Tuesday, January 1, 2008

Selamat Tahun Baru, Barua.

Tiba-tiba tahun baru. Sepanjang tahun 2007 hidup aku seolah-olah terperangkap dalam ruang waktu yang tiada detik, setiap saat yang berlalu terasakan begitu indifference, statik, tidak relevan sama sekali untuk aku bergerak bersama waktu, kerana setiap hari yang berlalu aku biarkan pergi dan tidak peduli. Hanya sangat sikit, waktu yang dirasakan sangat sikit sahaja sepanjang tahun 2007 yang aku cherish sebagai kenangan dan saat yang tidak mahu aku lepaskan, tidak mahu padam. Kenangan yang memberi kekuatan dan membakar jiwa untuk aku tempuhi hari-hari lain yang tidak relevan itu, yang tiada makna itu, hinggakan bila masa ianya berlalu pergi pun aku tak sedar, sengaja atau tidak.

Hari itu ialah hari bekerja, yang lain ialah hari bergembira dan kembali kepada kehidupan dan fitrah aku sebagai manusia.

Tepat pukul 11.30 malam tanggal 31 Desember 2007 telefon bimbit aku berbunyi. Supervisor Prihatin telefon mungkin ketika sedang bersiap-siap untuk pulang dari kerja. Pada malam tahun baru ini kebetulan giliran hari off untuk team syif kami tetapi Supervisor Prihatin terpaksa masuk bekerja untuk cover seorang lagi supervisor yang bercuti. Aku? Jangan harap la aku nak lepaskan peluang yang jarang-jarang ini, gila apa? Awal-awal lagi aku sudah cabut ke KL untuk kononnya celebrate new year eve.

"Kau kat mana? Jom lepak" Tanya Supervisor Prihatin, suaranya putus-putus, line tak clear.

"Saya kat KL la bang!" aku cakap kuat-kuat. Kebisingan dari sorakkan anak muda dan manusia berjiwa muda pada deklamasi puisi berbaur politik Pian Habib sedikit menganggu.

"Enjoy ka?" Putus-putus.

"Apa..? Kijo (loghat Nogori)..? Kat KL la bang". Bapakku seorang YB...!! Bergema suara Pian Habib di background.

"Aku tanya tengah enjoy ke..?"

"Ha ye ye..enjoy... line tak clear la bang, putus-putus. Nanti call balik"

Terus aku matikan perbualan. Memang line tak clear. Kesian jugak kat Supervisor Prihatin, mesti kebosanan 'menyambut' tahun baru di god forsaken land. Tapi hari ini adalah hari aku. Aku perlukan ini sebelum 2007 blah dan 2008 membawa segala apa kemungkinan dalam hidup aku setahun lagi. Memang aku nak dan cuba untuk enjoy malam ini. Melayan perbualan sekitar keseronokkan memancing dan mencantat udang di Pulau Perhentian pada waktu ini adalah tidak mungkin sama sekali. Tidak enjoy bro!

Namun tak tahu kenapa, hati aku ketika ini tidak berapa nak enjoy

Selang 29 minit kemudian.

Band Punk Rock yang aku tidak mahu ambil tahu nama mereka memberhentikan permainan mereka. Beberapa saat kemudian kedengaran bunyi letupan bunga api dari arah KLCC dan Dataran Merdeka. The Annexe bergegar dengan sorakkan pengemar musik bawah tanah "HAPPY NEW YEAR...!!!!"

Sorakkan gembira anak muda dan manusia berjiwa muda penggemar musik bawah tanah dan paluan laju gitar serta drum dan nyanyian revolusi band punkrok menjadi kelam, bunyi letupan bunga api yang berlarutan kedengaran sayup. Hanya yang jelas di telinga aku saat itu adalah bunyi titisan hujan pada atap dan lantai sekitar The Annexe. Hati aku terasa sayu pada saat 2008 berlabuh.

Hingga lewat pagi

Aku bergambar dengan Pian Habib walaupun sebenarnya aku tak kisah dan peduli sekiranya kawan aku ter-delete gambar itu nanti

Aku dikenalkan dengan the famous Ahmad Kamal Abu Bakar walaupun aku tahu dia terlalu mabuk untuk mengingati perkenalan kami di perjumpaan akan datang

Aku senyum dengan gurauan rakan-rakan, aku ketawa dengan lawak mereka. Mereka manusia istimewa. Semuanya

Tapi aku tetap sayu

Bukan aku sedih meniggalkan 2007. Tapi aku seakan faham dan tahu 2008 yang bakal ditempuhi adalah lebih mencabar bagi aku. Aku faham dan tahu aku harus bersedia untuk semuanya nanti.

Setahun lagi sudah berlalu. Tahun-tahun yang lepas, yang kurasakan ketika itu, kononnya sukar dan pahit. Menjadi kenangan manis dibandingkan tahun yang baru dilalui. Memang begitu kehidupan aku. Setiap tahun aku membesar, menjalani, meneroka, mempelajari kehidupan. Bila aku toleh ke belakang adalah cabaran yang telahpun aku lalui dan bukanlah sukar untuk ditepuh. Kerana naluri aku yang semakin matang, walaupun dalam kesayuan dan pahit, semakin berani dan terbuka menerima untuk mencabar dugaan takdir dan kehidupan.

Mak ayah aku semakin dimamah usia, mereka disekeliling aku yang bermakna dalam hidup aku kemungkinan akan datang dan pergi, aku semakin harus bersedia untuk hidup menerima kemungkinan apa-apa pun. Bila dihujung akhirnya hayat kita nanti. Jika bila mencapai kejayaan dan kebahagiaan, kita akan mula sedar bagaimana setiap tahun baru, ada pengertian dan cabaran baru. Tidak kira bertapa bersemangatnya kamu atau bertapa kuatnya azam kamu untuk tahun baru, bila kamu nilai dan lihat kembali semuanya, sepanjang episod kehidupan kamu itu, aku percaya kita semua, mak dan ayah aku, kakak dan adik aku, seluruh keluarga aku, setiap insan yang bermakna dalam hidup aku sebenarnya,

mereka semua pasrah dengan tahun baru. Hanya azam memberi kekuatan.

3 comments:

Jorji said...

aku tengok kat blog joe kidd..happening sungguh tahun baru di annexe...camna lak kau boleh mellow time tu?

i hate to say this..but, nice blog!

content said...

a fuckin' excellent blog!

p/s: dulu awak ni 'budak Rap' kan dulu? muahahaha! :D

stam said...

'rap' dah tak cool sekarang. sneaker reebox putih dah berabuk tak pakai