Tuesday, January 13, 2009

Maafkan Saya, Tengah Sibuk Menulis Tragedi Kamu

Hampir tiga bulan iBook G4 trusty-ku sekadar menjadi alas gelas berteknologi tinggi nescafe segera serta tempat letak ashtray Pipiyapong. Tidak bernyawa kerana talian hayat macam dah fucked-up lepas tu nak beli baru harga macam sebijik efek pedal cap boss. Rasa tak sanggup bazirkan wang penat lelah kearah mere adapter. Jika aku menaik taraf cakera kerasnya pun tidak membabitkan nilai wang setinggi itu. Aku harap Apple ada alasan yang cukup kukuh mengapa perlu meletakkan harga yang sebegitu, alasan kukuh seperti 'mereka menaja yahudi' or something. Setakat alasan mereka adalah capitalist scum sudah boleh diterima dan tidak dikisahkan sangat masyarakat sekarang.

Jadi selama ini aku hanya melepaskan rindu dendam wanita-wanita muda kesepian pada catatan-catatan indah dan dalam aku tumpang menggunakan alat taip kepunyaan Pipiyapong. Atau kadang-kadang digarap secara sambil lewa di komputer pejabat sahaja. Ada ketika bila alat taip Pipiyapong dipinjam adiknya untuk buat kerja sekolah, kami berdua tiba-tiba menjadi macam gampang bila masuk bilik lepas tu buat-buat berlatih bermain muzik.

Jika ketagihan melayari internet melebihi segalanya. Walau rupa-paras sempurna manapun, jadi hina dan gagal.

Jadi aku berhenti disini

Takde idealah!

Tengah sibuk carik jodoh

7 comments:

hegira said...

selamat cari jodoh.

eh.

f lah si faizal tahir nih!

makwe joni said...

huh..ye je aku mata aku b'gerak sebaris demi sebaris semata nk tau ending potpet ko kali ni..last2
yg kuar "Tengah sibuk carik jodoh"
chiss!!!

Jorji said...

jumpa tak?

Ahmad Belia said...

nampak sangat local sebab cari jodoh..tak hardcore. biar jodoh yang datang!

stam said...

hegira - kenapa dengan Faizal Tahir?

citahrudin - baiklah, lain kali aku tulis benda yang lebih puaskan hati wanita

jorji - belum, sebab dekat Austin belum try carik lagi

ammosham - Apex, jangan luahkan kekecewaan hidup kau disini

chromosome XX said...

perh,carik jodoh mcm mana?
jumpa x lg?

haidan said...

hahaha!
cari jodoh?
dah nak kawen ke??