Masalah kerisauan aku ini adalah berpunca dari keadaan ketidakseimbangan kosmos yang belum stabil yang mengakibatkan aku belum ditakdirkan menemui rumah sewa baru yang ideal, yang menepati impian aku, menawarkan harga berpatutan dan pakej jiran tetangga yang terdiri dari gadis-gadis berstatus belum berkahwin. Dan yang lebih hampir dengan tempat kerja baru aku ini di pinggir Banting, menghampiri KLIA.
Baru dua minggu wang simpanan bank aku susut sebanyak rm400. Sungguh aku tidak menyangka Perodua Perdana 850cc aku mempunyai sistem turbo yang tersembunyi. Sedangkan baru kira-kira tiga minggu lepas aku menge-tune secara digital dan menukar set sparkplug yang baru masakan aku perlu menge-tune dan menukar set sparkplug yang baru setiap tiga minggu? Setakat save petroleum rm2.00 dengan modal rm25.oo setiap kali baik tak payah.
Niat baik serta impianku ini bukan semata-mata soal penjimatan serta menggalakkan hubungan sosial sihat dikalangan gadis sepi. Namun terdapat tujuan yang jauh lebih mulia dan murni disebaliknya, aku mahu selamatkan dunia dari pencemaran gas karbon dioksida dan pemanasan global demi beruang-beruang dan singa laut di kutub utara dan selatan. Less milage less fossil fuel consumption less green house gases emission. Environmentalist berpesona emo.
Setakat ini aku telah melihat prospek sejauh Putrajaya serta mendapatkan bantuan beberapa broker hartanah sambilan. Sementara prospek yang menawarkan harga paling mengujakan kebanyakkannya di Banting, namun setelah dibuat tinjauan, Banting isn't exactly a charming small town, it is in fact, a mini Jakarta. Jakarta ghetto. Tidak mungkin.
Ada juga khabar-khabar mengujakan tentang prospek sekitar Bandar Baru Salak Tinggi, The so-called KLIA city, tentang prospek pramugari-pramugari yang berpaksi disana, namun setakat ini broker hartanah aku disana hanya mampu menawarkan aku rumah in a middle of nowhere berjirankan imigrant yang kurang pasti statusnya sebagai 'liar' atau 'jinak'. Peralatan studio aku saja jika dipajak gadai mereka, sudah mampu memberi peluang mereka mengambil hati si Surihati atau Kartini dan menjamu satu kampung mereka di tanahair mereka. Aku tak mahu ambik risiko.
Aku bercadang tinggal solo. Lebih bebas dan selesa jika aku nak memekak dengan bunyian elektronika berseni tahap tinggi di studio bilikku tanpa ada rakan serumah yang bersikap tidak supportive dan tidak tahu menghormati dan menghargai seorang genius dengan kerja kerasnya merungut. Namun jika ada yang bersikap sebaliknya, aku sedia terima. Jangan masuk bilik aku malam-malam masa aku tido sudah, jika tidak mahu rasa sepakan sisi. Perempuan takpe.
Prospek di Nilai juga bagus, namun harga yang kurang kompititif. Bakal mengugat cara hidup aku yang kurang berekonomi. Aku juga tiada broker hartanah yang berwibawa di sana. Sesiapa yang terasa diri berkebolehan,
macam biasa, hubung gua. E-mail gua di gmail. (Rujuk profil hero).
3 comments:
kerja kat area mana daa??
banting ok apa? takda toll.nak gi klang pun dekat.heh tapi kalau aku,aku pun taknak duduk banting!
nway,kopi banting best!
Nilai atau bandar salak tinggi ada siikit civilisation kalau compare dengan banting...chiki2 kolej juga banyak berkeliaran disana.
mana lokasi sebenar kau kerja..aku ada agent orange kat Nilai yang boleh usahakan.
cun!
Aku keja kat loji nuklear yang mengekstrak besi 11km dari Banting, 12km dari Salak Tinggi lebih kurang.
Ada broker di Nilai? Mahu kondominium mewah atau banglo dengan kadar sewa rm400-450 sebulan.
kasi no tepon itu broken bleh?
woi duduk rumah gua je kat ampang hilir..baru rasa berguna sikit kereta..
Post a Comment