Monday, April 11, 2011

Home Improvement 31

Ini adalah antara hari bila mereka akhirnya duduk bersama saling berhadapan. Bila sedikit tenang dan tidak membebankan, untuk mendengar dan memahami keperluan dan kepentingan masing-masing. Cari jalan leraikan segala simpul dan jalan buntu, kerana semua yang sudah terlalu berpanjangan itu sudah hilang hujung dan pangkalnya. Hilang segala alasan dan tujuan.

Lalu bila Si Lelaki akhirnya memulakan kata, Si Dia perlu dengar dan tumpu.

"saya rasa... Mates Of State ialah band pasangan suami-isteri yang terbaik"

"saya setuju, Jason dan Kori masih bahagia hingga sekarang. Walaupun saya rasa mungkin Ira dan Georgia sudah tubuhkan Yo La Tengo sejak 1984 lagi, kita patut beri mereka lebih kredit"

"oh ya ya betul, macammana saya boleh lupa Yo La Tengo, saya membesar dengan lagu mereka"

"bukan, kita berdua membesar dengan lagu mereka..."

dan untuk pertama kali selepas entah berapa lama, mereka berdua saling tersenyum ikhlas dengan pandangan mata yang selari.

"awak tahu.. Win Butler dengan Regine Chassagne sudah lama kahwin"

"Arcade Fire?"

"yeah"

"oh how sweet.."

"kan bagus kalau.. akhirnya Ben Gibbard berkahwin dengan Jenny Lewis, kan?"

"haha... tapi mungkin Ben kena berebut dengan Jimmy Tamborello"

"haha, tapi saya rasa Jimmy lebih sesuai dengan that chick in Styrofoam, ataupun Yvonne Lambert"

Ketawa hampir bertukar kekok bila pandangan mata mereka bertemu kembali. Tempoh senyap pun bermula untuk seketika.

"okay.. how about this one, Damien Rice dengan Lisa Hannigan"

"oh my god that is so such a must! Mereka pasangan paling sempurna. Irish couple are the most romantic"

Tempoh senyap bermula kembali

"The White Stripe?"

"mereka sudah bercerai"

"hehe... okay, how about Quasi?'

"err... Quasi? Awak bergurau ke?"

"tak serius, Quasi, mereka pun pasangan suami-isteri"

tapi sayang, Quasi suck!"

Tempoh senyap bermula untuk tempoh lima saat, pandangan mata masih setentang dan selari, cuma sepasang dikecilkan dengan kerutan di hati, sepasang lagi hampir berair dikulatkan dengan satu sengihan kambing.

.............

"saya mengantuk, saya masuk tidur dulu. And I'm locking the door"

Bam! Bunyi pintu dihempas.