Wednesday, January 7, 2009

S Enam

Bertahun dulu,

Aku hanya mampu melihat dari jauh, kau menangisi pemergian insan paling disayangi, dikelilingi, dalam dakapan orang yang menyayangi kau.

Apa lagi yang boleh aku harapkan, sebagai kawan, agar kau tabahkan hati, harungi hari mendatang yang semesti buat kau, tidak lagi seperti dulu.

Semoga kau menyedari, setiap manusia disekeliling kau, kewujudan mereka, 'keluarga', bukan semuanya babi,

Aku masih disini, tiada langkah, kaki terpaku, cuma dunia disekelilingku tertarik jauh dari jasad, meluru ke arah kau, bawa bersama bayang-bayang serta cahaya, hingga jasadku terasing di ruang kosong,

tidak diperlukan,

semakin kecik,

macam aku duduk atas skateboard, lepas tu skateboard tu bergerak ke belakang, semakin jauh, semakin jauh, semakin jauh,

semakin jauh,

hanya akan berhenti,

bila tiba-tiba kau panggil namaku,

dan cahaya bersama bayang-bayang kembali menyentap, menyentap aku ke tempat asal,

seperti aku tidak pernah kemana-mana.

Maafkan aku kawan,

aku nak main skateboard lagi,

kau tak perlukan budak punk yang masih dan suka bermain skateboard,

Aku janji, aku tak main jauh-jauh.

...........................

p/s: Ini ialah entri terakhir mengenai S, sorry makwe-makwe semua, nak layan perasaan boleh tengok filem arahan Pierre Andre.

10 comments:

Perempuan cerdas said...

Awww Pierre Andre.

*sighs*

M

Schafyzcha El Yahiya said...

filem arahan pierre agak layan dan sempoi.. tp skrip filem oleh pierre.. hoih.. mmg tak boleh layan. Terseksa jiwa raga lagi ada.. Tak caya g tengok cd pirate selamat pagi cinta.. hari tu duk layan kat cinema, menggeletar je kaki nak kuar cepat2.. mujur part2 akhir tu ok sket jalan citer dia..

(eh ke sebab pengarah wanita muda tu yang tak reti mengarah? Entah.)

stam said...

duh!

ammosham said...

cam gampang akhirnya...

Amaradona said...

cita S ni kalu dapat ke razak mohideen ni sedak ni..

Razaisyam said...

bila nak main skate?

ajak aku sama2

hegira said...

erm.

selamat tinggal?

tapi masih duduk sebalik dinding perhati jauhjauh?

BudAk hijAu said...

emosi betul..haih~

stam said...

tiba-tiba rasa nak marah dengan semua komen

tak tau cerita jangan nak memandai-mandai!

*mencarut*

Mohd Faizal said...

aku harap entry ko yg seterusnye akan tertulis

'kisah S disambung kembali di atas sebab permintaan ramai yang menggalakkan bagaikan permintaan SAGA BLM'