Tenang, tidak serabut, lay-back town, paling penting - ada jamming studio, ada manusia yang musical and literature conscious. Perfect setting untuk bakal penulis novel ataupun artisan seni lain. Tempat yang aku panggil home dan aku pasti akan balik ke sini suatu hari nanti makan duit pencen berkebun sayur dan membina roket peribadi didalam bangsal belakang rumah. My very own Austin ataupun Winsconsin. Siapa perlukan KLCC?
Mungkin Siti Nurhaliza, sebagai view untuk balkoni penthouse dia.
Dan indon-indon untuk melepak hujung minggu.
Setiap kali aku pulang, rutin biasa untuk melepak bersama Kumprinx dan Mael ataupun mana-mana kutu Kuala Lipis yang tahu untuk pulang ke kampung. Selain jauh di lubuk hati, naluri matang aku yang jarang tersilap, tahu ada gadis-gadis kampung berbisik sesama sendiri tatkala melihat kelibat aku disekitar Kuala Lipis.
"Eee.. mamat tu balik la eee.. kalau la aku dapat nombor telefon dia..." Bisik mereka sesama sendiri diikuti dengan gelak ketawa kecil dan gedik.
Bak kata John Hafiz , "Rimas I!".
Aku tahu rakan-rakan aku mesti ada projek bagus. Walaupun kami orang muda yang selalu membuang waktu melepak tak tentu hala tak ingat maghrib, namun kami memang tahu hala tuju kami, selalunya projek yang dirancang bersifat sihat dan dari jenis yang pasti mendapat sokongan wakil rakyat. Kami hidup untuk menikmati hidup to the fullest.
*** <---- (sekarang aku tengok ramai blogger style taip bintang macam tu untuk menghabiskan cerita dan perenggan macam Abang Neraka, aku pun tiru la, blogger la katakan, peniruan adalah lumrah)
Akhr-akhir ini,
Kekecohan yang tidak seberapa akan kemunculan kembali John Rambo di layar perak telah mengujakan aku dan rakan-rakan lain. Rambo adalah ikon sebaris dengan Gaban dan Ultraman, dan filemnya adalah berstatus cult, kami tidak layan Harry Potter seperti mamat-mamat lame yang lain. Walaupun ketika kesemua sequel filem Rambo yang lalu ditayangkan, kami semua masih memakai lamping dan tidak tahu berjalan lagi.
Akupun membuat marathon filem Rambo 1,2 dan 3 untuk catch-up kembali memori filem klasik ini sebagai persediaan untuk sequel terkini Rambo, harap-harapnya hollywood tidak akan menjahanamkan filem terbaru Rambo. Jangan sampai Rambo tahun 2000-an ini pakai night vision dan GPRS sudah, Rambo yang true, hanya bergantung kepada pisau belatinya sebagai multi-purpose kit dan kompas yang tersembunyi di hulunya.
Juga jangan ada 'gadis Rambo' ala gadis James Bond, John Rambo tidak perlukan makwe kerana makwe akan melecehkan beliau menumpaskan segerombolan atau satu batalion tentera secara berseorangan.
John Rambo is emo, anti-social, brutal, bertimbang-rasa bila perlu dan kami sentiasa menyokong pembabitan beliau dalam mana-mana konflik dunia. Jangan lupa filem Rambo 1 ada unsur peristiwa attica yang kuat dan tidak sepert filem aksi yang lain, Uncle Sly memang pandai berlakon, tidak seperti God Damn Jean Cloude Van Damn dan Arnold Swhazernaighuknfhjsler.
***
Kepulangan aku ke kampung minggu ini disambut berita sedih pemergian Ayah De aku. Baru sahaja aku sebut cabaran tahun baru, kini takdir sudahpun memainkan peranannya. Di hari pemkebumian, antara sedar atau tidak, sudah menjadi kebiasaan atau tradisi keluarga aku yang besar, kami akan terlibat sebanyak mungkin dalam tugas menyempurnakan pemkebumian, dari mengangkat jenazah didalam keranda ke liang kubur, memasukkan jenazah ke dalam liang lahad dan tidak kisah sama sekali tompokan lumpur di pakaian kami menimbus liang lahat. Ini keluarga kami, biar kami yang lakukan ini walaupun tukang kubur sudah diupah.
Melihat deretan kubur ahli keluarga kami ditanah perkuburan di kampung mak aku di raub, tiga orang arwah pakcikku, arwah Atuk dan Wan dan kini bertambah lagi satu. I am not counting again, i cannot bare to count how many grave it will be again this year or another year.
Tahun ini, semakin kurang tangan yang perlu aku salam dan cium
Al-Fatihah untuk Ayah De aku, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
***
No comments:
Post a Comment