Monday, March 7, 2011

Jenaka Industri Berat

Jenaka 1:

di tempat saya bekerja ada jawatan ini: Shift Superintendent yang disebut secara ringkas sebagai SS. Seorang SS ada pembantunya, digelar sebagai junior SS. Kerana jika disebut sebagai Assistant Shift Superintendent, maka singkatannya adalah: ASS.

Jenaka 2:

Budak Baru: gua ada kemuskilan, setiap pam air ada standby pump dan juga emergency pump. Apa beza keduanya? Kenapa emergency pump itu kecik dan berkapasiti lebih rendah dari pump standby?

Budak Lama: Kalau kapal pelayar cruiser itu, pasti ada emergency boat bukan? Kenapa tidak dibuat emergency boat yang sama besar dengan kapal pelayar itu sahaja? Kenapa tidak dibuat juga sebijik loji emergency yang sama besar dengan loji ini disebelahnya? Kalau ada masalah hanya tekan butang dan switch dari plant A ke plant B?

Budak Baru: tidak usahlah menyindir gua sebegitu brader.

Seronokkan kerjaya saya? Walaupun tidak seglamer dan se-cool menjadi produser lagu sepenuh masa ataupun jurufoto profesional ataupun DJ kelab malam ataupun penulis prolifik ataupun pelakon teater dan filem pendek ataupun pelukis ataupun pemuzik jalanan ataupun pekerja kerajaan yang menghabiskan 6 bulan daripada setahun waktu kerjanya menghadiri kursus di pusat peranginan menggunakan duit cukai pendapatan yang saya bayar.

3 comments:

Dewajiwa said...

kerja yang fun adalah life yang alive. kalau ada lagi, post selalu ye. best

jeb said...

apa bezanya emergency pump dan standby pump? hah..soalan tu anda tak jawap lagi..

stam said...

jeb - Since you ask nicely.. standby pump adalah identical dengan pump sebelah lagi, yg mana on maka yang sebelahnya adalah standby. Ianya disusun secara parallel, jika disusun selari maka otomatik ia menjadi booster pump. Hanya bila kedua2 pump utama trip maka pump emergency akan on secara auto. Pump standby akan di on kan secara manual dan kemudian boleh la di off kan pump emergency itu.

Pump emergency hanya akan digunakan bila kedua2 pump utama tidak boleh dihidupkan. Emergency pump lebih kecil kapasitinya dari pump standby kerana ia berfungsi sekadar untuk meneruskan loop sistem pump itu sahaja ketika keadaan plant sedang idle sementara kedua-dua atau salah satu pump utama dibaiki. Ianya juga direka untuk menggunakan kuasa dari emergency generator.

Setiap sistem pump selalunya ada dua pump (pump 1 & pump 2)akan ada jadual penyelenggaraan untuk kedua-dua pump yang dibuat bergilir-gilir. Minggu ini pump 1 on dan pump 2 diselenggara dan diletakkan dalam keadaan 'standby'.

Emergency pump hanya akan digunakan ketika power failure dan plant trip. Ketika itu pengeluaran plant dihentikan tetapi sistem air atau sistem apa2 pun masih perlu berjalan untuk mengelakkan suhu atau tekanan apa2 vessel dari meningkat.

terima kasih kerana membuatkan blog ini tiba2 jadi macam plant manual dan membosankan pembaca2 perempuan