Dia merupakan seorang Safety Officer, pekerjaan yang banyak menyusahkan golongan teknikal menjalankan kerja mereka dengan langkah-langkah keselamatan yang remeh-temeh. Tapi safety first, aku tak pernah komplen. Jika yang lain berhasrat untuk kudung tangan dan kepala untuk dibangga-banggakan apabila bercerita kepada anak cucu mereka nanti, silakan. Aku masih menyukuri anugerah tuhan dilahirkan sempurna.
Kebetulan hari kemerdekaan semakin hampir, ramai yang berbual sekitar topik hari percutian dan aktiviti syarikat sempena kemerdekaan. Tiba-tiba lelaki berumur lingkungan awal 50-an berbangsa india tersebut mencelah,
"Saya betul-betul sakit la, sakit hati tengok bendera yang diorang gantung kat tiang-tiang lampu tu, yang design jalur menegak dengan bintang dan bulan kat bawah, bendera negara apa tu? Tu bukan bendera Malaysia, bendera kita jalur melintang dengan bulan dan bintang sebelah kiri. Kadang-kadang orang yang buat banner bendera ni tak fikir langsung, langsung tak hormat bendera kita, suka-suka nak ubah, nak untung saja"
Teh ais yang aku minum tadi hampir keluar semula melalui hidung, tersentak melayu-melayu bigot di meja kami itu semua yang sibuk membincangkan hari cuti, hari kemerdekaan yang semata-mata hanya satu lagi hari cuti bagi mereka, tiada makna. Bagaimana seorang lelaki berbangsa india, yang selama ini dianggap hanya pendatang, penumpang, tahu menghormati dan menyayangi bendera negara yang sudah dianggap tanah tumpah darahnya.
Dulu aku punk dungu, tidak pernah peduli erti patriotism, yang aku anggap hanya menyemarakkan sifat bigotry dan perkauman, sebagaimana disempitkan maksudnya dan diterima oleh kebanyakkan melayu, melayu tolol.
Tapi untuk yang ini, patriotism belum pernah sebegini indah dan murni pada aku. Hampir saja mata aku menitis air mata terharu, bangga, bangga sekali dengan lelaki berumur lingkungan 50-an berbangsa india ini. Bagaimana dia memalukan muka tebal melayu-melayu tak sedar diri itu semua.
Mulai hari itu, aku automatik respect habis lelaki berumur lingkungan 50-an berbangsa india ini. Dialah Uncle Ramani.
No comments:
Post a Comment