Monday, December 27, 2010

Pra Matang

Satu perkara yang aku belajar dari mak ayah aku tentang alam perkahwinan, selain berkemampuan dari segi kewangan, gatal dan bernafsu, kamu juga kena mahir dalam banyak perkara. Perkara yang orang fikir remeh dan kecil. Tidak ada konteks pasangan moden dalam perbincangan ini. Jika kamu mahu ikatan yang adil dan saksama, pembahagian tanggungjawab itu penting. Bayangkan jika pasangan kamu meninggal dunia, dan kamu terpaksa ambil alih segala tugasannya.

Tak perlu tapi bagus juga jika suami tahu memasak, menukar lampin anak dan mengemas rumah. Begitu juga tak perlu tapi bagus juga jika isteri pandai memperbaharui cukai jalan, lesen memandu, bil-bil dan menilai faedah pinjaman mana yang paling baik dan sesuai. Maksud disini ialah pembahagian tugas dalam department tertentu dalam organisasi keluarga. Sebagai contoh: 1) Department makanan. Pembahagian tugasan seperti suami bertanggungjawab membeli barangan dapur dan runcit, sementara isteri bertindak sebagai akauntan dan pengurus belanjawan merangkap tukang masak. Maka suami perlu belajar mengenali jenis-jenis ikan, sayuran, rempah ratus, bagaimana menentukan kualiti dan kesegaran makanan dan memantau harga barangan. 2) Department pembangunan anak. Pembahagian tugasan seperti suami ambik tahu prestasi semasa anak, urusan yuran dan wakil untuk PIBG. Sementara isteri menguruskan soal pendidikan kehidupan, riadah dan aktiviti pembelajaran luar sekolah. Ini termasuk mengenal pasti kecenderungan dan minat anak. 3) Department kediaman. Dua-dua kena ambik tahu status premis, pemilikan, insurans dan urusan penyelenggaraan.

Jadi janganlah tanya aku tentang bila nak kahwin, kerana setiap kali pulang ke kampung, ayah aku masih bertanggungjawab membeli barangan runcit dan lauk pauk. Aku hanya sumbang dari segi kewangan. Setakat nak beli gula dan susu pekat bolehlah. Jenis-jenis ikan laut dan sungai dan harga semasa ayam dan daging, haram aku tak ambik tahu. Apatah lagi pengurusan kewangan berhemah, aku tak ada masa nak mengkaji dividen, defisit, interes, kredit, ASB, indek nikel, KWSP, bursa saham, pengunjuran, premium, beza antara 3.11% dengan 3.12% atau 8.9875%. Gila kau geek nak mampus, kau takde kehidupan ke? Cukup time, aku bayar. Ada duit lebih, beli. Tak cukup kumpul.

Tanggungjawab pada aku hanyalah untuk fikirkan bila umur yang sesuai untuk memperkenalkan bakal anak aku nanti pada Radiohead, seterusnya ke peringkat tertinggi hingga Dntel dan kenapa Bunkface itu tak best langsung.

Pendek kata, aku tak layak lagi bernikoh.

So, agak-agak bila boleh masuk meminang?

The Right Man For The Right Job

Pagi itu, tiba-tiba terasa mahu keluarkan peluh sambil ambik angin. Setelah berbulan lamanya aku tidak menjejakkan kaki ke puncak furnace, di charge hopper, 100 meter dari bumi. Aku keluarkan helmet keselamatan yang lengkap dengan muffler, helmet yang berkilat bersih dan suci dari sebarang palitan gris dan debu ferum oksida. The stain mark that set apart between real man and air-conditioned and arm rested chair douchebag. Timbul rasa segan dalam diri sendiri, years ago I used to be one of them, among the crusty guys. Sekarang hanya membuncitkan perut dan mengarah orang doing all the dirty, dirty and real work.

Aku mulakan pendakian melalui ratusan anak tangga besi ke puncak, dengan berhenti setiap aras untuk melihat dan periksa setiap pam, setiap compressor, setiap fan, setiap valve, setiap selenoid, setiap vessel, setiap chute, setiap scrubber. All the fucking piece of shits that had been part of my living and robbed me of my life for the last 5 years.

Hampir setengah jam apabila akhirnya aku sampai di aras paling atas. Struktur paling tinggi di kompleks sebesar 4.2 hektar ini. This shithole, in itself is in fact a fucking city of 5000 inhabitant, predominantly alpha male.

Kebetulan ada seorang juruteknik aku dan dua orang pekerja kasar immigrant india sedang bertungkus lumus membersihkan chute conveyor yang tersumbat. Mereka senyum pada aku. Aku senyum balik. Senyum aku tak pahit. Setelah mendapat pelepasan dari control room, mereka sambung kerja, menekan jackhammer pada lapisan keras mendapan ferum oksida yang melekat.

Juruteknik aku itu, umurnya baru 37 tahun, jika orang yang tidak tahu, pasti ingat umurnya sudah mencecah pertengahan. Tapi that's what this work do to people. Years of battering and wearying hardwork, menduga keselamatan hari-hari supaya anak dan isteri di rumah cukup makan. Pekerja kasar immigrant india itu, aku tak perlu terang panjang lebar, mereka lebih kepada hamba di dunia moden. Kekejaman industri atas nama kemajuan dan kekayaan yang segelintir, me not included. Aku cuma sedikit bernasib baik.

Aku lihat permandangan sekeliling, disekeliling komplek industri yang menghambur besi panas ini, sejauh mata memandang, Putrajaya di Utara, dari kejauhan, kerana cuaca hari itu cukup baik, nampak bayangan KLCC sebesar jari kelingking (I'm not shitting, naik atas ni kalau tak percaya). Bayu bercampur wasap-wasap dari puluhan corong sekitar kompleks, sudah cukup menyegarkan kerana hanya itu saja kemewahan yang kami mampu.

Lalu tanpa berfikir, aku capai besi tuil yang kebetulan diatas platform, dan terus menghentak mendapan keras ferum oksida sekuat hati aku. Satu hentakan untuk setiap malam minggu yang aku tinggalkan, satu hentakan untuk setiap cuti umum yang aku terpaksa lupakan, satu hentakan untuk setiap masa bersama keluarga dan kawan-kawan yang aku hilang, satu hentakkan untuk setiap keremajaan aku yang pudar lebih cepat dari waktu yang sepatutnya, satu hentakkan untuk semua juruteknik dan rakan sekerja aku yang setia, satu hentakkan untuk anak-anak mereka, satu hentakkan untuk semua warga asing yang dibayar ciput untuk kerja merbahaya dan berat demi mencari rezeki halal di negara yang rakyatnya jarang bersyukur ini. Satu hentakkan untuk kebaskan tangan aku, kotorkan baju dan helmet aku. Biar peluh kami menitik sama dan bercampur.

Thursday, December 23, 2010

Home Improvement 0.99

Dalam pandangan mata Si Lelaki yang kadang-kadang dikaburi lelehan darah merah, dunia terbalik. Tergantung dari tali pinggang keledar, dihimpit beg udara dan riuh rendah suara orang meminta tolong sayup kedengaran. Cahaya siren ambulan seperti lampu hiasan berkelipan. Kaki-kaki manusia diseberang jalan, semua di atas. Langit di bawah tanpa sempadan. Pertanyaan paramedik yang sedang melutut disebelahnya ketika itu tidak disedari. Matanya tertumpu pada satu wajah yang menenangkan disebalik orang ramai yang memerhati di tepi jalan. Wajah yang membuatnya lupa segala kesakitan, Si Lelaki tersenyum. Ini semua takdir, jodoh dan pertemuan, tuhan telah menemukannya.

Hari itu adalah hari bahagianya.

Sunday, December 5, 2010

Potential Sipnopsis

Kata orang, baik simpan sendiri idea takut nanti ditiru sebelum dimeterialisasikan, biarlah. Membuat sinopsis memang senang, kembangkan menjadi karya berkualiti yang susah. Kisah cinta pun tiada yang original, dikitar semula dengan plot berlainan. Daripada terkubur, baik 
diusahakan mereka yang berbakat dan berkemampuan, walaupun meniru tapi asalkan kreatif boleh jadi hasil kerja sendiri dan tersendiri. Industri negara juga maju. Sudah dipos diblog ini sebagai bukti boleh juga nanti buat modal saman-menyaman. Lebih untung dari hasilkan sendiri yang belum tentu laku. Licik kan?

1. Sekumpulan jurufoto profesional berlainan cabang kemahiran, fotografi model, fotografi perkahwinan, fotografi dokumentari, fotografi perang, fotografi seni potret bla bla bla. Masing-masing memiliki ketajaman mata hati dan kemahiran mengambil gambar yang mampu mempotretkan emosi manusia, sudah mula bosan dengan kepalsuan dan kejengkelan manusia sekeliling, lalu menubuhkan kumpulan rahsia dengan objektif utamanya adalah untuk menyedarkan manusia yang kurang peka pada dunia dan realiti kehidupan, kerana dilalaikan oleh kesenangan dan keselamatan, yang selalunya terdiri dari manusia yang berkedudukan dan dikenali. Mereka bertindak dengan seorang ahli kumpulan menyerang hendap golongan ini ketika sedang leka iaitu dengan berlari ke arah mereka dari belakang dan menumbuk muka mereka secara tiba-tiba sementara ahli kumpulan yang lain mengambil foto saat itu. Merupakan foto paling berkesan dan tulen sekali yang mempotretkan wajah manusia yang dikejutkan secara tiba-tiba, Apabila 'mangsa' melihat foto mereka saat ditumbuk itu, melahirkan sejenis kesedaran dalam diri mereka dengan campuran perasaan paling gerun dan terpinga. Kumpulan jurufoto profesional pemberontak dan revolusionis ini menggelarkan diri mereka Liga Liar. Akhirnya diburu pihak berkuasa disamping disanjungi majoriti masyarakat yang tertindas. Dianggap pengganas oleh pemerintah, aktivis dan genius oleh penggiat seni, bodoh, tiada kerja dan buat perkara sia-sia oleh segelintir pengkritik, dan vigilantis oleh golongan tertindas.

2. Puluhan tahun dimasa hadapan, setelah bumi kembali aman setelah 10 tahun berperang dengan penakluk dari angkasa lepas, menceritakan tentang sekumpulan veteran tentera Malaysia dari batalion whatever, sedang dibicarakan dimahkamah tentera antarabangsa kerana melanggar arahan dan mengakibatkan lebih separuh anggota batalionnya sendiri terkorban. Kisahnya bermula apabila barisan hadapan tentera bumi, yang sebahagian besar terdiri dari tentera Amerika, sudah hampir lenyap dan pupus semuanya, kecuali satu kompeni yang terdiri dari banduan dan penjenayah yang disabit hukuman mati, yang diberi peluang untuk bebas dan diampunkan sekiranya berkhidmat dalam tentera Amerika, adalah merupakan kompeni terakhir tentera Amerika yang masih hidup ketika itu. Batalion tentera Malaysia yang ditugaskan memantau kompeni itu, kerana tentera Malaysia tidak dianggap pasukan yang cukup bagus untuk mempertahankan bumi dibarisan hadapan, telah mengambil keputusan sendiri atas dasar kemanusiaan dan moral, untuk menyelamatkan kompeni terakhir tentera Amerika yang terdiri dari banduan itu yang pada dasarnya dihantar untuk misi bunuh diri. Perbicaraan yang menarik perhatian masyarakat dunia. Persoalan antara kesetiaan pada arahan, maruah sebagai tentera, prinsip moral dan kemanusian. Layakkan askar bekas banduan itu dibiarkan berjuang hingga mati atau diselamatkan, selamatkan askar-askar terakhir dalam angkatan tentera Amerika dari pupus dan lenyap di bumi, walaupun mereka sebenarnya hanya banduan yang diberikan peluang untuk dihukum mati dengan cara yang lebih bermaruah.  

3. Seorang pemuda yang sederhana segala serbi, pendidikan, pekerjaan dan gaya hidup, selalu berangan-angan untuk menjadi 'seseorang' yang penting dan disegani. Tiba-tiba memenangi wang loteri jutaan ringgit. Peluang sekali seumur hidup untuk mengubah hidup dan mencapai cita-cita. Tanpa disangka sahabat, makwe dan keluarga beliau, daripada menggunakan wang itu untuk tujuan yang lebih berfaedah, tiba-tiba dia membeli sebidang tanah di tepi pantai dan membida dengan kerajaan untuk mengistiharkan tanah tersebut sebagai negara 'mikro' beliau sendiri, diberi autonomi dan melantik dirinya sebagai raja pertama kerajaan baru itu. Adakah beliau berjaya membuktikan sesuatu atau dia sememangnya seorang 'loser' yang bodoh dan merepek seperti yang dikenali oleh makwe, rakan-rakan dan keluarganya?   

4. Karim mengidapi sejenis penyakit misteri dari lahir dan ketika berumur 9 tahun dia tidak pernah mengantuk dan tidur sehinggalah dewasa. Keunikkan Karim itu menjadikan beliau seorang yang terlalu peka dan hebat memerhati perubahan sekeliling. Karim telah 'dikurniakan kebolehan' untuk mengetahui 'rahsia malam'. Tidak tidur malam menjadikan Karim menjalani waktu kehidupan jauh lebih lama dari manusia lain sebayanya. Otaknya tidak pernah berhenti dan berehat dari berfikir. Setiap malam apabila dunia tidur, Karim jadi kesunyian dan banyak menghabiskan masa dengan membaca. Kerana penat berfikir, Karim selalu ingin merasai perasaan dan keadaan ketika bermimpi dalam tidur. Satu-satunya cara paling hampir untuk Karim bermimpi ialah melalui khayal dengan segala jenis dadah. Pada Karim, ketika berkhayal, ketika itulah fikiran dapat 'berehat'. Apakah nasib hidup Karim seterusnya? Apakah 'rahsia malam' itu? Apakah konflik keluarga kesan dari keadaan Karim? Adakah nama kawan Karim itu 'Dia' atau penulis malas nak letak nama, siapakah yang berjaya mengorat Suraya. Pasti pecah kedai buku 100 juta.   

Friday, October 22, 2010

Orang Hodoh Cantik: Ulang Tahun

Hari ini hari jadi Karim. Hari jadi pertama Karim sebagai seorang yatim piatu. Jika dia dan Suraya tidak mengenali Karim dan berkawan dengannya, mungkin tiada siapa tahu atau peduli jika hari ini hari jadi Karim. Walaupun ketika ayah Karim masih hidup pun, jarang-jarang sekali hari jadinya disambut. Jadi sempena menghargai persahabatan mereka, Suraya mencadangkan mereka menyambutnya diatas bukit berhampiran rumah api. Mereka akan berpiknik.

Dia dan Karim bukanlah jenis lelaki yang berpiknik. Tapi memandangkan Suraya kini sudah menjadi sebahagian dari kumpulan sahabat mereka, dan satu-satunya perempuan diantara mereka, maka mereka dengan rela hati bersetuju, walaupun mereka berdua sudah ada rancangan lain.

Diatas bukit mengadap pantai dan laut, diatas bentangan kain corak petak, mereka bertiga duduk mengadap sebiji kek yang bersaiz kecil sedikit dari pinggan. Kek yang dimasak sendiri oleh Suraya. Diatas kek ada sebatang lilin. Tanpa perlu nyanyian selamat hari jadi, Karim tiup lilin, tanpa perlu tepukan dan sorakkan juga selepas itu.

Suraya kemudian keluarkan satu bungkusan dari dalam beg. "Saya jumpa ini di kedai barang lusuh, mungkin banyak sejarah, harap boleh bawa awak nasib yang baik"

Karim sambut bungkusan dari Suraya, membukanya dan melihat topi juruterbang kulit era 30-an yang dilapik bulu tebal di bahagian dalamnya. "Terima kasih Suraya". Karim terus mencuba topi itu sambil tersenyum. Suraya balas dengan satu pelukan mesra.

"Ehem." Dia mencelah. "aku tahu ini tak seberapa, tapi ini pemberian datuk aku. Memandangkan aku tak ada adik beradik lelaki, aku mahu kau terima ini sebagai hadiah." kata dia sambil menghulurkan satu anak kunci kepada Karim. "Kunci apa ini?" Karim tanya. "Petang ni kau ikut aku ke bangsal, nanti kau tahu".

"aku tak kisah dengan kejutan, tapi yang ini buat aku tak senang duduk" Karim beritahu.

"Sabar, ini istimewa"

"Ok. Terima kasih, hadiah apa pun istimewa" Karim senyum lagi.

Dia turut senyum "tak mahu peluk aku?"

"tak."

Mereka bertiga ketawa.

Selesai menghabiskan potongan kek masing-masing kini masanya sudah tiba. Suraya sudah berpuas hati kerana sudah melakukan apa yang dia rasakan patut, serta kesudian dia dan Karim menghabiskan waktu tenang dan berkualiti berpiknik dan menikmati kek hasil air tangannya. Kini Suraya perlu menghormati pilihan dan rancangan mereka berdua. Sambil mengucapkan ucapan selamat dan agar berhati-hati, Suraya duduk di atas bentangan kain corak petak, melambai kepada dua lelaki paling rapat dalam hidupnya itu.

"sudah sedia?" Karim tanya dia.

"setiap tahun"

Selepas membetulkan kedudukan gugel masing-masing di mata, dengan Karim memakai topi juruterbang kulit pemberian suraya, mereka berdua pun meluncur laju dengan basikal masing-masing menuruni bukit yang agak curam itu kearah pantai berpasir dan laut di hadapan mereka. Apabila sudah hampir di kaki bukit, mereka berdua melepas kedua belah tangan dari handel basikal dan mengawal keseimbangan sebaik mungkin agar tidak tersungkur hingga tayar hadapan basikal mereka mencecah ombak yang menyapu pasir pantai.

Dari atas bukit, Suraya melihat dengan debaran hati dan kerisauan. Tapi dia masih mampu tersenyum kerana dia tahu kedua sahabat karibnya itu sedang menghayati keseronokkan.

Hadiah hari jadi paling istimewa, ialah kesudian teman sejati menduga nasib bersama. Bila mereka berjaya mengharungi cabaran setiap ulang tahun kelahiran, mereka akan berjaya mengharungi cabaran sepanjang kehidupan mendatang. Jika jatuh tersungkur dan berdarah sekalipun, semuanya tidak mengapa. Kerana mereka berlajar untuk ketawa dan bangun semula.






bersambung di lain media.......

Thursday, October 21, 2010

Synthetic Life


They eat styrofoam
they drink petroleum
they stand on their stiff
enforced plastic bone.

They goes to the school
in matching uniform
but everyone left home
feeling so alone

They walk to the street
not knowing what they need
they came across a tree
and they all went freak

They pull out their gun
fired a thousand run
so nothing left to see
feeling so empty

They all look younger
by injecting polimer
they stay on stronger
refusing all the others

Life was all in order
calculated risks and danger
institutional and wager
feeling insecure

Synthetic life x 3
it's all the same X 3

Synthetic life X 3
undisposable X 3

Synthetic Life - TheChalatchalat.

p/s: siapa sudi mahu sponsor modal recording/mastering future album by the same title?

Monday, October 18, 2010

Kebaratan

Apa boleh buat, convertible MG dan biplane dan belon udara panas bukan budaya kita. Buat saja yang termampu dengan batas sosial budaya untuk romantikkan Proton, LRT, bukit Broga dan menuruni bukit dengan basikal memakai google. 

Tak faham sudah.

 

Saturday, October 9, 2010

Orang Hodoh Cantik: Memandu

Semasa hayat ayahnya, apabila Karim beritahu ayahnya dia ingin keluar untuk 'berjalan-jalan', maksudnya, dia ingin keluar memandu. Kerana ada ketikanya, berjalan-jalan adalah tidak cukup dan terlalu menarik perhatian orang, atau terlalu memenatkan. Karim tidak perlu apa-apa urusan, atau tujuan untuk keluar memandu. Dia hanya perlu keluar memandu.

Karim bukan orang senang. Ada kelapangan, dia peruntukkan sedikit wang bagi keperluannya untuk keluar memandu tanpa arah tujuan yang pasti. Membazirkan wang seperti itu adalah sama juga dengan membazirkan wang untuk pil-pil khayal dan LSD, ia sudah menjadi lebih dari satu ketagihan, ia telah menjadi satu keperluan. Namun kini Karim sedang cuba untuk beralih kepada keperluan yang lebih menyihatkan. Keperluannya untuk keluar memandu. Tuhan sahaja tahu betapa Karim sudah bosan terkurung dalam bilik melayan khalayan.

Kepantasan tidak mengujakan Karim, keseronokkan dalam pengendalian kenderaan adalah jauh sekali. Tidak untuk kereta berusia yang dipandu Karim. Ketenangan itu pula adalah satu kelebihan yang kadang kadang sahaja. Bila didalam kereta, Karim memisahkan dirinya dari dunia, tapi dia tidak mahu rasa terasing, tidak mahu terpisah sepenuhnya, seperti bila keseorangan didalam bilik. Karim masih mahu ada rasa jadi sebahagian kecil, yang terlibat sedikit sahaja lalu bila ada perubahan yang melibatkan dirinya atau dunia kesannya tidak ketara.

Karim ada satu 'cakera padat lagu campuran' yang sengaja dinamakan sebagai 'Panduan Pengembaraan' sempena untuk diperdengarkan setiap kali dia perlu keluar memandu. Sebelum ini sudah ada dua siri untuk cakera padat lagu campuran 'Panduan Pengembaraan'. Pemilihan lagu dibuat berhati-hati oleh Karim sendiri mengikut citarasa dan senikata lagu yang membawa perasaan-perasaan tertentu kepadanya ketika memandu. Siri baru akan dibuat apabila Karim sudah mula bosan dengan perasaan yang dibawa lagu pilihan tertentunya. Hakikatnya Karim bukan mahu perasaan yang baru, dia hanya mahu merasakan perasaan yang sama dalam sentimen dan cerita yang segar. Dikecewakan kerana orang lain, gembira kerana hal lain, teruja kerana orang lain. Permulaan baru untuk ulangan perasaan yang sama. Setiap lagu baru merubah persekitaran walaupun dia memandu melalui jalan yang sama setiap kali.




bersambung di lain media.........

Thursday, September 23, 2010

Diskriminasi Terpimpin

Pada tahun 2001, di sebuah venue di Bukit Bintang, ketika Spacebar baru sedang bersiap sedia untuk memulakan persembahan, datanglah sekumpulan penguatkuasa (bukan transformer eletrik ya, ataupun minuman tonik atau steroid) menyerbu venue berkenaan. Aku sudah tidak ingat alasan mereka, mungkin yang sudah kebiasaan seperti tiada permit atau perhimpunan haram. Namun aku serta sekumpulan yang lain, dengan liciknya berjaya melarikan diri melalui bangunan bersebelahan, termasuk vokalis Koffin Kanser yang ketika itu sudah layak dikira artis, sama juga berlari beriringan disebelah aku dengan wajah dihiasi seribu kecemasan dan rambut dreadlock.

Dengan bersahaja kami yang licik ini keluar seperti tiada apa-apa berlaku dari bangunan bersebelahan dan kemudian lepak beramai-ramai dikaki lima memberi sorakkan kepada mereka yang berjaya diberkas dan kurang licik dan baru nak up dalam scene menaiki trak penguatkuasa untuk dibawa ke balai.

Tahun 2003, di sebuah venue di tengah bandar Kuantan, ketika kumpulan kugiran ketiga baru hendak memulakan persembahan, datanglah sekumpulan penguatkuasa menyerbu venue berkenaan. Namun kali ini, penguatkuasa lebih licik kerana nasib menyebelahi mereka kerana venue itu sama ada tidak menyediakan pintu belakang ataupun pemilik premis merahsiakan laluan kecemasan. Pendek kata, jika ketika itu sekumpulan militan pro kerajaan bercadang membakar venue tersebut, maka sia-sialah hidup kami semua anak-anak muda berdarah muda.

Sebagai orang berpengalaman, aku adalah antara kumpulan orang terakhir yang dibawa keluar untuk menaiki trak penguatkuasa, untuk dengan malangnya, memandangkan venue berkenaan hampir kosong, sekumpulan jurugambar suratkhabar berjaya mengambil gambar kami dengan posisi yang jelas. Sampai sekarang aku tercari-cari suratkhabar manakah yang membuat liputan yang remeh-temeh seperti itu dan jika wajah aku terpampang dimana-mana untuk dikantoikan dengan sanak-saudara. Nasib baik kedua orang tuaku hanya berminat membaca akhbar berunsur politik pembangkang. Bukan tabloid murahan seperti M**tro.

Kami semua diminta bersila beramai-ramai di perkarangan balai polis Kuantan seperti pendatang tanpa izin, kad pengenalan kami semua diambil dan yang mana dibawah umur diasingkan dan ibu-bapa mereka dimaklumkan. Kemudian datang seorang pegawai penguatkuasa memberi kenyataan bodoh dengan nada marah, katanya aparatus ujian air kencing adalah sangat mahal, satu kertas penguji itu harganya hampir rm8.00 jika tidak silap aku. Dan kami ini semua menyusahkan dan merugikan pihak mereka kerana jumlah kami semua hampir seratus orang. Sumpah, memang ketika itu aku amat kagum dengan kebijaksanaan pegawai berkenaan. Pasti anak-anaknya amat berbangga.

Lalu demi langkah penjimatan yang amat bijak, mereka bercadang untuk tidak membuat ujian air kencing ke atas kami semua tetapi akan membuat saringan berdasarkan paras rupa dan penampilan. Yang mana muka ibarat penjenayah dan berpakaian selekeh, maka dia layak mengambil ujian air kencing. Didikan apakah yang telah diberikan oleh kerajaan kepada penguatkuasa ini semua untuk menilai seseorang melalui luaran tuhan sahaja yang tahu.

Memandangkan ketika itu aku masih mengamalkan cara hidup yang bebas dari sebarang unsur intoksikasi, maka aku amat berbesar hati jika dipilih, secara tidak langsung ini menunjukkan aku memiliki ciri-ciri seorang pemberontak. Idea revolusi dan subversif yang ditanam dalam kepala otak aku sekian lama ini haruslah dipandang serius oleh mereka. Someone they should reckon with bak kata orang tua.

Jadi ketika nama aku dipanggil untuk menjadi orang pertama yang dibebaskan tanpa sebarang syarat atau ujian,

itu adalah satu penghinaan, cis, nerd sangat ke muka gua brader?

Friday, September 3, 2010

The Dishwasher

Petikan dari buku Dishwasher oleh Pete Jordan (himpunan kisah dari zine Dishwasher). Bukan, aku belum lagi berjaya memiliki buku yang amat king of rare ini. Ini petikan yang terjumpa di internet. 

Sedikit nota pasal Pete Jordan dan zine Dishwasher: Pada tahun 1992, Pete Jordan, seorang punk rocker, a legendand my hero, telah membuat keputusan untuk mengembara ke semua 50 negeri dalam Amerika Syarikat. Berbekalkan kewangan yang amat sikit serta semangat dan keazaman yang tinggi, Jordan menyara hidup sepanjang pengembaraannya sebagai seorang pembasuh pinggan di setiap tempat yang dia singgah, restoren, hotel, hospital, kem perkhemahan dan sebagainya. Pada masa yang sama dia menulis zine Dishwasher, menceritakan segala pengalamannya di setiap tempat yang dia singgah dan setiap manusia yang dia jumpa. 

Pada pertengahan 1990-an, Pete Jordan telah dijemput David Letterman untuk muncul dalam rancangannya, Jordan telah menghantar rakannya Jess Hilliard untuk menyamar sebagai dirinya dan memperdaya seluruh Amerika. A true punk indeed.



WINE O'CLOCK

        A bead of sweat rolled from my forehead, down my nose and into the greasy orange sink water. I wiped my face with my apron, lifted my baseball cap to cool my head and sighed. As I picked at the food dregs that had coagulated from the sink water onto my arm hairs, I surveyed my domain—the dishpit. It was a mess. The counters were covered with the remains of what, not long before, had been meals. But the dishmachine stood empty. No dirty dishes were in sight. No one yelled: “More plates!” or “Silver! We need silverware!” For the first time in hours, a calm settled over my dishroom. Having successfully beaten back the bulk of the dinner rush, I was caught up and it felt good.

 

        Time for another go-round. On my way to the waitress station, I grabbed an empty bus tub and twirled it on my middle finger—a trick I’d perfected while working at a bagel shop in New Mexico. I lowered the spinning tub from my finger to my cap—a new trick I’d yet to perfect. The tub sputtered from my head and plummeted into the full bus tub that awaited me. A couple plates smashed to the floor.

 

        The crash rang throughout the restaurant and was followed by a shocked hush from employees and customers alike. I, too, observed the moment of silence for the departed plates. But I wasn’t sad to see them go. If dishes had to break—and they did have to—then it was best to break the dirty ones rather than the plates I’d already worked to clean.

 

        In some Illinois cemetery, Josephine Cochrane was spinning in her grave. She was the 1880s socialite who’d grown fed up by her servants breaking her precious china as they washed it by hand. Cochrane presumed that by reducing the handling, there’d be far less breakage. So she invented the motorized dishwashing machine. Her contraption became an instant hit with large restaurants and hotels in Chicago. Even the machine I was using at this place—a Hobart—was a direct descendent of Cochrane’s. But now, more than a century since the introduction of her innovation, human dishwashers—particularly this one—were just as cavalier about dish breakage as they’d been back in Cochrane’s day.

 

        As I looked down at the wreckage at my feet, the boss-guy charged around the corner wide-eyed with his hand clutched to his chest as if he’d been shot.

 

        “Plates fell,” I said.

 

        “Again?” he sighed. “Try to be more careful, Dave.”

 

        Six weeks earlier, when a fellow dish dog had tipped me off about this gig—an Austrian-themed inn at a ski area in Vermont’s Green Mountains that came complete with room and board—I was immediately intrigued. I’d pictured myself isolated in the mountains and hibernating through the winter at this job while getting caught up with my reading, saving up some money and crossing yet another American state off my list. When I called about the job from Wisconsin, the boss-guy assumed that if I wanted to come all that way to dish in a ski area, then I must’ve been a ski nut.

 
        “No,” I told him. “Actually I don’t ski.”

 
        That made him suspicious. He then asked, “Do you have long hair?”


        “Not anymore,” I said.

 
        “Okay,” he said. “If you can get here by next week, the job’s yours.”

 
        I rode the bus most of the way and hitchhiked the rest and when I arrived, the boss was no longer suspicious. I was willing to dish and that was enough for him. In fact, he gave so little thought to me that by the second day, he started calling me by the wrong name.

 
        “And Dave, clean it up,” he said, looking at the broken plates on the floor.

 

        I’d never bothered to correct him.

 

        “All right,” I said.

 

        When he turned and walked back to the dining room, I kicked the debris under the counter and headed back to the dishpit with the full bus tub.

 

        While unloading the dirty dishes, I mined for treasure in the Bus Tub Buffet. The first find was fool’s gold—a half-eaten schnitzel. I couldn’t blame the diner who’d left the second half uneaten. It was the place’s specialty, but it wasn’t very special. I snobbishly passed on it as well and continued excavating.

 

        I unearthed more dishes and then struck pay dirt: some garlic bread and remnants of crème brulée. I smeared the crème brulée on the garlic bread and scarfed it down. Scrumptious, said my taste buds. Queasy, countered my stomach. The gut had a point. Bus Tub Buffet? More like Bus Tub Roulette: you win some, you lose some. So far I was losing.

 

        As I was guzzling water from the tap, the call went up in the adjacent kitchen: “Wine o’clock! Wine o’clock!”

 

        I looked at the clock. Indeed, it was already wine o’clock.

 

            Dick, one of the cooks, entered the dishpit with a grin on his face and a jar in each hand. He handed me a jar and held up the other in a toast.

 

        “Wine o’clock,” he said.

 

        “Wine o’clock,” I repeated.

 

        We clinked jars and then downed their cooking sherry contents. Wine o’clock was eight o’clock—an hour before closing time and an occasion observed by the cooks with rounds of sherry. Closing time—nine o’clock—was celebrated in a similar fashion except with shouts of

 

        “Five o’clock! Five o’clock!” and the consumption of Five O’Clock brand vodka.


Wednesday, August 18, 2010

Kupasan Terperinci Lagi Dalam Lirik Lonely Tyrannosaurus

Sudah ada orang bertanya, lalu aku kupaskan saja disini, segala maksud tersirat dan tersurat dalam lirik lagu The Chalatchalat, 'Lonely Tyrannosaurus'.

Lonely Tyrannosaurus - The Chalatchalat.

"Looking in his eyes,
reflex society,
like how much we disregard,
the sense of inner beauty.

Like what used to be the living state,
the state of anarchy,
when community, eating another,
ensuring suzerainty,

ensuring suzerainty X 3

So the young Tyrannosaurus,
set up on a quest,
to find the perfect matches,
to meet his sexual inquest.

In a society of multispecies,
detesting act of racist,
he stand firm, to his belief,
challenging conformity,

challenging conformity X 3

Lonely Tyrannosaurus,
falling in love with a Pterodactyl,
so the Dino church say that can't be,
so the Dino church say that can't be.

Broken hearted and disappointed,
undemocratic lot, thick and jaded,
so he end it on a cliff,
abandon all believes.

True love at the bottom of the pit,
fossilized under the tectonic,
forever rest in mist,
unsettled grave of grieve.

So he wish a rock would hit the planet,
so he wish a rock would hit the planet,
and kill everything,
every hopes and every dreams.

Secara tersuratnya, maka jelas amatlah lagu ini berkisar tentang cinta antara dua darjat antara Visabella dan Asshad. Lagu ini menggambarkan bertapa agungnya cinta mereka. Sesuai dengan irama mesra radio dan sifat komersilnya, tiada langsung mesej subversif dan hasutan bersifat politikal dalam lirik lagu ini. Maka lagu ini tidaklah layak dikira sebagai sampah dan patut diangkat sebagai karya seni hebat, sebaris dengan lagu 'Revolusi' dendangan Bangfes.

Baris-baris dalam versa pertama lirik, menerangkan dengan terperinci tentang peristiwa pertemuan Visabella dan Asshad di kawasan parkir kereta Pavillion. Baris 'the state of anarchy' adalah simbolik kepada peristiwa Asshad yang tersadung pembahagi jalan ketika berjalan lalu tersungkur di bahu jalan, kejadian itu menyebabkan Asshad mengalami kegagalan keseimbangan badan seketika dan komplikasi pernafasan ketika saat saat wajahnya bertemu batuan dan konkrit jalan. Ketika itulah takdir mempertemukan mereka apabila ketika Asshad tersungkur, kepalanya turut disepak Visabella yang ketika itu menyangka Asshad adalah seekor zombi yang cuba mengigit kakinya. Rentetan dari peristiwa itu Asshad menjalani pembedahan plastik bagi mengubah bentuk hidung agar kelihatan lebih seksi dan mancung. Dipendekkan cerita, akhirnya Visabella tergoda.

Baris-baris dalam versa kedua pula menggambarkan perasaan cinta yang mendalam Visabella pada bibir Asshad. Perasaan itu digambarkan penulis dengan cukup sempurna dalam baris: "to meet his sexual inquest"

Versa ketiga pula menggambarkan tentang kepentingan sistem meritrokasi dalam menilai kecemerlangan pelajar serta kepentingan untuk menjaga hati kedua orang tua. Secara tidak langsung ini adalah simbolik kepada kemuliaan cinta antara Visabella dan Asshad.

Penulis lirik juga dengan amat pintar dan seninya juga berjaya menggambarkan dengan indah sekali ikatan cinta sejati Visabella dan Asshad melalui baris lirik pada bahagian korus: "challenging conformity".

Penutup kepada lagu indah ini, "and kill everything, every hopes and every dreams" adalah kekuatan keseluruhan lagu ini. Ia merumuskan dengan lengkap sekali tentang pembedahan plastik dan suntikan bibir serta keagungan cinta.

Cinta adalah segalanya, lagu cinta tidak akan mati untuk selama-lamanya. Lagu berunsur politikal tak boleh blah dan tak boleh jual.


Wednesday, August 11, 2010

Cerita Lama Bulan Ramadan.

   
"macammana orang boleh bersama, bahagia sampai ke tua?" tanyanya dengan nada paling flat tone, kosong tanpa perasaan, soalan yang tidak mengharapkan jawapan, soalan yang sekadar pertanyaan, kosong sekosong jiwa yang tidak kisah lagi yang mana satu kepastian.

Aku mendongak tepat ke wajah 
S, sambil buat mata kecik dan muka bengis, mulut penuh mengunyah pasta mahal tak berapa sedap.

Orang kalau dah buka puasa pukul 8, selepas tersekat dalam kesesakkan jalan raya hampir dua jam setengah akan cenderung untuk buat ekpresi wajah sebegitu. Takdenye aku nak tunjuk muka madu. 

S tersenyum, gelihati sangatlah tu tengok lelaki kuat fizikal tengah emosi kurang stabil. Matanya melirik ke kanan, seperti menunjukkan aku ke arah sesuatu.

Aku toleh dan nampak satu meja yang dihuni sepasang pasangan warga tua, bergurau senda, manja, tidak kisah pada dunia yang sentiasa mahu memerhati dan menilai dengan akal budi yang sakit, asalkan mereka tahu mereka bahagia bersama. Bahagia bersama.

Bahagia bersama.

Aku toleh semula ke arah S, masih tersenyum, manis tapi tidak kelihatan serinya, pandangan mata tidak bersinar, menembusi tubuh aku, menembusi pasangan warga tua sedang bahagia, menembusi dinding restoran entah ke mana.

"Hmm... biasa la tu, 
parent aku bahagia je"Jawabku bersahaja, tiada pertimbangan. Menyambung kembali aktiviti melantak, sedap tak sedap la aku lapor ni.

S buat muka cuka

Pling! ramadhan revelation kicks in

Ah cilakak! 
wrong answer idiot!! apatah lagi untuk seorang gadis anak tunggal yang seluruh hidupnya dibelenggu masalah keretakan rumahtangga ibu-bapa, serta beberapa siri perhubungan yang hancur di tengah jalan. 

Aku seperti mahu menepuk dahi sendiri tapi berjaya mengawal diri. Lantas terus membetulkan kedudukan, letakkan sudu dan garfu atas pinggan, lap mulut dengan kain dan bertukar modekepada lelaki sensitif berjiwa dalam.

Aku lontarkan senyuman paling madu. Yang kalau si Pipi atau Kumprinx dapat tangkap gambar aku 
time tu, pasti aku akan dicaci dan dicerca semahunya.

Namun demi gadis ini, aku hanya harapkan keceriaan kembali menghidupkan jiwanya, walaupun maruah tergadai di tangan rakan-rakan. 

Think fast man, cover-cover! 

"Err.. I mean, I guess, kalau kita dah bertekad nak bahagiakan seseorang, it's a lifetime job,takde pencen time umur 65, or 33". Jawapan yang aku rasakan agak decent. Resah menunggu reaksi S.

"Heh"

'Heh', sekadar 'heh', S ketawa kecil tapi penuh nada sinis

Jawapan aku tak cukup power ke? tak cukup deep ke? tapi sekadar 'heh' yang ikhlas, walaupun bernada sinis adalah lebih baik dari berwajah cuka. Jiwa perempuan ini sudah lama penat dengan ayat-ayat manis dan janji-janji indah yang tidak pernah menjadi kenyataan. Air matanya yang sudah lama aku tidak lihat, tangisannya yang sudah lama aku tak dengar dalam telefon. 

Seriously, walaupun ketika saat itu terasa geram untuk aku peluk tubuhnya, sebagai lelaki yang ada naluri dan keinginan, yang tidak pernah ikhlas dan selalu menyelam sambil minum air. Sebusuk-busuk dan sejahat-jahat manusia yang lalai dengan godaan syaitan. Aku tidak pernah tergamak sama sekali mengambil kesempatan.

Kerana S ialah teman sejati, dunia akhirat. Selama aku mengenalinya, never once I dare to cross that line. Hati terasa macam celaka kerana aku tak mampu membuat apa-apa, sekadar telinga untuk mendengar, dan nasihat yang tidak seberapa, entah apa-apa. Aku ialah lelaki dan kawan paling tak berguna.

"Err.. kau dengan boipren ko ok?" Saja bertanya khabar, kot ada masalah yang dia sengaja sembunyikan, walaupun soalan itu ibarat menjolok sarang tebuan. Terus terang aku tidak pernah ambik tahu siapa boipren terbaru S, siapa lelaki bertuah bangsat itu atau yang sebelum-sebelumnya, kecuali yang pertama yang menghancurkan hidupnya dahulu, lelaki bertuah bangsat pertama yang aku acukan tangan tergenggam erat bersedia memecahkan muka tak komersilnya. Yang akhirnya aku batalkan niat itu atas dasar persahabatan, dan maaf ikhlas darinya.

"Ok aje" dia jawab ringkas. Malas dah aku nak tanya lebih-lebih.

"Hey, ada aku pernah cerita kat kau tak pasal kawan aku terbakar kena letupan hidrogen tu?" Sengaja aku ubah topik. Jauhkan dari soal cinta, hubungan dan kebahagiaan. Buat sakit hati semua orang je.

Aku sedar siapa aku untuk sibuk tentang urusan hidup peribadi 'S', walaupun dia mahu bercinta dengan lelaki bertuah bangsat yang lain. Dahla tak pandai bagi nasihat, aku pun takdelah sekuat mana nak pecahkan muka jantan miang. Sekadar lelaki kuat fizikal pada nama.

Akupun tak pernah bercinta, masih tercari-cari kebahagiaan aku sendiri. 

Sengaja cari jauh-jauh dan teraba-raba, buat-buat tak nampak

Walaupun mungkin yang dicari di depan mata.... 



** Entri lama yang dipost pada 9 September 2008 ketika bulan Ramadan. Entri yang tiba-tiba membuat hit count blog ini melonjak. Cerita lama. 


Thursday, August 5, 2010

Kupasan Terperinci Lagi Dalam Lirik 'Term and Condition'.

Sudah ada orang bertanya, lalu aku kupaskan saja disini, segala maksud tersirat dan tersurat dalam lirik lagu The Chalatchalat, 'Term and Condition'.

Term and Condition - The Chalatchalat.

"Term and condition,
condition are met,
by the thread that bind what used to be the
fundamental of living at the edge.

Tricks are learned,
executed at every turn,
every possible way every one step away
if the world don't care then why should we be scare?

Nah nah nah nah nah nah nah.. (chorus)

What you do what you think
what you fought for the things
that you thought was a sin
dignified as it seem,
chips on your shoulder,
the world still go round and round.

So you start to believe 
that yourself could persist
what the odd you could risk
what the chances you couldn't miss,
mystifying wonders,
the world could burn hell it doesn't matter.

Nah nah nah nah nah nah... (chorus)

Wealth for the nation wealth for the nation,
pray for the region pray for the region,
leaders of utmost moral obligation,
grabbing attention making hard decision.

Pushing their workforce addressing the problem,
upholding oppression challenging the freedom,
freedom so troublesome freedom of expression,
in the name of the kingdom so hey it's okay it's okay,

it's okay hey it's okay hey it's okay it's okay it's okay."

Secara tersuratnya, maka jelas amatlah lagu ini berkisar tentang cinta antara dua darjat antara Sisabella dan Assraff. Lagu ini menggambarkan bertapa agungnya cinta mereka. Sesuai dengan irama mesra radio dan sifat komersilnya, tiada langsung mesej subversif dan hasutan bersifat politikal dalam lirik lagu ini. Maka lagu ini tidaklah layak dikira sebagai sampah dan patut diangkat sebagai karya seni hebat, sebaris dengan lagu 'Revolusi' dendangan Bangfes.

Baris-baris dalam versa pertama lirik, menerangkan dengan terperinci tentang peristiwa pertemuan Sisabella dan Assraff di kawasan parkir kereta MidValley Megamall. Baris 'fundamental of living at the edge' adalah simbolik kepada peristiwa Assraff yang tersilang kakinya sendiri ketika berjalan lalu tersungkur di bahu jalan, kejadian itu menyebabkan Assraff mengalami hilang akal untuk seketika dan meracau ketika saat saat wajahnya bertemu batuan dan tar jalanraya. Ketika itulah takdir mempertemukan mereka apabila ketika Assraff tersungkur, kepalanya turut disepak Sisabella yang ketika itu menyangka Assraff sedang cuba meragut gelang kakinya dengan menggunakan teknik gigitan. Rentetan dari peristiwa itu Assraff menjalani pembedahan plastik bagi mengubah bentuk bibirnya agar kelihatan lebih seksi dan berair. Dipendekkan cerita, akhirnya Sisabella tergoda.

Baris-baris dalam versa kedua pula menggambarkan perasaan cinta yang mendalam Sisabella pada bibir Assraff. Perasaan itu digambarkan penulis dengan cukup sempurna dalam baris: "the world could burn hell it doesn't matter"

Versa ketiga pula menggambarkan tentang kepentingan mencuci tangan dengan sebersih bersihnya sebelum makan serta kepentingan untuk menjaga alam sekitar. Secara tidak langsung ini adalah simbolik kepada kesucian cinta antara Sisabella dan Assraff.

Penulis lirik juga dengan amat pintar dan seninya juga berjaya menggambarkan dengan indah sekali ikatan cinta sejati Sisabella dan Assraff melalui baris lirik pada bahagian korus: "nah nah nah nah nah nah...".

Penutup kepada lagu indah ini, "it's okay hey it's okay hey..." adalah kekuatan keseluruhan lagu ini. Ia merumuskan dengan lengkap sekali tentang pembedahan plastik dan suntikan bibir serta keagungan cinta. 

Cinta adalah segalanya, lagu cinta tidak akan mati untuk selama-lamanya. 


 


Thursday, July 29, 2010

Menaik

Kementerian penerangan pun tak mampu buat dokumentari touching macam ni. Walaupun ini semua cuma fiksyen. Tapi macamlah diorang tak pandai mereka-reka cerita. Tak kosmetik langsung. Orang Relong kabo "The Art of Propaganda".





BSS dan PPP

Malas nak tulis ulasan konsert Broken Social Scene di Singapura. Aku pulang dari kota singa membawa virus selsema yang dijangkiti daripada sejenis binatang sama ada burung, babi atau hippies. Lagu baru mereka mengecewakan.

Blog Puisi Pantas Pendek ialah blog paling komersil yang diusahakan oleh aku. Masih buka keahlian untuk 13 penulis yang berminat. Projek tahunan pertama akan dimulakan sebelum hujung tahun ini. Yuran keahlian bergantung pada prinsip moral masing-masing. Bayar sikit, moral rendah dan murah, tak bayar langsung memang tak bermoral.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Monday, July 12, 2010

Hari Terbukak Roland




Dijemput hadir beramai-ramai seramai mana makwe yang kamu ada dan kenal. Ini ialah sempena pembukaan pusat muzik Roland pertama di Malaysia. The Chalatchalat akan membuat persembahan dan diberi peluang menjahanamkan Phantom G8 bernilai rm11000 +++. Persembahan kugiran hanya selepas pukul tiga dan masih sempat lagi untuk ke masjid menunaikan solat Jumaat dan beribadat. 

Selepas Piala Dunia, benda apa lagi yang menarik di dunia untuk ditonton??


Sunday, June 20, 2010

Unoiseau dans la main, en vaut deux dans le bois

Malam di Palate Palette, dikelilingi lelaki dan wanita Perancis yang rindukan croissant dan solitari dari penyokong pasukan bola sepak kebangsaan mereka yang masih pesimis. Seorang kenalan membebel. Kita kena lower our expectation, barulah nanti kita banyak pilihan. Hidup akan jadi lebih menarik.

by which he meant 'perempuan'.

aku tahu itu sejenis sindiran halus tapi aku terpaksa setuju kerana what focking choice do we have, anyway?

Tiada pilihan untuk memilih memang menarik.

So I guess that make me menarik enough, kan? Bukak radio semua lagu menarik, bukak tivi semua cerita menarik, baca akhbar semua berita menarik, dalam facebook ada 12 juta perempuan dan lelaki menarik. Ada 20 juta calon menarik di Malaysia untuk bakal selebriti sebarang rancangan realiti.

Jangan letakkan harapan tinggi, nanti kurang pilihan, nanti kurang menarik.

Patutlah negara ini menarik. Biar kurang mutu asal menarik.
Ah minum teh tarik lagi baik.


Tuesday, June 8, 2010

Terlalu Banyak Masa Dalam Tangan

Untuk projek tahunan pertama blog Puisi Pantas Pendek adalah lebih kurang begini. Amacam? Suara kasi garau sikit. 


Spoken poem rip off tanpa kebenaran deklamasi oleh Leonard Cohen - A Thousand Kisses Deep. Astonishing display of intrigued piano finger works dari yours truly, sahabat sealiran Jimmy Tamborello, Stamborello Mustapha.

Tuesday, June 1, 2010

Angsa Hitam dan Kebarangkalian Cinta


Dah lama aku tak tulis entri yang seperti ini. Sebelum blog ini tiba-tiba menjadi blog jiwang dan cerita-cerita romantik gelap fiksyen dan separa fiksyen dan bukan fiksyen. 

Dua orang pakar psikologi kognitif dari eropah, Amos Tversky dan Daniel Kahneman, pernah membuat satu eksperimen mengenai tabiat manusia yang suka mengambil risiko ataupun tamak. Bayangkan dua situasi. Situasi pertama: Pada tangan kamu ada wang sebanyak rm300. Kemudian kamu diberi dua pilihan; a) - kamu akan diberi sebanyak rm100 lagi dan b) - kamu perlu lambung duit siling dan jika kamu menang kamu akan diberi rm200 dan jika kamu kalah kamu tidak akan dapat apa-apa.

Manusia, akan selalunya memilih pilihan b) dari a)

Situasi kedua: Pada tangan kamu ada wang sebanyak rm500. Kemudian kamu diberi dua pilihan: a) kamu diminta berikan rm100 dan b) - kamu perlu lambung duit siling dan jika kamu kalah kamu harus berikan rm200 dan jika kamu menang kamu tidak perlu berikan apa-apa.

Hasilnya Tversky dan Kahneman juga mendapati manusia selalunya akan memilih pilihan b) dari a).

Melihat hasil eksperimen ini dari sudut kebarangkalian dan hipotesis, kedua-dua situasi adalah sama sahaja. Kamu akan mendapat kebarangkalian 50-50 untuk untung atau rugi sebanyak rm200. Sifat manusia yang berani mengambil risiko(atau tamak) akan sanggup kerugian rm200 dengan menaruhkan kebarangkalian 50-50 duit siling itu akan jatuh pada sebelah kemenangan. 

Ada dua orang sahabat baik dan pakar penganalisis statistik bursa saham dari Amerika, Nassim Nicholas Taleb dan Victor Niederhoffer. Mereka berdua mempunyai pandangan yang berbeza. Niederhoffer ialah seorang risk taker, keyakinannya bergantung kepada pengalaman dan kepakarannya meramal keadaan pasaran saham. Hasilnya Niederhoffer hidup dengan kaya-raya dan mewah. Taleb pula seorang yang suka mengambil pendekatan selamat dan mungkin penyabar. Taleb memahami risiko bermain saham. Kamu boleh mengumpul kekayaan dengan menjual saham setiap hari sebelum bursa ditutup walaupun dengan keuntungan yang sedikit tapi lama-lama jadi bukit. Tetapi risiko kerugian dan harta yang dikumpul hilang sekelip mata sekiranya kamu menjual dengan harga yang rugi akibat situasi tertentu yang tidak dapat diduga yang mempengaruhi pasaran saham, contohnya seperti kejadian 11 September, adalah 50-50. Seperti duit siling tadi. 

Walau pakar ekonomi dan profesor statisitik terbijak dunia sekalipun tidak mampu meramal kejadian seperti 11 September dan risiko dan kebarangkalian kejadian seperti itu untuk berlaku sentiasa ada. Niederhoffer hidup mewah dengan menaruhkan risiko 50-50 setiap hari dan selama 15 tahun dia sentiasa bernasib baik kerana ramalannya tepat. Taleb pula selama 15 tahun makan hati kerana enggan menjual sahamnya ketika bursa ditutup walaupun dia juga mampu membuat keuntungan (yang sedikit) dan hanya membeli saham berpotensi dan sanggup kerugian (yang sedikit) setiap hari demi satu hari nanti bila kejadian yang tidak terduga berlaku dan harga pasaran melonjak dan dia menjual kesemuanya sekali dengan keuntungan maksimum dan beratus-kali ganda melebihi kekayaan yang dikumpul Niederhoffer selama 15 tahun hanya dalam satu hari dan sekelip mata. Segala kerugian kecil yang ditanggungnya selama 15 tahun akan dibayar balik berlipat kali ganda.   

Taleb, yang kini kaya-raya setelah mendapat peluang yang ditunggunya, telah menulis sebuah buku berjudul 'The Black Swan'. 'Black Swan' ialah metafora yang digunakan pakar ekonomi tentang kejadian rambang yang kebarangkaliaannya untuk berlaku adalah sedikit tetapi masih ada seperti 11 September.  

Satu hari ketika melepak bersama dua orang sahabat aku Pipiyapong dan Vovin, mereka cuba menghasut aku mengikut langkah mereka, berhenti kerja dan melakukan apa yang kami suka. Korbankan keselesaan hidup yang aku nikmati sekarang dengan mengambil risiko demi kepuasan diri. Sememangnya aku cemburu dengan hidup mereka sekarang, bangun tidur sesuka hati dan menikmati kemahsyuran dunia hampir glamer bidang seni dan penulisan. Walaupun hakikatnya hidup mereka tidak seselesa dan lengkap seperti aku, hati mereka puas dan gembira. Aku pula walaupun berpendapatan yang agak tinggi, terpaksa berhempas pulas dengan kerja shift 12 jam dengan keadaan waktu tidur yang tidak menentu dan amat kekurangan waktu sosial. Aku belum lagi berani mengambil risiko untuk terjun dalam bidang yang jiwa aku minat yang tidak menjanjikan jaminan hidup masa panjang sehinggalah aku menemui 'black swan' aku, kebarangkalian atau peluang yang tidak diduga. Durian runtuh misalannya, untuk modal memulakan apa yang aku suka, dan mampu mengekalkan ekonomi aku sekarang sehingga karya aku akhirnya diterima dan mampu berikan segala impian hidup aku.

Jadi. Apa kaitan tiga cerita tentang enam individu diatas dengan 'cinta'? Cinta, dan kehidupan keseluruhannya, adalah satu pertaruhan dan kebarangkalian untuk sesuatu yang hebat itu berlaku tetap ada walaupun peratusannya amat sedikit. Kalau kamu gopoh dan gelojoh, kamu akan dapat apa yang kamu mahu walaupun sebenarnya kamu mampu dapat yang lebih baik. Kebahagian palsu sementara setiap hari atau bersabar untuk kebahagiaan sejati suatu hari nanti. Itu semua taruhan masing-masing.

Bayangkan diri kamu seperti Niederhoffer, berani membuat pertaruhan besar setiap hari asalkan tidak terlepas peluang mendapatkan keuntungan walaupun sikit dan tidak signifikan. Jika kamu dikurniakan pakej yang lengkap, ilmu dan pengalaman yang cukup, kerana kamu seorang blogger yang cool dan mempunyai satu band yang amat avant garde misalannya, mungkin ramai makwe yang hot cuba menggoda kamu setiap hari. Jika kamu tidak mahu terlepas peluang didepan mata, sambar sahaja dan menikmati keseronokkan itu sekarang. Jika kamu lebih sabar seperti Taleb, walaupun kamu juga memiliki pakej yang lengkap, ilmu dan pengalaman yang cukup. Walau hari-hari mendapat peluang digoda makwe hot, kamu masih bersabar demi menunggu makwe yang lebih hot, lebih menarik, lebih bijaksana dan tidak membosankan. 

Kamu menunggu makwe 'black swan' kamu. Mungkin jodoh kamu itu isteri orang, makwe orang, mungkin seorang model antarabangsa warganegara asing, tapi kebarangkalian kamu memilikinya tetap ada, walau peratusannya sedikit. Mungkin kejadian yang tidak diduga berlaku, suami mereka mati, bercerai atau balak mereka tiba-tiba menjadi bodoh dan terenjat akal misalannya. Jika kamu yakin pada kesucian dan kesejatian cinta dan kebahagian kamu itu kelak, rugi kerana tidak melayan godaan makwe hot sekarang, adalah pertaruhan yang lebih kurang risikonya daripada dikecewakan dengan cinta plastik yang bersifat monyet dikemudian hari.

Walaupun ramai yang menyifatkan Taleb seorang pengecut, dan Niederhoffer seorang yang lebih berhati kering dan agresif. Mempunyai kesabaran dan ketabahan menunggu itu juga satu keberanian. Mereka berdua mempunyai matlamat dan impian yang sama, cuma strategi yang berbeza. Jalan selamat atau jalan yang lebih adventurous. Hidup satu pertaruhan dan kebarangkalian yang rambang, tiada pola atau statistik yang dapat meramal jodoh. 

Tiada sesiapa pun yang sebenarnya boleh beritahu kita, jika satu pengorbanan atau risiko itu berbaloi ataupun tidak.



Monday, May 31, 2010

Orang Hodoh Cantik: Lagu Terakhir

Dia tanya Suraya lagu apa yang dia mahu dengar ketika saat dia meninggalkan dunia. "Lagu yang menenangkan" Suraya jawab. "Mungkin yang menggembirakan juga" Tambah Suraya lagi kemudian. 

Dia pula beritahu dia tidak mahu sebarang kata-kata dan lirik dalam lagu yang terakhir dalam hidupnya. Apa lagi kata semangat dan nasihat yang diperlukan jika sudah mahu pejamkan mata selama-lamanya. 

"Lagu ucap selamat tinggal" Suraya ketawa kecil.

Lalu mereka mula menyenaraikan lagu-lagu terakhir yang mereka berdua mahu dengar ketika saat meninggalkan dunia, disalin semuanya kedalam sekeping cakera padat. Mereka membuat perjanjian, jika salah seorang dari mereka ditakdirkan pergi dahulu seorang lagi akan memperdengarkan lagu pilihan mereka ketika saat itu tiba. Dengan syarat mereka tidak mati secara tiba-tiba, seperti dipanah petir, kemalangan jalan raya, lemas di tasik, tergelincir dibilik air atau jatuh dari menara tangki air. 

"Nanti dulu" Suraya berkata. "Mungkin lebih elok jika kita hanya mendengar bacaan ayat-ayat suci kitab bila sudah hampir ajal".

Dia diam.

"Okay, betul kata awak. Jadi kita dengarkan lagu-lagu ini sehari sebelum hari ajal kita" Dia berkata.

"Okay" Suraya senyum. "Tapi macam mana kita hentak tahu bila hari sehari sebelum hari ajal kita?"

Dia diam.

"Okay, betul kata awak. Sekurang-kurangnya ia satu idea yang romantik" Kata Dia sambil merenyuk kertas yang ditulis senarai lagu terakhirnya tadi.

Mereka berdua tersenyum.






bersambung di lain media......


Thursday, May 27, 2010

Friday, May 21, 2010

Orang Hodoh Cantik: Kassim

“sekarang, cuba bernafas seperti biasa” beritahu Sarah. Sambil hujung jari telunjuknya yang mulus itu menekan sebelah kanan hidung Kassim, menutup saluran sebelah kanan hidung Kassim. Buat pertama kali dalam hidupnya, wajahnya disentuh jari-jemari Sarah. Walaupun hanya jari telunjuknya, dan lubang hidung sebelah kanan Kassim bukanlah seperti yang dibayangkan dalam fantasinya itu.

Tapi ini momen janggal yang paling romantik sekali yang jarang-jarang muncul dalam perkenalan mereka. Saluran hidung sebelah kiri Kassim juga agak tersumbat, lalu ketika dia menghayati saat intim mereka berdua itu, dia mengalami kesukaran bernafas. Jika dulu rakan Kassim pernah membincangkan tentang sensasi seksual apabila dalam kesesakkan nafas, ini juga bukanlah seperti yang dibayangkan Kassim ketika itu.

5 minit berlalu tanpa bicara.

“Err.. boleh saya guna kedua-dua lubang hidung saya sekarang?” tanya Kassim dalam suara separuh sengau.

“oh maaf, awak ada rasa apa-apa perbezaan sekarang?”

Ketika itu Kassim baru menyedari sakit kepalanya sebentar tadi sudah reda.

“eh, ajaibnya. Jari awak ada kuasa penyembuhan. Adakah lubang hidung kanan saya ini pusat titik akupuntur untuk meredakan sakit kepala?” tanya Kassim dengan penuh rasa ingin tahu bercampur kagum.

“Haha, bukanlah! Kelakarlah awak ini”. Sarah ketawa kecil.

Hati Kassim melonjak. Pertanyaan bodohnya tadi secara tidak sengaja mencuit hati perempuan yang sukar ditawan itu. Ligat Kassim cuba memikirkan soalan yang lebih bodoh dan kelakar lagi.

“Err..kalau kita sesak nafas sakit kepala akan hilang?”

“Erm..bukanlah!” Sarah tidak ketawa. “Kalau awak nak tahu, perempuan selalunya lebih banyak hembus nafas ikut saluran hidung sebelah kiri, sebab itu mereka lebih mudah lembut hati. Lelaki pula selalunya lebih banyak hembus nafas menggunakan saluran sebelah kanan, sebab itu mereka lebih cepat marah”.

Kassim semakin tidak faham.

“Okay” tiba-tiba Sarah merangkul tangan Kassim dan merapatkan jari telunjuk Kassim pada hujung lubang hidung sebelah kirinya. “Sekarang cuba awak rasa haba nafas saya” Sarah beritahu.

Kassim hampir menjadi tidak keruan. Dalam fantasinya selalu membayangkan kehangatan nafas Sarah pada lehernya ketika mereka dalam rangkulan, tidak pernah Kassim terbayangkan sesuatu yang seperti ini. Hujung jarinya di lubang hidung seorang gadis.

Kemudian Sarah mengalihkan jari telunjuk Kassim pada hujung lubang hidung sebelah kanannya pula. “Sekarang rasa haba nafas saya sebelah sini pula”. “Ada rasa apa-apa berbezaan?” Tanya Sarah lagi.

“Eh?” Kassim terjaga dari lamunan. Dia terlalu sibuk berangan untuk menumpukan perhatian pada apa yang sedang Sarah cuba untuk tunjukkan padanya.

“Erm.. sebenarnya kedua saluran pernafasan kita ni ada dua fungsi yang berbeza. Saluran kiri melepaskan angin yang sejuk, dan sebelah kanan melepaskan angin yang panas” beritahu Sarah dengan sabar.

“iya ke? Saya tak perasan tadi. Err… boleh saya rasa lagi sekali” minta Kassim.  

 

 

 

bersambung di lain media...

 

Friday, May 14, 2010

BSS



Dua tahun lalu aku terpaksa menjual kembali dengan harga yang sangat murah tiket untuk konsert mereka di Singapura kerana pada hari yang sama dengan konsert aku menghadiri temuduga di Plant Setahun Jagung. Memang ada hikmah disebalik semua itu. Hidup aku sudah banyak berubah semenjak bekerja di tempat baru. 

Aku malas nak berbicara soal karma, karma sharma. 

Yang penting, peluang cuma datang dua tiga kali saja dalam hidup.

Walaupun ada cakap-cakap belakang besar kemungkinan mereka akan turun ke Kuala Lumpur juga tapi, Singapura, gua datang!

Tak puas hati lagi nanti boleh repeat semula di Kuala Lumpur, kalau jadi.

Tuesday, May 4, 2010

Dasar Terbuka


http://www.formspring.me/StamMustapha

Hihihi......

Tuesday, April 13, 2010

The Chalatchalat

Tahun 2003 dahulu aku ada buat kumpulan muzik perseorangan yang dipanggil Geezmokid. Jika tidak silap aku, Geezmokid merupakan kugiran terawal di Malaysia, atau mungkin satu-satunya yang bermain genra muzik glitchcore. Seperti biasa, rakyat negara ini belum bersedia untuk sesuatu yang sangat mengejutkan seperti itu. Selepas tiga pertunjukan, Geezmokid senyap begitu sahaja. Aku sempat merakam lima lagu tapi tidak pernah mencetaknya dalam bentuk CD. Aku muat naikkan dalam Amazon.com untuk orang muat turun secara percuma. Aku ingat cuma seorang sahaja warganegara Malaysia berbangsa cina dari Batu Pahat yang bekerja di Singapura yang memberikan reaksi yang positif. Rakyat tempatan yang bercitarasa sangat bagus dalam muzik itu juga merupakan pakar pengubahsuai pedal efek gitar yang terawal, atau mungkin juga satu-satunya di Malaysia ketika itu. Jadi tidak hairanlah, dua orang individu harapan perdana menteri yang berani melakukan perkara yang tidak pernah dibuat oleh rakan senegaranya yang lain, untuk saling memahami dan menghargai satu-sama lain. Tapi itu cerita lama.  

Awal tahun ini, aku menubuhkan kumpulan perseorangan yang baru, The Chalatchalat. Walaupun masih bermain muzik berasaskan electro/electronika, The Chalatchalat lebih 'pop' dan 'jinak'. 

Dari glitchcore ke elektronik pop. Bagi siapa yang kurang peka pada generalisasi muzik, itu merupakan perubahan yang sangat besar. Umpama dari sebuah band yang bermain muzik grind telah bertukar kepada muzik indiepop. Namun apakan daya, kerana memenuhi tuntutan pasaran makwe masakini, aku telah beralih arah untuk menjadi lebih mesra pendengar. Mungkin juga faktor usia, irama tidak konvensional dan mencabar norma seperti glitchcore/electronoise seperti sudah tidak signifikan dengan jiwa aku lagi. Budak-budak era 'indie' zaman sekarang sudah tidak tahu menghargai muzik seperti itu lagi, ataupun memang tak pernah. 

Pengajaran dari semua ini, seorang pemberontak dan pencetus revolusi tidak akan berpeluang untuk didampingi makwe-makwe groupie. Oleh itu jangan mencabar norma dan ikut sahaja sebagai seorang konformis sejati. 

Dan berlajarlah bermain gitar akustik.