Wednesday, December 5, 2007

Lelaki Terdesak

Baru-baru aku melalui hari gundah dan murung (memang aku dah separa-murung ke sepanjang bermaustatin di God Forsaken Land?) selepas minggu membuat hal, Supervisor Prihatin dan Brader Mellow, kalau tak silap aku terperasan kelainan dalam sikap mereka, sedang mencuba-cuba menceriakan hari dan hati aku.

God bless them

Aku hargai usaha mereka tapi mereka telah membuat satu rumusan yang dahsyat tentang faktor prestasi kerja aku yang kurang memberansangkan selama ini.

Aku kesunyian dan perlukan teman istimewa wanita.

Chaisss... terasa macam ada betulnya pulak. Tapi aku tetap maintain ego dan bongkak dengan pendirian aku iaitu lelaki se-cool aku berkemampuan memiliki wanita sehebat Fazura ataupun Raja Farah jika aku mahu. Jika aku betul-betul mahu. Usaha tangga kejayaan dan kebahagiaan beb.

Tapi sungguh malang bagi makwe-makwe hot itu semua kerana aku bukanlah jenis lelaki miang yang suka flirting dan mengaplikasikan teknik mengorat yang sering digunapakai oleh mat-mat rempit ataupun lelaki mat bunga perasan gentleman dan romantis sangat suka layan drama cinta korea.

Tapi memang tak jadi jugak ler kalau lelaki se-cool aku pemalu orangnya. Apabila rombongan meminang perempuan datang ke rumah, aku berlari-lari anak masuk bersembunyi di dalam bilik sambil ketawa-ketawa kecil tersipu-sipu.

Eeee... geli...

Walaupun jauh di lubuk hati, aku mengaku ada kekosongan jiwa walaupun ramai rakan-rakan menceriakan hari-hari aku. Tapi tunggulah itu, kalau ada yang sudi mengisi dan aku sudi terima diisi. Er.. lain macam benor pulak bunyinya.

Aniwey,

Sewaktu di bath house selesai mandi dan bersiap-siap untuk pulang ke rumah selepas kerja, Supervisor Prihatin men-suit aku dari locker-nya. Aku menghampirinya untuk check apekehal. Rupanya dia nak bagi aku nombor telefon beberapa orang perempuan. Tiga orang sekaligus.

Aku tanya perempuan mana ni? Perempuan tak senonoh ke? Kalau perempuan itu jenis yang suka pelakon lelaki hindustan dan menganggap Titanic adalah filem terbaik di dunia dan Scary Movie 1,2, dan 3 adalah filem paling 'jahat dan kelakar' di dunia adalah sudah cukup tidak senonoh menurut definasi aku. Perempuan dengan bad taste memang tak bermaruah.

Supervisor Prihatin beritahu aku dua dari perempuan itu bekerja sebagai guru di sekolah tempat isterinya bekerja dan seorang lagi jiran mereka. Boleh tahan rupa-parasnya semua dia cakap. Namun aku sedikit sangsi dengan penafsiran 'boleh tahan' menurut penilaian Supervisor Prihatin.

Tapi aku pasti mereka adalah perempuan yang baik-baik. Takkan Supervisor Prihatin dan isteri sanggup meng-kenen-kan aku dengan gadis-gadis jalang dan bersepah. Mereka sudah seperti keluarga angkat aku disini.

Masalahnya aku bukanlah jenis orang yang baik-baik juga. Tak mungkin mudah untuk aku meninggalkan cara hidup aku sekarang. Sudah pasti mereka akan merungut dan tidak selesa dengan penampilan aku. Tentu mereka akan mengucap dan beristifarah sambil duduk bersimpuh tahayat akhir di atas jalan jika aku tampil dengan seluar jeans koyak di lutut dan memakai baju-t 'Semusim Di Neraka'.

Dan sudah pasti aku mahu mereka mengenali siapa diri aku yang sebenarnya, apa passion dan conviction aku. Dengan siapa aku bergaul dan sebagainya. Apa tanggapan mereka sekiranya aku membawa mereka ke pertunjukkan musik bebas dengan aksi-aksi kurang manis pergaulan bebas lelaki dan perempuan diselebungi pengaruh nikotin dan alkohol, dan kawan-kawan perempuan perokok aku. Owh mereka juga perempuan baik, berbody bahasa dan tidak berapa meminati pelakon lelaki hindustan.

Aku tidak takut kena reject. Dalam situasi ini aku bukan di posisi orang yang mengharap. Cuma harapnya aku tak kecewa dengan apa yang aku jumpa nanti. Jika aku menghilangkan diri selepas pertemuan pertama, sungguh kurang sopan. Si perempuan akan rasa terhina, Supervisor Prihatin dan Isteri sebagai cupic dan culprit akan berkecil hati dengan tindakan aku dan aku akan terselamat dari perhubungan yang tak bermakna dan membosankan.

Ehh.. taknak la bang. Saya datang keja sini membawa diri, bukan nak cari jodoh.

"Ek eleh ko, jual mahal pulak" sindir Supervisor Prihatin

Aku simpan je la nombor telefon perempuan-perempuan itu dalam handphone aku untuk mengambil hati Supervisor Prihatin.

Selang beberapa hari ketika kereta aku berselisih dengan kereta Isteri Supervisor Prihatin dalam perjalanan kami untuk buat hal masing-masing, dia sempat menurunkan cermin dan bertanya tentang progress aku dan perempuan-perempuan pilihan dia dan suami. Aku cakap belum ada apa-apa tindakan dan gerakan. Dia bersungguh-sungguh suruh aku cepat bertindak takut kang melepas.

"Diorang pakai skirt pendek kembang ngan layan The Postal Service ke kak? tanya aku dalam hati

aku belum terdesak tahap tu lagi. Silakan siapa berani mencuba, e-mail untuk nombor telefon.

No comments: