Saturday, February 21, 2009

Aizat

Selepas melangkaui tahap elitist dan segala kemahiran menilai estetika dalam citarasa muzik, dah masuk tahap 'divine',

Aku mula mendengar XFresh.fm

Aniwei, selalulah terdengar lagu itu budak yang masuk AF itu dulu nama dia Aizat tu dulu yang dulu badan dia besar sekarang dah slim,

yang lagu dia ada baris lirik yang berbunyi "membuatku 'terpuruk' rasa ingin mati..." or something.

Aniwei.....,

"terpuruk"? Apa atas dunia...? maaf jahil bahasa bangsa sendiri tapi memang tak pernah dengar.

Dan sebab rasa malas nak google atau check kamus dewan telah buat andaian sendiri:

'terpuruk' adalah mungkin gabungan dari perkataan 'terperuk' dan 'terperosok' lalu ia menggambarkan situasi yang tersepit gila babi.

Contoh ayat dan penggunaan:

1. "kita perlukan bantuan peruntukan, keadaan kewangan kita sekarang agak terpuruk"

2. "tolong.. tolong..! Jari saya terpuruk dalam saluran pernafasan saya sendiri"

3. "Munir terpuruk antara pilihan untuk meneruskan kerjaya sebagai model atau berkahwin dengan Jamilah"

4. "Kerana lalai ketika berlumba haram, akhirnya Zoffrey terpuruk dibawah gajah empat tan yang tiba-tiba melintas jalan"

Ok, mungkin ini yang diperkatakan kepintaran yang tidak bertempat.

Bye!

6 comments:

nini rahman said...

:)
baru nak tanya yg sama. ada ke terpuruk tu?

Aizat said...

kutuk aku ker???? tp rasanya aizat lain kan. Heheheheheh

hegira said...

haha.

sangat common macam ini kalau kaji liriklirik tempatan.

dan selalu kerut dahi keliru. dengan makna lirik.

w?
t?
h??

Pan said...

kepintaran tak bertempat atau lebih dikenali sebagai terlebih pandai...
haha...

panggil aku sheh said...

gagagagaga *gilewpnyesuke*

yOuJiE.. said...

Aku pernah cuba cari tapi xder dalam kamus pun..
Sumpah aku pun blur dgn 'ketepurukkan' perkataan itu...

Enty ni buat aku gelak terkekeh-kekeh 5 minit...

-sorang-sorang-
+_+