Monday, May 31, 2010

Orang Hodoh Cantik: Lagu Terakhir

Dia tanya Suraya lagu apa yang dia mahu dengar ketika saat dia meninggalkan dunia. "Lagu yang menenangkan" Suraya jawab. "Mungkin yang menggembirakan juga" Tambah Suraya lagi kemudian. 

Dia pula beritahu dia tidak mahu sebarang kata-kata dan lirik dalam lagu yang terakhir dalam hidupnya. Apa lagi kata semangat dan nasihat yang diperlukan jika sudah mahu pejamkan mata selama-lamanya. 

"Lagu ucap selamat tinggal" Suraya ketawa kecil.

Lalu mereka mula menyenaraikan lagu-lagu terakhir yang mereka berdua mahu dengar ketika saat meninggalkan dunia, disalin semuanya kedalam sekeping cakera padat. Mereka membuat perjanjian, jika salah seorang dari mereka ditakdirkan pergi dahulu seorang lagi akan memperdengarkan lagu pilihan mereka ketika saat itu tiba. Dengan syarat mereka tidak mati secara tiba-tiba, seperti dipanah petir, kemalangan jalan raya, lemas di tasik, tergelincir dibilik air atau jatuh dari menara tangki air. 

"Nanti dulu" Suraya berkata. "Mungkin lebih elok jika kita hanya mendengar bacaan ayat-ayat suci kitab bila sudah hampir ajal".

Dia diam.

"Okay, betul kata awak. Jadi kita dengarkan lagu-lagu ini sehari sebelum hari ajal kita" Dia berkata.

"Okay" Suraya senyum. "Tapi macam mana kita hentak tahu bila hari sehari sebelum hari ajal kita?"

Dia diam.

"Okay, betul kata awak. Sekurang-kurangnya ia satu idea yang romantik" Kata Dia sambil merenyuk kertas yang ditulis senarai lagu terakhirnya tadi.

Mereka berdua tersenyum.






bersambung di lain media......


1 comment:

fazlyna arif said...

blog kamu menarik untuk dibaca.