Aku sudah bekerja 10 jam lebih hari ini, turun naik platform setinggi bangunan lima tingkat di panas terik, mengangkat dan merodok rodding rod seberat 15kg ke dalam lubang chute mesin pelletizer yang mehamburkan bahang panas dari neraka. Wajah comot dicemari partikel-partikel halus karbon hitam. Menghidu gas sulfur bercampur wap air menguji filter bag yang acapkali bocor kerana 'lubang neraka' beserta hakikat perkakasannya yang sangat kuno ini tidak mahu diterima oleh tuan-tuan mereka.
Lambang kejayaan setelah penat lelah tiga tahun mengaji kalkulus dan thermodinamik kejuruteraan kimia.
Hanya pulang ke rumah setelah pukul 9 malam kemudian keluar semula menemani rakan serumah makan malam. Aku perlukan interaksi dengan sebarang jenis manusia hari ini, biar pun pada perkara paling sia-sia dan bodoh. Aku perlu keluar rumah melihat dunia, biarpun dalam kepompong jajahan 'tanah sumpahan' ini. Dan aku perlu rehatkan badan aku yang macam nak tercabut segala urat-sendi ni.
Tapi aku masih belum mahu melelapkan mata walaupun jarum jam mula menuju angka '4'.
Empat pagi.
Aku bukanlah seorang pentido. Tido hanya untuk manusia yang otaknya kurang aktif dan gagal berfungsi. Dan manusia yang otaknya kurang aktif dan gagal berfungsi dan kuat tido selalunya akan menghadapi kesukaran untuk menilai bahawa aku hanya berseloroh dan bersarkastik untuk perenggan ayat ini.
Yelah, aku tak bijak, otak aku tak seaktif mana, aku jarang berfikir, korang semua ajelah yang bijak. Sialan.
Aku fikir aku semacam, dan mula mengalami bipolar disorder manic-depression. Sejenis depressi yang kebanyakkan orang yang menghadapinya tahu mereka ada masalah tapi berada in a state of denial.
Mungkin itu sebabnya aku masih lagi mampu berfungsi dalam keadaan kehidupan aku sekarang, aku terima sahaja segala kejengkelan dengan memujuk diri aku sendiri untuk tidak terlalu mengada-ngada dalam sebarang pengharapan dan expectation. Tidak kira sejauh mana kita cuba menentukan bagaimana kehidupan kita seharusnya bergerak, kita tidak mampu mengawal nasib dan takdir. Jadi, untuk memastikan aku sentiasa kekal sane, aku menjadi seorang pen-sinis (atau penyinis atau penis atau apa-apalahh! fail sial bahasa melayu). Segala kejengkelan disekeliling aku, aku jadikan amusement buat aku, aku akan tersenyum melihat gelagat mereka-mereka semua. Aku anggap kejengkelan itu adalah satu kelainan, keunikan yang mungkin aku boleh belajar sesuatu darinya, supaya bila aku bertemu dengan kejengkelan lain, aku tahu bagaimana untuk bertindak. Tanpa kejengkelan orang lain, tidak mungkin golongan seperti aku tahu bagaimana untuk bersifat best. Jangan sesekali, jangan sesekali conform dengan kejengkelan mereka, gunakan psikologi licik untuk berpura-pura dan menipu kemudian ketawa di dalam hati dan tuliskan kemudian didalam blog supaya kelihatan cool dan awek-awek hot dapat membacanya. The ultimate motivation.
Ambik kau Fadhilah Kamsah!
Tapi sampai bila aku nak hidup macam ni. Aku memang mempunyai pilihan untuk blah dan tinggalkan semua benda yang meluatkan aku. Melarikan diri, melepaskan diri, escapism juga adalah satu pilihan. Mati juga adalah satu pilihan. Tidak kira pilihan itu tepat, terpesong atau salah. Kerana manusia berhak untuk memilih dan kamu SENTIASA ada pilihan.
Tapi making the right choice is always the hardest part.
Aku terpikirkan kehidupan insan-insan seperti Supervisor Prihatin, Brader Mellow, dan banyak lagi watak-watak dalam kehidupan aku di god forsaken land sekarang. Betapa tragisnya kehidupan mereka pada pandangan aku. Mereka bukan tiada pilihan tapi seperti biasa takdir itu kadang-kadang terlalu kejam. Pilihan yang ada terlalu berisiko.
Gagal dan kehilangan security yang mereka miliki dalam kehidupan mereka sekarang adalah bukan satu PILIHAN bagi mereka. Walaupun sebenarnya banyak yang mereka telah korbankan untuk memperolehi illusi 'security' mereka itu yang sebenarnya semata-mata dalam bentuk kewangan. Tapi begitulah kehidupan, tak boleh dapat semuanya. Untuk memperolehi sesuatu, kehilangan sesuatu in return.
Mungkin mereka bahagia, pada mereka segalanya sudah cukup dan mereka sudah berpuas hati. Tapi kadang-kadang ada jugak aku terdengar keluhan, namun semuanya sudah terlambat. Terlambat kerana, teman hidup sudah dibinikan, anak sudah terbuat dan diberi pendidikan, rumah sudah terbeli dan kereta mewah mereka sudah memakan hampir 1/4 dari pendapatan bulanan.
Percayalah, di 'pintu neraka' bagi senior production operator, jika dipanggil masuk bekerja ketika hari off, cukup hanya lapan jam, bayarannya sudah menyamai gaji sebulan lulusan diploma institusi kerajaan. Akak pegawai bank pun bertanya dua kali dalam nada prejudis tentang jawatan aku apabila membuat panggilan untuk menawarkan aku kad kredit.
Mungkin di tempat lain yang kurang kenerakaannya juga sama. Tetapi pilihan untuk berpindah dan memulakan kehidupan baru di tempat asing adalah bukan pilihan bagi mereka. Tak faham aku. Barangkali mungkin juga bini dan keluarga mereka juga kurang menyokong dan memahami kehendak hati mereka.
Pilihan untuk mengejar impian dan kerja yang lebih kurang mengorbankan kehidupan selain mengadap skrin DCS hampir tujuh hari seminggu, akan mengakibatkan akak pengawai bank tak hingin telepon kami menanyakan jawatan kami dan apatah lagi menawarkan kad kredit. Gold card beb.
Dan dari hari-ke hari, aku semakin mengambil langkah 'selamat' seperti mereka. Langkah orang yang bukan 'rebellious', orang yang bukan tidak takut lari dari kebiasaan, dan orang yang sudah terlalu biasa hidup di dalam zon selesa mereka.
That doesn't sound like me at all
Settling down, pada masa ini adalah bukan pilihan buat aku, aku merasakan ia lebih kepada satu penalti. Pengadil kehidupan akan meniupkan wisel dan memberi aku kad kuning. Kad kuning itu merupakan komitmen dan tanggungjawab, dan hukumannya aku akan terperangkap untuk berkhidmat dan menanggung segala tekanan dunia industri berat yang demanding dan kejam ini untuk selama-lamanya kerana, face it, they paid me well here.
Well pun well jugak, tapi masa bersama rakan-rakan, keluarga dan impian yang aku korbankan adalah jauh lebih bernilai dari mere rm2000+++ sebulan. Baik aku ikut pilihan Asmawi Ani untuk menjadi idola undian sms , walaupun penaltinya aku akan kehilangan status sebagai lelaki best dan cool dan risiko kehilangan dan dipinggirkan kawan ataupun menjadi bahan cacian mereka untuk 25 tahun akan datang. Semua itu untuk well paid, damn well.
Aku masih tercari-cari kerja lain, mungkin dengan bayaran yang hampir sama ataupun lebih. Tapi masih tiada rezeki. Baru sebentar tadi aku menolak tawaran sebagai Sales Engineer, tapi itu takde bezanya pun dengan jadi salesman, cuma dengan pengetahuan teknikal. Kena dealing dengan client. Bukan kepakaran aku. Keluar mulut harimau masuk bontot babi. Aah taknak aku.
Aku dah sampai tahap tak kisah dengan gaji sekarang. Biarpun lebih murah dari apa yang aku perolehi sekarang asalkan impian menjalani hidup serba-serbi minimalist dan bebas aku tercapai. Bila khirnya aku ada masa dan cukup rehat untuk melalukan apa yang aku impikan selama ini sebelum semuanya terlambat untuk membuat pilihan yang lain.
Terlambat kerana bakal teman hidup telah dibinikan, anak telah terbuat dan diberi pendidikan, rumah sudah terbeli dan kereta mewah aku memakan hampir 1/4 pendapatan bulanan.
Aku tak memilih apa? Ada lubang jadi librarian dengan pendapatan rm3500 sebulan tak?
No comments:
Post a Comment