapatkan kedua tangannya sambil mengusap dagu dengan wajah serius, "saya rasa mungkin Ripley's Oh Wow, That's Real Something, You Changed My Life, Oh Wow".
Si lelaki angguk tanda setuju. "Mungkin juga, Ripley's Oh Wow, that's Just Amazing, Really Useful Information, Outstanding Achievement, Oh Wow".
Masih lagi mengusap dagunya, Si Dia berkata "mungkin, mungkin juga Ripley's Holly Fuck, You Fucking Make My Day".
"Mungkin juga Ripley's How's That For Satisfying Your Sick Fetishism?"
Si Dia mencelah, "bukan, saya rasa mungkin Ripley's Since You Don't Have Other Better Things To Do".
"Ataupun mungkin Ripley's Look At These Poor Bastards, Isn't This TV Entertainment Or What?" kata Si lelaki.
"Eh, itu macam lebih kurang sama je konsepnya dalam dimensi ni?" Bidas Si Dia.
"hmm.. believe it or not sayang, you're right." Si lelaki tersenyum. Si Dia membalas dengan senyuman manja.
"Perbincangan ini sangat menarik dan penting, kita patut sambung selepas makan ais-krim" Si Lelaki memberi cadangan.
"Okay!" Balas Si Dia. "Mungkin kita patut tanya pendapat orang tua di meja sana, mereka nampak seperti orang-orang cendiakawan".
"Okay!" Si Lelaki Setuju.
-End-
Monday, December 26, 2011
Home Improvement 39
Setelah tempahan dibuat untuk satu meja hanya untuk mereka berdua. Mereka berdua bersiap dengan sut dan gaun malam paling cantik dan segak. Si lelaki akan membeli bunga, Si Dia pula akan berlakon terkejut dan terharu. Mereka akan berkepit lengan menuju ke arah restoren, terukir senyuman dan mengenakan tongkat dan kaca mata hitam seperti pasangan buta.
Setelah ditunjuk arah pelayan restoren pada meja mereka, mengambil pesanan dan menunggu dihidangkan, mereka akan memerhatikan setiap meja pasangan lain disekeliling mereka disebalik kacamata hitam mereka. Setelah mengenal pasti pasangan yang paling mengjengkelkan sekali, mereka pun bertindak.
Tiba-tiba Si Dia terus berdiri sambil menepuk meja dengan telapak tangannya.
"How dare you!" katanya marah dan berpura-pura.
Spontan sebagai reaksi atas kemarahannya itu, dia meraba-raba gelas minuman dan menyimbah isinya pada arah yang disangka Si Lelaki berada, tetapi sebaliknya terkena pada muka seorang perempuan di meja bersebelahan yang sedang makan malam romantis bersama pasangannya. Pasangan yang dikenal pasti mereka sebentar tadi sebagai mengjengkelkan.
Jadi kononnya temujanji romantik mereka itu sudah berakhir dengan salah faham, lalu Si Dia terus menuju ke arah pintu keluar restoren, teraba-raba berlagak seperti orang kurang upaya penglihatan, melibas meja pasangan lain dengan tongkat orang butanya.
Menjerit mereka keperitan apabila kaki-kaki mereka dilibas sambil Si Dia pura-pura meminta maaf tanpa henti sambil meraba jalan ke arah pintu keluar. Pasangan lain tergamam.
Si Lelaki pula setelah meninggalkan sejumlah wang diatas meja berusaha mengejar Si Dia yang berlakon merajuk dalam langkah yang gelap dan teraba-raba juga, mengulangi aksi melibas tongkat dan melanggar meja setiap pasangan dalam laluannya. Disebalik keluhan dan makian orang dia tidak putus meminta maaf.
Setelah mereka keluar dan berada jauh dari restoren, barulah mereka melangkah dan berlari seperti biasa sambil ketawa puas. Puas kerana malam itu mereka telah melakukan satu perkara yang baik dan mulia kerana membantu menjadikan makan malam romantik setiap pasangan direstoren itu yang hampir sempurna lalu membosankan, dan mungkin dilupakan, menjadi yang paling tidak sempurna tetapi paling istimewa dan paling diingati dan suatu hari nanti mereka akan sedar kerana ketidaksempurnaan itu ia akan menjadi kenangan yang paling manis buat mereka.
Sunday, December 25, 2011
Take Care, Take Care, Take Care
Selamat bercuti.
Monday, December 19, 2011
Monolog Hari Isnin Saya
Lalu untuk mendapatkan kembali akses internet, perlu bayar. Perlahan, lembab atau sebangang manapun khidmat yang ditawarkan tetap tidak percuma. Dari rumah aku ada tiga destinasi yang wujud Maxis Centre. Pertama arah pekan Banting, kedua Bandar Baru Nilai dan ketiga Alamanda Putrajaya. Jarak ketiga-tiganya adalah lebih kurang sama.
Sebab rasa diri terlalu kool untuk lepak Banting, Bandar Baru Nilai pula tidak cukup hip, jadi Alamanda menjadi pilihan terakhir. Satu tentang Alamanda, setelah lebih setahun ianya menjadi shopping komplek dan panggung wayang paling hampir sejak aku berpindah, hari minggu (Isnin - Jumaat), terutama ketika rehat tengahari (atau kadang-kadang seperti setiap masa) ianya akan 'diselubungi' oleh segerombolan wanita dan gadis berbaju kurung dan pemuda berkemeja dan berseluar 'slek' (sampai sekarang aku kurang pasti ejaannya).
Seperti 'sekawan' lebah (atau lalat) mengerumuni setiap penjuru Alamanda. Mendominasi jauh lebih banyak dari jumlah pelawat yang berpakaian kasual dan 'memang-dressing-nak-lepak-shopping-komplek'. Ini ialah satu permandangan unik yang istimewa hanya di Alamanda, tidak seperti mall lain di Malaysia.
Mungkin hanya perasaan aku, kadang-kadang rasa rimas, terutama bila aku berseorangan, terasa seperti mereka melirik aku dengan pandangan hina, mungkin kerana terserlah aku bukan dari kalangan mereka, berseluar jeans koyak atau berseluar pendek dan memakai selipar dan t-shirt pada hari Isnin, bukan hari minggu. Mungkin pada mereka hidup aku tiada masa depan dan tidak terjamin. Celaka betul pekerja gomen. Dan semenjak Alamanda menjadi destinasi rutin, aku semakin berbulu dengan pekerja kerajaan dan penjawat awam.
Kerjaya aku selama lebih lima tahun tidak memerlukan aku berpenampilan kemas dan dressing smart ke tempat kerja. Sikat rambut pun tak perlu. Tiada rakan sekerja perempuan untuk bertukar gossip dan membuat tempahan kuih raya. Tidak perlu menjaga imej korperat. Uniform hanya untuk menunjukkan keorganisasian syarikat kepada pelawat. Aku tiada hari minggu, hari minggu aku boleh menjadi hari apa sahaja setiap minggu. Waktu kerja aku 12 jam sehari. Tapi aku yakin gaji mereka hanya setengah pendapatan bulanan aku. Malah aku bayar sebab setiap bulan dan tahun gaji aku kena potong untuk cukai pendapatan.
Bukan aku benci semua orang gomen, mak bapak dan semua adik-beradik aku juga penjawat awam, cuma mungkin orang gomen di Alamanda, kerana mungkin mereka ada rasa mereka sedikit istimewa, the special one, the special breed, sebab mereka penjawat awam yang bekerja di PUTRAJAYA. Ada semacam satu pride disitu, kot. Pundek ah.
Kadang-kadang dengan tag nama masih tergantung dileher, dengan blazer rasmi mereka, shinny and pressed slacks and those stupid pointy leather shoes. Selalunya pada awal bulan akan memenuhi restoren fastfood eksklusif (dapat gaji) dan semakin dipenghujung bulan hanya lepak KFC dan mungkin McD (a rare luxury).
Aku yakin pegawai berjawatan tinggi tidak akan habiskan waktu lunch hours lepak shopping komplek, tidak mempunyai terlalu banyak masa santai untuk masih sempat window shopping atau tengok wayang. Sebab memang jarang nampak golongan pakai smart yang berumur berjalan beramai-ramai dan dalam kumpulan lelaki perempuan. Mulut bising dan ketawa kuat.
Kerana mereka memandang hina aku, aku jadi malas nak mengorat, walaupun ramai yang sedap dipandang. Jadi jangan cuba terangkan pada aku pepatah jangan hakimi buku melalui kulit kerana mereka pun sama.
Lebih-lebih lagi bila aku terpaksa berhadapan dengan 'mentaliti kerajaan'. "Kerja gomen ni bagus, senang buat loan, susah kena buang kerja, hidup terjamin". Bila suruh kahwin mak suruh cari pekerja kerajaan.
Seperti terlalu dimanja. Mula jadi mengada, buat kerja lembab dan malas (ok bukan semua). Pekerja swasta dan persendirian macam aku diajar untuk bekerja keras dan mengumpul duit untuk membeli apa yang dihajati. Maklumlah nak buat loan susah. Mahu duit lebih, kerja lebih. Barulah terasa you earn your money. Barulah terasa ke-manhood-an (atau ke-womanhood-an) nya. Prestasi kerja perlu dijaga dan meningkat, jika tak mahu dipecat. Kalau layak maka cepatlah naik gaji, tak perlu tunggu konfirm sampai bertahun-tahun dan ambik peperiksaan.
Yang paling best, boleh rebel dan kutuk kerajaan sesuka hati. Baru terasa hidup bermakna dan 'hidup'.
Begitulah pengalaman saya hari ini, hari Isnin pergi ke Alamanda Putrajaya.
Sunday, November 27, 2011
Permata From Down Under
Sweet.
Thursday, November 24, 2011
.......
Minggu yang sayu. Baru kehilangan 3 orang kenalan serentak, they were so young. Terfikir sempat ke luahkan hati sebelum dijemput tuhan. Tapi tak mahu bercakap mengenainya, hanya mahu dia berdekatan, here, existed, being and whole. Pandang dia dan lupakan segalanya.
Tuesday, November 22, 2011
Toaster
Friday, November 18, 2011
Home Improvement 38
"Cinta itu", katanya, " adalah seperti cuba menghisap rokok yang basah selepas mengharungi hujan. Kau boleh cuba membakarnya, tapi kau akan menyedut asap yang bercampur air tembakau yang pahit rasanya. Jika kau sanggup telan dan ludah segala kepahitan itu, lama-lama api yang membakar rokok itu akan membakar juga. Tapi jika kau sabar menunggu hingga rokok itu kering, mungkin nikmat rokok itu sudah kurang, tapi kau tetap dapat membakar dan menghisapnya, mengerti?"
Si Lelaki rasa macam nak cucuh rokok pada perut rakannya yang sedang tersengih itu tetapi dia hanya mengangguk seakan faham.
"Cinta itu", katanya lagi, "adalah seperti cuba membakar rokok dengan pemetik api yang basah, walaupun berkali dipetik, hingga ibu jari melecet, api akan tetap terpadam tanpa sempat membakar hujung rokok, sebaliknya kau akan tersedut gas pemetik api yang membahayakan kesihatan,"
"Hisap rokok pun membahayakan kesihatan," Si Lelaki mencelah.
"Hisap rokok itu untuk kenikmatan, hisap gas pemetik api buat apa?" Rakannya membalas separuh jengkil.
"Cinta itu," sambungnya kembali, "adalah seperti menghisap rokok, kenikmatan yang lama-lama memudaratkan, tapi tak mengapalah kalau mahukan kenikmatan terpaksalah berkorban, cuma pastikan pemetik api kau berfungsi dan berkeadaan baik, dan elok dibuang saja rokok yang sudah basah kerana ianya sudah rosak dan lemau, mengerti?"
Si Lelaki rasa seperti mahu berhenti merokok dan memijak perut rakannya yang sedang tersengih itu tetapi dia hanya mengangguk seakan faham.
Friday, November 4, 2011
Home Improvement 37
Tuesday, November 1, 2011
Basikal
Home Improvement 36
Wednesday, October 26, 2011
Gitar
Saturday, October 22, 2011
Bumped
Thursday, October 20, 2011
Real Steel Is OK
Feline
Tengkujuh
Saturday, September 10, 2011
Pills
Friday, September 9, 2011
Home Improvement 35
Saturday, August 27, 2011
Perutusan Hari Raya
Home Improvement 34
Mereka berdua gilakan minuman yogurt kosong lemak Nestle Bliss perisa timun dan limau nipis. Si Dia juga terlalu menggemari jus tomato
Antara hari-hari diantara puluhan hari bila mereka tidak sehaluan, ketika Si Lelaki keluar mencari rezeki, Si Dia keluar dari perkurungan biliknya, merenung pintu peti sejuk dan berharap ada nota kemaafan dari Si Lelaki tertampal diatasnya. Ketika hatinya baru berkira-kira untuk beralah, bertambah murka apabila hanya ada nota yang berbunyi “hari ni balik lambat, tak payah tunggu” dan diakhiri dengan sebuah ‘pengikat kata’ yang membuat darahnya kembali mendidih:
“ : P “
Lalu, demi meluahkan rasa tidak puas hati dan kekerasan hati wanitanya, Si Dia bercadang untuk memenuhkan peti ais mereka dengan jus tomato
Di pasaraya berhampiran rumah mereka, bekalan jus tomato
Tanpa mengenal erti putus asa Si Dia bergegas pula ke pasaraya seterusnya, menekan hon kepada setiap kenderaan yang bergerak perlahan yang menghalang perjalanannya termasuk kepada kanak-kanak dan orang tua dan orang buta yang cuba melintas jalan namun disitu juga tiada menjual jus tomato
Masih optimistik, Si Dia memandu lagi hampir setengah jam ke pasaraya kelima untuk hari itu, melanggar dua lampu isyarat merah, hampir disaman polis peronda dan menghabiskan lagi hampir 40minit mencari parkir kereta. Apabila berdiri dihadapan sebaris rak yang tidak diisi, matanya mula bergenang. Rak kosong itu ditenungnya seperti melihat tragedi kehidupan yang dilemparkan kembali padanya, dalam bentuk gambaran ladang tomato dunia yang ketandusan dan mati, diserang mahluk perosak dan kemarau dahsyat. Lebih-lebih lagi, bila di rak bahagian bawah tersusun indah deretan botol minuman yogurt kosong lemak Nestle Bliss, kesemuanya perisa timun dan limau nipis.
Terasa seperti dirinya dipermain-mainkan takdir, Si Dia meramas erat pemegang troli kosong dengan kedua tangannya, sambil terpejam menahan air mata, menjerit sekuat hati dihadapan rak kosong itu, di dalam pasaraya itu, ditengah-tengah kesibukkan orang ramai membeli belah.
“aaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...!!!!!!!!!!”
Seluruh isi pasaraya tergamam, serentak berlari seorang pekerja lelaki pasaraya kearah suara jeritan Si Dia.
“Kenapa kak, kenapa kak?” Tanya pekerja paling cemerlang untuk bulan Ogos pasaraya itu dengan wajah cemas.
“dunia apa ni! Takkan satu jus tomato
“err.. jus tomato
“Macammana boleh habis? Awak tahu tak betapa pentingnya jus tomato tu?!!”
“err.. tahu, err.. memang penting. Ia adalah antara produk berkualiti. Kandungan lemaknya rendah, ianya juga kaya dengan vitamin A dan C dan antioksidan yang tinggi. Selain itu ia juga mempunyai khasiat lycopene dan astringen yang baik untuk kesihatan kulit dan mengekalkan keremajaan” jawab pekerja pasaraya yang cemerlang itu dengan yakin. Sebagai pekerja cemerlang, dia ambil tahu kelebihan dan amat mengenali setiap produk dipasaraya itu. Anugerah pekerja cemerlang untuk bulan September sudah mula terbayang dalam kepalanya.
“Apa yang kau merepek ni?!!” Si Dia menjerit. “Jus tomato
“Err.. ya ya ok sorry kak, please jangan menangis, malu lah ni semua orang pandang”
Si Dia sekarang sudah mula menangis dengan tidak terkawal. Pekerja cemerlang pasaraya semakin menggelabah
“Mana ada rasa dia macam kicap, betul ke rasa dia macam kicap ha?” Si Dia tersedu-sedu.
Pekerja cemerlang pasaraya cemas, dia tidak tahu, dia belum pernah minum jus tomato
“Itu sodium la!! Apa salahnya ada sodium sikit? Doktor cakap tak salah pun makan makanan ada sodium sikit haaa…” Tangisan Si Dia belum reda.
“ok kak, ok kak, err…” Pekerja cemerlang pasaraya perlu pantas mengawal keadaan. Menyedari tidak ada jus tomato jenama lain dipasaraya itu maka dia perlu pantas memikirkan produk alternatif lain sebagai gantian, yang penting produk itu harus mempunyai nilai kesihatan, ataupun maruah wanita, ataupun kedua-duanya sekali, pekerja cemerlang pasaraya buntu. Mana nak cari produk makanan yang melambangkan maruah wanita? Kacip Fatimah?
“Buat apa aku nak minum kacip fatimah?! Taknak, taknak taknaakk…!!!”
“ok kak, ok kak sorry.” Pekerja cemerlang pasaraya itu kembali menggelabah. Akhirnya dia terpaksa mengambil tindakan drastik, menawarkan harga promosi yang tidak munasabah, tidak wujud dan yang direka-reka untuk produk pertama sekali yang terlintas difikirannya. Tindakan ini wajar kerana situasi sudah semakin meruncing, walaupun terpaksa menanggung kerugian, yang dia akan bayar sendiri dari poketnya, semua ini perlu untuk kebaikan yang lebih besar, supaya pelanggan lain tidak lari ketakutan. Pekerja cemerlang pasaraya itu yakin pengorbanan dia ini akan dihargai pengurus pasaraya dan dia akan dianugerahkan pekerja cemerlang untuk tiga bulan berturut-turut atau mungkin dinaikkan pangkat kepada penyelia.
“takpa kak, kami ada promosi untuk minuman yogurt Nestle Bliss. Jikalau akak membeli secara pukal iaitu sepuluh botol, kami akan memberikan diskaun sehingga 50%, eh bukan 70%!! Macammana kak?”
Mendengar nama minuman yogurt Nestle Bliss, hati Si Dia semakin panas, tetapi mendengar perkataan ‘70%’, tiba-tiba keegoaannya yang membara tadi seperti dilembutkan.
“70%?” tanya Si Dia sambil menyedut hingus.
“ya kak, 70%, promosi ni sekali je seumur hidup.”
Tidak lama kemudian kelihatan Si Dia berada di depan kaunter pembayaran bersama sebuah troli yang dipenuhi botol minuman yougurt kosong lemak Nestle Bliss, lebih separuh daripadanya adalah perisa timun/limau nipis. Pekerja cemerlang pasaraya berada di belakang kaunter pembayaran sedang mengira bil pembelian dengan 70% diskaun ditolak dari gajinya sendiri tetapi tersenyum puas kerana berjaya membuktikan keupayaannya mengawal situasi kecemasan tanpa bantuan sesiapa. Sambil memerhatikan kad kreditnya digores pekerja cemerlang pasaraya, Si Dia menyedut hingus dari hidungnya yang kemerahan sambil
Sunday, August 21, 2011
Bugs
Tuesday, August 9, 2011
Tuesday, August 2, 2011
Norwegian Wood
It all started with the three of us. She was my Naoko, he was my Kizuki. But my Kizuki didn’t kill himself. He fucked up, he betrayed me, his best friend. But then my Kizuki apologized, yet he was unable to do the right thing, fix his own mess and take it like a man. So there it was, he is as good as dead to me, and he left me a burden, he left me my Naoko, all hurt and shattered.
My Naoko had a childhood of disappointment and betrayal. Make worse by the wound left by my Kizuki. I stayed by her side as long as I could, long enough until I neglected my own right for a happiness.
But then just like how the story goes, my Naoko never really loves me. Rather than kill herself too, she married another man. And the same with my Kizuki, she is as good as dead to me. I was heartbroken none the less, but rather than taking my sorrow traveling and hitchhiking and sleeping in a sleeping bag in an unknown town along the coast of Japan listening to some fisherman mellowing out about his dead mother, I sink in a workloads of a heavy chemical industry and made rm35000 a year, unintentionally shutting everyone out of my life as I go along.
In the mist of all these shits, you came upon my life, my Midori. And you manage to fascinate me with your wild imaginations and charming intelligences. We share a lot in common. Interests and tastes. I was completely drawn to you. I may as well might have hit the jackpot.
So yeah, there was never the moment of playing guitar on a roof top watching a burning house and clumsy kisses. You are seeing someone and I am too busy living in the past of memories of a girl who took me for granted.
But please believe me so when I tell you that;
You are not a handful, not a fucking bit.
The matter of fact is, I can’t get enough of you. I wish there were more, I want more of you. I don’t want us to be just mere stranger (beautiful or not). You said it yourself, that we are two of a kind. So then why shouldn’t we be together?
I have a wish, I have an evil urge to ask you, to beg you to dump your boyfriend and run away with me doing crazy things like what two beautiful twisted minds ought to be. I want to make a lot of babies with you and we raise them like herds, big fat healthy happy herds and we gonna have farm and chicken and kebun durian and drink coffee on the berendah making fun of the first lady. I want us to argue and fight over trivial things like whose turn is it to pick up the kids at school and whose snore the loudest and sometime I have to sleep on the couch and we both would not speak to one another at the dinner table for two days or less. I want us to hate each other’s in-laws guts and get annoyed with each extended family. I want to grow old with you all weary and beaten-up going through all the crazy shits with you, together. I want it to be as real and as normal as it get. I don’t care about doubt and second thought or regrets and proud to say that this is the best mistake the two of us ever did.
It’s like that all the shits and everything that ever happened to me has a reason, and the reason is you. YOU. You are a godsend and I love you.
Sunday, July 17, 2011
Home Improvement 33
Tuesday, July 5, 2011
Home Improvement 32
Wednesday, June 22, 2011
Republik Kutu - Sudah Terbit
Republik Kutu
RM20
Pos Laju RM5
Pos Biasa-biasa RM1
Untuk maklumat lanjut sila ke: Republik Kutu
Monday, June 13, 2011
Orang Hodoh Cantik: Duan
Monday, June 6, 2011
Orang Hodoh Cantik: Jauhari
Monday, April 11, 2011
Home Improvement 31
Lalu bila Si Lelaki akhirnya memulakan kata, Si Dia perlu dengar dan tumpu.
"saya rasa... Mates Of State ialah band pasangan suami-isteri yang terbaik"
"saya setuju, Jason dan Kori masih bahagia hingga sekarang. Walaupun saya rasa mungkin Ira dan Georgia sudah tubuhkan Yo La Tengo sejak 1984 lagi, kita patut beri mereka lebih kredit"
"oh ya ya betul, macammana saya boleh lupa Yo La Tengo, saya membesar dengan lagu mereka"
"bukan, kita berdua membesar dengan lagu mereka..."
dan untuk pertama kali selepas entah berapa lama, mereka berdua saling tersenyum ikhlas dengan pandangan mata yang selari.
"awak tahu.. Win Butler dengan Regine Chassagne sudah lama kahwin"
"Arcade Fire?"
"yeah"
"oh how sweet.."
"kan bagus kalau.. akhirnya Ben Gibbard berkahwin dengan Jenny Lewis, kan?"
"haha... tapi mungkin Ben kena berebut dengan Jimmy Tamborello"
"haha, tapi saya rasa Jimmy lebih sesuai dengan that chick in Styrofoam, ataupun Yvonne Lambert"
Ketawa hampir bertukar kekok bila pandangan mata mereka bertemu kembali. Tempoh senyap pun bermula untuk seketika.
"okay.. how about this one, Damien Rice dengan Lisa Hannigan"
"oh my god that is so such a must! Mereka pasangan paling sempurna. Irish couple are the most romantic"
Tempoh senyap bermula kembali
"The White Stripe?"
"mereka sudah bercerai"
"hehe... okay, how about Quasi?'
"err... Quasi? Awak bergurau ke?"
"tak serius, Quasi, mereka pun pasangan suami-isteri"
tapi sayang, Quasi suck!"
Tempoh senyap bermula untuk tempoh lima saat, pandangan mata masih setentang dan selari, cuma sepasang dikecilkan dengan kerutan di hati, sepasang lagi hampir berair dikulatkan dengan satu sengihan kambing.
.............
"saya mengantuk, saya masuk tidur dulu. And I'm locking the door"
Bam! Bunyi pintu dihempas.
Wednesday, March 30, 2011
Calling no other girl but one -
"tak tahu"
"lima minit cukup?"
"tak tahu"
"lebih baik berdiri jauh sikit"
jadi selepas waktu ketuhar gelombang mikro itu di set, mereka berdua berlari berlindung dibelakang kaunter dapur. Sesaat kemudian piring ketuhar gelombang mikro mula berputar dan lampu didalamnya menyala, menyuluh telefon bimbit mereka berdua disebalik pintu kacanya.
Si Lelaki ada terbaca, setiap kali berbicara, 10000 jenis bakteria dan virus melekat pada telinga dan disedut kedalam mulut. Jadi mungkin dengan gelombang mikro ketuhar itu mampu membunuh kesemua sekali 10000 jenis itu, dan mereka berdua selamat untuk berkongsi cerita lagi melalui telefon bimbit masing-masing.
mereka berdua ketawa kecil sambil berpandangan, ketawa kerana berjaya mebunuh 10000 jenis bakteria dan virus, juga ketawa memikirkan mereka mungkin telah melakukan perkara yang bodoh, untuk lagi sekali, selagi ia menyeronokkan.
"alamak, saya lupa untuk matikan telefon saya, macammana kalau ada panggilan nanti?"
"tak tahu, mungkin ketuhar itu akan meletup?"
"nasib baik kita selamat berlindung disini"
mereka ketawa kecil lagi.
"macammana kalau selepas ini telefon kita itu rosak?"
"oh well, masih ada e-mail"
dan selepas itu mereka boleh menulis dengan penuh perincian dan gambaran lengkap tentang kapal terbang biplane, belon udara panas dan majikan mereka dan jiran mereka dan kucing mereka dan segala-galanya.
mengagumi satu-sama lain, menceriakan hari mereka.
Monday, March 7, 2011
Jenaka Industri Berat
di tempat saya bekerja ada jawatan ini: Shift Superintendent yang disebut secara ringkas sebagai SS. Seorang SS ada pembantunya, digelar sebagai junior SS. Kerana jika disebut sebagai Assistant Shift Superintendent, maka singkatannya adalah: ASS.
Jenaka 2:
Budak Baru: gua ada kemuskilan, setiap pam air ada standby pump dan juga emergency pump. Apa beza keduanya? Kenapa emergency pump itu kecik dan berkapasiti lebih rendah dari pump standby?
Budak Lama: Kalau kapal pelayar cruiser itu, pasti ada emergency boat bukan? Kenapa tidak dibuat emergency boat yang sama besar dengan kapal pelayar itu sahaja? Kenapa tidak dibuat juga sebijik loji emergency yang sama besar dengan loji ini disebelahnya? Kalau ada masalah hanya tekan butang dan switch dari plant A ke plant B?
Budak Baru: tidak usahlah menyindir gua sebegitu brader.
Seronokkan kerjaya saya? Walaupun tidak seglamer dan se-cool menjadi produser lagu sepenuh masa ataupun jurufoto profesional ataupun DJ kelab malam ataupun penulis prolifik ataupun pelakon teater dan filem pendek ataupun pelukis ataupun pemuzik jalanan ataupun pekerja kerajaan yang menghabiskan 6 bulan daripada setahun waktu kerjanya menghadiri kursus di pusat peranginan menggunakan duit cukai pendapatan yang saya bayar.
Monday, February 21, 2011
Cerita Sedih
Okay, mungkin ini lebih kepada mengulas novel The Dogs of Babel karya Carolyn Parkhurst, buku paling sebak aku untuk 2011 (walaupun sekarang baru bulan Februari). Aku mengaku mata aku digenangi air membaca buku ini, sesuatu yang amat jarang berlaku dengan perbuatan membaca. Kejadian yang hanya dua kemungkinan penyebabnya: sama ada tulisan itu benar-benar menyentuh atau terlalu bodoh diluar jangkauan manusia. .
Dari aku habiskan puluhan perkataan memuji karya bangsa asing ini, ada baiknya jika aku lebih fokus pada bagaimana aku menilai sesuatu karya itu 'menyentuh perasaan' (baca: poignant) ataupun tidak. Sedar atau tidak, suka atau tidak, mempunyai karya yang dikaitkan dengan perkataan 'menyentuh perasaan' itu merupakan satu pujian yang mengukur tahap kejayaan karya itu. Jika diberi pilihan dua karya hebat, dengan satu telah diulas sebagai 'kreatif dan bijak'. Sementara satu lagi diulas sebagai 'kreatif, bijak, dan menyentuh perasaan', cuba tanya diri sendiri yang mana kamu akan pilih dulu dan beli dan baca? Bayangkan juga, jika sesuatu karya itu diulas sebagai 'kreatif, bijak, menyentuh perasaan dan juga kelakar pada masa yang sama'. Itu secara automatik adalah huraian bagi = sadis, sinikal dan ironik. Selling point untuk sebuah karya yang boleh laku dan mungkin mempunyai nilai falsafah dan seni.
Hell, mari kita bermain disini, dan cuba kamu fahami maksud aku:
- 'seram dan menyentuh perasaan'
- 'kelakar dan menyentuh perasaan'
- 'memberi inspirasi dan menyentuh perasaan'
- 'absurd dan menyentuh perasaan'
- 'romantik dan menyentuh perasaan'
- 'politikal dan menyentuh perasaan'
- 'radikal dan menyentuh perasaan'
dan terakhir sekali:
'agak membosankan tetapi menyentuh perasaan'
Walau yang terakhir itu sekalipun mampu menarik minat. Betapa besarnya kesan jika ditambah elemen 'menyentuh perasaan'. Tidak dinafikan, kebanyakkan manusia adalah a sucker for tear jerker. People are drawn to tragedy. They want to know about it, they want to learn from it. Menghasilkan cerita yang ‘bertema’ kesedihan memang mudah. Tiada lain selain dikaitkan dengan kematian dan kekecewaan akibat dari kehilangan itu. Tetapi ianya belum tentu menyentuh perasaan. Begitu juga, agak mudah membuat orang menangis. Kerana kadang-kadang si penulis atau pengarah hanya perlu mengusik emosi pembaca/penonton dengan kenangan silam mereka. Cerita mereka hanya mengingatkan penonton pada tragedi yang pernah menimpa mereka, membuka kisah duka lama mereka, bukannya kerana cerita itu ‘menyentuh perasaan’, walaupun cerita itu ‘menyedihkan’. Mereka sebenarnya tidak peduli pun tentang tragedi cerita itu, hilang fokus pada cerita dan hanya mahu membelai perasaan sendiri. Maaf tapi bagi aku, cerita yang kononnya ‘menyentuh perasaan’ itu sudahpun gagal. Cerita yang ‘menyentuh’ perasaan tidak semestinya membuatkan pembaca/penonton menangis. Ia hanya perlu satu babak, satu adegan yang paling powerful, paling poignant that it caught them by surprise. Satu sahaja babak yang mempu membuat pembaca/penulis terdiam selepas babak-babak sebelumnya ceria dan mencuit hati.
Pada sekitar tahun 1997, ada satu cerita pendek berlegar dalam mailing list dan e-mail mengenai kisah cinta seorang lelaki yang tidak memiliki perwatakan menarik berjaya memikat hati seorang gadis jelita. Kerana tersilap cakap akibat gugup memesan minuman kopi dengan garam ketika minum bersama, dan akhirnya terpaksa membuat cerita untuk cover line mengatakan pada gadis bahawa dia selalu minum kopi dengan garam kerana teringatkan zaman kanak-kanak dan kampung halaman di tepi pantai dan air laut, yang akhirnya membuatkan si gadis terpikat dengan cerita itu, serta terpikat dengan dirinya. Ini ialah permulaan yang lucu.
Kemudian di bahagian kedua cerita mereka akhirnya berkahwin dan hidup bahagia hingga ke tua dan si isteri semenjak berkahwin akan menghidangkan air kopi dicampur garam untuk suaminya kerana dia sangka itu kesukaan suaminya. Hinggalah ke akhir hayat si suami (okay ini masih belum sedih, kerana kalau dah tua pastilah manusia akan mati, tak kiralah jika dia mati akibat darah tinggi kerana terlebih garam – that’s not the point). Si suami telah meninggalkan wasiat kepada isterinya, dalam wasiatnya dia menulis: “selama kita hidup bersama, saya tidak pernah sekalipun tidak bersikap jujur kepada awak kecuali satu, tentang kopi masin (si suami memang selalu terkenangkan kampung halaman dan zaman kanak-kanaknya di pantai, cerita itu adalah jujur dan ikhlas, Cuma tidaklah sampai sanggup minum kopi dengan garam), saya tidak pernah sukakan rasanya yang pelik, tetapi kopi masin itulah yang membuatkan kita bersama dan awak jatuh cinta dengan saya. Jika saya diberi peluang untuk hidup kembali pun saya sanggup minum kopi masin itu lagi untuk bersama awak” – okay ini ialah saat dimana kita juga turut tersentuh membaca wasiat si suami. Inilah babak sedih dan menyayat hati yang kita tunggu dalam cerita ini, bukannya saat si suami itu mati kerana sakit tua.
Ayat power yang menutup cerita ini ialah selepas kematian suaminya, si isteri akan minum kopi masin juga untuk mengingati mendiang suaminya. Dan kopi masin itu ialah kopi paling manis. Cerita ini ialah cerita cinta yang sangat manis, sangat sweet. Ia tidak berniatpun untuk membuat kita menangis, dan jika kita termenangis kerana tersentuh dengan semanisannya, jadi cerita ini sangat bagus.
Tidak perlulah seperti drama-drama Rashid Sibir di hari raya yang wataknya sentiasa malang dan mati, mati semuanya untuk menutup cerita. Mungkin juga tuhan sudah bosan dengan watak yang selalu menangis dan bernasib malang dalam cerita itu maka Dia matikan semuanya. Dari mula cerita hingga akhir sentiasa bernasib malang dan bersedih sahaja. Maybe it work untuk membuatkan some whiny sissy menangis, tetapi kadang-kadang jadi menyampah jugak.
Dalam filem Good Will Hunting, babak paling menyentuh ialah ketika watak-watak berehat makan selepas penat bekerja di tapak pembinaan, ketika Ben Affleck menasihati atau mungkin memarahi Matt Damon: “kau ada anugerah dan kelebihan yang kami semua tak pernah ada, kau ada peluang cerah dalam hidup. Aku ni kawan baik kau, kau tahu hari-hari aku datang rumah kau ambik kau pergi kerja, aku sentiasa berharap satu hari nanti kau tiada dirumah, pergi begitu sahaja, tinggalkan kami tanpa ucapan selamat tinggal, pergi mengejar peluang kau. Dan aku tak akan ambik hati sedikit pun, aku akan tersenyum gembira untuk kau, buat apa kau nak hang-out dengan loser macam kami (okay something like that, aku dah lupa dialog sebenarnya)”. Aku mengaku aku sangat tersentuh dengan babak itu karana aku sangat tidak mengjangkakannya. Ia lebih menyentuh dari babak Ben Affleck dan kawan-kawannya mengumpul duit dan menghadiahkan Matt Damon sebuah kereta buruk, dengan harapan suatu hari nanti Matt Damon akan keluar dari slum itu mengejar potensinya dan berjaya dalam hidup.
Filem The Time Traveler’s Wife ialah sebuah cerita yang sangat menyentuh perasaan (aku tidak pernah membaca novelnya). Tetapi bukan kerana watak suami itu akan mati, tetapi tentang ketabahan isterinya bersuamikan lelaki yang selalu hilang begitu sahaja ke waktu yang lain. Dan yang paling menyentuh, ialah bagaimana si suami akhrnya berjaya menentukan hari bilakah ajalkan akan tiba, supaya dia akhirnya diberi kesempatan untuk bersedia dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya. Juga tentang bagaimana si isteri dan anak akan sentiasa menunggu kemunculan suaminya yang kembali ke masa hadapan walaupun ketika waktu sebenarnya dia sudah lama mati.
Dalam biografi Jim Knipfel, Slack Jaw, walaupun biografi tu menceritakan saat bagaimana dia mengetahui dia mengidap penyakit retinitis pigmentosa, dan penglihatannya akan semakin kabur sebelum dia dijangkakan akan buta sebelum umur 35 tahun, okay sure, that is sad tetapi Knipfel tidak suka orang bersimpati dengannya dan sepanjang biografi itu aku sentiasa tersenyum membaca pandangan sinis Knipfel pada kehidupan dan masyarakat disekelilingnya. Cuma bab yang membuat aku terdiam dan tersentuh ialah ketika satu malam Krismas, Knipfel berseorangan di sebuah bar yang lengang di New York, duduk minum bersama beberapa orang tua yang kesunyian. Dan pandangan matanya yang semakin kabur, di dalam bar yang malap pencahayaannya itu, Knipfel hanya nampak hujung rokoknya yang sedang menyala. Ketika itu Knipfel merasa sama tua dengan orang-orang tua disekelilingnya, weary of life. Knipfel sememangnya bencikan suasana krismas dan segala kepalsuannya. Jukebox di bar itu tidak memasang lagu krismas tetapi lagu-lagu mellow Sinatra. Dan ayat terakhir bab itu, iaitu ayat paling power yang menutup bab itu, Knipfel menulis itu ialah malam krismas paling indah sepanjang hidupnya.
Okay , kembali kepada novel The Dog of Babel. Seorang professor linguistik di sebuah universiti, Paul, telah kehilangan isterinya yang dipercayai terjatuh ketika memanjat sebatang pokok epal di halaman belakang rumah mereka. Ini ialah permulaan cerita. Jadi awal-awal lagi kita sudah boleh agak ini ialah ‘cerita sedih’. Daripada membelai pembaca dengan adegan meraung atau di majlis pengkebumian dimana ada rakan baik yang memujuk “kalau lu menangis sampai buta pun dia takkan hidup kembali brader” kind of shits. Mahupun tiada juga selepas itu dia membenci pokok epal sepanjang hayatnya atau separuh novel dipenuhi kisah percintaan dari orang baru, seorang pengganti lalu meneruskan hidup dengan bahagia. Tidak mungkin, penulis adalah terlalu bijak untuk mereka cerita yang sebegitu.
Sebaliknya kita dibawa terus kepada persoalan, apakah yang sebenarnya berlaku? Kenapa isterinya tiba-tiba memanjat pokok epal? Adakah ia satu kemalangan seperti yang diputuskan oleh polis atau isterinya bunuh diri? Satu-satunya saksi kepada kejadian itu ialah anjing mereka, Lorelai. Jadi Paul berazam untuk mengajar Lorelai berkomunikasi dengannya, sambil membuat alasan kepada rakan sekerjanya itu ialah kajian terbarunya dalam bidang sains linguistik. Semua itu kedengaran kelakar dan ya, ia sememangnya kelakar tetapi jika kamu menghayati watak Paul, kamu tak akan sanggup ketawa. Selebihnya novel ini mengimbau kenangan silam mereka, yang bukan saja-saja penulis tulis untuk menaikkan mood melankolik atau nostalgia, tetapi untuk memperkenalkan watak isterinya dan sifatnya yang mempunyai kaitan dengan kecenderungannya untuk membunuh diri.
Selepas beberapa bab dalam novel ini barulah akhirnya Paul meraung, itu pun selepas berbulan isterinya mati, pada suatu malam bila Paul tidak boleh lelapkan mata lalu dia menonton tivi dan tertonton satu rancangan tele-komersil menilik nasib. Selepas bosan menonton rancangan itu dan ketika mahu menutup tivi dan menyambung tidur tiba-tiba terdengar suara mendiang isterinya dalam tivi, menelefon tukang tilik nasib (ia adalah ulangan rakaman untuk tujuan promosi lewat malam).
Dan novel ini TIDAK berakhir dengan kejayaan Paul berkomunikasi dengan anjingnya. Sudah tentulah ianya mustahil dan tidak logik. Anjing tidak mampu berkata-kata. Novel bagus tidak akan mengakhiri cerita dengan sesuatu yang boleh diagak seperti itu. Tetapi Paul berjaya merungkai misteri kematian isterinya dengan pengakhiran yang tidak dijangka langsung dan sangat menyentuh perasaan. Aku malas tulis disini, pergilah cari buku ini di pasaran dan baca sendiri.
Jadi what’s the deal dengan cerita-cerita ‘sedih’ dan menyentuh perasaan ini? Kerana ia mempunyai potensi besar dan market yang luas. Cara paling selamat untuk menghasilkan satu karya yang boleh dipuji atau menyelamatkan karya yang hampir tidak akan mendapat pujian langsung. Lihat saja kejayaan filem Cinta dan Talentime. Lihat juga kegagalan filem seperti Hingga Hujung Nyawa. Penonton atau pembaca tidak suka disuruh untuk bersedih. Tidak perlu terlalu mencuba untuk menjadi sedih. Kerana ‘kesedihan’ itu memerlukan kejujuran. Ia memerlukan kekuatan dan keberanian untuk bersedih (terutama lelaki). Penonton atau pembaca mampu melihat jika ‘kejujuran’ dalam bersedih itu wujud ataupun dibuat-buat. Sebab itulah watak yang ‘in-denial’ dan tabah lebih menyentuh perasaan dari watak yang meroyan selepas kehilangan. Tak perlulah adegan yang terlalu dramatik menangis dan terbatuk-batuk di dalam hujan (it doesn't work anymore!). Dan begitu juga watak anak derhaka yang sesudah ditimpa musibah barulah nak menangis keinsafan adalah sama juga seperti melihat watak pembunuh meminta simpati dari mangsanya – tidak begitu menjolok perasaan (dan adakah ibu-bapa mereka begitu bodoh tidak pandai mendidik anak?).
Penonton dan pembaca hanya akan ‘cair’ dan tersentuh dengan ‘warmth’ dan kematian itu is just plain dead cold.
Saturday, February 19, 2011
Wednesday, February 2, 2011
Power Distance Index
Pekerjaan menjaga panel sebuah loji pemprosesan kimia, komunikasi adalah sangat penting, ini bukan one-man job. Perlukan koordinasi antara pekerja kerana aku perlukan all the help I can get. Miss-communication spells disaster. Selain loji boleh trip dan kerugian jutaan ringgit, aku juga mungkin mengakibatkan kecederaan atau kematian orang dibawah penyeliaan aku. Jadi radio komunikasi adalah lifeline kami. Ditambah dengan keadaan diluar loji yang bising, one really need to speak out loud and clear. Kuat dan juga jelas maksudnya. Dan jika aku minta Villaz mengulangi apa yang mahu disampaikan kepada aku berulang-ulang kali seperti orang pekak, hingga merimaskan dirinya sendiri dan menaikkan kemarahannya, memandangkan dia juga adalah superior aku, jadi kadang-kadang terpaksa juga jujur; "I don't mean to be rude Villaz, but you need to repeat that again" atau kadang-kadang aku juga sendiri yang naik rimas dan tertekan, lebih-lebih lagi ketika saat kritikal dan kecemasan, terlepas juga bahasa kurang ajar; "what?!! I can't understand you, speak english!"
Mujurlah, bos aku itu sporting. Dia faham, we have communication issue.
Dan masalah kami bukan semudah masalah bahasa, atau bad english, ia lebih rumit dari itu, ini ialah masalah loghat yang tak akan hilang walau bertahun pun dia menetap disini. Dan pronausiasi aku juga tidaklah begitu amerika juga untuk Villaz terikut ikut. English loghat hindustan yang berloghat melayu atau singlish, dua logat yang berlapis-lapis. We end up confused and yelling at each other like madman.
But, there's come a point when yelling at each other like a madman adalah jalan penyelesaian paling baik untuk masalah komunikasi. Untuk memecahkan kebuntuan kerana kurang kesefahaman. Eventually kami berdua belajar untuk bertenang, kerana dalam situasi cemas tidak bagus untuk timbulkan tekanan dan panik. Yang paling penting, aku masih tahu menghormati orang atasan walaupun ada keperluan untuk bersuara dan mencabar kerana hilang sabar bila perlukan bantuan, bantuan pulak cakap lidah berbelit-belit. Lebih teruk bila disalah anggap tidak tahu membuat kerja atau mengikut arahan.
Bercakap mengenai menghormati orang atasan, ada satu kajian dari seorang ahli psikologis Belanda, Geert Hofstede (yang terkenal dengan Dimensi Hofstede) tentang kesefahaman pekerja dalam satu unit organisasi, terutama dalam persilangan budaya dan bahasa. Hofstede telah merumus beberapa dimensi yang diguna pakai hingga hari ini. Antara yang paling terkenal dan menarik ialah 'Power Distance Index' atau PDI. Ia mengukur tahap manusia menilai hierarki, atau sejauh mana sesuatu budaya itu menghormati pihak berkuasa, pihak atasan dan seniority. Hofstede mendapati, setiap negara mempunyai nilai PDI-nya yang berbeza, bergantung kepada budaya masing-masing.
Negara Asia, terutama Asia Tenggara, mempunyai nilai PDI yang tinggi. Ini bermaksud kita memang tahu cara menghormati atau sangat memandang tinggi orang yang lebih tua, senior dan berkuasa. Cakap berlapis dan berkias. Tidak meninggikan suara. Negara barat, terutama Amerika, mempunyai nilai PDI yang rendah. Mereka lebih terbuka dan berani mempersoalkan pemimpin, menyuarakan pendapat dan kesangsian. Dalam keadaan betul, sifat menghormati hierarki mungkin ada kebaikan dan keindahannya. Dalam situasi sebuah pertubuhan atau organisasi yang dinamik, nilai PDI yang terlalu tinggi tidak bagus juga. Orang bawahan takut menyuarakan pendapat dan ketika dalam keadaan kecemasan, tidak berani untuk kedepan memikul tanggungjawab sebagai ganti jika senior kelam-kabut. Tidak bagus juga jika senior berlagak sangat sebagai ketua, tidak boleh ditegur lansung dan fikir diri sentiasa betul.
Budaya yang rendah nilai PDI, pemimpin mereka 'malu' dengan pemilikan kuasa. Jika boleh mereka mahu menyembunyikannya. Itu sifat dan budaya bagi sebuah kebudayaan yang mempunyai nilai PDI yang rendah. Contoh PM Austria (negara nilai PDI rendah), menggunakan kereta biasa untuk ke tempat kerja dan PM Belanda juga pernah bercuti didalam kereta kabin di sebuah tapak perkhemahan di Sepanyol. Budaya sebegini, amat jarang sekali bagi sebuah negara yang nilai PDI-nya tinggi seperti malaysia dimana pemimpinnya suka berkereta mewah dan berumah mewah dan isteri mereka gemar bercuti dinegara eropah di hotel lima bintang, bagi menunjukkan status dan kuasa.
Villaz fortunately, mengamalkan budaya rendah PDI, dia menghormati orang bawahan, menerima pendapat dan menganggap kami sebagai kawan. Secara tidak langsung ini sedikit sebanyak mengatasi masalah komunikasi antara kami. Villaz tidak mudah melenting apabila ditegur dan faham kenapa kadang-kadang aku meninggikan suara kerana tertekan dalam situasi cemas. Sebenarnya budaya kerja di loji kami (Lion DRI) adalah budaya rendah PDI. Aku tidak pernah memanggil rakan sekerja yang lebih tua dengan panggilan abang atau memanggil Villaz sebagai 'Mr. Villaz'. Seniority tidak begitu ketara dan kami semua mampu bergurau sebagai rakan, bukan orang atasan atau bawahan. Semua orang adalah setaraf.
Thank god.
Tidak seperti loji pertama yang aku kerja dahulu, nilai PDI nya sangat tinggi dan jiwa rebel aku hanya mampu bertahan selama dua tahun disana.
Thursday, January 20, 2011
Orang Hodoh Cantik: Insomnia
Gelas diangkat dari permukaan meja, dirapatkan ke mulut. Dari bekas tapak dimana letak gelasnya diatas permukaan meja, ada bentuk seperti wajah manusia tersenyum dari lelehan air yang tumpah. Satu lengkung untuk mulut yang tersenyum, dan sepasang mata tanpa anak. Untuk hari-hari yang tiada waktu rehat, Karim tidak pernah terlepas menyedari kebetulan-kebetulan yang membosankan seperti ini. Selepas satu teguk, Karim merengus;
"what the fuck you're smiling at?"
...............
Monday, January 10, 2011
Pengaruh Tidak Lurus
Hinggakan penulisan fiksyen aku pun terikut-ikut dengan watak manusia pincang dan gagal. Manusia essentrik yang punyai kecenderungan pada perkara yang absurd. Romantik gelap. Adakah jiwa aku, sebenarnya begitu twisted, sick dan nihilis juga? Kenapa aku rasa kalau aku tulis fiksyen cinta remaja dengan watak belia-harapan-negara-benci-dadah dengan kehidupan normal seperti manusia normal yang lain adalah sangat tidak best dan cool? Sangat lame dan membosankan?
Kenapa aku tak mahu jadi, atau sekurang-kurangnya cuba menjadi, atau mempunyai visi dan keazaman serta jatidiri untuk menjadi sasterawan atau penulis yang menulis untuk memperjuangkan martabat bangsa? Memperkenalkan budaya murni timur, adat resam dan kelembutan orang melayu? Adakah sastera melayu hanya setakat itu sahaja. Perjuangan bangsa, perjuangan bangsa, perjuangan bangsa dan maruah orang melayu. Dan jika bukan itu atau yang sebaliknya, tidak akan mendapat tempat dan dihargai sampai bila-bila. Tiada peluang menjadi terkenal, tiada penerbit mahu terbitkan karya, tidak akan berpeluang muncul dalam senarai buku terlaris. Tidak akan sampai bila-bila pun berpeluang dijadikan buku rujukan untuk pendidikan dan kajian anak bangsa, dipersoalkan dan diperdebatkan di parlimen.
Bukan tidak sedarpun penulis seperti Chuck Palahniuk mungkin tidak akan memenangi hadiah nobel kesasterawan (walaupun banyak bukunya sudah dan bakal difilemkan). Bukan tidak terima hakikat JD Salinger sudah dianggap tokoh sastera yang tidak sepatutnya dijadikan contoh. Yang karyanya hanya dibaca remaja gothic bermasalah yang membela ular atau kelawar sebagai binatang peliharaan, atau pelajar falsafah atau undang-undang kurang-popular-di-kampus yang terlalu banyak membaca Nietzsche, Camus dan Sartre, atau fanatik Kafka yang meracau bangun pagi kerana sangka diri sudah bertukar jadi seekor lipas. Tidak terfikir pun untuk mengimpikan hidup sebagai seorang yang murung, paranoia, suicidal dan skitzo hanya untuk melahirkan karya yang kontroversi.
Sama juga, bila penyanyi serta kugiran 'alternatif' memenangi anugerah juara lagu, manusia konformis melenting. Jika berkarya untuk cari makan, baik ikut sahaja telunjuk dan citarasa kelompok paling ramai dan berkuasa. Bagi yang berkarya kerana minat, penghargaan dan duit poket perkara kedua. Nilai dan isi pula, mungkin bakal mencorakkan atau meruntuhkan bangsa. Itu tanggungjawab dan etika berkarya.
Jadilah tinggallah aku diantara celah, disepit dalam dilema. Pilihan aku ialah bukan pilihan aku. Tapi itu jika aku mahu digelar sasterawan dan dihargai. Jujur aku tidak pernah peduli tentang itu. Aku menulis kerana minat, minat aku pula cenderung pada nilai dan isi yang dianggap merosakkan. Jadi aku sudahpun dihukum sebelum aku bermula lagi sebenarnya.
Kalau kamu baik, bermoral, melayu dan bertanggungjawab sangat, tak usahlah risau kerana sudah tentu kamu tahu menilai mana yang baik dan buruk.
Pengaruh aku mungkin tidak lurus, tapi yang penting tulus. Berapa kerat sangatlah manusia seperti aku untuk beri impak ataupun dipedulikan. Yang terpenting sekali, ianya tidak lebih sekadar stail dan cara aku menulis dan mereka cerita. Tiadalah sampai aku pergi turun bukit laju-laju dengan basikal sambil lepas tangan dan pakai gugel. Tiadalah sampai aku pergi ceroboh zoo negara dan bagi binatang-binatang disitu makan pil khayal dan minuman beralkohol. Tiadalah aku tergamak memotong rumput dengan mesin di laman memakai kostum arnab merah jambu. Tiadalah sampai aku tubuh kumpulan rahsia dan ambil gambar pemimpin negara ditumbuk secara hendap.
Walaupun ia kedengaran seronok.
Sunday, January 9, 2011
Top 5 Filem Odd Bunch Saya
Nampak mudah tapi aku letakkan juga beberapa kriteria, filem itu mestilah mempunyai nilai komedi yang kuat, plot yang kreatif dan bijak dan menekankan 'cool factor' yang boleh dikatakan, agak keterlaluan. Kejayaan misi mereka, yang semestinya hampir pasti, adalah bergantung kepada skil, kebijaksanaan dan kehebatan melampau setiap individu dalam pakatan mereka. Cara melaksanakan tugas juga perlu dengan bergaya dan bersahaja. 80% kemahiran dan hanya 20% nasib. Lantas, disebut sebagai 'cool factor' oleh penulis sebentar tadi.
Menonton mereka melaksanakan misi, akan melahirkan rasa kagum dan ketidakpercayaan kerana selalunya, hampir melanggar hukum logik. Tetapi kerana, semua itu merupakan satu-satunya elemen hiburan filem-filem sebegini, jadi ia harus ada. Jika tidak, ia bukan diketegorikan sebagai filem genre Odd Bunch.
Jadi merujuk kepada unsur hiburan ini, filem Odd Bunch merupakan produk tulen Hollywood. Tiada falsafah (yang berat), tiada seni (yang berat), tiada penggalian (?). Hanya sekadar pure entertainment. Tidak lupa juga, tipikal filem Hollywood, seperti sudah kewajipan, ada unsur heroism yang menggambarkan budaya dan rakyat Amerika yang sentiasa mahu mengimpikan sesuatu dan meletakkan hero mereka di hadapan. Jadi, sudah pasti akan ada seorang watak utama yang kacak, lebih hebat dan berkarisma diantara watak lain, yang selalu dapat perempuan dalam filem itu, yang menjadi mastermind. Gadis dalam filem Odd Bunch adalah pelengkap kepada keseluruhan pakej hiburan filem sebegini. Berbeza dengan filem dari eropah, saya ambil contoh Snatch dan The Bank Job, walaupun filem yang amat bagus tapi fokus utama mereka bukan pada misi mereka, ada falsafah lain disebaliknya yang mahu dikupaskan. Selalunya misi mereka menempuh banyak cabaran dan akan messed up along the way, lebih kepada realiti, sebaliknya filem Amerika mahu karekter yang larger than life, unrealistically cool.
Yang paling penting, tarikan sebuah filem Odd Bunch ialah pada keunikkan setiap karektor, jalan ceritanya yang berkisar pada misi mereka dan muzik latar yang bagus. Soal logik dan keterlampauan itu jangan dipersoalkan, sebab asasnya ini ialah cerita tentang sekumpulan manusia luar biasa, dan manusia luar biasa ialah cool, dan ia sangat menepati istilah-istilah Amerika ini: The oddbunch, the misfit bandit, redneck, dan the radtag.
Jadi senarainya adalah seperti dibawah:
1. Ocean 11 dan fracais mereka (Ocean 12, 13) - Prestasi Ocean 11 beserta francaisnya yang lain sudah melepasi semua kriteria aku terutama dari segi muzik latar yang bercitarasa bagus.
2. RED - Gabungan karektor berumur termasuk watak Utama Bruce Willis yang lebih kepada anti-hero membuatkan filem ini mendapat markah tertinggi dalam skala cool factor peribadi aku.
3. A-Team the Movie - Larger than life, hampir kesemua karektor adalah terlalu essentrik dan mempunyai nilai heroism yang seimbang. Straight forward dan paling menghiburkan.
4. The Replacements - Filem tentang pasukan sukan paling tidak bosan kerana tiada unsur nasihat tentang semangat kesukanan, semangat berpasukan, kecintaan pada sukan/acara dan segala macam moral lain dalam buku teks kesukanan.
5. Err... sebenarnya, aku belum jumpa calon yang layak untuk tangga kelima. Ada beberapa senarai pendek seperti The Mighty Duck, Dodgeball dan aku hampir senaraikan Cilok, tapi kesemuanya seakan tidak berapa menepati kriteria dan terlalu kurang cool factor.
Harap ada filem baru yang akan keluar untuk mengisi tangga kelima atau menggantikan tempat teratas. Atau mungkin sudah ada filem yang aku tidak tahu kewujudannya dan belum ditonton, silalah kemukakan rekomendasi dan cadangan.