Tuesday, November 1, 2011

Home Improvement 36

Mereka tidak ingat bila kali terakhir mereka menonton filem romantik bersama, mungkin tidak pernah.

Mungkin 5 tahun dahulu ketika rumah ini kosong tidak berperabot, kecuali sebuah televisyen skrin leper 29 inci di atas lantai dan sebuah antenna kecil, hingga saluran paling terbaik diterima hanya sebuah stesen yang sedang menayangkan sebuah dokumentari tentang sekumpulan kera Siamang. Sambil memeluk kaki dan dagu direhatkan diantara kedua lutut, mereka menonton dengan penuh tumpuan. Hanya sesekali mata berkelip.

Dan Si Dia akan berkata "serius saya tak pernah tahu pasal tu" tanpa beralih mata pada skrin apabila suara hos menerangkan Siamang mempunyai wajah berbentuk cincin dan berwarna putih untuk membezakannya dengan spesis kera yang lain.

Dan Si Lelaki akan kata "yep", dan "yep" setiap kali.

Dan ianya terasa seakan romantik.


2 comments:

Dediy Sulaeman said...

Saya seakan2 nak faham... tapi erm.. satu jenaka romantik kot... hehehe

Lady Windsor said...

Hmm...guess entry ini pun romantik...