Jadi aku ke sebuah kedai gitar di Nilai, si penjaga cina tanya apa yang aku cari. Aku kata sebuah gitar akustik yang dilengkapi
pick-up. Dia tunjukkan aku sebuah yang berharga lebih rm800, aku beritahu aku tak perlukan yang semahal itu. Dia kata yang itu bagus, aku beritahu aku hanya
beginner, dia kata tidak apa yang itu memang sesuai untuk
beginner, aku beritahu aku sebenarnya bukan ingin bermain gitar pun, aku rasakan jari aku terlalu pendek, walaupun aku bermain piano dan kibod dan merasakan kibod
Panasonic 61
keys aku masih terlalu kecik. Jadi dia kata haiya jadi kenapa mahu beli gitar, aku kata aku hanya mahu sebuah gitar yang cantik untuk diletakkan disebuah sudut di rumah aku, mungkin sebagai hiasan dwifungsi, melengkapkan ruang. Mungkin hanya ketika bosan aku akan memetiknya sekali-sekala. Penjaga cina geleng kepala.
Jadi bila ada gadis (mungkin, mungkin, mungkin) bertandang ke rumah aku dan bertanya jika aku seorang pemain gitar, aku akan mengulangi alasan yang sama.
Jadi aku akan lihat riaksi mereka, sangsi, keliru atau separa kagum dan aku akan kekal misteri, oh yeah.
Jadi esok atau lusa mungkin aku akan ke Cash Converter sahaja.
Oh yeah.
1 comment:
takde butang like ke? series ni..!
Post a Comment