Wednesday, February 11, 2009

V for Vavi Vukimak Vapak Vau Vah!

Hati masih keras degil tak mahu menulis perkara-perkara berbau romantik lagi. Belum lagi. Lantaklah hit count jatuh, makwe lari semua, bukan boleh tukar jadi duit pun.

Esok mahu pulang ke kampung halaman, mahu habiskan hari Valentine bersama ibu-bapa tersayang, dan kucing tidak berapa disayangi kerana jarang-jarang jumpa. Itupun kalau dia tidak terkorban ditangan ayah aku apabila mengundur kereta. Aku kira umurnya sekarang sudah hampir 6 bulan tapi dia masih tiada nama.

Kami hanya memanggilnya dengan gelaran 'Anak Saudara', kerana dia merupakan anak saudara kepada seekor kucing jantan yang sudah terkorban dibawah tayar kereta ayah aku. Kami panggil dia dengan nama 'Bapa Saudara'. Mendiang 'Bapa Saudara'.

Ekoran dari tragedi yang menimpa mendiang 'Bapa Saudara', kini ayah aku lebih berhati-hati ketika mengundurkan kereta. Dia akan pastikan 'Anak Saudara' atau mana-mana saudara-mara kucing yang lain tidak tidur dibawah kereta ketika mahu keluar memandu.

Jika kedua orang tuaku tidak membuat perangai aneh tiba-tiba mahu keluar berdua-duaan makan malam romantik di Mama Food House, atau adik-beradik aku yang lain pulang ke kampung hujung minggu ini, atau 'Anak Saudara' hanya lepak rumah tak pergi mengawan dimana-mana,

Valentine can kiss my ass!

8 comments:

Ahmad Belia said...

stam,
mama food house kira kedai makan segala kedai makan.

sape pergi sana kira banyak duit laaa...

StingRay said...

peh...macam nada kecewa...

Cik-Gie said...

'u dont have to be in love to feel valentine'

sapa tah ckp cik oprah winfrey kot.

btw, tak rugi apa2 pun being single on valentine.

Jorji said...

romeo tersohor berkereta mewah lelaki kental didunia heavy industri hari valentine balik kampung dan bercerita pasal kucing?

come on!!!

:)

FARYN said...

single best pe...bley berpoya2...hahaa

Perempuan cerdas said...

Actually.

Vavi adalah kata carutan sehari hari.
Cubaan untuk mencarut secara manja.

M

iamstradust said...

mengawan jer ngan kucing tu..make sure dia perempuan

vidadarisakura said...

oh no!
fak valentine!

merosakkan uruf V..shit!!

-vv-