Sunday, January 9, 2011

Top 5 Filem Odd Bunch Saya

Filem genre 'Odd Bunch' ialah generalisasi filem yang aku reka sendiri sesuka hati aku. Aku bukan orang filem, tidak pernah belajar apa-apa mengenai filem dan tidak pandai mengulas filem dengan istilah teknikal dan intelektual. Jadi filem jenis Odd Bunch (sekumpulan manusia yang sepatutnya/tidak kelihatan serasi) ini merujuk kepada filem berkaitan sekumpulan manusia yang pelbagai karektor, selalunya essentrik, mempunyai skil dan keunikkan masing-masing, bergabung tenaga dan kemahiran untuk menjayakan sesuatu misi.

Nampak mudah tapi aku letakkan juga beberapa kriteria, filem itu mestilah mempunyai nilai komedi yang kuat, plot yang kreatif dan bijak dan menekankan 'cool factor' yang boleh dikatakan, agak keterlaluan. Kejayaan misi mereka, yang semestinya hampir pasti, adalah bergantung kepada skil, kebijaksanaan dan kehebatan melampau setiap individu dalam pakatan mereka. Cara melaksanakan tugas juga perlu dengan bergaya dan bersahaja. 80% kemahiran dan hanya 20% nasib. Lantas, disebut sebagai 'cool factor' oleh penulis sebentar tadi.

Menonton mereka melaksanakan misi, akan melahirkan rasa kagum dan ketidakpercayaan kerana selalunya, hampir melanggar hukum logik. Tetapi kerana, semua itu merupakan satu-satunya elemen hiburan filem-filem sebegini, jadi ia harus ada. Jika tidak, ia bukan diketegorikan sebagai filem genre Odd Bunch.

Jadi merujuk kepada unsur hiburan ini, filem Odd Bunch merupakan produk tulen Hollywood. Tiada falsafah (yang berat), tiada seni (yang berat), tiada penggalian (?). Hanya sekadar pure entertainment. Tidak lupa juga, tipikal filem Hollywood, seperti sudah kewajipan, ada unsur heroism yang menggambarkan budaya dan rakyat Amerika yang sentiasa mahu mengimpikan sesuatu dan meletakkan hero mereka di hadapan. Jadi, sudah pasti akan ada seorang watak utama yang kacak, lebih hebat dan berkarisma diantara watak lain, yang selalu dapat perempuan dalam filem itu, yang menjadi mastermind. Gadis dalam filem Odd Bunch adalah pelengkap kepada keseluruhan pakej hiburan filem sebegini. Berbeza dengan filem dari eropah, saya ambil contoh Snatch dan The Bank Job, walaupun filem yang amat bagus tapi fokus utama mereka bukan pada misi mereka, ada falsafah lain disebaliknya yang mahu dikupaskan. Selalunya misi mereka menempuh banyak cabaran dan akan messed up along the way, lebih kepada realiti, sebaliknya filem Amerika mahu karekter yang larger than life, unrealistically cool.

Yang paling penting, tarikan sebuah filem Odd Bunch ialah pada keunikkan setiap karektor, jalan ceritanya yang berkisar pada misi mereka dan muzik latar yang bagus. Soal logik dan keterlampauan itu jangan dipersoalkan, sebab asasnya ini ialah cerita tentang sekumpulan manusia luar biasa, dan manusia luar biasa ialah cool, dan ia sangat menepati istilah-istilah Amerika ini: The oddbunch, the misfit bandit, redneck, dan the radtag.

Jadi senarainya adalah seperti dibawah:

1. Ocean 11 dan fracais mereka (Ocean 12, 13) - Prestasi Ocean 11 beserta francaisnya yang lain sudah melepasi semua kriteria aku terutama dari segi muzik latar yang bercitarasa bagus.

2. RED - Gabungan karektor berumur termasuk watak Utama Bruce Willis yang lebih kepada anti-hero membuatkan filem ini mendapat markah tertinggi dalam skala cool factor peribadi aku.

3. A-Team the Movie - Larger than life, hampir kesemua karektor adalah terlalu essentrik dan mempunyai nilai heroism yang seimbang. Straight forward dan paling menghiburkan.

4. The Replacements - Filem tentang pasukan sukan paling tidak bosan kerana tiada unsur nasihat tentang semangat kesukanan, semangat berpasukan, kecintaan pada sukan/acara dan segala macam moral lain dalam buku teks kesukanan.

5. Err... sebenarnya, aku belum jumpa calon yang layak untuk tangga kelima. Ada beberapa senarai pendek seperti The Mighty Duck, Dodgeball dan aku hampir senaraikan Cilok, tapi kesemuanya seakan tidak berapa menepati kriteria dan terlalu kurang cool factor.

Harap ada filem baru yang akan keluar untuk mengisi tangga kelima atau menggantikan tempat teratas. Atau mungkin sudah ada filem yang aku tidak tahu kewujudannya dan belum ditonton, silalah kemukakan rekomendasi dan cadangan.

No comments: