Sunday, December 9, 2007

Diserang Gejala Neurotik Eksistensial

Aku sudah bekerja 10 jam lebih hari ini, turun naik platform setinggi bangunan lima tingkat di panas terik, mengangkat dan merodok rodding rod seberat 15kg ke dalam lubang chute mesin pelletizer yang mehamburkan bahang panas dari neraka. Wajah comot dicemari partikel-partikel halus karbon hitam. Menghidu gas sulfur bercampur wap air menguji filter bag yang acapkali bocor kerana 'lubang neraka' beserta hakikat perkakasannya yang sangat kuno ini tidak mahu diterima oleh tuan-tuan mereka.

Lambang kejayaan setelah penat lelah tiga tahun mengaji kalkulus dan thermodinamik kejuruteraan kimia.

Hanya pulang ke rumah setelah pukul 9 malam kemudian keluar semula menemani rakan serumah makan malam. Aku perlukan interaksi dengan sebarang jenis manusia hari ini, biar pun pada perkara paling sia-sia dan bodoh. Aku perlu keluar rumah melihat dunia, biarpun dalam kepompong jajahan 'tanah sumpahan' ini. Dan aku perlu rehatkan badan aku yang macam nak tercabut segala urat-sendi ni.

Tapi aku masih belum mahu melelapkan mata walaupun jarum jam mula menuju angka '4'.

Empat pagi.

Aku bukanlah seorang pentido. Tido hanya untuk manusia yang otaknya kurang aktif dan gagal berfungsi. Dan manusia yang otaknya kurang aktif dan gagal berfungsi dan kuat tido selalunya akan menghadapi kesukaran untuk menilai bahawa aku hanya berseloroh dan bersarkastik untuk perenggan ayat ini.

Yelah, aku tak bijak, otak aku tak seaktif mana, aku jarang berfikir, korang semua ajelah yang bijak. Sialan.

Aku fikir aku semacam, dan mula mengalami bipolar disorder manic-depression. Sejenis depressi yang kebanyakkan orang yang menghadapinya tahu mereka ada masalah tapi berada in a state of denial.

Mungkin itu sebabnya aku masih lagi mampu berfungsi dalam keadaan kehidupan aku sekarang, aku terima sahaja segala kejengkelan dengan memujuk diri aku sendiri untuk tidak terlalu mengada-ngada dalam sebarang pengharapan dan expectation. Tidak kira sejauh mana kita cuba menentukan bagaimana kehidupan kita seharusnya bergerak, kita tidak mampu mengawal nasib dan takdir. Jadi, untuk memastikan aku sentiasa kekal sane, aku menjadi seorang pen-sinis (atau penyinis atau penis atau apa-apalahh! fail sial bahasa melayu). Segala kejengkelan disekeliling aku, aku jadikan amusement buat aku, aku akan tersenyum melihat gelagat mereka-mereka semua. Aku anggap kejengkelan itu adalah satu kelainan, keunikan yang mungkin aku boleh belajar sesuatu darinya, supaya bila aku bertemu dengan kejengkelan lain, aku tahu bagaimana untuk bertindak. Tanpa kejengkelan orang lain, tidak mungkin golongan seperti aku tahu bagaimana untuk bersifat best. Jangan sesekali, jangan sesekali conform dengan kejengkelan mereka, gunakan psikologi licik untuk berpura-pura dan menipu kemudian ketawa di dalam hati dan tuliskan kemudian didalam blog supaya kelihatan cool dan awek-awek hot dapat membacanya. The ultimate motivation.

Ambik kau Fadhilah Kamsah!

Tapi sampai bila aku nak hidup macam ni. Aku memang mempunyai pilihan untuk blah dan tinggalkan semua benda yang meluatkan aku. Melarikan diri, melepaskan diri, escapism juga adalah satu pilihan. Mati juga adalah satu pilihan. Tidak kira pilihan itu tepat, terpesong atau salah. Kerana manusia berhak untuk memilih dan kamu SENTIASA ada pilihan.

Tapi making the right choice is always the hardest part.

Aku terpikirkan kehidupan insan-insan seperti Supervisor Prihatin, Brader Mellow, dan banyak lagi watak-watak dalam kehidupan aku di god forsaken land sekarang. Betapa tragisnya kehidupan mereka pada pandangan aku. Mereka bukan tiada pilihan tapi seperti biasa takdir itu kadang-kadang terlalu kejam. Pilihan yang ada terlalu berisiko.

Gagal dan kehilangan security yang mereka miliki dalam kehidupan mereka sekarang adalah bukan satu PILIHAN bagi mereka. Walaupun sebenarnya banyak yang mereka telah korbankan untuk memperolehi illusi 'security' mereka itu yang sebenarnya semata-mata dalam bentuk kewangan. Tapi begitulah kehidupan, tak boleh dapat semuanya. Untuk memperolehi sesuatu, kehilangan sesuatu in return.

Mungkin mereka bahagia, pada mereka segalanya sudah cukup dan mereka sudah berpuas hati. Tapi kadang-kadang ada jugak aku terdengar keluhan, namun semuanya sudah terlambat. Terlambat kerana, teman hidup sudah dibinikan, anak sudah terbuat dan diberi pendidikan, rumah sudah terbeli dan kereta mewah mereka sudah memakan hampir 1/4 dari pendapatan bulanan.

Percayalah, di 'pintu neraka' bagi senior production operator, jika dipanggil masuk bekerja ketika hari off, cukup hanya lapan jam, bayarannya sudah menyamai gaji sebulan lulusan diploma institusi kerajaan. Akak pegawai bank pun bertanya dua kali dalam nada prejudis tentang jawatan aku apabila membuat panggilan untuk menawarkan aku kad kredit.

Mungkin di tempat lain yang kurang kenerakaannya juga sama. Tetapi pilihan untuk berpindah dan memulakan kehidupan baru di tempat asing adalah bukan pilihan bagi mereka. Tak faham aku. Barangkali mungkin juga bini dan keluarga mereka juga kurang menyokong dan memahami kehendak hati mereka.

Pilihan untuk mengejar impian dan kerja yang lebih kurang mengorbankan kehidupan selain mengadap skrin DCS hampir tujuh hari seminggu, akan mengakibatkan akak pengawai bank tak hingin telepon kami menanyakan jawatan kami dan apatah lagi menawarkan kad kredit. Gold card beb.

Dan dari hari-ke hari, aku semakin mengambil langkah 'selamat' seperti mereka. Langkah orang yang bukan 'rebellious', orang yang bukan tidak takut lari dari kebiasaan, dan orang yang sudah terlalu biasa hidup di dalam zon selesa mereka.

That doesn't sound like me at all

Settling down, pada masa ini adalah bukan pilihan buat aku, aku merasakan ia lebih kepada satu penalti. Pengadil kehidupan akan meniupkan wisel dan memberi aku kad kuning. Kad kuning itu merupakan komitmen dan tanggungjawab, dan hukumannya aku akan terperangkap untuk berkhidmat dan menanggung segala tekanan dunia industri berat yang demanding dan kejam ini untuk selama-lamanya kerana, face it, they paid me well here.

Well pun well jugak, tapi masa bersama rakan-rakan, keluarga dan impian yang aku korbankan adalah jauh lebih bernilai dari mere rm2000+++ sebulan. Baik aku ikut pilihan Asmawi Ani untuk menjadi idola undian sms , walaupun penaltinya aku akan kehilangan status sebagai lelaki best dan cool dan risiko kehilangan dan dipinggirkan kawan ataupun menjadi bahan cacian mereka untuk 25 tahun akan datang. Semua itu untuk well paid, damn well.

Aku masih tercari-cari kerja lain, mungkin dengan bayaran yang hampir sama ataupun lebih. Tapi masih tiada rezeki. Baru sebentar tadi aku menolak tawaran sebagai Sales Engineer, tapi itu takde bezanya pun dengan jadi salesman, cuma dengan pengetahuan teknikal. Kena dealing dengan client. Bukan kepakaran aku. Keluar mulut harimau masuk bontot babi. Aah taknak aku.

Aku dah sampai tahap tak kisah dengan gaji sekarang. Biarpun lebih murah dari apa yang aku perolehi sekarang asalkan impian menjalani hidup serba-serbi minimalist dan bebas aku tercapai. Bila khirnya aku ada masa dan cukup rehat untuk melalukan apa yang aku impikan selama ini sebelum semuanya terlambat untuk membuat pilihan yang lain.

Terlambat kerana bakal teman hidup telah dibinikan, anak telah terbuat dan diberi pendidikan, rumah sudah terbeli dan kereta mewah aku memakan hampir 1/4 pendapatan bulanan.

Aku tak memilih apa? Ada lubang jadi librarian dengan pendapatan rm3500 sebulan tak?

Wednesday, December 5, 2007

Lelaki Terdesak

Baru-baru aku melalui hari gundah dan murung (memang aku dah separa-murung ke sepanjang bermaustatin di God Forsaken Land?) selepas minggu membuat hal, Supervisor Prihatin dan Brader Mellow, kalau tak silap aku terperasan kelainan dalam sikap mereka, sedang mencuba-cuba menceriakan hari dan hati aku.

God bless them

Aku hargai usaha mereka tapi mereka telah membuat satu rumusan yang dahsyat tentang faktor prestasi kerja aku yang kurang memberansangkan selama ini.

Aku kesunyian dan perlukan teman istimewa wanita.

Chaisss... terasa macam ada betulnya pulak. Tapi aku tetap maintain ego dan bongkak dengan pendirian aku iaitu lelaki se-cool aku berkemampuan memiliki wanita sehebat Fazura ataupun Raja Farah jika aku mahu. Jika aku betul-betul mahu. Usaha tangga kejayaan dan kebahagiaan beb.

Tapi sungguh malang bagi makwe-makwe hot itu semua kerana aku bukanlah jenis lelaki miang yang suka flirting dan mengaplikasikan teknik mengorat yang sering digunapakai oleh mat-mat rempit ataupun lelaki mat bunga perasan gentleman dan romantis sangat suka layan drama cinta korea.

Tapi memang tak jadi jugak ler kalau lelaki se-cool aku pemalu orangnya. Apabila rombongan meminang perempuan datang ke rumah, aku berlari-lari anak masuk bersembunyi di dalam bilik sambil ketawa-ketawa kecil tersipu-sipu.

Eeee... geli...

Walaupun jauh di lubuk hati, aku mengaku ada kekosongan jiwa walaupun ramai rakan-rakan menceriakan hari-hari aku. Tapi tunggulah itu, kalau ada yang sudi mengisi dan aku sudi terima diisi. Er.. lain macam benor pulak bunyinya.

Aniwey,

Sewaktu di bath house selesai mandi dan bersiap-siap untuk pulang ke rumah selepas kerja, Supervisor Prihatin men-suit aku dari locker-nya. Aku menghampirinya untuk check apekehal. Rupanya dia nak bagi aku nombor telefon beberapa orang perempuan. Tiga orang sekaligus.

Aku tanya perempuan mana ni? Perempuan tak senonoh ke? Kalau perempuan itu jenis yang suka pelakon lelaki hindustan dan menganggap Titanic adalah filem terbaik di dunia dan Scary Movie 1,2, dan 3 adalah filem paling 'jahat dan kelakar' di dunia adalah sudah cukup tidak senonoh menurut definasi aku. Perempuan dengan bad taste memang tak bermaruah.

Supervisor Prihatin beritahu aku dua dari perempuan itu bekerja sebagai guru di sekolah tempat isterinya bekerja dan seorang lagi jiran mereka. Boleh tahan rupa-parasnya semua dia cakap. Namun aku sedikit sangsi dengan penafsiran 'boleh tahan' menurut penilaian Supervisor Prihatin.

Tapi aku pasti mereka adalah perempuan yang baik-baik. Takkan Supervisor Prihatin dan isteri sanggup meng-kenen-kan aku dengan gadis-gadis jalang dan bersepah. Mereka sudah seperti keluarga angkat aku disini.

Masalahnya aku bukanlah jenis orang yang baik-baik juga. Tak mungkin mudah untuk aku meninggalkan cara hidup aku sekarang. Sudah pasti mereka akan merungut dan tidak selesa dengan penampilan aku. Tentu mereka akan mengucap dan beristifarah sambil duduk bersimpuh tahayat akhir di atas jalan jika aku tampil dengan seluar jeans koyak di lutut dan memakai baju-t 'Semusim Di Neraka'.

Dan sudah pasti aku mahu mereka mengenali siapa diri aku yang sebenarnya, apa passion dan conviction aku. Dengan siapa aku bergaul dan sebagainya. Apa tanggapan mereka sekiranya aku membawa mereka ke pertunjukkan musik bebas dengan aksi-aksi kurang manis pergaulan bebas lelaki dan perempuan diselebungi pengaruh nikotin dan alkohol, dan kawan-kawan perempuan perokok aku. Owh mereka juga perempuan baik, berbody bahasa dan tidak berapa meminati pelakon lelaki hindustan.

Aku tidak takut kena reject. Dalam situasi ini aku bukan di posisi orang yang mengharap. Cuma harapnya aku tak kecewa dengan apa yang aku jumpa nanti. Jika aku menghilangkan diri selepas pertemuan pertama, sungguh kurang sopan. Si perempuan akan rasa terhina, Supervisor Prihatin dan Isteri sebagai cupic dan culprit akan berkecil hati dengan tindakan aku dan aku akan terselamat dari perhubungan yang tak bermakna dan membosankan.

Ehh.. taknak la bang. Saya datang keja sini membawa diri, bukan nak cari jodoh.

"Ek eleh ko, jual mahal pulak" sindir Supervisor Prihatin

Aku simpan je la nombor telefon perempuan-perempuan itu dalam handphone aku untuk mengambil hati Supervisor Prihatin.

Selang beberapa hari ketika kereta aku berselisih dengan kereta Isteri Supervisor Prihatin dalam perjalanan kami untuk buat hal masing-masing, dia sempat menurunkan cermin dan bertanya tentang progress aku dan perempuan-perempuan pilihan dia dan suami. Aku cakap belum ada apa-apa tindakan dan gerakan. Dia bersungguh-sungguh suruh aku cepat bertindak takut kang melepas.

"Diorang pakai skirt pendek kembang ngan layan The Postal Service ke kak? tanya aku dalam hati

aku belum terdesak tahap tu lagi. Silakan siapa berani mencuba, e-mail untuk nombor telefon.

Thursday, November 22, 2007

Brader Mellow Dan Minggu Membuat Hal

Beberapa hari lepas, aku screwed up big time. Kecuaian yang boleh dianggarkan menyebabkan 'Pintu Neraka' kerugian hampir 50,000 ribu ringgit jika diukur kos pemprosesan semula. Kecuaianku amat bodoh dan silly, hanya terlupa memasukkan kembali good product dari silo off quality ke good quality. Bukan aku seorang sahaja, nampaknya minggu ini ramai yang bernasib kurang baik, barangkali terkena sumpahan jembalang laut lubuk nereka god forsaken land. Dah la semua team syif aku, ini minggu tara ong la, suwei.

Lebih-lebih lagi aku buat silap ketika bekerja dalam syif Supervisor Abang Misai dan seorang lagi supervisor anak jati God Forsaken Land yang membencikan. Aku namakan sahaja dia disini sebagai Supervisor Mangkuk Hayun. Kerana tidak bersedia menerima verbal assault gabungan maut mereka berdua, aku mengambil keputusan kurang matang untuk tidak melaporkan perkara yang berlaku kepada mereka dan mendiamkan diri sehingga keesokkan hari. Kalau aku buka mulut sewaktu kejadian, boleh mengancam nyawa. Mereka berdua pasti meracau macam orang tak siuman. Langsung takde kualiti ketua yang baik.

Nasib tara baik apabila perkara tersebut terkantoi hari ini apabila para engineer membuat closing. Aku nekad membuat pengakuan peribadi dengan Operation Manager sebagai tindakan noble untuk tidak membabitkan team syif aku yang lain ketika itu. Nasib baik Operation Manager is a reasonable man.

"I'm very proud of you admitting your mistake", kata Operation Manager

Padahal aku dah bersedia untuk dibuang kerja. Happy campur kecewa aku bila Operation Manager cakap camtu. Bapak aku boleh terima alasan aku kena buang kerja dari aku berhenti sebab tak tahan kerja.

That's how sicked I am with 'Pintu Neraka'. I don't care how much money I made each months anymore.

Salah seorang team syif aku yang turut membuat hal, Brader Mellow, mengapa aku menggelarkan dirinya itu, itu lain kalilah aku cerita. Ini sebenarnya bukanlah episod yang sesuai untuk memperkenalkan Brader Mellow sebaiknya. Brader Mellow seperti juga Supervisor Prihatin, adalah baik orangnya.

Kesilapan Brader Mellow mungkin lebih serius, gagal mengesan flare stack yang terpadam, membebaskan gas sulfur ke atmosera hampir sejam lebih lamanya. Ini ialah violasi yang seperti biasa, boleh membuat mana-mana kilang atau loji digulung tikarkan dan tokey mereka dipenjarakan.

Tindakan disiplin mungkin hanya berupa surat amaran, tapi rekod kami akan tercalar. Bagusnya syarikat kepunyaan Amerika, pekerja syif dilindungi kesatuan pekerja, tidak semudah itu memecat kami sesuka hati. Tambahan kami pekerja terlatih, berbulan dan bertahun lamanya untuk memahirkan kami, dibazirkan dengan melatih orang baru sebagai ganti. Jika orang barupun dipecat setelah hampir mahir, kesudahannya takdelah pekerja mahir berpengalaman di 'Pintu Neraka'.

Hakikatnya kami tetap manusia, kesilapan dan kecuaian adalah lumrah. Bukannya disengajakan. Manusia akan mula melakukan kesilapan-kesilapan bodoh yang boleh dielakkan apabila dalam keadaan berserabut. Fatigue dan stress membuatkan kami hilang fokus ketika bertugas. Production operator seperti kami merupakan orang paling penting, frontline man dalam proses loji. We cannot afford the smallest mistake. Tapi pihak atasan tak pernah faham, ada sesetengah supervisor pun tak pernah cuba nak faham. Selalu memberi tekanan berlebihan hingga kami jadi serabut. Keserabutan memungkinkah lebih banyak kesilapan kecil yang boleh dielakkan. Nasib baik ini loji Carbon Black, kalau loji kuasa nuklear sangat tak baik jika operatornya bekerja dalam keadaan serabut.

Untuk rekod, jangan samakan kami dengan tugas sebagai operator pengeluaran wanita kilang kicap. Taraf kami melebihi technition, hanya kelulusan minimum diploma diterima. senior operator gajinya lebih besar dari jurutera. Tanggungjawab kami berat. Kalau kami semua berpakat berhenti kerja, loji akan tutup.

Kesilapan aku mungkin tidak seberapa sekira aku melaporkannya secepat mungkin. Boleh dimaafkan. Hanya manusia kurang siuman yang meracau tak tentu pasal yang akan melenting macam orang takde pedoman. Pada mereka, merekalah manusia sempurna yang tidak pernah melakukan kesilapan. Puak pelampau.

Aku dipanggil untuk inquiry buat kali kedua, tujuan utama hanyalah mahu kepastian kenapa aku tidak melaporkan kejadian secepat mungkin. Benda dah lepas biarlah berlalu, pandai pulak mereka bermadah berlagu. Tapi tidak melaporkan perkara-perkara penting adalah kesalahan agak berat dan ia menggambarkan integriti pekerja pada syarikat.

'Integriti aku pada 'Pintu Neraka'

Tapi aku tiada alasan lain, alasan yang lebih jujur selain daripada aku takut, ya aku mengaku aku takut, cuak, terrified. Kalau aku buka mulut malam tu dan kena taruk cukup-cukup dengan gabungan maut dua supervisor anak jati god forsaken land yang hilang pedoman, mau seminggu aku bad mood. Kalau dah bad mood aku boleh hilang fokus pada kerja, bila aku hilang fokus aku boleh cuai, bila aku cuai boleh membuatkan loji rugi beribu-ribu ringgit, duit gaji aku jugak tu. Jadi betul apa tindakan aku.

Nak sangat 'intergriti' ya..? Aku meminta kebenaran Operation Manager untuk menulis sahaja alasan aku di dalam kertas. Lebih mudah dari berkata-berkata, tersilap kata takde perahu yang hendak diundur. Walaupun Operation Manager kekadang boleh jadi reasonable man, tapi boleh tahan kaki putar belit jugak orang tua tu.

Aku tulis: ......."I PERSOANALLY thinks both si Mangkuk Hayun and Brader Misai yang-gila-tak-trendy-bela-misai-tebal-zaman-sekarang, have been very discouraging and disrespectful to their subordinates...... "

Terangkat kening Operation Manager baca surat aku. Padahal dua ekor assholes tu lah kaki bodek dan kipas dia selama ni.

"Okay I understand, we will look into this matter further", kata si Operation Manager.

Lantak kau lah, aku tak peduli lagi. Aku dah luahkan apa yang aku rasa.

Sebelum aku dipanggil untuk inquiry, aku telahpun dipanggil secara private masuk bilik Supervisor Prihatin. Dia awal-awal lagi sudah tahu akan perihal hal yang aku dah buat. Setidak-tidaknya aku dibawah penyeliaan dan tanggungjawab dia, dia perlu tahu jika aku ada masalah.

"kau ada masalah ke tam? masalah famili ke? aku tengok kau selalu tak fokus kat kerja, bila depan DCS fikiran ko macam pegi tempat lain"

Macam mana aku nak ekplen kat dia yang aku sebenarnya ada masalah dengan semua benda yang tak memuaskan nafsu intelektual aku. Macam mana aku nak explen kat dia aku tak boleh blah dengan topik perbualan berkisar tentang spekulasi pra-analisis fakta tak tau hujung pangkal isu politik tahap borak kosong kedai kopi. Aku lebih rela join borak pasal spekulasi cinta tiga segi Asmawi Ani. Macam mana aku nak ekplen kat dia aku tak boleh terima lagi untuk berkompromi dengan citarasa rendah manusia tak pandai menilai dan meneroka. Macam mana aku nak explen kat dia perasaan kosong dan bosan aku melayan housemate aku dengan keluhan berbaur perkauman dia setiap kali aku kena teman dia pergi makan, tak lupa juga tindakan kurang matangnya tergamak membeli dan menyanjungi selipar cap Linkin Park.

"Tak tau la bang, homesick kut..."

Ceh, tu je aku mampu cakap. Reaksi Supervisor Prihatin biasalah bagi nasihat-nasihat stended seperti dalam buku manual nasihat kosmik mana-mana mentor atau kaunselor atau pakar motivasi amatur atau bapak-bapak calon dapat kad hari bapa. Sorry bro, bukan aku tak pernah nak consider benda-benda tu tapi soal hati, perasaan dan citarasa ni bukan mudah nak dipuaskan. Sampai bila aku nak layankan aje. Batin aku tak pernah betul-betul fullfilled.

"kalau ko rasa kesunyian ko bukan takde kawan sini, team syif kita semua ko bukan tak biasa kan? Ada masalah share je... ko cari la kawan kat sini, happy sikit" sambung Supervisor Prihatin umpama lagak seorang abang mithali cuba menasihatkan adiknya yang ponteng sekolah.

Nantilah aku fikirkan, mungkin kalau semua manusia lain kat dunia ni dah pupus mungkin aku akan konsider untuk berkawan rapat dengan mana-mana kutu god forsaken land.

Tapi aku tetap berterima kasih pada Supervisor Prihatin. Secara tdak langsung dia beri aku semangat untuk memberanikan diri buat pengakuan pada Operation Manager keesokkan harinya. Terima kasih jugak kerana jaga aku sepanjang aku kat god forsaken land. Aku takkan lupakan sampai bila-bila.


Sunday, November 18, 2007

Lebih Kurang Ulasan: Motion Picture Soundtrack 2

Khamis malam jumaat lepas selepas menghabiskan hari off di rumah kakak aku di Tanjung Malim selama lebih kurang satu setengah hari. Ada baiknya aku fikir aku singgah di Laundry Bar di Damansara Utama untuk men-cekidaut acara Motion Picture Soundtrack 2 sebelum pulang ke god forsaken land. Dalam keadaan road-tax kereta yang baru aku perasan dah seminggu tamat tempoh dan berjaya membuatkan anak buah aku yang hyper aktif tidur sepanjang perjalanan untuk dihantar pulang ke rumah kakak aku yang seorang lagi di Wangsa Maju.

Aku menolak tawaran kakak aku untuk makan nasik di rumahnya kerana khuwatir lewat tiba ke Laundry Bar. Alasan nak jumpa member. Akak aku tanya "makwe ke?". Aku iyekan aje. Dah kemaruk benor ke akak aku ni nak dapat adik ipar perempuan pertama. Tunggula aku jumpa awek layan the postal service muka cam caroline pakai skirt pendek kembang dulu. Nanti boleh bawak jumpa orang tua aku.

(Apa nak mampos....?)

Aku tiba di perkarangan The Curve lebih kurang jam 9.30 malam. Aku tengok depan Laundry Bar takde pun anak muda dan remaja liar berpeleseran, ceh awal lagi rupanya, baik aku makan nasik kat rumah akak aku dulu tadi.

Setelah dua kali tawaf The Curve carik parking paling dekat dan selamat, aku menuju ke Laundry Bar dengan harapan terjumpa rakan-rakan sealiran. Kang terhiling-hiling sorang-sorang kurang bagus juga untuk imej aku. Baru je melangkah depan perkarangan laundry dah ternampak beberapa muka familiar, takde muka lain ke? nampak sangat scene musik bebas di malaysia ni kecik aje.

Tapi aku memang gembira melepas rindu jumpa kawan-kawan lama dan baru. Berbulan lamanya tinggal di god forsaken land ketandusan aktiviti riadah berunsur eerr... avant gedik. Hari-hari mengadap muka rakan sekerja dan buat-buat ketawa layan lawak berbaur lucah dan lame nak mampos mereka.

Hanya tiga band untuk malam ini, semua band posrok (post-rock). Lama jugak tak melayan posrok ni. Boleh tahan ramai juga manusia malam ni, nampaknya musik posrok sudah semakin mendapat tempat di hati anak-anak muda sekarang.

Fucking took them that long.

Band pertama datangnya dari Singapura bergelar Amateur Takes Control. Sekumpulan remaja yang belum pun mencecah umur 20 tahun. Dengan mempersembahkan permainan posrok yang boleh dikatakan matang berbanding usia dan pengalaman mereka. Dengan melodi guitar mengingatkan aku kepada awal-awal Explosion In The Sky dulu dengan pace yang agak laju sedikit. Drummer mereka juga tahu memainkan peranan dengan tempo up-beat building up the tense and emotional mood. Kekadang hampir sama dengan Tristeza apabila they became less synth and gone more rock out. Tapi aku semacam tepu dengan posrok sebegini dan sabar menunggu sedikit sentuhan segar. Kemudian di lagu terakhir aku baru jumpa. Ada 'vocalist' muncul dan menjerit marah penuh emosi diiringi musik yang sama complementing jeritannya - in a postrock way. Boleh la tu.

Band seterusnya ialah Deepset, hero terbaru scene posrok malaysia. Dalam banyak-banyak band posrok di malaysia yang semakin bersepah, aku jumpa lagu Deepset ada tekstur yang lebih dinamik. Walaupun mereka setia dengan konsep klasik posrok iaitu repetitious dan susunan musik slow-buildup-climax-slow dan execution yang macam cut-off. Kalau tak lagu boleh dragging sampai 2 hari haha. Tapi kalau tak begitu tak posrok la. Cuba bayangkan Mono main macam tu, Aku SUKA. Lagu Deepset sekarang lebih gelap, 'jahat' dan depressing. Mereka came a long way into becoming this one fine matured band. Aku betul-betul bangga dengan kawan-kawan aku. Owh dan Laundry Bar is jam packed with Deepset's groupies. Aku mengaku salah seorang dari mereka, yeah you guys, have my girlfriend children!!

Band last ialah KLPHQ (Kuala Lumpur Post-Harmonic Quintet). Band yang aku anticipated untuk tengok malam tu. Dan aku dah terperasan ada perubahan line-up. Haiya ini mungkin petanda buruk. Dan lagu pertama dan kedua mereka aku dah start konfius, ni betul ke KLPHQ ni? Macam main-main je buat lagu, kekadang ada kedengaran macam super chorus yang terlebih setting tone dan depth. Lagu ketiga aku dah menarik nafas lega sikit. Okay betul ni KLPHQ. Line-up baru, semua lagu baru, kedengarannya mereka cuba 'bersikap' seperti Mogwai hehe, ataupun Pelican versi 'akutakpeduli'. Okay.. rok jugak tu. KLPHQ adalah antara sangat sikit band di malaysia yang bermain sekitar bunyian looping (dari laptop). Kalo guitarist main riff sama je apa keja dia buat? Takde keja lain la, bila takde keja lain takdela instrument dan riff lain yang dia main untuk menambah tekstur dan substance lagu brader. Substance brader, substance is everything. Malam tu aku tengok frontman KLPHQ encik Irman macam tense sikit, mesti dia menyumpah dalam hati "celaka band aku main cam sial malam ni". Tapi betul Man, gua kecewa..

Malam itu juga aku disajikan dengan visual effect yang sangat bagus dari Hummingbird collective, sangat err.. psychedelic kot ayatnye. Ntah la. Tapi sangat mengagumkan benda-benda tu dibuat secara live, bukan diedit melalui komputer. Sungguh complimenting the aural therapy.

Acara habis sebelum pukul satu pagi, aku budget pukul 2 pagi. Oklah ada masa sikit untuk bersosial dan catch-up dengan rakan-rakan sealiran lama dan baru. Sebelum pukul dua aku mesti gerak pulang ke god forsaken land. Esok kena kerja pagi, malas plak aku nak mc. Tidur lambat pun tak kisahla. Bukan apa aku sebenarnya hanya mahu menghabiskan masa bersama rakan-rakan sealiran disamping enjoying good musics. Buat bekalan emotional booth untuk menghadapi hari-hari di 'pintu neraka' dan god forsaken land bakal mendatang.

Friday, November 16, 2007

Bos Aku Amerikan Habis

Yela dah memang dia lelaki kaukasian warganegara Amerika merangkap Managing Director 'Pintu Neraka'. Pertengahan umur, rambut kurang di kepala, good sense of humour, boleh tahan loyar burok, minda-terbuka, tidak berbicara loghat selatan Amerika dan besar kemungkinan mengundi Democrat (aku main agak je since he's not from Texas wearing buckle kepala lembu)

Boleh dikatakan berperwatakan seorang figura bapa yang cool dan sporting.

Hmm... agak-agak anak sedara dia layan The Postal Service dan suka pakai skirt pendek kembang tak?

Pun begitu namun walaubagaimanapun,

Si Managing Director bukanlah seorang yang sombong, bongkak dan angkuh dengan kedudukannya sebagai wakil multinational dunia pertama mengajikan tenaga mahir dunia ketiga dengan bayaran murah. Senyumannya tidak loket, teguran diberikan kepada sesiapa sahaja tidak kira sama ada kamu tukang kira agregat struktur molekular karbon hitam ataupun tukang cat mesin pelletizer.

Pernah suatu ketika dia meminta pendapatku berkenaan reputasi syarikat. Aku jawab reputasi adalah segalanya, dia balas kat Cina sana kompeni yang terkenal dengan prestasi buruk menjadi buruan kerana harga barangannya yang murah. Dia berkata jujur tidak kisah akan reputasi syarikat, asalkan loji buat cukup duit. Reputation not necessarily sells.

Aku sebenarnya wayang je dengan jawapan aku tadi. Aku yang sebagai pemberontak sosial memang sekepala dengannya yang tak pedulikan reputasi, jadi aku rasa Si Managing Director layak terima pujianku ini:

'Lu memang rok Managing Director'

Pernah suatu ketika juga di satu jamuan department, aku dan beberapa rakan sekerja terpaksa melayan rapuan Si Managing Director. Dia memberitahu semua di meja makan, untuk menghilangkan stress dan kebosanannya (barangkali kerana terpaksa menguruskan pekerja ketandusan sosial dan dihantar bertugas di god forsaken land), dia mula belajar bermain gitar untuk mengisi masa lapang. Walaupun dia mungkin hanya berseloroh, tapi kerana just for having that thought, sekali lagi:

'Lu memang rok Managing Director'

Pernah ada satu insiden di 'Pintu Neraka', karbon hitam dilepaskan ke atmosfera secara tidak sengaja. Serentak dengan itu juga berpusu aduan dari kawasan penempatan berhampiran akan rumah mereka yang kotor dicemari karbon hitam.

Undang-undang di Malaysia, sebarang perlepasan bahan kimia ke udara melebihi hadnya boleh mengakibatkan sesebuah kilang atau loji digulung tikarkan dan tokey mereka dipenjarakan.

Ini tidak bagus. Semua pekerja 'Pintu Neraka', dari tukang suruh orang buat kerja tapi dia tak tau nak buat macammana, ke tukang kira agregat struktur molekular karbon hitam hingga ke tukang cat mesin pelletizer termasuk akak-akak management gedik dan makcik-makcik management MILF semua harus dimaklumkan akan keseriusan perkara ini.

Bukan mudah mengumpulkan tukang-tukang ini semua dengan pantas, meninggalkan tugas dan gossip-gossip bodo serta politik pejabat mereka. Jadi apa yang Si Managing Director buat? Dia salahgunakan siren kecemasan untuk membuatkan tukang-tukang ini semua panik dan menuju ke kawasan assembly yang telah ditetapkan dalam prosedur kecemasan. Bijak.

Pun begitu namun walaubagaimanapun,

Bukan semua tukang sedar akan keseriusan situasi ini walaupun telah diberi penjelasan. Walaupun periuk nasik mereka are at state. Akak-akak management gedik dan makcik-makcik mangement MILF masih ketawa kecil menyambung gossip-gossip bodo dan politik pejabat mereka, tidak menumpukan perhatian pada penerangan yang diberikan.

Ini akhirnya membuatkan Si Managing Director hilang sabar dan mula berang. Dan buat pertama kalinya aku tengok Si Managing Director snap.

"Do you think this is fucking funny? I had goddamn enough of tolerating each time we emmit something into the atmosphere and not taking it fucking seriously"

"I am not going to spend the rest of my good years in Malaysia in jail"

Kemudian dia terus blah dan meninggalkan tukang-tukang semua ternganga terkedu.

Keesokkan harinya Si Managing Director menghantar memo ke semua pekerja meminta maaf atas penggunaan bahasanya yang 'impropriate and rude'. Tapi pada aku memang patut pun mereka semua tu kena sound sikit, mentang-mentang boss baik hati.

Seorang rakan sekerja berkata kepadaku. Selama pengalaman dia bekerja di tempat lain, dia belum pernah jumpa Managing Director yang mengeluarkan kata-kata yang kurang ajar dan membakar telinga kemudian meminta maaf secara ikhlas dan rendah diri seperti Si Managing Director. Dan untuk itu:

'Lu memang rok Managing Director'!

Sunday, November 11, 2007

Ganjaran 'Pintu Neraka'

Pada suatu hari ketika aku bekerja pada syif pagi di 'Pintu Neraka', sebaik selesai rutinku menge-check setiap unit, Supervisor Prihatin memanggil aku melalui radio komunikasi untuk berjumpa dengannya disuatu lokasi - Tangki Potassium Karbonat. Aku pasti dia bukan mahu menegur aku untuk apa-apa kesilapan kerana kawasan itu bukanlah dalam technical skill aku lagi. Sampai di sana, dia terus menunjukkan aku cara-cara meng-audit KWP (aku dah lupa acronim 'K' itu untuk apa tapi WP stands for Work Permit). Kebetulan ada sekumpulan kontraktor sedang membina ban-wall disekeliling kawasan tangki KCO2 tersebut.

Aku tidak hairan kerana Supervisor Prihatin bukanlah seorang yang kedekut ilmu tapi sedikit segan kerana aku tak pernah buat KWP audit kerana ianya semacam remeh dan orang lain boleh buat, apa safety officer makan gaji buta ke? komplenku secara separa assholic di dalam hati.

Sememangnya polisi bagi syarikat kepunyaan Amerika setiap pekerja bertanggungjawab sebagai pemerhati keselamatan di tempat kerja. Dan setiap pekerja haruslah melakukan audit dan repot sekurang-kurangnya 3 perkara berkaitan keselamatan dalam sebulan dan ianya diambil kira dalam penilaian prestasi peribadi pekerja. Polisi ini sangat bagus sebenarnya cuma jika loji ini tidak terlalu ke-'pintu neraka'-an (besar kemungkinan disebabkan faktor sebilangan besar pekerjanya hidup terlalu lama di god forsaken land), aku tidak perlu bersikap seperti asshole sebegitu.

Selesai penerangan lebih kurang beserta gangguan bunyi bising dari reactor di kiri kanan kami, Supervisor Prihatin menyuruhku naik ke biliknya di control room untuk satu lagi urusan penting, sebaik sahaja aku selesai memantau apa benda yang patut.

Akupun memantau apa benda yang patut.

Hampir 10 minit aku memantau apa benda yang patut.

Akhirnya akupun berpuas hati dan selesai memantau apa benda yang patut.

Di bilik Supervisor Prihatin aku agak cuak, Lain macam benor tingkah laku Supervisor Prihatin hari ini, gaji aku kena potong ke? anak sedara plant manager nak pinang aku ke? Fasha Sandha bertunang dengan Mawi ke? pusat bandar pekan god forsaken land dilanda tsunami ke? Dan bermacam-macam lagi tanggapan buruk.

Eh yang last tu takde la buruk sangat...

Supervisor Prihatin menunjukkan aku kertas ditangannya. Rupanya ianya laporan IPO (Individual Performances Observation) aku. Fuck...

Supervisor Prihatin
menerangkan satu-satu kategori penilaian dan markah merit aku. Rupanya takdela teruk sangat. Attendances aku rupanya cemerlang, selama aku bekerja syif aku hanya mc sekali sahaja. Aku memang jenis susah nak demam dan tak reti nak tipu doktor buat-buat demam. Cuma markah untuk safety audit aku je kurang sebab aku memang tak pernah buat sebarang safety audit. Tapi Supervisor Prihatin tetap bagi satu markah, takkan nak letak kosong. Dia cakap satu tu untuk collective audit dari team syif aku yang lain. Pandai-pandai la dia speculate documentation.

Lu memang rok Supervisor Prihatin

Rupanya-rupanya markah aku adalah yang tertinggi dalam syif group aku. Kesemua sekali ialah 76, jatuh dalam kategori '2' untuk 'ok-ok aje'. Bukanlah cemerlang dan outstanding iaitu kategori '1' atau '3' untuk kategori buruk.

Kemudian Supervisor Prihatin tanya aku "kau dah setahun kerja kan?" Aku jawab ya "bulan sepuluh hari tu dah masuk setahun".

"Oklah, IPO pun ok, macam ada peluang dapat bonus hujung tahun ni" balasnya dengan muka takde perasaan

Hidung aku hampir berdarah mendengarnya

Dalam kepala dah terbayang groovebox Roland, ataupun Korg, ataupun Yamaha....

Tuesday, November 6, 2007

Menikmati Hari Cuti Yang Mewah (Boros)

Hari ini (6 November 2007) adalah hari off aku termasuk 5 Nov. Selalunya pada hari off aku dengan sedaya upaya cuba untuk tidak berada di god forsaken land. Pada waktu ini sajalah masa untuk aku bersama family dan rakan-rakan sealiran. Pegi mampos dengan rakan-rakan sekerja aku, aku tak mahu terlibat lebih jauh dalam kehidupan sosial dan riadah menyedihkan serta bosan mereka. Cukup sekadar hubungan profesional rakan sekerja.

Hari off minggu ini aku sudah plan untuk ke rumah akak aku di Tanjung Malim, beberapa hari sebelumnya akak aku ada anta SMS dia akan bawak anak buah baru aku (anak ter-latest dia) pulang setelah hampir sebulan di dalam incubator. Aku belum tengok lagi anak buah terbaru aku tu. Besar kemungkinan mak-bapak aku dan seisi keluarga lain akan berkumpul di sana. Rumah akak aku di Tanjung Malim terletak dikawasan perumahan separa elit dan mampu menampung seluruh family aku bila kami datang crashing. Tak tahu kenapa tapi aku jatuh cinta dengan Tanjung Malim, semacam ada charm yang membuatkan aku rasa welcomed dan at home here. Charm yang sama yang membuatkan aku sayang dengan kampung halaman aku Kuala Lipis.

Tapi plan terbantut setelah adik aku menelefon memaklumkan akak aku belum tahu lagi bila mahu bawak balik anak bongsunya ke Tanjung Malim, mungkin hari Rabu, hari Rabu aku dah start kerja. Mak bapak aku pun tak pasti lagi nak datang.

Nak tukar plan ke KL menghabiskan masa bersama rakan sealiran diorang busy plak keja, maklumlah hari weekdays, bukan weekend. Mesti stok tido awal semua.

Cilakak terpaksalah aku menghabiskan cuti di god forsaken land, rasa macam nak masuk keja je boleh gak buat duit overtime tapi takde plak orang panggil masuk. Biarpun aku sebenarnya mengamalkan polisi "time gua cuti, gua mau cuti, biar plant terbalik pun peduli apa aku, hari kerja aku boleh kerja lebih masa, tarahal, asalkan lu bayar OT gua".

Tukar plan untuk lepak rumah layan drama melayu. Takde plak cerita melayu yang potrey kehidupan melayu kotemporari, semua melayu urban kaya duduk banglo style cakap kadang-kadang campur orangputih sikit yang banyak dalam drama TV3 dan Astro Ria. Aarghh bosan. Aku pun teringat nak layan buku tapi kena cari buku baru, semua dalam bilik aku dah habis baca (tipu).

Aku teringat buku terbaru karya Mark Hodden yang aku ternampak kat MPH Jusco Seremban 2 tempoh hari, apa tajuk akupun tak ingat, kalo buku Mark Hodden aku sambar je. Itu hari mau angkat tapi duit tak cukup. Takpelah aku konfiden orang-orang Seremban belum cukup literature conscious lagi untuk baca Mark Hodden, ataupun membaca, dan berabih duit membeli buku, penduduk god forsaken land jangan cerita la, masuk kedai buku pun agaknya mengalami komplikasi pernafasan.

So aku pun memecut dari god forsaken land ke Seremban sebelum Jusco tutup. aku try usha kat Popular dulu mana tau ada buku baru yang best boleh aim bulan depan mau angkat. Tiba-tiba...

A Kid from god-forsaken-land must have embraced Andy Warhol t-shirt for god have spoken

Aku terjumpa Rant - Chuck Palahniuk. Terjumpa buku Palahniuk di Popular di Seremban adalah umpama terjumpa jarum di dalam jerami, ataupun terjumpa CD Mogwai di Gravity Music, ataupun ibarat terjumpa Proton Gen-2 di SEMA dikelilingi jurugambar majalah automotif, ataupun seperti Mawi.. aah aku tak boleh terbayang apa-apa yang best Mawi akan buat.

Aku sudah dipersimpangan, mau angkat salah satu atau dua-dua sekali. Rant berharga rm72 dan Hodden rm32. Obviously akhirnya aku angkat Palahniuk. Kenapalah buku-buku fiksyen berkualiti di Malaysia ni mahal nak mampos, macam mana la nak menggalakkan budaya membaca. Sampai kiamat la diorang layan Ahadiat Akasiahakahsiakahakasiahkahasiahsiahsiahka siah siah ka.

Takpe Mark Hodden boleh tunggu kejap, aku masih yakin orang Seremban lebih rela menghabiskan duit mereka untuk eksesori sport kereta iswara mereka ataupun handphone model terkini.

Esok pada hari off kedua selepas aku kemas rumah aku keluar makan tengahari (pada pukul 4 petang). Ada satu kedai ni yang agak strategik dengan view mengadap laut dekat-dekat rumah sewa aku. Aku bawak sekali buku palahniuk untuk dibaca dikedai makan - seorang diri, manalah tau ada awek intelligent yang bercuti di Port Dickson akan terperasan aku dan menegur aku "owh you're Palahniuk fan?"

Setelah habis makan dan membaca hampir satu chapter, aku menyedari prospek untuk jumpa awek intelligent di kedai makan ni amatlah tipis so aku bergerak ke lokasi yang lebih strategik di tepi pantai sana. Sebelum itu aku menyambar rokok sekotak untuk digayakan bersama aksi "lelaki-sepi-lepak-membaca-buku-di-tepi-pantai"

Hampir dua jam lebih aku duduk bersila khusyuk menghayati gaya penceritaan Palahniuk dan tiga batang rokok habis dihisap tulang belakang aku mula sengal-sengal. Kalau keadaan ini berterusan kesihatan aku mungkin terjejas lantas aku bergerak kembali ke kereta untuk sambung baca di katil aku pula. Tambahan pula haram takde awek intelligent berkeliaran di sepanjang pantai datang menegur aku.

Tiba-tiba datang craving untuk makan ais-krim. Aku terbayang ais-krim Haagen-Dazs yang hanya satu kedai saja di Port Dickson ni yang jual. Letaknya kira-kira 6 kilometer kat pekan sana. (Orang sini panggil pekan, bukan bandar). Tarahal aku pecut je. Sampai sana aku sambar perisa kopi, lagipun tak banyak pilihan, hanya kopi dan cokelat, hampeh tul. Pegi kaunter dan gadis kaunter tekan mesin cashier dan sebut "tuenti-eek ringgit encik..er..sir". Aku tau ais-krim Haagen Dazs memang mahal kerana rasa dan kualitinya jadi aku tak terkejut dan dengan bersahaja bayar dengan note rm50. Tank yuu sir, do yuu like eerr join kontess?? err fill this err.. borang" Cakap ongputih minah ni dengan aku, mesti dia ingat aku pelancong singapura ataupun dia mula mengakui aku memiliki wajah umpama pemuda pan-asia. Mesti dia penah cakap Dafi AF5 pun muka pan-asia habis, apatah lagi muka aku. Nak buat camne, awek god forsaken land, stended. Layankan aje.

Monday, November 5, 2007

Krisis Pertengahan Umur Si Penulis Radikal (25 tahun keatas)

Radikal sangatkah meluahkan kepincangan sosial mentaliti picisan?

Ada orang tanya aku kenapa aku tak sambung buat Dogged zine? Aku jawab mudah, "gila tak musim buat zine zaman sekarang". Sebenarnya, dulu aku hidup melarat, miskin hina semata-mata hidup atas bantuan pinjaman pelajaran kerajaan dan elaun bulanan ibu-bapa. Aku rasa akulah manusia paling malang di dunia sebab tak dapat pergi ambik result SPM bawak Honda Prelude dan takde Butler yang menguruskan jadual harian aku. Aku marah satu dunia.

Apa yang budak umur bawah 21 tahun boleh buat? Selain meluahkan ketidakpuasan hati pada kertas ataupun telefon awam. Lebih baik di kertas dan dijual serta diedarkan, dapat marah satu dunia. Takpun satu Malaysia.

Kepada sesiapa yang kurang berkemampuan untuk menyedari aku sedang bersarkastik dalam penyataan diatas, sila tinggalkan rumah kamu dan duduk bermaustatin di god forsaken land. Ramai manusia di sini yang aku kenal boleh menyanjungi 'kebijaksanaan' kamu, kamu akan jadi idola.

Aku bernasib baik kerana mampu mengenal dunia di usia muda, diberi ruang dimensi minda untuk meneroka dan menilai kehidupan dalam banyak sudut dan perspektif, bukan satu sahaja. Berpeluang didedahkan dengan pemikiran kurang popular, yang dilabel sebagai 'radikal'. Cukup matang untuk cenderung mengkaji pemikiran-pemikiran ini dan ambil peduli.

Dan apabila aku melewati zaman darah muda, segar dan bersemangat untuk meneroka pembaharuan. Mula mengenal alam dewasa, apabila akhirnya tanggungjawab ibu-bapa dilepaskan ke atas diri sendiri sepenuhnya. Terpaksa cari duit untuk membayar bil Astro, Streamix dan ansuran kereta. Jatuh cinta dengan konsep kehidupan mudah, teratur dan kesejahteraan di afterlife. Aku mula membesar menjadi manusia yang bosan, bosan dengan semua benda di dunia ni, tiada lagi yang exciting untuk di discover.

Mungkin perkara-perkara di alam kelamin.

Aku dah sakit pinggang dan penat untuk jadi adventerous. Politik dan kebodohan dunia memualkan aku, terlalu menjengkelkan hinggakan untuk dibuat modal lawak dan kutukan are not worth my time. Aku lebih rela menjadi apathetic, perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan aku atau yang tak boleh penuhkan poket aku adalah tidak penting. Aku sudah pandai bersabar dan bertenang, tiada guna lagi marahkan dunia, salahkan diri sendiri dulu.

Aku tak peduli untuk jadi manusia moralist idealist yang sibuk memperjuangkan revolusi lagi. Jadi aktivist bukanlah sumber pendapatan tambahan yang baik, peduli apa aku Anuar Ibrahim keluar jail, peduli apa aku pada kepayahan kelompok ideologist kiri Malaysia. Ada mereka masukkan duit dalam account bank aku?

Cik-cik abang dan kakak revolusionist semua, tidak sedarkah kamu terdapat satu ideologi baru yang dinamakan Wealthalogy?

Segala hal duniawi boleh dibeli dengan wang, termasuk impian revolusi kamu. Duit boleh belikan dunia ini satu revolusi dan sumbat mulut mereka yang menentang dengan duit. Pendapat mereka tidak perlu diambil kira kerana mereka tidak sebijak mana. Hanya idealist seperti kita yang mampu berfikir sewajarnya. Duit juga boleh belikan kebebasan, keadilan dan keamanan.

Dan lubuk duit dunia ialah Amerika dan Negara dunia pertama.

Beli kuasa dan kedudukan pemimpin bangang mereka

Dan hapuskan sumber kejahatan dan bapak kepada segala pembaziran dan inefficiency - minyak.

Seorang penganut 'Wealthalogy' mengamalkan ilmu sains dan teknologi, selain ilmu sains politik yang boleh dibaca secara santai di tepi tasik, tak perlu masuk universiti untuk dipraktikkan kemudian di perhimpunan haram agung. Last-last kena gas pemedih mata dan menganggur 3 tahun sebab takde market peluang pekerjaan.

Bertapa mudahnya mengubah dunia apabila semua revolusionist bercita-cita menjadi kaya dan bijak meneroka teknologi 'anti-fossil fuel'.

Mustahil? Mengambil masa?

Revolusi kamu juga impian utopia, barangkali mengambil masa eternity

So apa bezanya?

Kepada bakal 'Wealthalogist', aku akan sokong perjuangan kamu jika kamu sanggup beli zine aku dengan harga rm50 senaskah.

Punk kaya

Sunday, November 4, 2007

Menghabiskan Sisa Hidup di Tanah Sumpahan

Satu bintang pun tarak, dari kejauhan kelihatan langit dan awan gelap bercahaya, ribut bakal melanda. Aku berada 20 meter di atas platform silo. Kena check conveying line dan habiskan kerja secepat mungkin, kang tak pasal-pasal kena petir, tak sempat nak berbini.

Kalau cuaca baik, it's kinda nice jugak lepak atas ni malam-malam, nampak pantai Port Dickson dan cahaya dari kapal-kapal besar yang berlabuh berhampiran. Kekadang memang tak adil aku menganggap tempat ni, bandar ni, god forsaken land. Hanya kerana segelintir sahaja penduduknya yang aku kenal, mengamalkan budaya dan cara hidup yang boleh memundurkan sesuatu bangsa.

Tapi kalau Majlis Perbandaran sebesar ini takde satu pun jamming studio, umpama kalau tak dilanda tsunami hingga sekarang penduduk Port Dickson sangat amatlah diberkati dan patut sangat amat bersyukur.

God have mercy on them

Radio komunikasi aku dah berbunyi. Supervisor Prihatin aku dah panggil turun dan tinggalkan kerja yang belum selesai. Hari nak ribut dia kata, turun control room layan kopi gampang (kopi pekat gile) yang dia buat. Aku turuti arahan sebaik mungkin. Supervisor Prihatin memang seorang penyelia yang baik, beruntung aku bekerja dalam shift group dia. Aku selalu gak pau rokok dia dan bini dia selalu ajak aku makan nasik kat rumah dia. Selalu mengembalikan moral aku apabila kena tiaw dengan supervisor Abang Misai setiap kali aku terpaksa bekerja dalam shift group dia. Supervisor Abang Misai ialah anak jati god forsaken land, berbelas tahun hanya bekerja dalam industri yang terdapat di sekitar god forsaken land.

On the way menuruni puluhan anak tangga besi aku terpandang kira-kira tiga kilometer ke arah selatan. Kearah loji penapisan Shell, api dari flare stack-nya agak terang semacam malam ni, hingga hampir menyuluh langit gelap diatasnya. Apabila kilat bercahaya di awan gelap diatasnya, aku teringat permandangan menggerunkan menara ahli sihir dalam cerita Lord of The Ring - The Two Towers. Kemudian aku lihat ke atas ke arah flare stack loji Cabot aku pula.

Hah elok sangatlah tu, satu kat selatan, satu kat utara, di middle earth, god forsaken land.

Monday, October 29, 2007

An(u)al Dinner

Aku sedang cuba untuk tidak bersikap sinis tentang sebarang majlis makan malam rasmi....

...........

.................

ok

Mungkin sikit, macam MC yang cuba sebaik mungkin mengelolakan majlis dalam bahasa Inggeris dengan sebutan sehabis English atau mungkin yang educated sikit, sehabis American. Bagi MC yang berpasangan lelaki dan perempuan pasti akan complimenting sesama sendiri sambil memulakan ayat dengan perkataan "well".

Tak kisahla tu, peduli apa aku, tugas sebagai MC untuk majlis kapasiti ballroom hotel memang bukan mudah. Untuk majlis rasmi bukan boleh cakap main selamba je macam MTV award. Ada protokol yang perlu diikut. Lebih-lebih kang anda akan di cop 'syok sendiri'. Stended.

Nak dipendekkan cerita, sabtu lepas aku telah menghadirkan diri ke majilis makan malam tahunan company aku, Cabot Malaysia Sdn Bhd aka 'pintu neraka' (hellhole). Setelah tahun lepas tak berpeluang mengadakan acara tahunan ini yang sering diperkatakan dan dinanti-nantikan oleh orang-orang tua yang menghabiskan separuh usia muda dan mengorbankan kehidupan sosial mereka di ''pintu neraka'. Tahun lepas company tarak untung.

Ini tahun manyak untung, jadi ada makan besar!! Setiap tahun, acara makan malam besar syarikat "pintu neraka" ini akan bertemakan sesuatu, tahun sebelumnya ialah tema "tradisional", tahun ini temanya ialah "elegant". Apa lagi terujalah sangat orang-orang tua yang telah menghabiskan separuh dari usia mereka dan mengorbankan kehidupan sosial mereka di "pintu neraka" itu untuk kelihatan "elegant". Apa benda yang terbayang di imaginasi mereka itu akan "elegant" bergantung kepada berapa banyak sisa masa mereka menikmati hidup selain dari berhempas pulas mencari duit di "pintu neraka". Di "pintu nereka" takde masa nak fikir apa yang elegant untuk dipakai ke tempat kerja.

Aku juga teringin untuk melihat sendiri kemeriahan acara makan besar tahunan ini, selalunya aku layan majlis makan malam kolej yang dihadiri kebanyakannya remaja-remaja yang berusaha sedaya upaya menonjolkan identiti mereka, cuba menarik perhatian gadis idaman yang agaknya gila sebab memuja Evanescense dan Avril Lavign, gadis yang mengimpikan teman lelaki berpakaian serba hitam bertali leher merah yang pada fikiran mereka gothic habis dan pada masa yang sama emo. Kasihan My Chemical Romance.

Berbekalkan spek baru "hey-look,-i'm-a-cool-underground-music-lover" aku, beserta jaket suede cokelat dan 25 ringgit haircut, elegant versi Ben Fold. Aku memecut ke Hotel Glory Beach Resort Port Dickson bersama housemate. Aku tiba lewat setengah jam, dewan dah penuh, mata semua memandang ke arah kami memaksa kami berdua mengawal kekacakkan sebaik mungkin supaya tidak disedari orang ramai. Terhiling-hiling mencari meja kosong dan rakan-rakan sekerja lain, rakan-rakan sekerja yang tidak terlalu menyedihkan hidup mereka akibat terlalu lama berkhidmat di "pintu neraka".

Macam-macam "elegant" aku tengok, ada "elegant" versi mat rempit, "elegant" versi UMNO, "elegant" versi pekerja industri yang taksub dengan control valve, "elegant" versi pakar kejuruteraan yang artistically challanged dan "elegant" versi benda paling enjoy dia pernah buat ialah kareoke dan layan rumah urut.

Di majlis yang serba-serbi "elegant" ini juga dipersembahkan dengan tarian irama bollywood dan joget melayu serta dihidangkan beer, instead of wain. Dan tetamu-tetamu elegan semua dihidangkan dengan chinese food dengan main course ialah nasik goreng cina. Nasib baik presenter ialah Sharimah Ibrahim dan entertainer ialah AC Mizal. Tau-tau Sharimah blah awal lepas habis majlis mungkin sebab tak tahan dengan perangai pekerja-pekerja kontrak yang elegan bergaya dengan seluar jeans mabuk beer yang berjoget dan bersorak macam monyet.

Sialan tak sempat aku bergambar dengan Sharimah.

Sumpah tahun depan tak hingin lagi aku terlibat sama, bukan ada awek pun nak dressing maut-maut, membazir cuti aku je. Itupun kalau aku ada hati nak kerja lagi kat "pintu neraka" tahun depan.

Thursday, October 25, 2007

Cilakak!

Hari ni aku boleh lak terbeli spek baru yang macam gampang rupanya bila aku pakai. Camna boleh tak perasan bila test try. Mesti sebab gadis pembantu jualan tu asyik usha depan aku bila aku try spek-spek yang dia bagi kat cermin, semua Ok dia cakap. Aku yang dari tadi sebagai teruna yang sopan santun asyik tak keruan diperhatikan sedemikian. Aku pun terpedaya.

Balik rumah tengok kat cermin betul-betul cis, macam gampang rupa parasnya bila digayakan. Macam budak 15 tahun yang dah rasa dirinya tergolong dalam golongan cool atau baru naik satu tangga dalam the cool circle sebab dia dah start layan Meet Uncle Hussein seminggu lepas, selepas hampir 1789 orang rakan-rakannya yang pakai spek sama macam dia pastu buat style rambut fin, pakai kemeja vertical stripe ngan kasut skate tiruan bagitau dia yang band ni cool untuk didengar lepas diorang tengok band ni keluar dalam drama KAMI. Itupun bukan dia tak pernah dengar lagu diorang sebab dah banyak kali XFresh.fm main dalam radio tapi dia buat-buat tak tau sebab dia tak tau nak menghargai band melayu yang main rock ala Q and Not U . Sebab sound dia tak sama macam My Chemical Romances dan Muse ataupun Pop Shuvit yang dia puja dan anggap sebagai band paling best kat dunia selama ini.

Habis rm250 duit aku

Tapi takpelah, aku kira aku lebih dari layak nak pakai spek macam tu, poyo tak poyo la, sedangkan Mono pun aku dah bosan dengar...

Sunday, October 21, 2007

Merayakan Hari Raya

Raya best, aku suka raya. Sebab ianya festive terbesar diraikan semua jenis manusia, keparat dan separa -keparat, bukan hanya segelintir kelompok yang berkongsi ketaksuban. Dan bagi mereka yang tidak menghargai dan percaya pada Raya, selalunya mereka akan rasa tersisih dan murung sebab mereka sebenarnya nak join tapi sama ada terlalu ego atau terasa dirinya outcasted. Dillusional.

Memandai-mandai je aku ni tapi apapun alasan mereka apa salahnya jika untuk just join the party? Akupun banyak gak masalah tapi bila semua orang disekeliling kita tiba-tiba mood tengah baik ngan happy je, aku kalau boleh taknak la jadi spoil sport.

Aku masih lagi ada ibu-bapa dan keluarga, tiada ada alasan untuk mengapa aku tidak boleh enjoy raya tidak kira la bertapa punk dan rebelnya aku. Bagi manusia seperti aku yang dikira hampir/separa anti-social, aku celebrate raya just fine. Bukan susah pun untuk berlagak friendly. Senyuman ikhlas dan hulurkan tangan. Murah rezeki dibalas dengan angpau. Tak perlu pun bersuara. Hanya jawap soalan yang ditanya sebaik mungkin. Soalan-soalan tipikal seperti "buat apa sekarang?", "dah kahwin ke belum?", "apa cerita?"

Layankan aja. Janganlah berlagak macam seorang asshole di pagi raya. Seorang asshole tulen pun bercuti menjadi asshole di hari Raya. Aku tahulah kamu tu depressed tapi Raya menyediakan situasi dimana semua orang terpaksa bergembira, dan bagi yang betul-betul ikhlas, aku percaya mereka sememangnya ikhlas menggembirakan orang lain. For once in your life, try to be happy for cried sake. Raya setahun sekali je, hari-hari lain pegi la depress sorang-sorang sampai mati. Potong nadi dalam jamban. Tengoklah samaada ada atau takde orang yang akan menangis bila kamu tak ada nanti.

Memandangkan setiap kali Raya aku telah bersedia untuk join in the frenzy, rage and hype, aku sejak enam tahun lepas telah mengamalkan polisi baju melayu sepasang siap sampin. Kalau nak join in the party, costum kena lengkap, barulah sporting sikit. Bazir tak membazirlah, apa beza dengan orang lain yang menghabiskan duit beli kasut raya dengan jeans baru raya untuk dipakai dihari Raya pertama? konon style dan berjiwa rok. Aku taulah jeans ngan kasut boleh pakai hari-hari, baju melayu jarang-jarang tapi duh! Lu kahwin nanti pakai la jeans 501 rm180++ Raya.

Hari raya juga aku mengamalkan polisi ikut mak-bapak beraya di hari Raya pertama walaupun tidak dititik beratkan sangat. Walaupun ada rerakanku yang mengutuk tindakanku kerana pada tanggapan mereka ianya tidak rok tapi aku tak kisah, pada waktu ni la aku dapat tengok keluarga aku akrab dan aku terasa warmth dan good quality time yang takde dalam hari-hari lain sepanjang tahun. Kalau Hari Raya pun bukan masa sesuai untuk have good quality time dengan keluarga, bila lagi sial?!! Keluarga aku besar ditambah pula keluarga sebelah mak aku dan bapak aku kebanyakkan tinggal berdekatan so hari Raya pertama dihabiskan menziarahi sanak-saudara hingga ke malam.

Jarang sekali dalam situasi menyambut hari Raya aku terasa terperangkap dalam keadaan awkward dan tidak selesa. Jika di hari Raya aku terasa seperti i was in hell, then hell isn't so bad.

Monday, October 8, 2007

Hah, Apa Critaa?? !

Aku nengok blog berbahasa Inggeris ni macam dah kurang market dah kat Malaysia ni, macam trend pulak sekarang semua nak tulis blog bahasa Melayu. Kang aku tanya kang mesti ada yang jawab nak mermartabatkan bahasa sendiri lah, bahasa ibunda lah, kena bangga ngan bahasa sendiri lah padahal ayat-ayat yang digunakan tu bapaklah rojak dan ntah kemana tata bahasanya. Mungkin majoriti pembaca blog malaysia lebih suka baca blog bahasa melayu, nak market lebih besar punya pasal takpelah jadi patriotik palsu pun takpe. Hidup mesti wayang lebih.

Jadi aku juga melihat dari prospek itu maka aku buatlah MEAT versi bahasa ni, supaya dapat mencapai lebih ramai pembaca, terutama yang berjantina perempuan. MEAT 2 juga dalam pembikinan, sebab aku dah takbleh log in MEAT yang original dulu, sempat 5 entry je. Tapi cam takde point pulak buat dua blog berasingan yang cuma beza bahasa penyampaian tapi isi lebih kurang sama. Last aku check, rasa-rasanya aku takde masalah split personaliti, sorang versi mat salleh celup yang suka merungut dan sorang lagi versi lelaki melayu terakhir yang suka merungut. Dua-dua sama.

Padahal rasanya aku dah lama into penulisan bahasa melayu ni, start dari zaman aku tulis-tulis zine dulu, bila aku start buat zine Dogged yang berbahasa melayu, yang mendapat respon yang lebih memberangsangkan dari zine Grounders aku yang berbahasa Inggeris. Mungkin orang lebih mudah memahami bahasa melayu akhirnya pendapat aku diterima. Dulu jenuh berbuih-buih peluh di tangan tulis benda yang sama dalam bahasa Inggeris, takde sapa peduli.

Tapi untuk perkara-perkara yang mungkin lebih intrique dan profound aku lebih selesa menceritakannya dalam bahasa Inggeris, pada gaya bahasa yang pada aku mudah, sampai serta tak kedengaran kekok. Kekadang to best capture something most captivatingly complex is only in a simplest words. Hah, cuba translate kan tu ke bahasa melayu tanpa member kita mengeluarkan respon seperti "lu tengah high ke?".

Tapi ape kejadahnya aku nak cerita benda-benda komplek macam tu kat memember secara verbal, time mood dan mode untuk berborak 'kote' ketika lepak. Lain la setting lepak tepi pantai pastu masing-masing tengah emo. Bahasa bahasa pasar ni memang tak digunakan dan tak berapa sesuai untuk menerangkan benda-benda camtu, kalo ayat tu kedengaran 'skema' dan 'macam skript drama', nak buat camna.

Mat salleh pun akan memandang serong jika memember lepak mereka menggunakan bahasa-bahasa seperti 'hence, therefore, albeit, suffine to concure' dalam percakapan harian mereka. Mengada-ngada dan poyo kata mereka.

Tapi kekadang, selalu aku tengok bila sorang penulis tu dah buntu sangat nak explen cammana akhirnya dia akan gunakan ayat atau quote ayat bahasa Enggeris jugak. Ntahla bahasa melayu ni kekurangan vocabulary sangat ke?