Thursday, January 24, 2008

Tuhan Masih Menyayangiku

Jika dimalam ini, walau Beyonce sekalipun mengajak aku berdua-duaan dibiliknya, aku tak peduli, malahan aku akan memakinya, berani dia berfikir aku akan miss ini,


dia


akan


menyesal


seumur hidupnya


jika dia berani halang aku dari menyempurnakan my very existence


Hidup tiada erti jika aku lepaskan peluang ini.




Monday, January 21, 2008

Balik Kampung, Rambo Dan Kehilangan Satu Lagi Ahli Keluarga

Hari minggu lalu aku balik kampung, sudah terlalu lama rasanya aku tak menjenguk melihat kawasan. Padahal baru Raya Haji lepas aku balik. Kalau kat god forsaken land sehari rasanya macam seribu tahun, kalau dah sebulan mana tahan beb! 

Tenang, tidak serabut, lay-back town, paling penting - ada jamming studio, ada manusia yang musical and literature conscious. Perfect setting untuk bakal penulis novel ataupun artisan seni lain. Tempat yang aku panggil home dan aku pasti akan balik ke sini suatu hari nanti makan duit pencen berkebun sayur dan membina roket peribadi didalam bangsal belakang rumah. My very own Austin ataupun Winsconsin. Siapa perlukan KLCC?
   
Mungkin Siti Nurhaliza, sebagai view untuk balkoni penthouse dia. 

Dan indon-indon untuk melepak hujung minggu.

Setiap kali aku pulang, rutin biasa untuk melepak bersama Kumprinx dan Mael ataupun mana-mana kutu Kuala Lipis yang tahu untuk pulang ke kampung. Selain jauh di lubuk hati, naluri matang aku yang jarang tersilap, tahu ada gadis-gadis kampung berbisik sesama sendiri tatkala melihat kelibat aku disekitar Kuala Lipis.

"Eee.. mamat tu balik la eee.. kalau la aku dapat nombor telefon dia..." Bisik mereka sesama sendiri diikuti dengan gelak ketawa kecil dan gedik.

Bak kata  John Hafiz , "Rimas I!".

Aku tahu rakan-rakan aku mesti ada projek bagus. Walaupun kami orang muda yang selalu membuang waktu melepak tak tentu hala tak ingat maghrib, namun kami memang tahu hala tuju kami, selalunya projek yang dirancang bersifat sihat dan dari jenis yang pasti mendapat sokongan wakil rakyat. Kami hidup untuk menikmati hidup to the fullest.
 
*** <---- (sekarang aku tengok ramai blogger style taip bintang macam tu untuk menghabiskan cerita dan perenggan macam Abang Neraka, aku pun tiru la, blogger la katakan, peniruan adalah lumrah)

Akhr-akhir ini,

Kekecohan yang tidak seberapa akan kemunculan kembali John Rambo di layar perak telah mengujakan aku dan rakan-rakan lain. Rambo adalah ikon sebaris dengan Gaban dan Ultraman, dan filemnya adalah berstatus cult, kami tidak layan Harry Potter seperti mamat-mamat lame yang lain. Walaupun ketika kesemua sequel filem Rambo yang lalu ditayangkan, kami semua masih memakai lamping dan tidak tahu berjalan lagi. 

Akupun membuat marathon filem Rambo 1,2 dan 3 untuk catch-up kembali memori filem klasik ini sebagai persediaan untuk sequel terkini Rambo, harap-harapnya hollywood tidak akan menjahanamkan filem terbaru Rambo. Jangan sampai Rambo tahun 2000-an ini pakai night vision dan GPRS sudah, Rambo yang true, hanya bergantung kepada pisau belatinya sebagai multi-purpose kit dan kompas yang tersembunyi di hulunya.

Juga jangan ada 'gadis Rambo' ala gadis James Bond, John Rambo tidak perlukan makwe kerana makwe akan melecehkan beliau menumpaskan segerombolan atau satu batalion tentera secara berseorangan. 

John Rambo is emo, anti-social, brutal, bertimbang-rasa bila perlu dan kami sentiasa menyokong pembabitan beliau dalam mana-mana konflik dunia. Jangan lupa filem Rambo 1 ada unsur peristiwa attica yang kuat dan tidak sepert filem aksi yang lain, Uncle Sly memang pandai berlakon, tidak seperti God Damn Jean Cloude Van Damn dan Arnold Swhazernaighuknfhjsler.  

***

Kepulangan aku ke kampung minggu ini disambut berita sedih pemergian Ayah De aku. Baru sahaja aku sebut cabaran tahun baru, kini takdir sudahpun memainkan peranannya. Di hari pemkebumian, antara sedar atau tidak, sudah menjadi kebiasaan atau tradisi keluarga aku yang besar, kami akan terlibat sebanyak mungkin dalam tugas menyempurnakan pemkebumian, dari mengangkat jenazah didalam keranda ke liang kubur, memasukkan jenazah ke dalam liang lahad dan tidak kisah sama sekali tompokan lumpur di pakaian kami menimbus liang lahat. Ini keluarga kami, biar kami yang lakukan ini walaupun tukang kubur sudah diupah. 

Melihat deretan kubur ahli keluarga kami ditanah perkuburan di kampung mak aku di raub, tiga orang arwah pakcikku, arwah Atuk dan Wan dan kini bertambah lagi satu. I am not counting again, i cannot bare to count how many grave it will be again this year or another year. 

Tahun ini, semakin kurang tangan yang perlu aku salam dan cium

Al-Fatihah untuk Ayah De aku, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 

***

Thursday, January 17, 2008

Uncle Ramani

Di awal karier aku yang berimejkan lelaki macho berpeluh berbau 'lelaki' yang digemari wanita, serta dikotori gris dan karbon hitam membawa pipe wrench sebesar USS Ronald Reagan, dalam keadaan bersih ketika baru memulakan hari kerja, aku bersarapan di kafeteria loji semeja bersama seorang lelaki berumur lingkungan awal 50-an, berbangsa India, peramah dan fasih berbahasa melayu.

Dia merupakan seorang Safety Officer, pekerjaan yang banyak menyusahkan golongan teknikal menjalankan kerja mereka dengan langkah-langkah keselamatan yang remeh-temeh. Tapi safety first, aku tak pernah komplen. Jika yang lain berhasrat untuk kudung tangan dan kepala untuk dibangga-banggakan apabila bercerita kepada anak cucu mereka nanti, silakan. Aku masih menyukuri anugerah tuhan dilahirkan sempurna.       

Kebetulan hari kemerdekaan semakin hampir, ramai yang berbual sekitar topik hari percutian dan aktiviti syarikat sempena kemerdekaan. Tiba-tiba lelaki berumur lingkungan awal 50-an berbangsa india tersebut mencelah,

"Saya betul-betul sakit la, sakit hati tengok bendera yang diorang gantung kat tiang-tiang lampu tu, yang design jalur menegak dengan bintang dan bulan kat bawah, bendera negara apa tu? Tu bukan bendera Malaysia, bendera kita jalur melintang dengan bulan dan bintang sebelah kiri. Kadang-kadang orang yang buat banner bendera ni tak fikir langsung, langsung tak hormat bendera kita, suka-suka nak ubah, nak untung saja"

Teh ais yang aku minum tadi hampir keluar semula melalui hidung, tersentak melayu-melayu bigot di meja kami itu semua yang sibuk membincangkan hari cuti, hari kemerdekaan yang semata-mata hanya satu lagi hari cuti bagi mereka, tiada makna. Bagaimana seorang lelaki berbangsa india, yang selama ini dianggap hanya pendatang, penumpang, tahu menghormati dan menyayangi bendera negara yang sudah dianggap tanah tumpah darahnya.

Dulu aku punk dungu, tidak pernah peduli erti patriotism, yang aku anggap hanya menyemarakkan sifat bigotry dan perkauman, sebagaimana disempitkan maksudnya dan diterima oleh kebanyakkan melayu, melayu tolol.  

Tapi untuk yang ini, patriotism belum pernah sebegini indah dan murni pada aku. Hampir saja mata aku menitis air mata terharu, bangga, bangga sekali dengan lelaki berumur lingkungan 50-an berbangsa india ini. Bagaimana dia memalukan muka tebal melayu-melayu tak sedar diri itu semua.      

Mulai hari itu, aku automatik respect habis lelaki berumur lingkungan 50-an berbangsa india ini. Dialah Uncle Ramani. 

Monday, January 14, 2008

Kita Semua Kutu By Default

Kecekalan dan ketabahan manusia, manusia ‘biasa’ yang tidak didedahkan dirinya dengan pemikiran diluar konsep kehidupan manusia yang bukan pemberontak, konservatif, ortodoks, stereotype dan tradisional, walaupun menyedihkan tetapi menyentuh hati aku untuk berinspirasikan semangat mereka. Ketidakbolehan mereka menguasai kehidupan dan pemikiran mereka sendiri tanpa begitu mudah dipengaruhi unsur-unsur dan tekanan yang datangnya dalam sifat kebanyakan dan ‘majority’, masses dan diterima sebagai norma, tidak banyak memberi mereka peluang untuk bersifat ‘kreatif’ dalam memilih jalan hidup, citarasa dan meneroka serta membuat penafsiran dalam kehidupan. Apa yang mereka ada cuma kekuatan dan ketabahan untuk mengabaikan dan mengorbankan naluri ‘curiosity’ dan ‘adventurous’ mereka supaya mereka hanya perlu mengikut, conform sebaik mungkin untuk diterima masses. Mereka sebenarnya bernasib baik kerana mereka tidak tahu, tidak sedar dan berpendapat pengorbanan dan penerimaan perkara-perkara bosan itu adalah lumrah kehidupan, merupakan satu-satunya erti kehidupan bagi mereka.

Brader Mellow tersengih-sengih datang kearahku di smoking shed dengan harapan aku ada rokok lebih namun hampa kerana yang ada pada aku cuma kotak kosong, lu terlambat sikit bro, supplement ini hari cukup-cukup untuk aku seorang je.

“Tam, member aku cakap ada kosong kat Titan Chemicals, technition.

 “Instrument ke Process?” Aku tanya balik

 “Instrument ada, process ada, mechanical ada…” Balas Brader Mellow

 “Titan eh…. Kat JB kan… jauh sangat la brader” Aku jawab secara kurang berminat.

 “Kalau pikir jauh memangla… aku dulu cakap jauh jugak masa kerja kat Kerteh dulu, last-last pegi jugak.” Brader Mellow membuat cantasan.

Aku sebagai self-claimer peneroka kehidupan sedikit tersindir dengan kata-kata itu tapi memikirkan nanti aku akan kerap berulang alik dari JB ke KL untuk maintain mengamalkan cara hidup separa socialite dalam kelompok kecil manusia bercitarasa alternatif mau rabak jugak pokek aku. Aku bukan jenis manusia yang mengabdikan diri kepada tugas kerana aku tidak begitu enjoy dengan konsep makan gaji semata-mata meneruskan hidup. Lagipun aku tidak begitu taksub dan tergila-gilakan dengan dunia industri kimia. Tidak kira bertapa industri ini cuba bersikap prihatin kepada environment, ia sebenarnya tidak dapat berselindung disebalik imej industri jahat yang hanya mahukan keuntungan yang sudah sinonim dalam sejarah industri kimia. Mereka tetap kapitalis, keuntungan yang pertama dan utama, menjadikan dunia lebih baik dan selesa, kebanyakannya adalah kebetulan. Menjadi technition juga bukanlah kerja yang paling cool di dunia ataupun membantu mengubah dunia, maksud aku insignificantly. Not that I care anyway.  

Seingat aku aku tidak pernah memberitahu hasrat hati untuk berhenti dan mencari kerja baru kepada Brader Mellow. Dari riak wajahnya aku tahu yang dia tahu, manusia mana yang tak perasan bila aku merenung jauh ke langit dicemari permandangan flare stack loji-loji industri kimia jahat, berseorangan di smoking shed tanpa mengajak rakan-rakan sekerja berkongsi dan 'potong' rokok bersama, bahawa aku sedang merenung masa depan yang tak lama di 'Pintu Neraka' ini. Lebih-lebih lagi manusia yang aku anugerahkan gelaran 'Brader Mellow', yang sememangnya lelaki sensitif dan sentimental.

"Kau muda lagi Tam, banyak lagi peluang ko boleh belajar, kenal tempat orang... cari pengalaman, cari peluang. Macam aku ni, aku dah lama keja sini, dah terlebih establish, susah kalau aku nak dapat semula gaji yang macam aku dapat sekarang, kalau kat tempat lain, kena start semula"

Aku hanggut kepala saja. Aku sebenarnya dah mula lali dengan hujah-hujah begini. It's all about choice brader, kalau itu sudah pilihan hati, sudah tentu tiada penyesalan. Just go for it!

Kemudian kami berdua terdiam seketika tak tahu nak borak apa lagi merenung ke arah langit yang sudah berubah warna keorenan dari sinaran matahari yang mula tenggelam di sebalik horizon kat pantai sana. Kelihatan sebuah kapal terbang sedang terbang rendah barangkali tunggu turn nak landing kat KLIA lebih kurang 4okm lebih kat Sepang sana. Permandangan biasa disini, pantai, sunset, kapalterbang cuba mendarat. Gila dah kira cukup kriteria dah tu kalau bandar tanah sumpahan ni untuk meinspirasikan penduduknya jadi artisan seni, penulis lagu dan penyair ala Bay Area. Namun haram. At least minah berkulit tan pakai bikini balut kain bercorak batik kat pinggang jalan-jalan kat kedai souvenir pun jadilah. Namun itupun haram. Haram takde.

"Kerja cam kita ni macam ni la Tam, tahan je la pressure, maki hamun semua. Kalau sabar memang berboloi, belum 10 tahun gaji dah ceiling."

Bro sedih bro, cukuplah itu. setahun aku kat sini dah macam 1300 tahun, lagi nak tunggu 10 tahun. Kalau berminat dengan segala dunia berkaitan industri dan kejuruteraan kimia ni tak kisah la. Jika lakukan benda yang kita suka, memberi kepuasan, free pun takpe. Aku dulu sekadar mencabar diri ambik course ni, mahu buktikan insan kononnya seni, otak kiri, mampu meneroka dunia logik sains dan kejuruteraan. Terus terang aku rasakan, jika kami yang memastikan ball valve sentiasa berfungsi, strainer tidak tercekik, transmitter tidak kaput, reactor tidak trip, memastikan plant sentiasa beroperasi 24 jam sehari, 362 hari setahun untuk memenuhi production demand and greed industri kimia jahat, pernahkan siapa peduli? They sucks the juices out of you, taking its toll on you, years after years. You gave so much and take so little. You are, my man. A good man that you are, all drained out, are the living proof of that.    

Aku tahu nasihat-nasihat orang berpengalaman seperti Brader Mellow adalah ikhlas. Budak hingusan seperti aku sering dianggap lemah jati diri, kurang daya tahan kepada dugaan dan tekanan, tidak cukup resilient. Susah sangat ke nak terima aku tidak suka digunakan, dipijak dan dianjingkan. Aku yang mengawal hidup dan nasib aku. Hanya aku sorang. Aku datang dari generasi yang tahu hak dan pilihan aku. 

Brader Mellow adalah antara manusia paling penyabar pernah aku jumpa. Soft-spoken namun tegas, dibesarkan ibu tunggal dalam penuh kesederhanaan, terpaksa membesarkan anak sulungnya yang autistik dalam keadaan waktu bersama keluarga yang terhad dan tidak menentu. Dari cerita-cerita silam ketika waktu mudanya, merantau jauh ke negeri orang, bagaimana dia gemar keluar bebas bersama rakan-rakannya yang digelarkannya sebagai 'huha', 'terjal' atau bahasa mudahnya 'liar'. Pernah menghilangkan diri seminggu memandu tanpa arah tujuan hampir ke seluruh pelusuk semenanjung berseorangan. 

'Hebat!' Itu hampir hidup yang aku impikan (kecuali yang permulaan perenggan tu). Tapi bagaimana akhirnya begini penyudahnya kehidupan seorang insan berjiwa bebas. Tragis?

Atau mungkin tidak? Apa budak hingusan seperti aku tahu? Nak buat rumusan konon.

Mungkin Brader Mellow telah menemui sumber kekuatannya, membuatkan dia mampu mengharungi segala dugaan dan tekanan hidupnya sekarang. 

Kepulangan yang disambut senyuman dan tawa riang anak istimewa lebih rewarding dari jutaan wang ringgit di dunia.  

Dan mungkin juga,

Brader Mellow telah melihat dirinya dalam aku semenjak aku menjejakkan kaki mencari rezeki di tanah asing dan tersumpah ini. Hanya manusia yang cintakan kebebasan mampu melihat jiwa yang restless jauh tersembunyi dalam susuk tubuh average-built, hanging shoulder, rambut jarang terurus dan berkaca mata ini. 

Aku masih berpeluang melakukan apa yang dia impikan selama ini. Perjalanan hidup aku masih jauh. 

Nasihatnya selama ini seolah ingin memberitahu:

"Pergilah orang muda, pergi mencari benda yang kau perlu cari. Jangan hamba abdikan hidupmu di tempat ini. Dunia disana masih luas menanti"      

Wednesday, January 9, 2008

Himpunan Siri-siri Entri Pendek

MEAT sekarang dah macam daging busuk. Aku sudah mula pandai menyesuaikan diri sebagai seorang 'Blogger' (suara bergema). Pegi keja risau blog tak update lagi, apa nak tulis balik nanti. Taruk entri pendek-pendek dulu la, janji update. Pastu mintak maaf kat pembaca lambat update. Akupun pun dah start meluat dengan perkataan 'entri' ni. Macam pasangan kekasih membahasakan diri mereka 'awak' dan 'kita'. Aku nak rehatkan diri dari kisah kehidupan sekitar 'pintu neraka' dan god forsaken land. Malas bawak balik rumah hal-hal kerja. Esok mahu ke kolumpo ambik ibook baru. Lepas ni bergaya sikit lepak Startbuck. 'Blogger' habis aku sial, blogger blogger blogger... (suara bergema).

Berikut adalah perkara-perkara yang bermain difikiranku ketika ini, fikiran kusut.

1. Khabar-khabar angin kedatangan Broken Social Scene ke singapura tahun ini. Jangan sampai sejarah kegagalan hidup aku berulang lagi. Gagal melihat The Gloria Record, Mogwai, The Album Leaf, Beastie Boys sudah bertahun menghantui hidup aku, aku orang berduit sekarang, orang berduit kurang cuti.

2. Juga khabar angin kedatangan B'jork ke Indonesia, oh tanah bertuah, bukan macam Malaysia, banjir je. Tak berkat la tu tak ajak Mogwai perform sini.

3. Himpunan video dalam MTV Insomnia boleh tahan, sapa kata kugiran bagus kurang publisiti dan dedahan? Tapi sapa yang layan MTV Insomnia pagi-pagi buta. Hanya insan insomnia macam aku je.

4. Rilek dan bestnya aku tengok keje akak pejabat pos tu. Camna nak keja kat pejabat pos ha? lulusan diploma kejuruteraan kimia tak layak ke?

5. Loan, beli rumah atau kereta baru? Ataupun Open Labs Neko LX.... aah jangan main gila. Nanti kena kad penalti kehidupan terpaksa berkhidmat untuk industri berat 25 tahun lagi.

6. Mahu sambung study dan miskin kembali atau kerja sampai mati dan kumpul duit beli bini supermodel simpan kat kondo...?

Gila best dan menarik entri ni, boleh menang entri terbaik kategori ilmiah. Kalau tak melonjak hit count tak tau la

Ahh tido lagi baik!

Sunday, January 6, 2008

Aahhh....!!!!!

Menulis entri yang pendek-pendek dan merepek tanpa fokus yang khusus adalah sungguh bukan style aku. Aku juga tidak suka menyemakkan blog aku dengan puisi dan sebarang unsur-unsur yang kononnya menjurus kearah 'sastera'. Aku tidak suka digelar orang 'seni'. Aku menulis ikut isi hati, aku tak suka berkias-kias, aku lebih suka menggunakan perumpamaan supaya korang dapat gambaran. Aku akan terangkan sesuatu panjang lebar hingga aku berpuas hati. Biarpun sepanjang sebuah novel, selagi aku rasa belum cukup, aku akan terus menulis. Tiada masalah bagi aku menulis berjela-jela. Karangan SPM aku mesti sampai dua atau tiga mukasurat, membuatkan aku kadang-kadang berkata kepada diri sendiri "mat, get to the point already!".

Bahasa Melayu - B untuk UPSR, C3 untuk SPM. So what? aku bukan sasterawan negara.

Walau bagaimanapun, pendirian itu bakal terjejas dengan entri yang ini. Aku takde apa yang hendak ditulis, aku takde apa yang hendak diperkatakan. Bukan ketandusan idea, tapi lebih kepada tiada idea bagaimana untuk menggarap idea agar penulisan aku tidak kelihatan bangang. Tapi sama sahajalah kedua-duanya itu. Alasan.

Aku mahu menulis tentang Brader Mellow, tapi tiada kronologi, tiada himpunan kisah, tiada oral history yang aku rasakan sesuai dan would do insan sebaik Brader Mellow justice. Aku boleh himpunkan kata-kata nasihat dia sepanjang aku mengenalinya. Tapi itu akan kelihatan seperti bibliografi seorang tokoh pemikir ataupun mungkin siri bercakap dengan jin. Brader Mellow hanyalah insan biasa, sama seperti aku juga yang menemui inspirasi dan 'hero' dalam watak-watak kecil kehidupan manusia biasa. Hanya kisah kecil kehidupan manusia kecil adalah paling indah bagi menceritakan insan seperti Brader Mellow. Dia manusia yang tahu erti setiakawan dan aku mahu nukilan paling modest bagi menggambarkan itu.

Aku mahu menulis tentang Uncle Ramani, Uncle Chan, 'Brader HomerSimpson', manusia-yang tidak-mungkin-sama-sekali-aku-akan-berkawan-atau-hormat-tapi-mereka-berjaya-membuat aku-kadang-kadang-kagum. Aku cuma perlukan peristiwa yang ada signifikasi dengan hidup aku yang boleh aku selitkan watak mereka ini. Aku mahu membuat rumusan tentang nilai yang mungkin ada, bukan sekadar 'bercerita'.

Aku mahu menulis tentang Awek Spare..... ok aku tak mahu menulis tentang dia. Dia mengingatkan tentang kegagalan dan kebodohan aku sendiri.

Aku semacam dan mungkin kadang-kadang mahu menulis tentang Dr. Chua dan 'dramanya' serta isu semasa lain. Tapi aku tak peduli dan malas. MALAS. Kecuali jika kamu mahu pendapat aku.

Aku mahu menulis tentang band-band yang aku suka, buku-buku yang aku baca dan acara-acara dan pertunjukkan yang aku hadiri. Tapi aku tiada mood, cuma alasan.

Alasan, alasan, alasan.

Manusia yang tiada penyesalan, cuma alasan

"Alassaaannn....!!!!" macam lagu Akta Angkasa tu.

Tuesday, January 1, 2008

Selamat Tahun Baru, Barua.

Tiba-tiba tahun baru. Sepanjang tahun 2007 hidup aku seolah-olah terperangkap dalam ruang waktu yang tiada detik, setiap saat yang berlalu terasakan begitu indifference, statik, tidak relevan sama sekali untuk aku bergerak bersama waktu, kerana setiap hari yang berlalu aku biarkan pergi dan tidak peduli. Hanya sangat sikit, waktu yang dirasakan sangat sikit sahaja sepanjang tahun 2007 yang aku cherish sebagai kenangan dan saat yang tidak mahu aku lepaskan, tidak mahu padam. Kenangan yang memberi kekuatan dan membakar jiwa untuk aku tempuhi hari-hari lain yang tidak relevan itu, yang tiada makna itu, hinggakan bila masa ianya berlalu pergi pun aku tak sedar, sengaja atau tidak.

Hari itu ialah hari bekerja, yang lain ialah hari bergembira dan kembali kepada kehidupan dan fitrah aku sebagai manusia.

Tepat pukul 11.30 malam tanggal 31 Desember 2007 telefon bimbit aku berbunyi. Supervisor Prihatin telefon mungkin ketika sedang bersiap-siap untuk pulang dari kerja. Pada malam tahun baru ini kebetulan giliran hari off untuk team syif kami tetapi Supervisor Prihatin terpaksa masuk bekerja untuk cover seorang lagi supervisor yang bercuti. Aku? Jangan harap la aku nak lepaskan peluang yang jarang-jarang ini, gila apa? Awal-awal lagi aku sudah cabut ke KL untuk kononnya celebrate new year eve.

"Kau kat mana? Jom lepak" Tanya Supervisor Prihatin, suaranya putus-putus, line tak clear.

"Saya kat KL la bang!" aku cakap kuat-kuat. Kebisingan dari sorakkan anak muda dan manusia berjiwa muda pada deklamasi puisi berbaur politik Pian Habib sedikit menganggu.

"Enjoy ka?" Putus-putus.

"Apa..? Kijo (loghat Nogori)..? Kat KL la bang". Bapakku seorang YB...!! Bergema suara Pian Habib di background.

"Aku tanya tengah enjoy ke..?"

"Ha ye ye..enjoy... line tak clear la bang, putus-putus. Nanti call balik"

Terus aku matikan perbualan. Memang line tak clear. Kesian jugak kat Supervisor Prihatin, mesti kebosanan 'menyambut' tahun baru di god forsaken land. Tapi hari ini adalah hari aku. Aku perlukan ini sebelum 2007 blah dan 2008 membawa segala apa kemungkinan dalam hidup aku setahun lagi. Memang aku nak dan cuba untuk enjoy malam ini. Melayan perbualan sekitar keseronokkan memancing dan mencantat udang di Pulau Perhentian pada waktu ini adalah tidak mungkin sama sekali. Tidak enjoy bro!

Namun tak tahu kenapa, hati aku ketika ini tidak berapa nak enjoy

Selang 29 minit kemudian.

Band Punk Rock yang aku tidak mahu ambil tahu nama mereka memberhentikan permainan mereka. Beberapa saat kemudian kedengaran bunyi letupan bunga api dari arah KLCC dan Dataran Merdeka. The Annexe bergegar dengan sorakkan pengemar musik bawah tanah "HAPPY NEW YEAR...!!!!"

Sorakkan gembira anak muda dan manusia berjiwa muda penggemar musik bawah tanah dan paluan laju gitar serta drum dan nyanyian revolusi band punkrok menjadi kelam, bunyi letupan bunga api yang berlarutan kedengaran sayup. Hanya yang jelas di telinga aku saat itu adalah bunyi titisan hujan pada atap dan lantai sekitar The Annexe. Hati aku terasa sayu pada saat 2008 berlabuh.

Hingga lewat pagi

Aku bergambar dengan Pian Habib walaupun sebenarnya aku tak kisah dan peduli sekiranya kawan aku ter-delete gambar itu nanti

Aku dikenalkan dengan the famous Ahmad Kamal Abu Bakar walaupun aku tahu dia terlalu mabuk untuk mengingati perkenalan kami di perjumpaan akan datang

Aku senyum dengan gurauan rakan-rakan, aku ketawa dengan lawak mereka. Mereka manusia istimewa. Semuanya

Tapi aku tetap sayu

Bukan aku sedih meniggalkan 2007. Tapi aku seakan faham dan tahu 2008 yang bakal ditempuhi adalah lebih mencabar bagi aku. Aku faham dan tahu aku harus bersedia untuk semuanya nanti.

Setahun lagi sudah berlalu. Tahun-tahun yang lepas, yang kurasakan ketika itu, kononnya sukar dan pahit. Menjadi kenangan manis dibandingkan tahun yang baru dilalui. Memang begitu kehidupan aku. Setiap tahun aku membesar, menjalani, meneroka, mempelajari kehidupan. Bila aku toleh ke belakang adalah cabaran yang telahpun aku lalui dan bukanlah sukar untuk ditepuh. Kerana naluri aku yang semakin matang, walaupun dalam kesayuan dan pahit, semakin berani dan terbuka menerima untuk mencabar dugaan takdir dan kehidupan.

Mak ayah aku semakin dimamah usia, mereka disekeliling aku yang bermakna dalam hidup aku kemungkinan akan datang dan pergi, aku semakin harus bersedia untuk hidup menerima kemungkinan apa-apa pun. Bila dihujung akhirnya hayat kita nanti. Jika bila mencapai kejayaan dan kebahagiaan, kita akan mula sedar bagaimana setiap tahun baru, ada pengertian dan cabaran baru. Tidak kira bertapa bersemangatnya kamu atau bertapa kuatnya azam kamu untuk tahun baru, bila kamu nilai dan lihat kembali semuanya, sepanjang episod kehidupan kamu itu, aku percaya kita semua, mak dan ayah aku, kakak dan adik aku, seluruh keluarga aku, setiap insan yang bermakna dalam hidup aku sebenarnya,

mereka semua pasrah dengan tahun baru. Hanya azam memberi kekuatan.