Thursday, January 29, 2009

Tunggul Tidak Membebel Balik

Berkata-kata dengan objek tidak bernyawa macam orang gila, adalah tidak lebih sekadar berfikir secara terang-terangan. Tak perlu ada perasaan malupun.

Kerana jika tiada manusia berakal yang mahu dengar bicara hati, apa bezanya jika kau berbicara dengan kerusi, kereta, papan kenyataan, papan kekunci, selipar jepun, tetikus, sudip, basikal, palam pencucuh, gerigi besi, pisau pencukur, pen mata bebola, sarung kaki, pakaian dalam, papan selaju, talisawat, bola lisut, peranti pemuka, teleskop, pembesar suara, cakera keras, peranti soket, ibusawat, pembolehubah kuasa, penapis pelbagai media, topi keselamatan, beg udara, penunu bunsen, pita ukur, mesin merentas masa, kereta perisai, penginjak minyak, kacamata, alat bantuan pernafasan, paip bergalvani, pelancar roket, jentolak, kain sutera, peti televisyen, gerudi mudah alih, komputer riba, besi jerujuk, karbon hitam, pita turas, engsel, besi berani, pengukur hentakan, trek balapan, kamera berhalaju tinggi, padang sesaran tapak ujian balistik, kanta pembesar, penapis minyak, loji penulenan bijih besi, kanta pencerap, ves kalis peluru, pintu rintangan api, perintang bersiri, balai pencerap, eksiklopedia bebas, sesiku T, penginjak masa, radio kawalan jauh, geganti bingkai, penghala empat sesiri, cip litar besepadu, kenderaan pacuan empat roda pelbagai guna, gegelung suspensi hentakan berkapasiti tinggi, penukar transmisi boleh laras, pam bertekanan tinggi, enjin pembakaran dalam, komponen penyalaan pengecasan seragam, cermin sisi gentian kaca, tiub nano karbon, aci engkol, bongkah enjin empat lejang, pendorong marin nuklear, relau pembakaran terkawal, pengesan sinaran gamma, balang kaca,

ataupun paparan pemuka kawalan terbahagi menyeluruh.

8 comments:

Pan said...

lu tinggal satu beb...
aci sesondol...
gle penting bende 2...

Perempuan cerdas said...

Saya nak cakap di padang sesaran tapak ujian balistik kepada gel balistik berbentuk lelaki perempuan ataupun haiwan yang ada di situ yang bernama Olaf.

M

Rembo said...

hah, gua pernah cakap dengan dinding. senang. gua cakap, dia senyap je. mcm faham apa yang gua luahkan.

Lumut Pagi said...

baik ckp dgn semua dalam senarai di atas...dai bercakap dengan org..lagi2 org yg suka buat tafsiran sendiri pasal org lain...

wiwiwiwi..:)

Jorji said...

tu sebab gua tak bercakap sangat.
dengan apa pun gua malas nak bercakap.

haidan said...

ha???????!!!!!
nak nanges aku bace entri ko nie..
insap tol..
banyok mat contohnye..
ishk3x...
hekhek

hegira said...

hmm.

bercakap dengan organ dalaman boleh kira ke?

mnmlf said...

kadang-kadang...
akulah yg terpaksa menjadi seperti bende xbernyawa,
menadah makian org,
merenung luahan org,
dan aku pulak tpaksa melepaskan sume tuu kat bende tak bernyawa yg len...

dengan menggigit pen, die x gigit aku blk...
sambil mendengar luahan org itu.