Tuesday, February 17, 2009

Zaman Gelap 3

Aku tahu dirimu rupawan, namun jika saban hari dan minggu dan bulan aku terima SMS yang berbunyi something to this extent "aluuuuu... (yes folks, it's 'u', not 'o') apa crita? tgh buat apa tu.. x kluar mkn ke..? mcm mana hari ni, ada karisma.. (yes folks, she use the word 'karisma' rather very extensively, sometimes in a very inconventional phrase)?"

W?
T?
F?!

Sumpah sial tak tau nak balas macam mana, tak tercapai tahap intelektual aku yang rendah untuk fikirkan jawapan terbaik. Otak hampir mengalami pendarahan, keluar meleleh ikut hidung.

Tapi takpe, kadang-kadang aku balas jugak. Untuk tidak mahu kelihatan seperti seorang asshole. Kadang-kadang syukur kau terima juga alasan aku kehabisan kredit.

Aku tahu dirimu rupawan, namun jika saban hari dan minggu dan bulan kau mengirim e-mail-e-mail berangkai tentang perkara-perkara yang tiada kaitan langsung dengan hidup kita, atau perkara yang jika kita tidak tahu pun, tidak akan menjejaskan langsung hidup kita, ataupun jika kita tidak forward-kan e-mail itu kepada seratus ribu juta orang yang lain pun, tiada apa-apa akan berlaku pada diri kita sayang. Seperti gambar-gambar yang jelas sekali photoshop, ataupun khabar-khabar angin: read: propaganda syarikat lain untuk menjatuhkan pesaing. Memenuhi inbox aku.

Sumpah tiada masa untuk buka dan baca langsung. Kadang-kadang cuba juga bersabar walaupun sedar kesabaran dan storage memory e-mail aku ada hadnya sayang.

Aku tahu dirimu rupawan, namun apabila kau bertanyakan soalan ini kepadaku "awak dah dengar album terbaru Bon Jovi?",

Sumpah baby, that's fucking strike 400! Walaupun kadang-kadang aku masih mampu memujuk diri ketika kau bagi aku strike ke-3 hinggalah ke strike yang ke-399. Hadiah bangles darimu masih kusimpan hingga kini, sangat aku hargai. Walaupun I stop wearing bangles when I reach 21.

Aku masih ingat lagi SMS terakhirmu, setelah berpuluh-puluh SMS darimu yang tidak berbalas, tidak terbalaskan olehku sebenarnya, yang merupakan rahmat kebebasan dan ketenangan buat aku:

"Blah la kau kerek! sombong! igt aku suka sgt kat kau?!! ingat kau hensem sgt ke?!! blah la x heran!!"

Peh dan terpanik aku seketika cuba menelepon kamu beberapa kali tidak dijawab. Habis segala simpanan wang syilingku kukorek cuba menjelaskan keadaan, meredah gelap gelita malam mencari telefon awam, menjernihkan air yang keruh.

Nasib baik kau mampu menerima alasanku. Sedangkan bila masa aku berikanmu pertunjuk aku mahu dan sedia untuk menjalinkan hubungan, hubungan lebih dari sekadar kawan?

I was fucking broke and you were fucking boring!

malam itu aku habiskan waktu aku dengan rasa mual di perut, rasa bersalah yang amat, bersalah kerana bersikap seperti seorang asshole, dan menjadi the biggest jerk of all, bersalah kerana aku tahu, bila aku bangun pagi esok,

I and everything was ok again.

p/s: 'dia' dalam entri ini bukan S, kan aku dah cakap aku tak akan tulis apa-apa berkaitan S lagi!

5 comments:

Razaisyam Rashid said...

wow..hebatnya macam pencinta wanita

dyla rosli said...

karisma? wtf? hhahah

Perempuan cerdas said...

Karisma.

What a word.

M

Shaira Amira said...

u seem to put the agonising utterance of the word karisma tu jadi takde la ngilu sgt bila dgr.

kkkkkkkkkk...

Schafyzcha El Yahiya said...

Dia peminat Karisma Kapoor?

atau..

Dia pakai produk kecantikan jenama Karisma, suci dan halal.


Entri ni jujur, Aku suka. Haha.