Thursday, February 5, 2009

Bos Saya

Dalam suasana biasa di pantry yang dipenuhi lelaki-lelaki bertubuh tegap, mana yang pakai t-shirt, kelihatan sendat di bahagian lengan serta dada yang ada kesan basah kerana keringat jantan berkudrat kuat. Ada sedikit kekotoran minyak gris dan partikel halus ferum oxide di bahagian-bahagian tertentu badan termasuk sedikit terpalit di wajah. Walaupun penat, muka masing-masing tersenyum puas kerana mencari rezeki halal secara sangat 'lelaki'. Bau peluh semerbak memenuhi ruang. 'Bau kejujuran', 'bau kerja keras'. Seperti kata orang-orang kuat fizikal, bau yang lelaki-lemah-yang-bertali-leher-warna-warna-feminim-dan-ada-hands-free-kit-bluetooth-terselit-di-telinga tidak akan mengerti sampai bila-bila kecuali apabila disergah hingga menangis sedu.

Oh rokok jangan lupa, untuk melengkapkan imej tarikan seksual dan impian-impian erotik dalam bayangan wanita.

Seperti biasa, saya berada dikalangan mereka, setaraf, tidak keterlaluan juga dianggap sama kuat, layak menerima tumbukan mesra di bahu, tanda hormat serta keakraban.

Bos kami juga berada disana.

Dalam nada yang sangat lelaki dan kuat, saya bertanya:

Saya: Bos bos..

Bos: Yes my ever so inhumanly strong-built body and competences O' faithful subordinate?

Saya: Bila plant mahu start production again?

Bos: I dunno-lah! If we start now we die, if we don't start we die!

Saya: Oh itu macam stop saja semua kasi save elektrik ( lepas tu kasi aku cuti sebulan bergaji so tidak perlu datang kerja and die of boredom: dalam hati)

*Hembus asap rokok*

Saya: Bos bos...

Bos: Yes my utmost uberly healthily figured body and competences O' faithful most reliable subordinate?

Saya: Apa cerita proposal untuk adjustment and increament gaji?

Bos: I dunno-lah! Tapi dengar cerita MD dengan VP sudah approve, sekarang tinggal approval sign dari Tan Sri W.C saja.

Saya: Oh itu macam takpelah (jangan harap aku potong rambut selagi gaji belum naik biar tercalar imej korporat syarikat: dalam hati)

Saya beredar sambil bos menjeling rambutku,

Terbuai ayu disapa bayu,

Berlari anak keriangan, tangan dikibas bagai sayap, sambil dikelilingi kupu-kupu imaginari,

Fucking gagah!

3 comments:

dyla rosli said...

hahahhahaha. tu bukan gagah! tu ayu la nyah!

hegira said...

huhu.

ini sudah bulan brapa mahu lihat inkrimen.

Zaini said...

"Bos: Yes my ever so inhumanly strong-built body and competences O' faithful subordinate?"

"Bos: Yes my utmost uberly healthily figured body and competences O' faithful most reliable subordinate?"



haha. nicely done!