Tuesday, February 17, 2009

Zaman Gelap 2

"Tolong pegang kejap!"

Aku hulur kepada dia telefon bimbit Nokia Banana aku (jangan fikir perkara tak senonoh, that time it was a hit, Neo use it to call Mofius and fight evil computer program!), dompet, setandan kunci-kunci dan juga cermin mata aku. Cukuplah dua pasang spek aku jahanam dalam kejadian-kejadian lepas. Aku sudah banyak belajar dari pengalaman.

"Jangan curik tengok la, takde gambo makwe dalam wallet tu, nak curi selit gambo ko dalam tu boleh jugak!"

dia hanya buat muka meluat, meluat tapi manis. Owh!

dan aku yang seperti sudah dirasuk, ikut masuk sekumpulan remaja berpenampilan liar mill dancing kepada lagu teras keras laju Fastgame. Bergumpal dalam lautan badan manusia berpeluh.

Tamat persembahan dan selamat dari sebarang kecederaan, kembali ke arah dia yang sedang duduk di lantai, bersandar pada dinding. Dalam keadaan baju yang basah kerana peluh, peluh sendiri dan juga peluh-peluh orang lain, aku lontarkan badan aku pada dinding, duduk disebelahnya.

"wangi tak?" aku bertanya

macam biasa dia buat muka meluat yang manis. Owh!

"Seronok ke? Tengok menari macam nak lepaskan tension je?" dia bertanya sambil memulangkan kembali barang-barang peribadi aku.

"Semua orang menari untuk lepaskan tension" aku jawab.

"Ada orang menari untuk seronok, tapi aku memang nampak kau macam lepaskan perasaan tadi"

Aku tak jawab. Obvious sangat ke?

Memang I had a rough week. Heart-breaking. Rahsia paling besar yang hanya tiga, or maybe 4, atau 5 orang manusia saja di dunia ini tahu.

Life secret, And I promised a very special someone to keep it. Sampai hari ini, tiada seorang makwe pun yang tahu. Hanya a few close friend. Kawan jantan.

"Weh, ko bila nak pakai handphone? nak bergayut pun susah"

"Alah, kau call la N, dia kan roomate aku"

"Alah, kau bukannya selalu dengan dia"

"ala... nak seribu daya..."

Peh, ayat umpan kah itu? Pundek punya perempuan jangan main-main perasaan aku yang baru had a super rough heart-breaking week ni.

**********

Mungkin takdir, mungkin nasib, mungkin it's just my curse.

Kini aku faham bila melihat dia bersama seorang kawan baik, kawan yang aku hormat, kawan I took as brother. Kawan yang, jika aku tiada ketentuan jodoh dengan dia, I rather it be him.

Because god knows, he definetely deserves someone like her, more than me.

Ok, memang it is my curse.

Or god just hate me,

Or she had something against sweaty mosh pit loving hardcore boy.

No comments: