Sunday, July 17, 2011

Home Improvement 33

Dear dear,

I wish my life is in slow motion.

You know why? Because when everything move so fast around me, you will not even notices them. You will miss them and they just slip away and you wouldn't even care.

Just like you, when you move with such grace, I make all the time I have in the world, just to look at you long enough, until our eyes caught each other.

Yang Benar,

Si Lelaki.


Lalu nota kecil itu disisipkan dibawah pintu rumah Si Dia. Kemudian Si Lelaki akan duduk menunggu diseberang jalan. Setiap hari.

Setiap hari berharap untuk tuhan perlahankan waktu, melangkaui hayatnya.

Tuesday, July 5, 2011

Home Improvement 32

Si Lelaki dilahirkan (semula), didalam kereta yang keempat-empat tayarnya, bukan diatas jalan. Ketika itu dihadapannya, disebalik tubuh-tubuh penyibuk yang hanya penuh perasaan ingin tahu lebih daripada rasa simpati, Si gadis berdiri dengan wajah gusar dan belas yang paling ihklas sekali diantara mereka.

Wajah gadis itu, pada hari itu, iaitu hari pertama dalam kehidupan barunya, adalah wajah pertama yang dilihat oleh matanya. Satu-satunya wajah yang paling jelas dan terserlah dari puluhan wajah lain yang tidak bermakna dan bermuka.

Seolah seperti sebelum kelahiran kehidupan barunya itu, dia hidup seperti orang buta. Tidak tahu dimana hala tujuan dan pencariannya dalam dunia yang gelap.