Tuesday, April 29, 2008

Pagi Yang Gelap Kini Sudah Terang Di Loji Setahun Jagung

Notasisiatas: Apabila sesuatu band itu sudah mempunyai groupie yang terdiri dari manusia bersepah, ia sudah jadi band bersepah. Thus Hujan. Aku tak dengar band bersepah. Harap maklum, tajuk entri sekadar meminjam tanpa niat untuk sebarang kredit. 

Itu hari, aku keja malam, hari hujan anjing dan kucing. Aku lambat dalam 10 minit, tetapi tiada perasaan cemas walau sedikit pun di hati, tiada peluh dingin mengalir di dahi. Boss tarak apa mau takut, yang ada hanya Brader Senior Engineer dari pantai timur yang menurut penilaian awal aku, boleh kawtim punya olang. Lagipun dia faham, aku duduk jauh dan Perodua Perdana 850cc aku memerlukan bahan api yang banyak untuk meningkatkan kelajuan hilang akalnya. 
 
Sampai di Control Room, kelihatan Process Controller 1 sedang tekun membelek DCS. Aku campak beg di meja dan simpan bungkusan nasik goreng paprik di Dining Room yang boleh hisap rokok punya. Diulang, Dining Room yang boleh hisap rokok punya. Try to top that 'pintu Neraka'!

Dalam Dining Room yang boleh hisap rokok punya, terdapat beberapa technition sedang melepak girang. Tiada tindakbalas gelabah sedikitpun apabila menyedari supervisor baru ini telah tiba. Bagus juga aku fikir, kamiorang boleh kawtim punya olang, tarahal. Ini bukan kem tentera mahu bagi tabik hormat. Aku offer rokok, mereka menolak sambil tunjuk rokok masing-masing. Kami tersengih, mutual respect beb.

Kembali ke depan panel untuk mengechek apa yang patut. Kelihatan Process Controller 1 sedang membaca beberapa buah buku bukan fiksyen. Aku ambik satu. 'Muhammad in The Vedas and The Puranas' hasil terjemahan Muhammad Alamgir kalau tak silap aku, sape entah. Yang aku tahu The Vedas dan Puranas ialah kitab sanskript hindu. Dan of cos buku ini mengenai kajian akan bagaimana Rasullulah ada dimention dalam kitab Puranas dan Vedas. 

Holly Quaker-molly!! This is heavy shit! teriak aku dalam hati. Ko punya ke ni aku tanya Process Controller 1. Bukan, Brader Senior Engineer punya dia jawab.  

Aku jeling dan belek kulit buku bukan fiksyen yang satu lagi di tangan Process Controller 1. The Quran and The Bible: Which Is God's Words oleh Ahmad Deedat jika tak silap aku.  

Holly Quaker-molly!! This is heavy shit! teriak aku dalam hati. Ko punya ke ni aku tanya Process Controller 1 sekali lagiBukan, Brader Senior Engineer punya dia jawab.  

Walaupun dalam keadaan normal, aku tidak mungkin membeli buku bukan fiksyen berat seperti ini. Kecuali jika aku ada terlalu banyak duit lebih atau gadis-gadis mungil hadiahkan. Namun, wow, bukan sebarangan orang juga rupanya Brader Senior Engineer ini. Jika di tempat lama aku dulu, jangan harap la nak jumpa situasi begini. Mengisi masa lapang dengan membaca buku-buku ilmiah jenis berat. Habis kuat pun mereka baca Mastika ataupun pembalut nasi lemak mahal seperti Kosmo dan Harian Metro. Sumpah rakan serumah aku dulu rajin beli Mastika dan simpan di control room buat santapan minda. 

Barangkali, aku fikir,

Mungkin inilah sebabnya aku ditakdirkan dapat kerja di sini dan bukan di Bangsar atau Damansara Utama opis sebelah The Curve. Loji nuklear ditengah-tengah perumahan mewah Damansara Height. Boleh nampak awek pakai sendat berjoging pagi-pagi dari tingkap control room. Lepas tu panjat flare stack 5 tingkat boleh skodeng kelas pillates bertingkap besar dalam bangunan sebelah loji.

Peh kalau macam tu ada rakan sekerja bawak buku Fyodor Dostoevsky pun aku tak layan...   
 

Saturday, April 26, 2008

Akibat Kurangnya Aktivitist

Dulu, masa aku punk tepu dan masih pedulikan perihal dunia dan tulis dan cetak banyak-banyak bagi orang baca, aku pernah 'diburu' seorang aktivis berumur yang pernah ada sejarah ditahan ISA. Pernah berkali-kali cuba bertemu tapi dia terlambat beberapa bulan dan aku sentiasa cuba mengelak. Dalam beberapa bulan aku mula fed-up dengan semua pegangan aku dahulu dan bercadang untuk menjadi dewasa atau manusia 'mudah' dan tidakpedulimalasnakpikir. Daripada aktivis berumur yang pernah ditahan ISA itu kecewa, lebih baik dia tahu kalau aku dari jenis manusia yang sanggup tinggalkan apa yang aku percaya, aku sememangnya tak layak berkawan dengan dia, atau menjadi sepertinya, atau berjuang bersama-samanya.  

Aku nak dia tahu dia silap tentang aku, dan aku bukan seperti yang disangka. Aku dah berubah. Manusia yang lemah pegangan memang mudah berubah. 

Pelik tapi lawak, pertama kali aku menerima surat peribadi dari aktivis berumur yang pernah ditahan ISA dulu. Aku memang terharu dan bangga. Tapi tiba-tiba aku rasa, jika hanya otai sepertinya yang boleh menghargai pendapat aku dan tampil untuk berkomunikasi dengan aku sedangkan yang muda dan kononnya enthusiastic yang lain seolah-olah pandang aku sepi. Apa gunanya? Aku hanya mampu yakinkan orang yang telahpun yakin, dan sependapat dengan aku. Buat apa? Apa yang aku usahakan seolah-olah dipandang ringan golongan yang aku sebenarnya cuba berhubung dan mendapat respon. Aku tak tahu sama ada ianya silap aku atau sememangnya mereka tidak pernah ambik peduli.

Hanya pejuang sejati yang pernah dan sanggup ditahan ISA, living in exile sahajakah yang boleh terima? Mungkin yang lain hanya hangat-hangat najis ayam. Apabila diugut dan ditahan ISA, menangis mintak tolong mak ikat jaminkan dan carik lawyer paling gempak.

Aku pun tepuk dada tanya diri sendiri, tanya selera buat apa, bukannya aku nak makan. Betulkah aku tidak akan bertindak seperti mereka? Sanggup ke aku korbankan semuanya untuk idea yang aku pertahankan? 

Akhirnya jawapan yang aku jumpa buat aku sendiri malu nak jumpa aktivis berumur pernah ditahan ISA. 

Tapi aku juga dari jenis manusia yang apabila aku dah buat keputusan, aku tak akan menyesal. 

Kerana aku dah kecewa, mungkin jugak putus asa. 

Beberapa bulan yang lalu, aku SMS aktivis berumur yang pernah ditahan ISA,

"How much it pays being an activist?"

Dia jawab: "None, why?"

"I need to pay my rent".

Hanya Johari Mengenal Manikam

Aku tak berapa into sangat benda-benda macam ni. Umpama blogger-blogger girang yang takde benda yang lebih berfaedah untuk dibuat. Tapi kalo dah bagi result macam kat bawah ni. Tak boleh nak argue la aku, maklumlah, komputer kan jarang silap. Patutla tak ramai lawat blog aku.. hanya yang aforementioned hehe... 


blog readability test

Kekadang seronok jugak, try le...

Wednesday, April 23, 2008

Kerisauan Saya

Ketika ini, aku mempunyai masalah kerisauan. Ada sedikit kerisauan di hatiku yang mendatangkan masalah. Sebagai seorang lelaki berpesona 'emo', ini ialah keadaan yang kurang sihat. Ini tidak boleh jadi!  

Masalah kerisauan aku ini adalah berpunca dari keadaan ketidakseimbangan kosmos yang belum stabil yang mengakibatkan aku belum ditakdirkan menemui rumah sewa baru yang ideal, yang menepati impian aku, menawarkan harga berpatutan dan pakej jiran tetangga yang terdiri dari gadis-gadis berstatus belum berkahwin. Dan yang lebih hampir dengan tempat kerja baru aku ini di pinggir Banting, menghampiri KLIA. 

Baru dua minggu wang simpanan bank aku susut sebanyak rm400. Sungguh aku tidak menyangka Perodua Perdana 850cc aku mempunyai sistem turbo yang tersembunyi. Sedangkan baru kira-kira tiga minggu lepas aku menge-tune secara digital dan menukar set sparkplug yang baru masakan aku perlu menge-tune dan menukar set sparkplug yang baru setiap tiga minggu? Setakat save petroleum rm2.00 dengan modal rm25.oo setiap kali baik tak payah.

Niat baik serta impianku ini bukan semata-mata soal penjimatan serta menggalakkan hubungan sosial sihat dikalangan gadis sepi. Namun terdapat tujuan yang jauh lebih mulia dan murni disebaliknya, aku mahu selamatkan dunia dari pencemaran gas karbon dioksida dan pemanasan global demi beruang-beruang dan singa laut di kutub utara dan selatan. Less milage less fossil fuel consumption less green house gases emission. Environmentalist berpesona emo. 

Setakat ini aku telah melihat prospek sejauh Putrajaya serta mendapatkan bantuan beberapa broker hartanah sambilan. Sementara prospek yang menawarkan harga paling mengujakan kebanyakkannya di Banting, namun setelah dibuat tinjauan, Banting isn't exactly a charming small town, it is in fact, a mini Jakarta. Jakarta ghetto. Tidak mungkin.

Ada juga khabar-khabar mengujakan tentang prospek sekitar Bandar Baru Salak Tinggi, The so-called KLIA city, tentang prospek pramugari-pramugari yang berpaksi disana, namun setakat ini broker hartanah aku disana hanya mampu menawarkan aku rumah in a middle of nowhere berjirankan imigrant yang kurang pasti statusnya sebagai 'liar' atau 'jinak'. Peralatan studio aku saja jika dipajak gadai mereka, sudah mampu memberi peluang mereka mengambil hati si Surihati atau Kartini dan menjamu satu kampung mereka di tanahair mereka. Aku tak mahu ambik risiko. 

Aku bercadang tinggal solo. Lebih bebas dan selesa jika aku nak memekak dengan bunyian elektronika berseni tahap tinggi di studio bilikku tanpa ada rakan serumah yang bersikap tidak supportive dan tidak tahu menghormati dan menghargai seorang genius dengan kerja kerasnya merungut. Namun jika ada yang bersikap sebaliknya, aku sedia terima. Jangan masuk bilik aku malam-malam masa aku tido sudah, jika tidak mahu rasa sepakan sisi. Perempuan takpe.  

Prospek di Nilai juga bagus, namun harga yang kurang kompititif. Bakal mengugat cara hidup aku yang kurang berekonomi. Aku juga tiada broker hartanah yang berwibawa di sana. Sesiapa yang terasa diri berkebolehan,

macam biasa, hubung gua. E-mail gua di gmail. (Rujuk profil hero).

Wednesday, April 16, 2008

Mencari Equilibrium

"Alchemy, like all the ancient sciences, was therefore an immense effort to awaken man to the divine omnipresence" - Maurice Aniane

"Anda lapar?" Kata lelaki berumur pakar furnace teknologi Midrex dari Venezuela bernama Gustapov. Ditangannya ada sekeping kertas yang tertulis beberapa patah ungkapan bahasa Malaysia yang sedang cuba dipelajari. "Aku sayang kamu" - antara yang aku nampak tertulis diatasnya.

Aku dan brader Senior Engineer Rock dari pantai timur yang baru kukenali 2 hari lepas ketawa. Gustapov ikut ketawa. Tiada tekanan, walaupun masalah simulasi plant setahun jagung ini masih berlambak, terasa bebanan tidak sehebat mana. Tidak sehebat seperti aku terasa di 'pintu neraka' dahulu. Mungkin belum lagi.

Lupa nak beritahu kamu orang semua. 'Pintu Neraka' sudah seminggu jadi sejarah silam aku. Kini aku bekerja di tempat baru, mungkin satu lagi pintu atau jendela ke neraka, tapi aku dah lama telan hakikat itu, jika aku sudah terjun berani mati ke dalam dunia industri berat ini, aku perlu bermain di gigi atau kaki bukit neraka. Ini dunia lelaki berjiwa kental berhati besi berurat dawai berpenis stainless steel dan bertenaga di ranjang.

Ada juga bercadang, menulis entry khas perpisahan untuk 'pintu neraka'. Namun proses transaksi ini begitu pantas berlaku sampai aku tak sempat nak meng-enjoy baki cuti aku kerana diperlukan segera di plant setahun jagung yang dalam proses baru nak beroperasi. Teknologi paling terkini hingga aku jadi kaget. Kalaulah 'pintu neraka' dulu seperti disini, I wouldn't be in such a living hell. Kini baru ku sedari, poyo je lebih mereka semua tu dulu, plant tak sehebat mana.

Aku sibuk mahu fit in, mahu belajar perkara baru, mahu cari kehidupan baru dan rumah baru. Hingga sekarang aku masih berulang-alik dari god forsaken land ke plant setahun jagung. Memandu hampir sejam lebih sikit setiap hari, minyak rm10 sehari hanya untuk ke tempat kerja. Haiyahh. Penat namun aku excited, excited untuk meneroka perkara baru. Takdir, do you worst. Kini aku sudah bersedia dan pasrah. Nak mengada-ngada sangat jadi rebel, ansuran kereta baru aku nanti sapa nak bayar? Plan nak beli kondo kat Pantai Dalam lagi... untuk kesenangan bakal perempuan-perempuan simpanan aku juga nanti.

"Kalau ko boleh kerja sini (pintu neraka), ko boleh kerja mana-mana" - Kata Supervisor Abang Misai pada aku suatu ketika dulu.

Tak sangka bijak juga sorry-ass itu. Kini aku mula sedar kebenaran kata-katanya. Disini, di tempat baru, plant setahun jagung, kebanyakkannya adalah young gun, hampir keseluruhan adalah dalam linkungan umur sebaya dengan aku. Kebanyakkannya fresh entry level, hanya aku yang ada pengalaman sikit. Turn out pengalaman di pintu neraka bukan sikit, aku masuk sebagai salah seorang of the 'old boys', all weary and wizened by years of tortures and suffering. Seorang yang reckon to be respect. Dah dulu lepak plant teknologi zaman John Travolta muda remaja, memanglah old school. Apabila terjumpa software based DCS di tempat baru ini, aku jadi risau, how can you command a battleship with a bunch of PC, mouse dan keyboard? Mana control panel? Advance technology beb, control process plant sekarang macam main Zuma je. Aku datang dari a group of tough redneck. Mereka pula kebanyakkannya fresh out of college enthusiast eager for some actions. Aku hanya harapkan tidak lebih dari less action and more sleep.

What do you know about hard work? Aku dulu bukak port cover pakai pipewrench seberat babi 12 ekor tahu tak? Poyoku didalam hati tatkala mencuri dengar keluhan seorang technition penat turun naik platform, platform ada lift.

Namun kini itu tidak perlu lagi, aku sekarang hanya perlu beri arahan dari control room. Tidak perlu mengotorkan tangan di field. Kini sudah mampu mengeluarkan ayat yang berbunyi seperti "no, wait first, I need to make sure of this. I'll ask my technician to check it out".

"MY TECHNICIAN"

Peh sungguh berkuasa, dulu akulah technition akulah operator akulah kuli. Pandangan dan pendapat tidak dipandang, ikut saja arahan.

Bekeja di loji setahun jagung banyak kelebihannya, aku menjadi antara pioneer, semua orang adalah rookie. Dan bekerja di loji setahun jagung banyak juga cabarannya. Kini tanggungjawab aku lebih berat. Mengawal, membuat keputusan dan memberi arahan kepada 'orang bawahan' bukanlah mudah. Sebarang kesilapan aku jugak yang kena. Aku tak mungkin marahkan diorang, aku tak mahu ikut jejak Supervisor Abang Misai dan Supervisor Mangkuk Hayun. Aku tak buat kerja aku mana tahu susah ke senang. Unnecessary pressure is by all mean, unnecessary. Namun aku tahu aku juga perlu tegas. Namun biarlah bertempat. Naik lemak kang memang nak cari pasal la tu. Anarchy doesn't apply in a production plant.

Jari bersilang.

Agak-agak tak boleh blah, macam biasalah, "diluar sana dunia luas menanti..."

Weh aku nak cari rumah sewa area Salak Tinggi atau Nilai atau USJ kalau jalan takde toll, budget bawah rm400 sebulan. Hubung gua.

Tuesday, April 15, 2008

Ulang Tahun Memperingati Pegasus


Ada beberapa insan tak mengenang budi dan buta sejarah berdarah bibir kerana dengan keras menafikan kebenaran fakta sejarah ini. Ini bukanlah Star Wars dan Star Trex yang sekadar fantasi. Pengorbanan wira-wira yang pernah berkhidmat dalam Battlestar Pegasus mempertahankan nasib dan maruah manusia seolah-olah dilupai. Long live Pegasus, the greatest battlestar ever.  

Filem dokumentari dari arkib PBB di Geneva. Tak percaya sudah nama mu dollah tetekmu sebelah hisap dadah yey!


Monday, April 7, 2008

Cinta Itu Buta Yeah Ooo Yeah..




                                                 
Antara video kegemaranku. Pertama kali dan setiap kali aku menontonnya terasa hati disentuh, touching gitu. Jika kamuorang tidak boleh memahami jalan cerita video ini kamu tidak seharusnya hidup di dunia ini. Aku simpati dengan ibu kamu yang melahirkan kamu. Tersangat obvious, malas aku nak menyusahkan diri menerangkannya. Lu pikir la sendiri! 

Separuh usia aku membesar dan menjalani adolescence diiringi dan dihiasi soundtrack oleh kugiran-kugiran indiepop seperti The Promise Ring, Silver Scooter, American Football dan The Get Up Kids. Band yang terdiri dari nerds dan squirl. Memakai cermin mata tebal, kurang mendapat perhatian wanita di kolej, maksud aku dikalangan wanita murahan yang tidak tahu atau terlalu bangang untuk menilai dan menghargai musik yang datang dari jiwa yang ikhlas dan melankoli. Petikan guitar yang shimmering serta melodi yang sedated. Masih rock dalam kepopishannya beserta vokal indah anak tekak jantan. Bukan jantan perasan kool pakai t-shirt blink18234. Aku tak faham macammana dulu ramai manusia yang buta musik mengklasifikasikan mereka sama rendah dengan punkrock kolej yang sering menjadi soundtrack filem remaja nakal murahan. Dicanang korporat MTV. 

Ya ini juga irama kolej dan anak muda remaja tetapi lebih menjurus golongan gagalist yang berjiwa dalam. Gagalist yang segan dan takut ajak makwe pergi majlis tari-menari sekolah, ataupun ajak keluar pergi funfair kat town. Ataupun makwe hot sebelah rumah, ataupun jenis ala malaysian sweetheart. Ataupun makwe misteri yang ada sejarah pahit yang menimbulkan rasa compelling untuk tolong kurangkan kesakitannya (pehh..). Ataupun makwe freak tapi cute, freak sebab dia unik seperti err... cacat penglihatan, bukan sebab kaki dia ada tiga. Makwe yang sebenarnya cun tapi tidak kool seperti definasi Paris Hilton, si cetek yang tak pernah tahu erti 'inner beauty'. 

(Namun, ingin saya menegaskan disini, setiap kategori awek haruslah cun untuk mendapatkan impak yang lebih dramatik dan sweeettt hehe.. )

Setiap kali aku mendengar band-band ini, aku pasti teringat kehidupan di pekan kecil, lay-back, tiada terkejar-kejar mahu menjadi yang paling pantas dan gempak. Aku teringat kampung halaman, home. Menghargai setiap perkara kecil. Litte things that matter. Owhh.. 

Wednesday, April 2, 2008

Lebih Kurang Ulasan: The Grates

Aku terjumpa band ni masa meluncur di internet mencari video Ratatat. Macammana boleh terbabit band ni aku pun kurang pasti. Itulah namanya takdir. Walhal tiada similarity lansung antara dua band berkenaan, dari segi muzik mahupun konsep. 

Aku tertarik untuk mencuba-cuba dengar lagu mereka melalui link mp3 yang diberikan setelah tertarik melihat gambar band ni seperti di sebelah. Gadis berbaju hijau dan tight hotpant merah itu terlalu gorgeous!! Ini tidak boleh jadi. Dan konsep gambar itu begitu popish lagi kelihatannya seronok. Boleh jadi muzik mereka juga begitu. Dan si gorgeous ialah vokalis dan bunga didalam band.

Dugaan ku tepat sekali, cuma muzik mereka tidaklah se-popish mana, maksudku dalam aliran muzik electronic. Mereka lebih kepada pop-punk yang fun, ya, fun-pop-punk, dan nakal. This is quite a something getusku didalam hati.   

Si gorgeous (Patience Hodgson) disebalik gayanya yang sweet rupa-rupanya begitu lincah dan ceria dipentas dengan suaranya yang girlish itu. My kind of girl. Dengan lagu yang ceria disertakan dengan lirik seperti 'some motherfucker weren't born to dance' dalam vokal yang girlish, gila gempak sial. Gempak, jahat dan seronok, combo yang menarik. Lagu yang membuatkan aku rasa nak berjoget dan bersikap nakal. 

Dan lebih-lebih lagi bila aku dapat tahu band ini dari Australia. Sungguh tidak disangka. Selama ini sikap ignorant dan bigot aku sering menganggap orang Australia adalah cuma orang asia terperangkap dalam tubuh seorang kaukasian. Copycats dan wannabe. Aku malu dengan diri sendiri. 

Muzik mereka menarik walaupun dalam bentuk sehabis minimal cuma dengan sebijik gitar dan beberapa ketul drum. Itulah namanya kreativiti. Bukan calang band mampu melakukannya. Dan mungkin ini kedengaran sexist dan cetek namun antara daya penarik band ini juga mungkin ialah si gorgeous (Patience Hodgson) itu sendiri. Tapi digunakan secara bijak. Hodgson tahu kelebihannya. Dan citarasanya bagus. Marry me gorgeous!! 

Membuat aku terfikir, di Malaysia ramai juga gadis cute bersuara sedap tapi disia-siakan dengan masuk akademi fantasia dan terpengaruh dengan benda-benda yang picisan serta memesongkan seperti Avril Lavigne dan unsur jahat seperti Click Five ataupun Simple Plan. Jika mereka diberi didikan yang sempurna dalam segi pemakaian dan cara penampilan serta dikawal otak mereka dengan mendengar dan membaca perkara-perkara yang sepatutnya. 

They'll have a fighting chances to go out with a guy like me.

HA 

HA

HA

Dugaan dan Cabaran Hidup 3

Makwe dalam drama tv tu tak habis-habis menangis disebabkan masalah cinta. Hek eleehh aku yang kehabisan ubat gigi ni pun masih tabah.

Lemah

Dugaan dan Cabaran Hidup 2

Perut aku mengeluarkan bunyian yang menyeramkan. Aku capai kunci kereta dan bergegas ke gerai burger di hujung simpang. Namun hampa kerana brader itu tidak meniaga hari ini.

Dunia memang kejam

Dugaan Dan Cabaran Hidup 1

Aku cuba download game Zuma dari internet namun hampa kerana sistem Mac OS X Leapord tidak bersesuaian dengan aplikasi permainan PC

Akhirnya aku murung sepanjang malam