Wednesday, April 16, 2008

Mencari Equilibrium

"Alchemy, like all the ancient sciences, was therefore an immense effort to awaken man to the divine omnipresence" - Maurice Aniane

"Anda lapar?" Kata lelaki berumur pakar furnace teknologi Midrex dari Venezuela bernama Gustapov. Ditangannya ada sekeping kertas yang tertulis beberapa patah ungkapan bahasa Malaysia yang sedang cuba dipelajari. "Aku sayang kamu" - antara yang aku nampak tertulis diatasnya.

Aku dan brader Senior Engineer Rock dari pantai timur yang baru kukenali 2 hari lepas ketawa. Gustapov ikut ketawa. Tiada tekanan, walaupun masalah simulasi plant setahun jagung ini masih berlambak, terasa bebanan tidak sehebat mana. Tidak sehebat seperti aku terasa di 'pintu neraka' dahulu. Mungkin belum lagi.

Lupa nak beritahu kamu orang semua. 'Pintu Neraka' sudah seminggu jadi sejarah silam aku. Kini aku bekerja di tempat baru, mungkin satu lagi pintu atau jendela ke neraka, tapi aku dah lama telan hakikat itu, jika aku sudah terjun berani mati ke dalam dunia industri berat ini, aku perlu bermain di gigi atau kaki bukit neraka. Ini dunia lelaki berjiwa kental berhati besi berurat dawai berpenis stainless steel dan bertenaga di ranjang.

Ada juga bercadang, menulis entry khas perpisahan untuk 'pintu neraka'. Namun proses transaksi ini begitu pantas berlaku sampai aku tak sempat nak meng-enjoy baki cuti aku kerana diperlukan segera di plant setahun jagung yang dalam proses baru nak beroperasi. Teknologi paling terkini hingga aku jadi kaget. Kalaulah 'pintu neraka' dulu seperti disini, I wouldn't be in such a living hell. Kini baru ku sedari, poyo je lebih mereka semua tu dulu, plant tak sehebat mana.

Aku sibuk mahu fit in, mahu belajar perkara baru, mahu cari kehidupan baru dan rumah baru. Hingga sekarang aku masih berulang-alik dari god forsaken land ke plant setahun jagung. Memandu hampir sejam lebih sikit setiap hari, minyak rm10 sehari hanya untuk ke tempat kerja. Haiyahh. Penat namun aku excited, excited untuk meneroka perkara baru. Takdir, do you worst. Kini aku sudah bersedia dan pasrah. Nak mengada-ngada sangat jadi rebel, ansuran kereta baru aku nanti sapa nak bayar? Plan nak beli kondo kat Pantai Dalam lagi... untuk kesenangan bakal perempuan-perempuan simpanan aku juga nanti.

"Kalau ko boleh kerja sini (pintu neraka), ko boleh kerja mana-mana" - Kata Supervisor Abang Misai pada aku suatu ketika dulu.

Tak sangka bijak juga sorry-ass itu. Kini aku mula sedar kebenaran kata-katanya. Disini, di tempat baru, plant setahun jagung, kebanyakkannya adalah young gun, hampir keseluruhan adalah dalam linkungan umur sebaya dengan aku. Kebanyakkannya fresh entry level, hanya aku yang ada pengalaman sikit. Turn out pengalaman di pintu neraka bukan sikit, aku masuk sebagai salah seorang of the 'old boys', all weary and wizened by years of tortures and suffering. Seorang yang reckon to be respect. Dah dulu lepak plant teknologi zaman John Travolta muda remaja, memanglah old school. Apabila terjumpa software based DCS di tempat baru ini, aku jadi risau, how can you command a battleship with a bunch of PC, mouse dan keyboard? Mana control panel? Advance technology beb, control process plant sekarang macam main Zuma je. Aku datang dari a group of tough redneck. Mereka pula kebanyakkannya fresh out of college enthusiast eager for some actions. Aku hanya harapkan tidak lebih dari less action and more sleep.

What do you know about hard work? Aku dulu bukak port cover pakai pipewrench seberat babi 12 ekor tahu tak? Poyoku didalam hati tatkala mencuri dengar keluhan seorang technition penat turun naik platform, platform ada lift.

Namun kini itu tidak perlu lagi, aku sekarang hanya perlu beri arahan dari control room. Tidak perlu mengotorkan tangan di field. Kini sudah mampu mengeluarkan ayat yang berbunyi seperti "no, wait first, I need to make sure of this. I'll ask my technician to check it out".

"MY TECHNICIAN"

Peh sungguh berkuasa, dulu akulah technition akulah operator akulah kuli. Pandangan dan pendapat tidak dipandang, ikut saja arahan.

Bekeja di loji setahun jagung banyak kelebihannya, aku menjadi antara pioneer, semua orang adalah rookie. Dan bekerja di loji setahun jagung banyak juga cabarannya. Kini tanggungjawab aku lebih berat. Mengawal, membuat keputusan dan memberi arahan kepada 'orang bawahan' bukanlah mudah. Sebarang kesilapan aku jugak yang kena. Aku tak mungkin marahkan diorang, aku tak mahu ikut jejak Supervisor Abang Misai dan Supervisor Mangkuk Hayun. Aku tak buat kerja aku mana tahu susah ke senang. Unnecessary pressure is by all mean, unnecessary. Namun aku tahu aku juga perlu tegas. Namun biarlah bertempat. Naik lemak kang memang nak cari pasal la tu. Anarchy doesn't apply in a production plant.

Jari bersilang.

Agak-agak tak boleh blah, macam biasalah, "diluar sana dunia luas menanti..."

Weh aku nak cari rumah sewa area Salak Tinggi atau Nilai atau USJ kalau jalan takde toll, budget bawah rm400 sebulan. Hubung gua.

No comments: