Sunday, June 20, 2010

Unoiseau dans la main, en vaut deux dans le bois

Malam di Palate Palette, dikelilingi lelaki dan wanita Perancis yang rindukan croissant dan solitari dari penyokong pasukan bola sepak kebangsaan mereka yang masih pesimis. Seorang kenalan membebel. Kita kena lower our expectation, barulah nanti kita banyak pilihan. Hidup akan jadi lebih menarik.

by which he meant 'perempuan'.

aku tahu itu sejenis sindiran halus tapi aku terpaksa setuju kerana what focking choice do we have, anyway?

Tiada pilihan untuk memilih memang menarik.

So I guess that make me menarik enough, kan? Bukak radio semua lagu menarik, bukak tivi semua cerita menarik, baca akhbar semua berita menarik, dalam facebook ada 12 juta perempuan dan lelaki menarik. Ada 20 juta calon menarik di Malaysia untuk bakal selebriti sebarang rancangan realiti.

Jangan letakkan harapan tinggi, nanti kurang pilihan, nanti kurang menarik.

Patutlah negara ini menarik. Biar kurang mutu asal menarik.
Ah minum teh tarik lagi baik.


Tuesday, June 8, 2010

Terlalu Banyak Masa Dalam Tangan

Untuk projek tahunan pertama blog Puisi Pantas Pendek adalah lebih kurang begini. Amacam? Suara kasi garau sikit. 


Spoken poem rip off tanpa kebenaran deklamasi oleh Leonard Cohen - A Thousand Kisses Deep. Astonishing display of intrigued piano finger works dari yours truly, sahabat sealiran Jimmy Tamborello, Stamborello Mustapha.

Tuesday, June 1, 2010

Angsa Hitam dan Kebarangkalian Cinta


Dah lama aku tak tulis entri yang seperti ini. Sebelum blog ini tiba-tiba menjadi blog jiwang dan cerita-cerita romantik gelap fiksyen dan separa fiksyen dan bukan fiksyen. 

Dua orang pakar psikologi kognitif dari eropah, Amos Tversky dan Daniel Kahneman, pernah membuat satu eksperimen mengenai tabiat manusia yang suka mengambil risiko ataupun tamak. Bayangkan dua situasi. Situasi pertama: Pada tangan kamu ada wang sebanyak rm300. Kemudian kamu diberi dua pilihan; a) - kamu akan diberi sebanyak rm100 lagi dan b) - kamu perlu lambung duit siling dan jika kamu menang kamu akan diberi rm200 dan jika kamu kalah kamu tidak akan dapat apa-apa.

Manusia, akan selalunya memilih pilihan b) dari a)

Situasi kedua: Pada tangan kamu ada wang sebanyak rm500. Kemudian kamu diberi dua pilihan: a) kamu diminta berikan rm100 dan b) - kamu perlu lambung duit siling dan jika kamu kalah kamu harus berikan rm200 dan jika kamu menang kamu tidak perlu berikan apa-apa.

Hasilnya Tversky dan Kahneman juga mendapati manusia selalunya akan memilih pilihan b) dari a).

Melihat hasil eksperimen ini dari sudut kebarangkalian dan hipotesis, kedua-dua situasi adalah sama sahaja. Kamu akan mendapat kebarangkalian 50-50 untuk untung atau rugi sebanyak rm200. Sifat manusia yang berani mengambil risiko(atau tamak) akan sanggup kerugian rm200 dengan menaruhkan kebarangkalian 50-50 duit siling itu akan jatuh pada sebelah kemenangan. 

Ada dua orang sahabat baik dan pakar penganalisis statistik bursa saham dari Amerika, Nassim Nicholas Taleb dan Victor Niederhoffer. Mereka berdua mempunyai pandangan yang berbeza. Niederhoffer ialah seorang risk taker, keyakinannya bergantung kepada pengalaman dan kepakarannya meramal keadaan pasaran saham. Hasilnya Niederhoffer hidup dengan kaya-raya dan mewah. Taleb pula seorang yang suka mengambil pendekatan selamat dan mungkin penyabar. Taleb memahami risiko bermain saham. Kamu boleh mengumpul kekayaan dengan menjual saham setiap hari sebelum bursa ditutup walaupun dengan keuntungan yang sedikit tapi lama-lama jadi bukit. Tetapi risiko kerugian dan harta yang dikumpul hilang sekelip mata sekiranya kamu menjual dengan harga yang rugi akibat situasi tertentu yang tidak dapat diduga yang mempengaruhi pasaran saham, contohnya seperti kejadian 11 September, adalah 50-50. Seperti duit siling tadi. 

Walau pakar ekonomi dan profesor statisitik terbijak dunia sekalipun tidak mampu meramal kejadian seperti 11 September dan risiko dan kebarangkalian kejadian seperti itu untuk berlaku sentiasa ada. Niederhoffer hidup mewah dengan menaruhkan risiko 50-50 setiap hari dan selama 15 tahun dia sentiasa bernasib baik kerana ramalannya tepat. Taleb pula selama 15 tahun makan hati kerana enggan menjual sahamnya ketika bursa ditutup walaupun dia juga mampu membuat keuntungan (yang sedikit) dan hanya membeli saham berpotensi dan sanggup kerugian (yang sedikit) setiap hari demi satu hari nanti bila kejadian yang tidak terduga berlaku dan harga pasaran melonjak dan dia menjual kesemuanya sekali dengan keuntungan maksimum dan beratus-kali ganda melebihi kekayaan yang dikumpul Niederhoffer selama 15 tahun hanya dalam satu hari dan sekelip mata. Segala kerugian kecil yang ditanggungnya selama 15 tahun akan dibayar balik berlipat kali ganda.   

Taleb, yang kini kaya-raya setelah mendapat peluang yang ditunggunya, telah menulis sebuah buku berjudul 'The Black Swan'. 'Black Swan' ialah metafora yang digunakan pakar ekonomi tentang kejadian rambang yang kebarangkaliaannya untuk berlaku adalah sedikit tetapi masih ada seperti 11 September.  

Satu hari ketika melepak bersama dua orang sahabat aku Pipiyapong dan Vovin, mereka cuba menghasut aku mengikut langkah mereka, berhenti kerja dan melakukan apa yang kami suka. Korbankan keselesaan hidup yang aku nikmati sekarang dengan mengambil risiko demi kepuasan diri. Sememangnya aku cemburu dengan hidup mereka sekarang, bangun tidur sesuka hati dan menikmati kemahsyuran dunia hampir glamer bidang seni dan penulisan. Walaupun hakikatnya hidup mereka tidak seselesa dan lengkap seperti aku, hati mereka puas dan gembira. Aku pula walaupun berpendapatan yang agak tinggi, terpaksa berhempas pulas dengan kerja shift 12 jam dengan keadaan waktu tidur yang tidak menentu dan amat kekurangan waktu sosial. Aku belum lagi berani mengambil risiko untuk terjun dalam bidang yang jiwa aku minat yang tidak menjanjikan jaminan hidup masa panjang sehinggalah aku menemui 'black swan' aku, kebarangkalian atau peluang yang tidak diduga. Durian runtuh misalannya, untuk modal memulakan apa yang aku suka, dan mampu mengekalkan ekonomi aku sekarang sehingga karya aku akhirnya diterima dan mampu berikan segala impian hidup aku.

Jadi. Apa kaitan tiga cerita tentang enam individu diatas dengan 'cinta'? Cinta, dan kehidupan keseluruhannya, adalah satu pertaruhan dan kebarangkalian untuk sesuatu yang hebat itu berlaku tetap ada walaupun peratusannya amat sedikit. Kalau kamu gopoh dan gelojoh, kamu akan dapat apa yang kamu mahu walaupun sebenarnya kamu mampu dapat yang lebih baik. Kebahagian palsu sementara setiap hari atau bersabar untuk kebahagiaan sejati suatu hari nanti. Itu semua taruhan masing-masing.

Bayangkan diri kamu seperti Niederhoffer, berani membuat pertaruhan besar setiap hari asalkan tidak terlepas peluang mendapatkan keuntungan walaupun sikit dan tidak signifikan. Jika kamu dikurniakan pakej yang lengkap, ilmu dan pengalaman yang cukup, kerana kamu seorang blogger yang cool dan mempunyai satu band yang amat avant garde misalannya, mungkin ramai makwe yang hot cuba menggoda kamu setiap hari. Jika kamu tidak mahu terlepas peluang didepan mata, sambar sahaja dan menikmati keseronokkan itu sekarang. Jika kamu lebih sabar seperti Taleb, walaupun kamu juga memiliki pakej yang lengkap, ilmu dan pengalaman yang cukup. Walau hari-hari mendapat peluang digoda makwe hot, kamu masih bersabar demi menunggu makwe yang lebih hot, lebih menarik, lebih bijaksana dan tidak membosankan. 

Kamu menunggu makwe 'black swan' kamu. Mungkin jodoh kamu itu isteri orang, makwe orang, mungkin seorang model antarabangsa warganegara asing, tapi kebarangkalian kamu memilikinya tetap ada, walau peratusannya sedikit. Mungkin kejadian yang tidak diduga berlaku, suami mereka mati, bercerai atau balak mereka tiba-tiba menjadi bodoh dan terenjat akal misalannya. Jika kamu yakin pada kesucian dan kesejatian cinta dan kebahagian kamu itu kelak, rugi kerana tidak melayan godaan makwe hot sekarang, adalah pertaruhan yang lebih kurang risikonya daripada dikecewakan dengan cinta plastik yang bersifat monyet dikemudian hari.

Walaupun ramai yang menyifatkan Taleb seorang pengecut, dan Niederhoffer seorang yang lebih berhati kering dan agresif. Mempunyai kesabaran dan ketabahan menunggu itu juga satu keberanian. Mereka berdua mempunyai matlamat dan impian yang sama, cuma strategi yang berbeza. Jalan selamat atau jalan yang lebih adventurous. Hidup satu pertaruhan dan kebarangkalian yang rambang, tiada pola atau statistik yang dapat meramal jodoh. 

Tiada sesiapa pun yang sebenarnya boleh beritahu kita, jika satu pengorbanan atau risiko itu berbaloi ataupun tidak.