Thursday, January 8, 2009

Gadis Hampir Sempurna

1. Bermain bersama, melompat didalam air inflated playhouse seperti kita kanak-kanak semula, hanya akhirnya terpaksa bertempiaran lari apabila dimarahi dan dikejar pak guard, kerana playhouse hampir sahaja meletup kerana tidak mampu menampung berat kita bersama dan kanak-kanak mula menangis takut melihat aksi kita, bergelak ketawa semahunya, ketawa seperti esok tiada.

2. Kau akan bercakap dan terus bercakap dan bercakap tanpa henti, apabila kau tertekan, tentang rakan sekerja talam dua muka, tentang majikan yang tidak berguna, tentang jiran tetangga serampang dua mata, tentang apa-apa saja. Dan aku tak pernah mendengar atau tumpukan perhatian sepenuhnya, hanya stare, dan mengagumi sifatmu yang masih penuh 'kehidupan' walau tertekan. Masih mampu bercahaya walau dirundung murung.

3. Aku tahu kau gadis paling kuat, kerana bila ditimpa dugaan, bila ditimpa mendung, kau pilih untuk berdiri didalam hujan, kau tadahkan wajah pada tujahan air menimpa bumi, menari. Dan ya, aku tak dapat bezakan, mana satu air hujan, mata satu air mata.

4. Dihari kematian Mr. Swazzy, hamster kesayanganmu, kita kebumikan dia di lereng bukit tempat kau suka bersendiri. Kita susun batu-batu di atas pusaranya. Kau kata tidak mahu bersedih lagi, kerana Mr. Swazzy hidup lama, umurnya sudah tua dan hayatnya semakin dipenghujung. Dan dia mati dengan gembira. Aku masih ingat kau ketawa riang, dalam tangisan, ketika aku bawa skutermu sambil kau membonceng dibelakang, dan duduk selesa dalam dakapan tanganmu, Mr. Swazzy yang semakin uzur, sambil menahan hingus sebak, kau menjerit "lihat Mr. Swazzy, akhirnya kita 'terbang', 'terbang' bebas, bebass!!". Kau ketawa, ketawa paling hiba dan menyentuh hati pernah kudengar.

5. Kau pernah beritahu aku, tentang harta karun paling berharga dalam hidupmu. Sebuah balang kaca penuh dengan bintang-bintang kertas origami. Berwarna-warni, setiap satu tiada pun yang sama. Istimewa semuanya. Kerana ia pemberian arwah nenekmu, ketika kecil setiap kali kau bersedih dimarahi ayahmu, nenekmu akan datang memujuk, dengan memberitahumu dia boleh memetik bintang di langit, kemudian dia akan hadiahkan satu bintang setiap kali kau bersedih. Sehingga hari ini, setiap kali kau bersedih, kau akan buatkan satu bintang origami, sempena memperigati arwah nenekmu.

6. Kau catat segalanya, kata-kata hikmah, pengajaran hari itu, marah dan sedihmu, dalam kata-kata paling ringkas dan dalam, kau conteng entah-apa, kau tampal gambar-gambar poloroid didalam diari trustymu, yang kau bawa kemana saja, kapsul masa, the book of wisdom. The book of wisdom paling comel pernah kulihat, tak berani ku baca.

7. Terbaring di tengah jalan, bersebelahan. Dan kau bertanya "awak percaya saya?". Aku kata 'ya' dengan sepenuh hati. Kemudian kau pejam mata, sambil berkata jika ditakdirkan mati bersama ketika itu, tidak menyesal sedikitpun. Kerana kita manusia paling bahagia didunia. Kemudian bertempiaran lari apabila ada kenderaan datang dan membunyikan hon.

8. Aku tahu kau gadis paling garang, kerana apabila melihat ketidakadilan didepanmu, kau akan membela mereka. Kau akan menengking lelaki tidak bertimbang rasa, yang tidak mahu memberikan tempat duduk kosong kepada golongan tua didalam tren. Hanya akhirnya aku terpaksa campur tangan apabila kau sudah mula melipat lengan baju, bersedia bertumbuk dengan lelaki lebih besar badannya dari kau, dari aku. Memohon maaf darinya.

9. Aku tahu kau gadis paling bijaksana, apabila hari-hari senangmu, waktu-waktu bebasmu, kau suka menyendiri, dibawah pohon teduh, di kerusi taman, ditepi tasik. Membaca tulisan manusia yang kau kagumi. Menulis puisi rahsia.

10. Kau gadis hampir sempurna aku, yang wujud hanya dalam mimpi, entah bila tuhan mahu aku temui.

24 comments:

fizzahyahiya said...

Kamu tahu dia gadis hampir sempurnamu bila hadirnya dia menenangkan kamu, bukan merunsingkan. Hadirnya dia melengkapi dirimu, bukan menambah sesak di dadamu.

Aku harap suatu hari nanti gadis hampir sempurna itu akan kamu temui. Teruskan berdoa ya.

Perempuan cerdas said...

Tiada hamster.
Pernah baring tengah jalan dan lari jugak tinggalkan kawan.
Book of Wisdom saya bernama Magic book.

Ini bukan iklan.

M

Perempuan cerdas said...

ok. serious comel. yes, magic book mmg wujud. bukan rekaan.

N

FARYN said...

sila mencari dan terus mencari...

Rembo said...

dude. it's there. only the matter of when.

Kumprinx said...

hakk dawngg...
otam knows the right button to push.

Jorji said...

gua dah google.takda gadis hampir sempurna.
kalau takda dalam carian google,maknanya memang tak wujud gadis hampir sempurna.

berhenti mencari.

tapi,gadis yang akan menyempurnakan diri lu,itu ada. jgn google,nanti dia datang sendiri.

~gUrL in pUrPle~ said...

ekekeke... camner boleh describe tapi orangnyer xder? huhu.... ada hamster lagi...huhu

makwe joni said...

bro..

tinggi sgt r mimpi ko psl gadis hampir sempurna tu..

agak2 blh ke dpt gadis mcm tu?

kalau x dpt..

ha??camne??

zawani said...

salam singgah..
nice entri.. :)

stam said...

Schafyzcha - kalau Natalie Portman hadir depan aku dan rasa cukup tenang dan lengkap dah kut

M - Yeah? We should go out sometime, like really, seriously.

N - Ok dalam Magic Book ada love spell?

Faryn - taknak tolong cari ke?

Rambo - Yeah, she's there, only a matter of her stupidity to realize what she's missing

Kump - Butang rosak, takde respon

Jorji - ZZZzzzZZZZzzzzzz...

Gurl in purple - pelik kan? mesti ada. We met in our dream

Citahrudin - kalau tak dapat, I'll make one.

zawani - thanks

fizzahyahiya said...

Natalie Portman tu dah terlalu sempurna dah bro.. haha.

hegira said...

haha. setuju dgn jorji.

eh. tapi macam aku pernah tenok aje movie ini.. apa eh tajuknya dah lupa.

stam said...

Hegira - Kalau ko boleh bagi at least 2 similarity antara mimpi aku dengan mana-mana movie aku bagi ko rm300!

Cik-Gie said...

ada 3 kemungkinan dalam pencarian gadis hampir sempurna ni {aku rasa lah}, encik rostam
1. kau akan jumpa sepanjang perjalanan pencarian dan hidup dgn bahagianya bersama2. very simple.

2. kau tak jumpa dan kau akan terus mencari, mencari n hanya tuhan je yg tahu sampai bila. yg ini mintak dijauhkan.

3. kau jumpa, tapi dia sangat sempurna melebihi 9 perkara yg kau impikan sampai kau lemas dan terdetik dlm hati, ini bukannya gadis hampir sempurna yg kau cari.

tapi apa pun encik rostam, teruskanlah mencari. jgn pts asa. kalau jatuh sepanjang pencarian, bangun sendiri dan jalan semula.
jgn ltk expectation yg tinggi, nanti sendiri yg sakit,
ok?

FARYN said...

taknak.carilah sendiri =P

Perempuan cerdas said...

Saya nak jawab.

Garden State.

Ada hamster burial.
And Natalie Portman's eccentric as hell.

Ok now i want my rm 3oo.

*senyum nakal *

M

Zaini said...

fuh.

ni kalau komik jepun (apetah tu yg kasi-kasi markah pada gadis) tu, mau dapat 98%. hell mungkin 100%.

selera kita sama tam. jadi bila kau dah jumpa nnti bolehla aku buat rujukan =)

btw, deskripsi yg hmpr serupa mungkin ada pd jeon ji-hyun dalam my sassy girl. kut =)

mnmlf said...

yap.
garden state...

watak si Largemen tu mmng ade iras2 gaye ko tam.
cool + macho + kental.
yer, kental even xpandai berenang.

tp watak samantha tuu tak penah aku nk terpk akan terjumpe kat mane-mane, lagi-lagi kat mesia nie.

jika dia dikatakan wujud, maka mustahil bagi perkara itu. tidak tam...

stam said...

FARYN - kedekut!

M - Hamster ke? bukan aniing ke? Eccentric? Mana acii.. eccentric to broad sangat, catwomen pon eccentric jugak. Bagi perlakuan eccentric yang specifik.

macam ni bagi 300 rupiah je la

Zaini - tengoklah ada lebih aku kasi

Faizal - hah peja, ko ada cd garden state? nanti bawak masa konsert mogwai!

mnmlf said...

ok bro.
nnt aku burn.
dlm dvd, cd aku xde.

Pan said...

kalo jmpe 2 org...
knal kn sorg lg 2 kt ak...
bole x bole??

Perempuan cerdas said...

Hamster laaaaa.
Siap ada hamster graveyard okay.

Apa kata tengok balik.

300 rupiah keji okay.
11 sen.
Sadis.

Tsk.

M

Youjie said...

Mungkin dibibir ingin yang sempurna...
Tapi yang paling tak sempurna lebih penawar dari segalanya...
Sempurna itu fana...

#_#