Thursday, November 22, 2007

Brader Mellow Dan Minggu Membuat Hal

Beberapa hari lepas, aku screwed up big time. Kecuaian yang boleh dianggarkan menyebabkan 'Pintu Neraka' kerugian hampir 50,000 ribu ringgit jika diukur kos pemprosesan semula. Kecuaianku amat bodoh dan silly, hanya terlupa memasukkan kembali good product dari silo off quality ke good quality. Bukan aku seorang sahaja, nampaknya minggu ini ramai yang bernasib kurang baik, barangkali terkena sumpahan jembalang laut lubuk nereka god forsaken land. Dah la semua team syif aku, ini minggu tara ong la, suwei.

Lebih-lebih lagi aku buat silap ketika bekerja dalam syif Supervisor Abang Misai dan seorang lagi supervisor anak jati God Forsaken Land yang membencikan. Aku namakan sahaja dia disini sebagai Supervisor Mangkuk Hayun. Kerana tidak bersedia menerima verbal assault gabungan maut mereka berdua, aku mengambil keputusan kurang matang untuk tidak melaporkan perkara yang berlaku kepada mereka dan mendiamkan diri sehingga keesokkan hari. Kalau aku buka mulut sewaktu kejadian, boleh mengancam nyawa. Mereka berdua pasti meracau macam orang tak siuman. Langsung takde kualiti ketua yang baik.

Nasib tara baik apabila perkara tersebut terkantoi hari ini apabila para engineer membuat closing. Aku nekad membuat pengakuan peribadi dengan Operation Manager sebagai tindakan noble untuk tidak membabitkan team syif aku yang lain ketika itu. Nasib baik Operation Manager is a reasonable man.

"I'm very proud of you admitting your mistake", kata Operation Manager

Padahal aku dah bersedia untuk dibuang kerja. Happy campur kecewa aku bila Operation Manager cakap camtu. Bapak aku boleh terima alasan aku kena buang kerja dari aku berhenti sebab tak tahan kerja.

That's how sicked I am with 'Pintu Neraka'. I don't care how much money I made each months anymore.

Salah seorang team syif aku yang turut membuat hal, Brader Mellow, mengapa aku menggelarkan dirinya itu, itu lain kalilah aku cerita. Ini sebenarnya bukanlah episod yang sesuai untuk memperkenalkan Brader Mellow sebaiknya. Brader Mellow seperti juga Supervisor Prihatin, adalah baik orangnya.

Kesilapan Brader Mellow mungkin lebih serius, gagal mengesan flare stack yang terpadam, membebaskan gas sulfur ke atmosera hampir sejam lebih lamanya. Ini ialah violasi yang seperti biasa, boleh membuat mana-mana kilang atau loji digulung tikarkan dan tokey mereka dipenjarakan.

Tindakan disiplin mungkin hanya berupa surat amaran, tapi rekod kami akan tercalar. Bagusnya syarikat kepunyaan Amerika, pekerja syif dilindungi kesatuan pekerja, tidak semudah itu memecat kami sesuka hati. Tambahan kami pekerja terlatih, berbulan dan bertahun lamanya untuk memahirkan kami, dibazirkan dengan melatih orang baru sebagai ganti. Jika orang barupun dipecat setelah hampir mahir, kesudahannya takdelah pekerja mahir berpengalaman di 'Pintu Neraka'.

Hakikatnya kami tetap manusia, kesilapan dan kecuaian adalah lumrah. Bukannya disengajakan. Manusia akan mula melakukan kesilapan-kesilapan bodoh yang boleh dielakkan apabila dalam keadaan berserabut. Fatigue dan stress membuatkan kami hilang fokus ketika bertugas. Production operator seperti kami merupakan orang paling penting, frontline man dalam proses loji. We cannot afford the smallest mistake. Tapi pihak atasan tak pernah faham, ada sesetengah supervisor pun tak pernah cuba nak faham. Selalu memberi tekanan berlebihan hingga kami jadi serabut. Keserabutan memungkinkah lebih banyak kesilapan kecil yang boleh dielakkan. Nasib baik ini loji Carbon Black, kalau loji kuasa nuklear sangat tak baik jika operatornya bekerja dalam keadaan serabut.

Untuk rekod, jangan samakan kami dengan tugas sebagai operator pengeluaran wanita kilang kicap. Taraf kami melebihi technition, hanya kelulusan minimum diploma diterima. senior operator gajinya lebih besar dari jurutera. Tanggungjawab kami berat. Kalau kami semua berpakat berhenti kerja, loji akan tutup.

Kesilapan aku mungkin tidak seberapa sekira aku melaporkannya secepat mungkin. Boleh dimaafkan. Hanya manusia kurang siuman yang meracau tak tentu pasal yang akan melenting macam orang takde pedoman. Pada mereka, merekalah manusia sempurna yang tidak pernah melakukan kesilapan. Puak pelampau.

Aku dipanggil untuk inquiry buat kali kedua, tujuan utama hanyalah mahu kepastian kenapa aku tidak melaporkan kejadian secepat mungkin. Benda dah lepas biarlah berlalu, pandai pulak mereka bermadah berlagu. Tapi tidak melaporkan perkara-perkara penting adalah kesalahan agak berat dan ia menggambarkan integriti pekerja pada syarikat.

'Integriti aku pada 'Pintu Neraka'

Tapi aku tiada alasan lain, alasan yang lebih jujur selain daripada aku takut, ya aku mengaku aku takut, cuak, terrified. Kalau aku buka mulut malam tu dan kena taruk cukup-cukup dengan gabungan maut dua supervisor anak jati god forsaken land yang hilang pedoman, mau seminggu aku bad mood. Kalau dah bad mood aku boleh hilang fokus pada kerja, bila aku hilang fokus aku boleh cuai, bila aku cuai boleh membuatkan loji rugi beribu-ribu ringgit, duit gaji aku jugak tu. Jadi betul apa tindakan aku.

Nak sangat 'intergriti' ya..? Aku meminta kebenaran Operation Manager untuk menulis sahaja alasan aku di dalam kertas. Lebih mudah dari berkata-berkata, tersilap kata takde perahu yang hendak diundur. Walaupun Operation Manager kekadang boleh jadi reasonable man, tapi boleh tahan kaki putar belit jugak orang tua tu.

Aku tulis: ......."I PERSOANALLY thinks both si Mangkuk Hayun and Brader Misai yang-gila-tak-trendy-bela-misai-tebal-zaman-sekarang, have been very discouraging and disrespectful to their subordinates...... "

Terangkat kening Operation Manager baca surat aku. Padahal dua ekor assholes tu lah kaki bodek dan kipas dia selama ni.

"Okay I understand, we will look into this matter further", kata si Operation Manager.

Lantak kau lah, aku tak peduli lagi. Aku dah luahkan apa yang aku rasa.

Sebelum aku dipanggil untuk inquiry, aku telahpun dipanggil secara private masuk bilik Supervisor Prihatin. Dia awal-awal lagi sudah tahu akan perihal hal yang aku dah buat. Setidak-tidaknya aku dibawah penyeliaan dan tanggungjawab dia, dia perlu tahu jika aku ada masalah.

"kau ada masalah ke tam? masalah famili ke? aku tengok kau selalu tak fokus kat kerja, bila depan DCS fikiran ko macam pegi tempat lain"

Macam mana aku nak ekplen kat dia yang aku sebenarnya ada masalah dengan semua benda yang tak memuaskan nafsu intelektual aku. Macam mana aku nak explen kat dia aku tak boleh blah dengan topik perbualan berkisar tentang spekulasi pra-analisis fakta tak tau hujung pangkal isu politik tahap borak kosong kedai kopi. Aku lebih rela join borak pasal spekulasi cinta tiga segi Asmawi Ani. Macam mana aku nak ekplen kat dia aku tak boleh terima lagi untuk berkompromi dengan citarasa rendah manusia tak pandai menilai dan meneroka. Macam mana aku nak explen kat dia perasaan kosong dan bosan aku melayan housemate aku dengan keluhan berbaur perkauman dia setiap kali aku kena teman dia pergi makan, tak lupa juga tindakan kurang matangnya tergamak membeli dan menyanjungi selipar cap Linkin Park.

"Tak tau la bang, homesick kut..."

Ceh, tu je aku mampu cakap. Reaksi Supervisor Prihatin biasalah bagi nasihat-nasihat stended seperti dalam buku manual nasihat kosmik mana-mana mentor atau kaunselor atau pakar motivasi amatur atau bapak-bapak calon dapat kad hari bapa. Sorry bro, bukan aku tak pernah nak consider benda-benda tu tapi soal hati, perasaan dan citarasa ni bukan mudah nak dipuaskan. Sampai bila aku nak layankan aje. Batin aku tak pernah betul-betul fullfilled.

"kalau ko rasa kesunyian ko bukan takde kawan sini, team syif kita semua ko bukan tak biasa kan? Ada masalah share je... ko cari la kawan kat sini, happy sikit" sambung Supervisor Prihatin umpama lagak seorang abang mithali cuba menasihatkan adiknya yang ponteng sekolah.

Nantilah aku fikirkan, mungkin kalau semua manusia lain kat dunia ni dah pupus mungkin aku akan konsider untuk berkawan rapat dengan mana-mana kutu god forsaken land.

Tapi aku tetap berterima kasih pada Supervisor Prihatin. Secara tdak langsung dia beri aku semangat untuk memberanikan diri buat pengakuan pada Operation Manager keesokkan harinya. Terima kasih jugak kerana jaga aku sepanjang aku kat god forsaken land. Aku takkan lupakan sampai bila-bila.


No comments: