Tuesday, April 29, 2008

Pagi Yang Gelap Kini Sudah Terang Di Loji Setahun Jagung

Notasisiatas: Apabila sesuatu band itu sudah mempunyai groupie yang terdiri dari manusia bersepah, ia sudah jadi band bersepah. Thus Hujan. Aku tak dengar band bersepah. Harap maklum, tajuk entri sekadar meminjam tanpa niat untuk sebarang kredit. 

Itu hari, aku keja malam, hari hujan anjing dan kucing. Aku lambat dalam 10 minit, tetapi tiada perasaan cemas walau sedikit pun di hati, tiada peluh dingin mengalir di dahi. Boss tarak apa mau takut, yang ada hanya Brader Senior Engineer dari pantai timur yang menurut penilaian awal aku, boleh kawtim punya olang. Lagipun dia faham, aku duduk jauh dan Perodua Perdana 850cc aku memerlukan bahan api yang banyak untuk meningkatkan kelajuan hilang akalnya. 
 
Sampai di Control Room, kelihatan Process Controller 1 sedang tekun membelek DCS. Aku campak beg di meja dan simpan bungkusan nasik goreng paprik di Dining Room yang boleh hisap rokok punya. Diulang, Dining Room yang boleh hisap rokok punya. Try to top that 'pintu Neraka'!

Dalam Dining Room yang boleh hisap rokok punya, terdapat beberapa technition sedang melepak girang. Tiada tindakbalas gelabah sedikitpun apabila menyedari supervisor baru ini telah tiba. Bagus juga aku fikir, kamiorang boleh kawtim punya olang, tarahal. Ini bukan kem tentera mahu bagi tabik hormat. Aku offer rokok, mereka menolak sambil tunjuk rokok masing-masing. Kami tersengih, mutual respect beb.

Kembali ke depan panel untuk mengechek apa yang patut. Kelihatan Process Controller 1 sedang membaca beberapa buah buku bukan fiksyen. Aku ambik satu. 'Muhammad in The Vedas and The Puranas' hasil terjemahan Muhammad Alamgir kalau tak silap aku, sape entah. Yang aku tahu The Vedas dan Puranas ialah kitab sanskript hindu. Dan of cos buku ini mengenai kajian akan bagaimana Rasullulah ada dimention dalam kitab Puranas dan Vedas. 

Holly Quaker-molly!! This is heavy shit! teriak aku dalam hati. Ko punya ke ni aku tanya Process Controller 1. Bukan, Brader Senior Engineer punya dia jawab.  

Aku jeling dan belek kulit buku bukan fiksyen yang satu lagi di tangan Process Controller 1. The Quran and The Bible: Which Is God's Words oleh Ahmad Deedat jika tak silap aku.  

Holly Quaker-molly!! This is heavy shit! teriak aku dalam hati. Ko punya ke ni aku tanya Process Controller 1 sekali lagiBukan, Brader Senior Engineer punya dia jawab.  

Walaupun dalam keadaan normal, aku tidak mungkin membeli buku bukan fiksyen berat seperti ini. Kecuali jika aku ada terlalu banyak duit lebih atau gadis-gadis mungil hadiahkan. Namun, wow, bukan sebarangan orang juga rupanya Brader Senior Engineer ini. Jika di tempat lama aku dulu, jangan harap la nak jumpa situasi begini. Mengisi masa lapang dengan membaca buku-buku ilmiah jenis berat. Habis kuat pun mereka baca Mastika ataupun pembalut nasi lemak mahal seperti Kosmo dan Harian Metro. Sumpah rakan serumah aku dulu rajin beli Mastika dan simpan di control room buat santapan minda. 

Barangkali, aku fikir,

Mungkin inilah sebabnya aku ditakdirkan dapat kerja di sini dan bukan di Bangsar atau Damansara Utama opis sebelah The Curve. Loji nuklear ditengah-tengah perumahan mewah Damansara Height. Boleh nampak awek pakai sendat berjoging pagi-pagi dari tingkap control room. Lepas tu panjat flare stack 5 tingkat boleh skodeng kelas pillates bertingkap besar dalam bangunan sebelah loji.

Peh kalau macam tu ada rakan sekerja bawak buku Fyodor Dostoevsky pun aku tak layan...   
 

3 comments:

Jorji said...

dulu aku kerja kilang jugak.kilang samsung kat sban.heavy industries.buat tiub tv.jadi technician.setahun.pastu masuk motorola.electronic.3 bulan.gila tak best.penuh aweks.pastu kilang buat drum printer.3 bulan...dan seterusnya tak kerja.3 tahun.

wei..dah call member aku?

stam said...

Blom jap lagi.

Tetapi ingin aku tegaskan disini, jangan samakan kilang essembly production line dengan loji pemprosesan. Kilang is indoor, loji is a huge motherfreaker vessel and pipeline held only by large steel structure exposed to the harsh weather. And there;s usually no female around untuk cuci mata

harap maklum

content said...

Tajuk entri yang best! :)