Sunday, February 15, 2009

Zaman Gelap

Jika ada manusia bertanya aku apakah perasaan bila otak dibius, ketika itu aku mungkin ada idea untuk menjawab. Setelah benak otak melihat sekumpulan remaja dengan sneaker putih, seluar jeans besar berkilat terkinja-kinja, mulut pantas meritma lirik di atas pentas, dari tepi pentas, restricted area, crews only, makwe itu tetiba bersuara.

"jom, cari seats dekat table sana"

dan aku yang kebiusan otak was like, WTF? Spontan terpaling.

Makwe ni lepak sebelah aku dari tadi ke? Bukan dia tadi datang bersama seseorang, seseorang yang kelihatan seperti seseorang yang lu tidak mahu buat hal dengan gadis-gadis yang bersama mereka. Seseorang yang merupakan anak seseorang. Dan WTF dia buat kat sini sebelah aku? Bukan ini kawasan larangan, strictly for crews only?

Akhirnya aku faham permainan dunia anak-anak muda ini. Bila kamu berkawan dengan seseorang yang kenal seseorang yang kenal seseorang dan kamu hot macam peragawati, otak mereka juga akan terbius sama.

Dan tanpa fungsi otak aku menurut ajakannya. Sebahagiannya mungkin kerana dia sememangnya hot. Sebahagian lagi kerana kaki aku dah lenguh berdiri. Sebahagian lagi kerana tumpuan dari mata-mata curious dan barangkali cemburu asyik memerhatikan pergerakan kami. Si bangsat bertuah fikir mereka barangkali.

"Ehm... I'm thirsty, boleh ambikkan drinks?"

dan aku yang kebiusan otak was like, WTF? Spontan terus berkata: "Err..ok.." dan menuju ke arah bar.

Mind you it's soda. Ketika itu, I'm barely 20, and she look much younger than me, probably underage.

Masing-masing diam untuk beberapa minit, memerhatikan persembahan pentas. 'Yo yo yo!' mereka persembahkan seni dan karya mereka. Makwe itu asyik menggoyangkan badannya mengikut rentak.

"Nice song kan?" akhirnya dia bersuara.

dan aku yang kebiusan otak was like, WTF? Spontan terus berkata: "Err.. yeah, pretty tight stuff". Peh cakap macam tak guna otak, dalam hati berkata: WTF girl? It ain't hardly Sage Francis material. Ain't you listening? They're yapping about gangsterism, teritorial pride shits, women downgrading.

Aku pendamkan niat dihati mahu tanya soalan sinis: "I bet you have a big ass Eminem poster up your bedroom wall right?"

Diam lagi.

"Err... you dengan 'X' ke? akhirnya aku bersuara. Not that I care, saja untuk langkah berjaga-jaga.

"Owh no, no. We're just hang out together, just friend, you know..?"

Hah, I know sangat lah!. Jawapan stended perempuan bila ditanya soalan sama. Next thing you know, jantan kau tarik aku belakang kelab, sauk perut aku sebijik.

"So... you selalu ke.. I mean the night life thing?" Tanya dia pula. Soalan perangkaplah tu.

"Owh no, no. Jarang lah. Just hang out sometime, I'm pretty much a home-boy, you know..?" dalam nada yang lebih kurang jawapan makwe itu tadi.

"Err.. you want some more drink? Tanya aku pula.

"okay sure"

Ketika kembali dari bar aku lihat seorang rakan melambai dari belakang stage. "Peluang!" Fikir aku. Aku kembali ke meja makwe itu, letak gelas atas meja.

"Err.. listen, I nak pergi backstage kejap, ada kerja sikit diorang panggil. Sekejap saja ok?"

"Ok" Makwe itu senyum sambil goyang-goyang badan mengikut rentak lagu lirik berunsur women downgrading.

Aku ambik beg, mintak tolong rakan tadi sampaikan salam kepada seseorang yang kenal seseorang yang kenal seseorang yang kenal seseorang aku terpaksa balik awal ada hal kecemasan.

Brader bonzer yang tiba-tiba jadi friendly kerana menyangka aku sebahagian dari krew menyapa "dah nak balik ke bro?"

"ya, ada kerja sikit, ok jumpa lagi!"

"yah later hommie"

yah like, later forever!!

2 comments:

dyla rosli said...

and what were you doing there at the first place? you dont look like the 'hommie' type. LOL.

stam said...

Becoz i know seseorang yang kenal seseorang yang kenal seseorang and boleh masuk free as an event crew. Owh you ain't see my old pictures bebeh, I'm more 'hommie' than you think.