Thursday, January 20, 2011

Orang Hodoh Cantik: Insomnia

Tuhan bukan sesiapa untuk dipersoalkan. Ada insan tersayang pergi selamanya kerana tuhan lebih sayangkan mereka. Ada insan yang cuba menamatkannya sendiri dan gagal untuk sekian kalinya kerana tuhan juga sayangkan mereka. Karim gengam erat gelas dengan dua tangan. Kedinginan malam terlalu mencengkam. Hari-harinya tiada sempadan untuk menggariskan esok dan semalam dan lusa. Tiada separuh masa pertama, tiada lena untuk bangun dan terlepas segalanya. Beberapa jam paling berharga untuk hilang sementara dari dunia. Kemewahan yang bukan miliknya.

Gelas diangkat dari permukaan meja, dirapatkan ke mulut. Dari bekas tapak dimana letak gelasnya diatas permukaan meja, ada bentuk seperti wajah manusia tersenyum dari lelehan air yang tumpah. Satu lengkung untuk mulut yang tersenyum, dan sepasang mata tanpa anak. Untuk hari-hari yang tiada waktu rehat, Karim tidak pernah terlepas menyedari kebetulan-kebetulan yang membosankan seperti ini. Selepas satu teguk, Karim merengus;

"what the fuck you're smiling at?"


...............