Tenang. All in a day's work.
Kedengaran bunyi hembusan nafas bergema keluar dari corong mulut topeng gas Process Controller 2 disebelahku. Khusyuk menekan-nekan papan kekunci mengawal operasi plant seperti biasa. Entah apa yang dia nampak aku pun tak tau, sama rabun.
Sela beberapa minit muncul seorang eksekutif instrumen yang baru mula bekerja dalam perjalanan untuk ke pantry. Tersentak sebentar dirinya melihat kelibat dua ekor mahluk gila yang bertopeng gas sedang mengawal DCS. Aku lihat dia seperti cuba menutup mulut dan hidung dengan tangan barangkali menyangka ada gas beracun yang kebocoran dimana-mana didalam control room.
Kemudian Si Tua, instrument specialist keluar dari pantry dengan sebuah mug di tangan berjalan ke arah mejanya. Dia membetulkan duduknya pada kerusi dan menyambung kerja seperti biasa. Si Tua sudah lali dengan perangai dua ekor mahluk gila ini dan dia tidak amused barang sedikitpun. Nak nasihat pun tak guna. Menyedari hakikat itu, eksekutif instrumen baru itu tadi membatalkan niatnya untuk menahan nafas. Akhirnya dia mula menyedari ini adalah antara hari-hari tertentu apabila shift group B akan datang bulan dan mula membuat perangai. Dia meneruskan perjalanan ke pantry sambil menggelengkan kepala. Barangkali menyesali keputusan tentang pilihan kerjayanya, kerana besar kemungkinan akan mengalami tekanan sama dan akhirnya menjadi gila seperti mahluk dua ekor tadi. Fikirnya barangkali.
Sela beberapa minit lagi muncul pula seorang lagi pakar instrumen berstatus manager. Kami hanya menggelarnya dengan panggilan mesra, Chief. Chief walaupun berpangkat, adalah seorang yang tidak mengira dan sangat memahami, lantas dia hanya ketawa besar melihat perlakuan simbollik kami berdua itu.
"Haiyaa.. apa lagi la kau orang ni. Ini kalau Number One nampak mesti nangis dia woo..."
"Kerja mesti mau happy Chief, gaji tarak naik apa macam mau happy" Process Controller 2 bersuara. Suaranya kedengaran seperti orang bercakap dengan mulut diserkup
"Ya Chief, embrace the dark side" Sampukku pula. Suara sebijik macam Darth Vedder.
Oh sungguh cool.
"Heh, ikut suka hati korang-lah! You bunch of crazy kids" Chief bereder, juga menuju pantry. The only room that matters.
Di radio komunikasi technition kami sibuk memanggil-manggil control room, kelam-kabut dengan masalah operasi plant.
Tenang. Everything are under our control. Sambil aku cuba menyapu lapisan wap air pada permukaan topeng gas tapi gagal, kerana ia terbentuk didalam topeng, bukan di luar.
"Apa? tak clear la, repeat repeat! Suara macam dalam kelambu" Kedengaran suara dari radio komunikasi.
5 comments:
Adakah ini teknik tunjuk perasaan selain dari berhimpun di jalan raya?
Ya benar penanam sayur. Berhimpun dijalan raya adalah sangat lame dan boring. Selain itu boleh juga menggunakan teknik control DCS tanpa memakai baju, tapi sejuk gila la kena air-cond.
tukar keje jek laa
Semasa pertama kali kenal dengan orang orang Control Room, saya terpaksa membawa 15 bungkus mee goreng mamak termasuk teh o ais bungkus.
Saya ingat ianya pekerjaan yang "Heaven"...
cuba pakai camtu masa berak..
Post a Comment