Monday, October 29, 2007

An(u)al Dinner

Aku sedang cuba untuk tidak bersikap sinis tentang sebarang majlis makan malam rasmi....

...........

.................

ok

Mungkin sikit, macam MC yang cuba sebaik mungkin mengelolakan majlis dalam bahasa Inggeris dengan sebutan sehabis English atau mungkin yang educated sikit, sehabis American. Bagi MC yang berpasangan lelaki dan perempuan pasti akan complimenting sesama sendiri sambil memulakan ayat dengan perkataan "well".

Tak kisahla tu, peduli apa aku, tugas sebagai MC untuk majlis kapasiti ballroom hotel memang bukan mudah. Untuk majlis rasmi bukan boleh cakap main selamba je macam MTV award. Ada protokol yang perlu diikut. Lebih-lebih kang anda akan di cop 'syok sendiri'. Stended.

Nak dipendekkan cerita, sabtu lepas aku telah menghadirkan diri ke majilis makan malam tahunan company aku, Cabot Malaysia Sdn Bhd aka 'pintu neraka' (hellhole). Setelah tahun lepas tak berpeluang mengadakan acara tahunan ini yang sering diperkatakan dan dinanti-nantikan oleh orang-orang tua yang menghabiskan separuh usia muda dan mengorbankan kehidupan sosial mereka di ''pintu neraka'. Tahun lepas company tarak untung.

Ini tahun manyak untung, jadi ada makan besar!! Setiap tahun, acara makan malam besar syarikat "pintu neraka" ini akan bertemakan sesuatu, tahun sebelumnya ialah tema "tradisional", tahun ini temanya ialah "elegant". Apa lagi terujalah sangat orang-orang tua yang telah menghabiskan separuh dari usia mereka dan mengorbankan kehidupan sosial mereka di "pintu neraka" itu untuk kelihatan "elegant". Apa benda yang terbayang di imaginasi mereka itu akan "elegant" bergantung kepada berapa banyak sisa masa mereka menikmati hidup selain dari berhempas pulas mencari duit di "pintu neraka". Di "pintu nereka" takde masa nak fikir apa yang elegant untuk dipakai ke tempat kerja.

Aku juga teringin untuk melihat sendiri kemeriahan acara makan besar tahunan ini, selalunya aku layan majlis makan malam kolej yang dihadiri kebanyakannya remaja-remaja yang berusaha sedaya upaya menonjolkan identiti mereka, cuba menarik perhatian gadis idaman yang agaknya gila sebab memuja Evanescense dan Avril Lavign, gadis yang mengimpikan teman lelaki berpakaian serba hitam bertali leher merah yang pada fikiran mereka gothic habis dan pada masa yang sama emo. Kasihan My Chemical Romance.

Berbekalkan spek baru "hey-look,-i'm-a-cool-underground-music-lover" aku, beserta jaket suede cokelat dan 25 ringgit haircut, elegant versi Ben Fold. Aku memecut ke Hotel Glory Beach Resort Port Dickson bersama housemate. Aku tiba lewat setengah jam, dewan dah penuh, mata semua memandang ke arah kami memaksa kami berdua mengawal kekacakkan sebaik mungkin supaya tidak disedari orang ramai. Terhiling-hiling mencari meja kosong dan rakan-rakan sekerja lain, rakan-rakan sekerja yang tidak terlalu menyedihkan hidup mereka akibat terlalu lama berkhidmat di "pintu neraka".

Macam-macam "elegant" aku tengok, ada "elegant" versi mat rempit, "elegant" versi UMNO, "elegant" versi pekerja industri yang taksub dengan control valve, "elegant" versi pakar kejuruteraan yang artistically challanged dan "elegant" versi benda paling enjoy dia pernah buat ialah kareoke dan layan rumah urut.

Di majlis yang serba-serbi "elegant" ini juga dipersembahkan dengan tarian irama bollywood dan joget melayu serta dihidangkan beer, instead of wain. Dan tetamu-tetamu elegan semua dihidangkan dengan chinese food dengan main course ialah nasik goreng cina. Nasib baik presenter ialah Sharimah Ibrahim dan entertainer ialah AC Mizal. Tau-tau Sharimah blah awal lepas habis majlis mungkin sebab tak tahan dengan perangai pekerja-pekerja kontrak yang elegan bergaya dengan seluar jeans mabuk beer yang berjoget dan bersorak macam monyet.

Sialan tak sempat aku bergambar dengan Sharimah.

Sumpah tahun depan tak hingin lagi aku terlibat sama, bukan ada awek pun nak dressing maut-maut, membazir cuti aku je. Itupun kalau aku ada hati nak kerja lagi kat "pintu neraka" tahun depan.

No comments: