Tuesday, April 7, 2009

Mak

Ada ketika bila dugaan melanda, hati diuji, hari hari penuh depresi, hari hari bila segala kehidupan rasa paling kurang bermakna. Dirampas dan dihempas. Hilang kemahuan untuk segalanya kecuali merosakkan diri sendiri sebagai ganti kesakitan di hati.  

Hari bila aku bersarapan dengan ais-krim,

sneaker bar untuk makan tengahari,

sepeket kerepek kentang untuk makan malam,

dan berbatang rokok sebagai pencuci mulut.

Hari bila semua dirasakan pahit.

Beratus batu jauhnya, orang tersayang yang ditinggalkan, dengan kuasa tuhan turut merasa, terdetik hatinya pada kemurungan darah dagingnya. Kerana makanan di hadapan matanya tiba-tiba kelihatan tidak menyelerakan.  

Kerana percayalah, itulah naluri seorang ibu. Seorang ibu yang sentiasa merindui anak lelakinya yang dirasakan semakin menjauhi, dirampas kedewasaan.  

Hanya sekadar panggilan telefon yang mampu sebagai ganti tahun-tahun yang hilang, untuk melepaskan rindu kasih seorang ibu yang semakin dipinggirkan sebagai teman berbicara, semakin dilupakan kewujudannya sebagai tempat berkongsi keluh-kesah, semakin dirasakan tidak diperlukan. Kerana tiada lebih menghancurkan hati seorang ibu bila merasakan dirinya semakin tidak mengenali anak lelakinya sendiri.

"Sudah makan? makan apa? sihat? life ok?" pertanyaan mak pada aku yang dirasakan bertalu dan merimaskan, mengharapkan jawapan yang paling jujur dan diberi kesempatan berkongsi nasihat dan pengalaman.

Tapi hanya yang mampu aku luahkan hanyalah "nasi goreng paprik dan life ok".

Menipu, ego seorang anak lelaki yang keras hati, kononnya tidak mahu membimbangkan hati ibu. Walaupun sebenarnya rasa diganggu. Walupun sedang menonggeng ditilam sedih dan pilu.

Berdosanya aku pada ibu.










Maafkan saya

Mak.

5 comments:

j or ji said...

balik kampung.
aku sebulan 2 kali kadang2.
untuk orang tua.

StingRay said...

ya...sila pulang semula ke kilang anda...anda telah 'broken'...


sementara masih ada warranty....

he he he

jajazuzu said...

sama la.
kalau mak call tnya dah makan mesti laju je ckp dah

Rambo said...

kadang-kadang white lies itu perlu.

jeffry azizi jaafar said...

tiba2 aku teringat mak aku.terima kasih sb 'bantu' aku igtkan.pasni aku nak call mak.