Tuesday, December 27, 2011

Home Improvement 40

Ketika mereka sedang makan malam bersama disebuah restoren makanan segera 24 jam dengan kedua-duanya hanya memakai pijamas, tiba-tiba Si Dia mengutarakan satu soalan yang amat dalam dan serius dan berat dan penting dan paling solemn.

"Dimensi selari"

"Apa?" Si Lelaki kurang faham.

"Dalam dimensi lain, dimensi selari, jika wujud rancangan tivi seperti Ripley's Believe It Or Not, adakah ia akan berkonsep sama dengan dunia kita ini?"

"Tak, ianya akan dikenali sebagai Ripley's I Don't Give A Fuck". Jawab Si Lelaki bersahaja.

"Hmm... ataupun mungkin, Ripley's So What, Big Deal". Si Dia pula mengutarakan pendapat.

"Ataupun mungkin, Ripley's Get A Life".

Si Dia merapatkan kedua tangannya sambil mengusap dagu dengan wajah serius, "saya rasa mungkin Ripley's Oh Wow, That's Real Something, You Changed My Life, Oh Wow".

Si lelaki angguk tanda setuju. "Mungkin juga, Ripley's Oh Wow, that's Just Amazing, Really Useful Information, Outstanding Achievement, Oh Wow".

Masih lagi mengusap dagunya, Si Dia berkata "mungkin, mungkin juga Ripley's Holly Fuck, You Fucking Make My Day".

"Mungkin juga Ripley's How's That For Satisfying Your Sick Fetishism?"

Si Dia mencelah, "bukan, saya rasa mungkin Ripley's Since You Don't Have Other Better Things To Do".

"Ataupun mungkin Ripley's Look At These Poor Bastards, Isn't This TV Entertainment Or What?" kata Si lelaki.

"Eh, itu macam lebih kurang sama je konsepnya dalam dimensi ni?" Bidas Si Dia.

"hmm.. believe it or not sayang, you're right." Si lelaki tersenyum. Si Dia membalas dengan senyuman manja.

"Perbincangan ini sangat menarik dan penting, kita patut sambung selepas makan ais-krim" Si Lelaki memberi cadangan.

"Okay!" Balas Si Dia. "Mungkin kita patut tanya pendapat orang tua di meja sana, mereka nampak seperti orang-orang cendiakawan".

"Okay!" Si Lelaki Setuju.



-End-

No comments: