Kecekalan dan ketabahan manusia, manusia ‘biasa’ yang tidak didedahkan dirinya dengan pemikiran diluar konsep kehidupan manusia yang bukan pemberontak, konservatif, ortodoks, stereotype dan tradisional, walaupun menyedihkan tetapi menyentuh hati aku untuk berinspirasikan semangat mereka. Ketidakbolehan mereka menguasai kehidupan dan pemikiran mereka sendiri tanpa begitu mudah dipengaruhi unsur-unsur dan tekanan yang datangnya dalam sifat kebanyakan dan ‘majority’, masses dan diterima sebagai norma, tidak banyak memberi mereka peluang untuk bersifat ‘kreatif’ dalam memilih jalan hidup, citarasa dan meneroka serta membuat penafsiran dalam kehidupan. Apa yang mereka ada cuma kekuatan dan ketabahan untuk mengabaikan dan mengorbankan naluri ‘curiosity’ dan ‘adventurous’ mereka supaya mereka hanya perlu mengikut, conform sebaik mungkin untuk diterima masses. Mereka sebenarnya bernasib baik kerana mereka tidak tahu, tidak sedar dan berpendapat pengorbanan dan penerimaan perkara-perkara bosan itu adalah lumrah kehidupan, merupakan satu-satunya erti kehidupan bagi mereka.
Brader Mellow tersengih-sengih datang kearahku di smoking shed dengan harapan aku ada rokok lebih namun hampa kerana yang ada pada aku cuma kotak kosong, lu terlambat sikit bro, supplement ini hari cukup-cukup untuk aku seorang je.
“Tam, member aku cakap ada kosong kat Titan Chemicals, technition.”
“Instrument ke Process?” Aku tanya balik
“Instrument ada, process ada, mechanical ada…” Balas Brader Mellow
“Titan eh…. Kat JB kan… jauh sangat la brader” Aku jawab secara kurang berminat.
“Kalau pikir jauh memangla… aku dulu cakap jauh jugak masa kerja kat Kerteh dulu, last-last pegi jugak.” Brader Mellow membuat cantasan.
Aku sebagai self-claimer peneroka kehidupan sedikit tersindir dengan kata-kata itu tapi memikirkan nanti aku akan kerap berulang alik dari JB ke KL untuk maintain mengamalkan cara hidup separa socialite dalam kelompok kecil manusia bercitarasa alternatif mau rabak jugak pokek aku. Aku bukan jenis manusia yang mengabdikan diri kepada tugas kerana aku tidak begitu enjoy dengan konsep makan gaji semata-mata meneruskan hidup. Lagipun aku tidak begitu taksub dan tergila-gilakan dengan dunia industri kimia. Tidak kira bertapa industri ini cuba bersikap prihatin kepada environment, ia sebenarnya tidak dapat berselindung disebalik imej industri jahat yang hanya mahukan keuntungan yang sudah sinonim dalam sejarah industri kimia. Mereka tetap kapitalis, keuntungan yang pertama dan utama, menjadikan dunia lebih baik dan selesa, kebanyakannya adalah kebetulan. Menjadi technition juga bukanlah kerja yang paling cool di dunia ataupun membantu mengubah dunia, maksud aku insignificantly. Not that I care anyway.
Seingat aku aku tidak pernah memberitahu hasrat hati untuk berhenti dan mencari kerja baru kepada Brader Mellow. Dari riak wajahnya aku tahu yang dia tahu, manusia mana yang tak perasan bila aku merenung jauh ke langit dicemari permandangan flare stack loji-loji industri kimia jahat, berseorangan di smoking shed tanpa mengajak rakan-rakan sekerja berkongsi dan 'potong' rokok bersama, bahawa aku sedang merenung masa depan yang tak lama di 'Pintu Neraka' ini. Lebih-lebih lagi manusia yang aku anugerahkan gelaran 'Brader Mellow', yang sememangnya lelaki sensitif dan sentimental.
"Kau muda lagi Tam, banyak lagi peluang ko boleh belajar, kenal tempat orang... cari pengalaman, cari peluang. Macam aku ni, aku dah lama keja sini, dah terlebih establish, susah kalau aku nak dapat semula gaji yang macam aku dapat sekarang, kalau kat tempat lain, kena start semula"
Aku hanggut kepala saja. Aku sebenarnya dah mula lali dengan hujah-hujah begini. It's all about choice brader, kalau itu sudah pilihan hati, sudah tentu tiada penyesalan. Just go for it!
Kemudian kami berdua terdiam seketika tak tahu nak borak apa lagi merenung ke arah langit yang sudah berubah warna keorenan dari sinaran matahari yang mula tenggelam di sebalik horizon kat pantai sana. Kelihatan sebuah kapal terbang sedang terbang rendah barangkali tunggu turn nak landing kat KLIA lebih kurang 4okm lebih kat Sepang sana. Permandangan biasa disini, pantai, sunset, kapalterbang cuba mendarat. Gila dah kira cukup kriteria dah tu kalau bandar tanah sumpahan ni untuk meinspirasikan penduduknya jadi artisan seni, penulis lagu dan penyair ala Bay Area. Namun haram. At least minah berkulit tan pakai bikini balut kain bercorak batik kat pinggang jalan-jalan kat kedai souvenir pun jadilah. Namun itupun haram. Haram takde.
"Kerja cam kita ni macam ni la Tam, tahan je la pressure, maki hamun semua. Kalau sabar memang berboloi, belum 10 tahun gaji dah ceiling."
Bro sedih bro, cukuplah itu. setahun aku kat sini dah macam 1300 tahun, lagi nak tunggu 10 tahun. Kalau berminat dengan segala dunia berkaitan industri dan kejuruteraan kimia ni tak kisah la. Jika lakukan benda yang kita suka, memberi kepuasan, free pun takpe. Aku dulu sekadar mencabar diri ambik course ni, mahu buktikan insan kononnya seni, otak kiri, mampu meneroka dunia logik sains dan kejuruteraan. Terus terang aku rasakan, jika kami yang memastikan ball valve sentiasa berfungsi, strainer tidak tercekik, transmitter tidak kaput, reactor tidak trip, memastikan plant sentiasa beroperasi 24 jam sehari, 362 hari setahun untuk memenuhi production demand and greed industri kimia jahat, pernahkan siapa peduli? They sucks the juices out of you, taking its toll on you, years after years. You gave so much and take so little. You are, my man. A good man that you are, all drained out, are the living proof of that.
Aku tahu nasihat-nasihat orang berpengalaman seperti Brader Mellow adalah ikhlas. Budak hingusan seperti aku sering dianggap lemah jati diri, kurang daya tahan kepada dugaan dan tekanan, tidak cukup resilient. Susah sangat ke nak terima aku tidak suka digunakan, dipijak dan dianjingkan. Aku yang mengawal hidup dan nasib aku. Hanya aku sorang. Aku datang dari generasi yang tahu hak dan pilihan aku.
Brader Mellow adalah antara manusia paling penyabar pernah aku jumpa. Soft-spoken namun tegas, dibesarkan ibu tunggal dalam penuh kesederhanaan, terpaksa membesarkan anak sulungnya yang autistik dalam keadaan waktu bersama keluarga yang terhad dan tidak menentu. Dari cerita-cerita silam ketika waktu mudanya, merantau jauh ke negeri orang, bagaimana dia gemar keluar bebas bersama rakan-rakannya yang digelarkannya sebagai 'huha', 'terjal' atau bahasa mudahnya 'liar'. Pernah menghilangkan diri seminggu memandu tanpa arah tujuan hampir ke seluruh pelusuk semenanjung berseorangan.
'Hebat!' Itu hampir hidup yang aku impikan (kecuali yang permulaan perenggan tu). Tapi bagaimana akhirnya begini penyudahnya kehidupan seorang insan berjiwa bebas. Tragis?
Atau mungkin tidak? Apa budak hingusan seperti aku tahu? Nak buat rumusan konon.
Mungkin Brader Mellow telah menemui sumber kekuatannya, membuatkan dia mampu mengharungi segala dugaan dan tekanan hidupnya sekarang.
Kepulangan yang disambut senyuman dan tawa riang anak istimewa lebih rewarding dari jutaan wang ringgit di dunia.
Dan mungkin juga,
Brader Mellow telah melihat dirinya dalam aku semenjak aku menjejakkan kaki mencari rezeki di tanah asing dan tersumpah ini. Hanya manusia yang cintakan kebebasan mampu melihat jiwa yang restless jauh tersembunyi dalam susuk tubuh average-built, hanging shoulder, rambut jarang terurus dan berkaca mata ini.
Aku masih berpeluang melakukan apa yang dia impikan selama ini. Perjalanan hidup aku masih jauh.
Nasihatnya selama ini seolah ingin memberitahu:
"Pergilah orang muda, pergi mencari benda yang kau perlu cari. Jangan hamba abdikan hidupmu di tempat ini. Dunia disana masih luas menanti"
No comments:
Post a Comment