Wednesday, April 2, 2008

Lebih Kurang Ulasan: The Grates

Aku terjumpa band ni masa meluncur di internet mencari video Ratatat. Macammana boleh terbabit band ni aku pun kurang pasti. Itulah namanya takdir. Walhal tiada similarity lansung antara dua band berkenaan, dari segi muzik mahupun konsep. 

Aku tertarik untuk mencuba-cuba dengar lagu mereka melalui link mp3 yang diberikan setelah tertarik melihat gambar band ni seperti di sebelah. Gadis berbaju hijau dan tight hotpant merah itu terlalu gorgeous!! Ini tidak boleh jadi. Dan konsep gambar itu begitu popish lagi kelihatannya seronok. Boleh jadi muzik mereka juga begitu. Dan si gorgeous ialah vokalis dan bunga didalam band.

Dugaan ku tepat sekali, cuma muzik mereka tidaklah se-popish mana, maksudku dalam aliran muzik electronic. Mereka lebih kepada pop-punk yang fun, ya, fun-pop-punk, dan nakal. This is quite a something getusku didalam hati.   

Si gorgeous (Patience Hodgson) disebalik gayanya yang sweet rupa-rupanya begitu lincah dan ceria dipentas dengan suaranya yang girlish itu. My kind of girl. Dengan lagu yang ceria disertakan dengan lirik seperti 'some motherfucker weren't born to dance' dalam vokal yang girlish, gila gempak sial. Gempak, jahat dan seronok, combo yang menarik. Lagu yang membuatkan aku rasa nak berjoget dan bersikap nakal. 

Dan lebih-lebih lagi bila aku dapat tahu band ini dari Australia. Sungguh tidak disangka. Selama ini sikap ignorant dan bigot aku sering menganggap orang Australia adalah cuma orang asia terperangkap dalam tubuh seorang kaukasian. Copycats dan wannabe. Aku malu dengan diri sendiri. 

Muzik mereka menarik walaupun dalam bentuk sehabis minimal cuma dengan sebijik gitar dan beberapa ketul drum. Itulah namanya kreativiti. Bukan calang band mampu melakukannya. Dan mungkin ini kedengaran sexist dan cetek namun antara daya penarik band ini juga mungkin ialah si gorgeous (Patience Hodgson) itu sendiri. Tapi digunakan secara bijak. Hodgson tahu kelebihannya. Dan citarasanya bagus. Marry me gorgeous!! 

Membuat aku terfikir, di Malaysia ramai juga gadis cute bersuara sedap tapi disia-siakan dengan masuk akademi fantasia dan terpengaruh dengan benda-benda yang picisan serta memesongkan seperti Avril Lavigne dan unsur jahat seperti Click Five ataupun Simple Plan. Jika mereka diberi didikan yang sempurna dalam segi pemakaian dan cara penampilan serta dikawal otak mereka dengan mendengar dan membaca perkara-perkara yang sepatutnya. 

They'll have a fighting chances to go out with a guy like me.

HA 

HA

HA

2 comments:

j or ji said...

aku dah masuk myspace the grates. macam yeah yeah yeah?

nway, aussie people pun bongkak dan pandang sebelah mata kat aisan jugak..hehe

stam said...

yeah yeah yeah agak keretroan, the grates is just plain poppunk