Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru, Bitch

Tahun lepas aku tak buat entry tahun baru macam sebelum-sebelumnya. Kalau nak diikutkan tahun 2010 tahun paling sikit aku update blog. Disebabkan aku tak set azam yang clear pada tahun 2010 jadi aku tak boleh ukur pencapaian apa aku dah buat sepanjang 2010. Mungkin yang paling signifikan sekali, tahun 2010 aku berpindah rumah sewa sekali lagi, bermakna aku pindah rumah setiap tahun sejak 2008. Pindah rumah memang memenatkan, dan terpaksa keluarkan belanja yang agak memarokkan. Walaupun aku tak pindah tempat kerja, tapi setiap kali berpindah rumah aku semakin dekat dengan tempat kerja dan semakin jauh dari pusat hiburan, heh heh heh.

Jadi tahun 2010 aku bermaustatin pula di Banting. Tapi kali ini aku sudah bosan hidup berkongsi dengan rakan serumah yang selalu ambil kesempatan mengelat bayar sewa rumah dan menjahanamkan harta benda aku, aku tinggal berseorangan. Sejak alam universiti lagi aku sudah berangan, bila mencecah umur 25 ke atas, jika aku masih bujang dan berkerjaya, mahu tinggal berseorangan di sebuah apartmen atau kondominium. Janji rumah itu ada balkoni. Nampaknya aku sudah menghidupkan angan-angan itu, walupun dalam angan-angan aku itu, balkoni aku itu hanya kira-kira satu kilometer dari KLCC. Bukan taman permainan yang dipenuhi kanak-kanak histeria yang suka menjerit.

Tahun 2010 aku kembali serius dengan muzik, tinggal berseorangan, aku ada tiga bilik untuk aku seorang dan aku boleh buat bising sesuka hati aku tanpa perlu jaga hati siapa-siapa. Jadi satu bilik yang paling baik akustiknya aku jadikan studio peribadi aku. Tidak timbul lagi masalah kekurangan soket dan terpaksa tidur dicelah-celah kibod, efek, dan kabel dengan risiko terkena renjatan elektrik. Maka tidak semena-mena aku buat band solo baru, The ChalatChalat demi meneruskan perjuangan mermartabatkan muzik elektro di Malaysia. Seperti biasa, sambutan hambar dan sepanjang 2010 aku hanya bermain tiga show serta satu set akustik main-main di UYA dan rilis satu demo CD. Sepanjang tahun 2010 juga aku semakin galak menghabiskan duit menambah koleksi kibod dan peralatan muzik yang lain.

Tahun 2010 juga bukanlah tahun untuk scene muzik. Dengan hanya dua band bagus iaitu The Album Leaf dan Mono untuk kali kedua, turun ke Malaysia, itupun konsert TAL berlansung dua hari sebelum raya, membuatkan aku terlepas melihat mereka untuk kali kedua dalam hidup aku. Nasib baik konsert Mono di KLPAC kali ini berjaya mengubat kekecewaan konsert mereka yang tidak memuaskan pada tahun 2008. Bulan July aku ke Singapura menonton Broken Social Scene, untuk dikecewakan juga.

Mungkin sebab aku sudah fokus kembali pada muzik, minat penulisan dan blog aku terabai sepanjang 2010. Namun blog kolektif Pusi Pantas Pendek yang aku usahakan pada 2009 tanpa disangka mendapat sambutan yang terlalu menggalakkan, tak kurang juga mengundang pelbagai kontroversi. Tapi aku kira itu perkembangan yang bagus dan seboleh-bolehnya aku tak mahu kecewakan mereka dan berharap yang terbaik. Prinsip aku, jika ada minat, dan ikhlas, patut diberi peluang. Kemahiran boleh dibentuk as time progress.

Hal kerjaya seperti tiada apa-apa. Setiap tahun memang gaji akan naik dan bonus tetap dua bulan dibayar ansuran. Aku sudah sampai tahap tidak mengharapkan apa-apa dan malas untuk terlalu dedikasi sangat pada kerja. Datang kerja, buat kerja, balik rumah. Bimbang juga kerana aku semacam makin selesa dengan kerja sekarang hingga aku tiada usaha langsung mencari kerja lain kerana aku tahu walau ditempat barupun, in my line of work, perkaranya sama sahaja. Lagipun tahun 2011 aku dijanjikan kenaikan pangkat, tapi yeah, whateverlah bos.

Hal kehidupan pun sama sahaja, kawan datang dan pergi. Kejap rapat kejap dingin. Semenjak tinggal seorang ni aku lagilah seperti mengasingkan diri. Ada orang tu dah bertunang, berani pulak merayu aku hadirkan diri ke majlisnya. Dan aku ucap tahniah dan tepuk bahu tunangnya sambil grin with eery smile. Disebabkan kerja, aku memang jarang berjalan, tahun 2010 selain ke Singapura menonton konsert, aku ke Medan indonesia dan tasik Toba bersama ibu-bapa dan disebabkan bersama ibu-bapa, faktor enjoynya itu tidaklah seberapa.

Jadi apa lagi yang aku mahu ulang disini, tahun 2011 adalah permulaan dekad baru, sedekad lalu aku melalui proses remaja dan perkenalan awal alam dewasa. Dekad baru ini aku mahu jadi orang dewasa. Tidak perlu cepat melatah, tak perlu sangat ikut perkembangan terkini, trend dan terlalu bimbangkan peer pressure. Sebenarnya peringkat remaja dan awal dewasa itu tempoh paling bergolak dan keliru dalam hidup manusia, aku rasa aku sudah melaluinya dengan baik dan sekarang tibalah masa aku ambik balik kehidupan aku. Move over because I'm back in charge suckerrr!!!

Ok itu boleh dikira azam ke?

Suckerrrrr!!