Satu perkara yang aku belajar dari mak ayah aku tentang alam perkahwinan, selain berkemampuan dari segi kewangan, gatal dan bernafsu, kamu juga kena mahir dalam banyak perkara. Perkara yang orang fikir remeh dan kecil. Tidak ada konteks pasangan moden dalam perbincangan ini. Jika kamu mahu ikatan yang adil dan saksama, pembahagian tanggungjawab itu penting. Bayangkan jika pasangan kamu meninggal dunia, dan kamu terpaksa ambil alih segala tugasannya.
Tak perlu tapi bagus juga jika suami tahu memasak, menukar lampin anak dan mengemas rumah. Begitu juga tak perlu tapi bagus juga jika isteri pandai memperbaharui cukai jalan, lesen memandu, bil-bil dan menilai faedah pinjaman mana yang paling baik dan sesuai. Maksud disini ialah pembahagian tugas dalam department tertentu dalam organisasi keluarga. Sebagai contoh: 1) Department makanan. Pembahagian tugasan seperti suami bertanggungjawab membeli barangan dapur dan runcit, sementara isteri bertindak sebagai akauntan dan pengurus belanjawan merangkap tukang masak. Maka suami perlu belajar mengenali jenis-jenis ikan, sayuran, rempah ratus, bagaimana menentukan kualiti dan kesegaran makanan dan memantau harga barangan. 2) Department pembangunan anak. Pembahagian tugasan seperti suami ambik tahu prestasi semasa anak, urusan yuran dan wakil untuk PIBG. Sementara isteri menguruskan soal pendidikan kehidupan, riadah dan aktiviti pembelajaran luar sekolah. Ini termasuk mengenal pasti kecenderungan dan minat anak. 3) Department kediaman. Dua-dua kena ambik tahu status premis, pemilikan, insurans dan urusan penyelenggaraan.
Jadi janganlah tanya aku tentang bila nak kahwin, kerana setiap kali pulang ke kampung, ayah aku masih bertanggungjawab membeli barangan runcit dan lauk pauk. Aku hanya sumbang dari segi kewangan. Setakat nak beli gula dan susu pekat bolehlah. Jenis-jenis ikan laut dan sungai dan harga semasa ayam dan daging, haram aku tak ambik tahu. Apatah lagi pengurusan kewangan berhemah, aku tak ada masa nak mengkaji dividen, defisit, interes, kredit, ASB, indek nikel, KWSP, bursa saham, pengunjuran, premium, beza antara 3.11% dengan 3.12% atau 8.9875%. Gila kau geek nak mampus, kau takde kehidupan ke? Cukup time, aku bayar. Ada duit lebih, beli. Tak cukup kumpul.
Tanggungjawab pada aku hanyalah untuk fikirkan bila umur yang sesuai untuk memperkenalkan bakal anak aku nanti pada Radiohead, seterusnya ke peringkat tertinggi hingga Dntel dan kenapa Bunkface itu tak best langsung.
Pendek kata, aku tak layak lagi bernikoh.
So, agak-agak bila boleh masuk meminang?
2 comments:
Damn. Maksudnya yours truly pun tak boleh nikah lagi. bummer.
maybe nak kena bernikah dulu kot baru nak paham2kan benda2 tu semua?
Post a Comment