Saturday, April 26, 2008

Akibat Kurangnya Aktivitist

Dulu, masa aku punk tepu dan masih pedulikan perihal dunia dan tulis dan cetak banyak-banyak bagi orang baca, aku pernah 'diburu' seorang aktivis berumur yang pernah ada sejarah ditahan ISA. Pernah berkali-kali cuba bertemu tapi dia terlambat beberapa bulan dan aku sentiasa cuba mengelak. Dalam beberapa bulan aku mula fed-up dengan semua pegangan aku dahulu dan bercadang untuk menjadi dewasa atau manusia 'mudah' dan tidakpedulimalasnakpikir. Daripada aktivis berumur yang pernah ditahan ISA itu kecewa, lebih baik dia tahu kalau aku dari jenis manusia yang sanggup tinggalkan apa yang aku percaya, aku sememangnya tak layak berkawan dengan dia, atau menjadi sepertinya, atau berjuang bersama-samanya.  

Aku nak dia tahu dia silap tentang aku, dan aku bukan seperti yang disangka. Aku dah berubah. Manusia yang lemah pegangan memang mudah berubah. 

Pelik tapi lawak, pertama kali aku menerima surat peribadi dari aktivis berumur yang pernah ditahan ISA dulu. Aku memang terharu dan bangga. Tapi tiba-tiba aku rasa, jika hanya otai sepertinya yang boleh menghargai pendapat aku dan tampil untuk berkomunikasi dengan aku sedangkan yang muda dan kononnya enthusiastic yang lain seolah-olah pandang aku sepi. Apa gunanya? Aku hanya mampu yakinkan orang yang telahpun yakin, dan sependapat dengan aku. Buat apa? Apa yang aku usahakan seolah-olah dipandang ringan golongan yang aku sebenarnya cuba berhubung dan mendapat respon. Aku tak tahu sama ada ianya silap aku atau sememangnya mereka tidak pernah ambik peduli.

Hanya pejuang sejati yang pernah dan sanggup ditahan ISA, living in exile sahajakah yang boleh terima? Mungkin yang lain hanya hangat-hangat najis ayam. Apabila diugut dan ditahan ISA, menangis mintak tolong mak ikat jaminkan dan carik lawyer paling gempak.

Aku pun tepuk dada tanya diri sendiri, tanya selera buat apa, bukannya aku nak makan. Betulkah aku tidak akan bertindak seperti mereka? Sanggup ke aku korbankan semuanya untuk idea yang aku pertahankan? 

Akhirnya jawapan yang aku jumpa buat aku sendiri malu nak jumpa aktivis berumur pernah ditahan ISA. 

Tapi aku juga dari jenis manusia yang apabila aku dah buat keputusan, aku tak akan menyesal. 

Kerana aku dah kecewa, mungkin jugak putus asa. 

Beberapa bulan yang lalu, aku SMS aktivis berumur yang pernah ditahan ISA,

"How much it pays being an activist?"

Dia jawab: "None, why?"

"I need to pay my rent".

No comments: