Beberapa hari lalu, Brader Mellow menelepon aku. Ya, The Brader Mellow, salah satu watak menarik aku pernah jumpa ketika blog ini masih di era pasca melankolik 'S'. Ketika era neo- 'Pintu Neraka', hal-hal kerjaya dan being out of place. Malas aku nak link rujukan pada perkataan dan nama ber-font Italic, pandai-pandailah korang menyelongkar catatan sisa-sisa hidup aku yang lepas dalam blog ni.
Brader Mellow, being a good person that he is, sekadar menelepon untuk bertanya khabar, kerana aku yang seperti manusia yang suka datang dan pergi dalam hidup orang tanpa meninggalkan sebarang sentimen yang signifikan ini, seperti mahu jadi manusia yang suka datang dan pergi dalam hidup beliau tanpa mahu meninggalkan sebarang sentimen yang signifikan.
Sedar tak sedar, I described myself exactly. And it does not ring: 'Mohd Rostam Mustapha is a good person'.
Tapi aku percaya, memang ramai pun manusia-manusia yang seperti aku. Persoalannya, bagaimana kita boleh rapat dengan seseorang, kemudian menghilangkan diri begitu saja tanpa khabar berita. Lupakan segala kenangan, segala budi, atas alasan untuk move on. Tidak rindu, tidak peduli, tiada rasa bersalah.
"Hey, yeah, he's the guy I used to know back blablablabalabla... I wonder how he's doing...hmmm... " dan seminit kemudian, "weh, alamak terlupa, drama yang ada Lisa Surihati berlakon tu start pukul berapa?"
Walhal bukan terputus hubungan sangat pun, nombor telefon masih ada. Cuma mungkin sudah terlupa. Bayangkan bertapa keciknya hati manusia yang dulunya pernah berkawan rapat, tahu rupanya dirinya bukan siapa-siapa dalam hidup. Tetapi anehnya akan menjadi seseorang, apabila contoh: mahu bertanya tempat kerja kosong, mahu menggunakan kepakaran beliau dan mahu bertanya jalan kerana dia tinggal dikawasan itu.
Tipikal? Ya, memang tipikal manusia hanya berkawan atas kerana sebab dan tujuan tertentu. Bukan perkara baru. Gila apa nak berkawan tanpa sebab. Dan jika kita kehabisan sebab, atau dalam erti kata lain, tiada signifikasi dan kepentingan lagi. Persahabatan itu cease to exist, tiada tujuan dan hilang terus nilai. Begitu saja.
"Owhh.. dah meninggal? Wah tak sangka, dulu-dulu aku ingat lagi...blablablabla..." dan seminit kemudian "weh, DVD cerita Kate Hudson tak pakai baju tu sapa yang pinjam eh?"
Mungkin sebab itu, kawan baik boleh dikira dengan jari. Lagi-lagilah jika anda seorang mahluk mutasi yang hanya ada tiga jari. Ingat ramai sangat ke nak berkawan rapat dengan lu? Dan dalam banyak-banyak makwe, seorang sahaja yang kita dambakan untuk hidup bersama, berdampingan sepanjang hidup.
Namun sesekali bila mendapat tahu kita masih diingati, walaupun kita sendiri buat-buat lupa, rasa terharu. Dan ketika itu, kita mula sibuk menilai kembali, naluri ketiga dalam interpretasi pengalaman religius dalam teori neo-Teologi: tentang naluri kebaikan: yang memunculkan akhlak dan menjadi tempat bersandarnya manusia dalam perbuatan-perbuatan baik, untuk apa salahnya bertanya khabar tanpa perlu tunggu wujudnya keadaan bila timbul sebab untuk berbuat demikian.
Hargailah kawan, tidak kira rapat atau tidak, berkepentingan atau tidak, cool atau tidak, fun to hang out with atau tidak,
Ataupun sekurang-kurangnya rasa bersalah, kerana melupakan dan meminggirkan mereka
Kerana jika kita masih anggap diri sebagai manusia, selain naluri ingin tahu dan naluri estetika, masih ada naluri kebaikan. Jika hilang salah satunya, hilang jiwa. Hilang pegangan.
3 comments:
aduh. terpukul.
aku sudah tolak undangan kenalankenalan lama atas dasar mahu siapkan mewarna.
tapi belum ada rasa bersalah itu.
dan ada juga kebolehan untuk hilangkan diri tibatiba.
ahhh apakah?
thanks. muhasabah yg terkena.huhu
pergh..
baru ak sedar la...
Post a Comment