Menulis entri yang pendek-pendek dan merepek tanpa fokus yang khusus adalah sungguh bukan style aku. Aku juga tidak suka menyemakkan blog aku dengan puisi dan sebarang unsur-unsur yang kononnya menjurus kearah 'sastera'. Aku tidak suka digelar orang 'seni'. Aku menulis ikut isi hati, aku tak suka berkias-kias, aku lebih suka menggunakan perumpamaan supaya korang dapat gambaran. Aku akan terangkan sesuatu panjang lebar hingga aku berpuas hati. Biarpun sepanjang sebuah novel, selagi aku rasa belum cukup, aku akan terus menulis. Tiada masalah bagi aku menulis berjela-jela. Karangan SPM aku mesti sampai dua atau tiga mukasurat, membuatkan aku kadang-kadang berkata kepada diri sendiri "mat, get to the point already!".
Bahasa Melayu - B untuk UPSR, C3 untuk SPM. So what? aku bukan sasterawan negara.
Walau bagaimanapun, pendirian itu bakal terjejas dengan entri yang ini. Aku takde apa yang hendak ditulis, aku takde apa yang hendak diperkatakan. Bukan ketandusan idea, tapi lebih kepada tiada idea bagaimana untuk menggarap idea agar penulisan aku tidak kelihatan bangang. Tapi sama sahajalah kedua-duanya itu. Alasan.
Aku mahu menulis tentang Brader Mellow, tapi tiada kronologi, tiada himpunan kisah, tiada oral history yang aku rasakan sesuai dan would do insan sebaik Brader Mellow justice. Aku boleh himpunkan kata-kata nasihat dia sepanjang aku mengenalinya. Tapi itu akan kelihatan seperti bibliografi seorang tokoh pemikir ataupun mungkin siri bercakap dengan jin. Brader Mellow hanyalah insan biasa, sama seperti aku juga yang menemui inspirasi dan 'hero' dalam watak-watak kecil kehidupan manusia biasa. Hanya kisah kecil kehidupan manusia kecil adalah paling indah bagi menceritakan insan seperti Brader Mellow. Dia manusia yang tahu erti setiakawan dan aku mahu nukilan paling modest bagi menggambarkan itu.
Aku mahu menulis tentang Uncle Ramani, Uncle Chan, 'Brader HomerSimpson', manusia-yang tidak-mungkin-sama-sekali-aku-akan-berkawan-atau-hormat-tapi-mereka-berjaya-membuat aku-kadang-kadang-kagum. Aku cuma perlukan peristiwa yang ada signifikasi dengan hidup aku yang boleh aku selitkan watak mereka ini. Aku mahu membuat rumusan tentang nilai yang mungkin ada, bukan sekadar 'bercerita'.
Aku mahu menulis tentang Awek Spare..... ok aku tak mahu menulis tentang dia. Dia mengingatkan tentang kegagalan dan kebodohan aku sendiri.
Aku semacam dan mungkin kadang-kadang mahu menulis tentang Dr. Chua dan 'dramanya' serta isu semasa lain. Tapi aku tak peduli dan malas. MALAS. Kecuali jika kamu mahu pendapat aku.
Aku mahu menulis tentang band-band yang aku suka, buku-buku yang aku baca dan acara-acara dan pertunjukkan yang aku hadiri. Tapi aku tiada mood, cuma alasan.
Alasan, alasan, alasan.
Manusia yang tiada penyesalan, cuma alasan
"Alassaaannn....!!!!" macam lagu Akta Angkasa tu.
No comments:
Post a Comment