Monday, November 17, 2008

S Prequel.

Aku picit-picit hidung tahan nak terbersin. Cilakak buku berhabuk penuh dengan huma berserta mikroorganisma. Taulah buku subjek Botani, ini siap sekali dengan sampel-sampel fizikal. Biasanya aku jenis yang tidak menahan apabila terasa hendak terbersin, it's a blessing. Pandai-pandailah aku cover dengan tangan dan menghala ke kawasan yang bebas dari orang ramai. Tapi kali ini ada makwe didepan aku jadi aku terpaksa, demi memuaskan tuntutan alam, harus mengawal kekacakkan.

Mungkin aku orang pertama mengambil buku tebal dan berat itu dari rak-nya setelah hampir 15 tahun tidak disentuh.

Lelaki A pun satu, konon ajak aku temankan dia study di library besar dengan dua orang makwe. Tapi apasal tak beritahu awal-awal makwe yang seorang lagi itu, 'makwe yang ini!'. Kalau aku tahu, mungkin aku akan lebih bersedia dengan mengenakan pakaian yang lebih smart serta semburan wangian yang sepatutnya.

Walaupun sudah berminggu kelas bermula, itulah kali pertama aku berinteraksi secara begitu dekat, direct dan rapat dengan 'makwe yang ini!'. Mungkin aku patut berterima kasih pada Lelaki A kerana peluang ini.

Pilihan buku tebal dan berat serta berabuk bukanlah kerana pengarangnya berpengaruh dalam bidang Botani, tetapi lebih kepada sebab, aku boleh tegakkan buku itu diatas meja, kemudian menyorok dibelakangnya disebalik mukasurat yang memaparkan gambarajah ntah apa lumut yang mempunyai nama latin yang macam hot kalau bapak kita menganugerahkan kita nama yang sama.

Contoh: Sapa nama kamu?: Enrique Protazoa Englesias, ataupun Jennifer Porphyra Umbilicalis Lopaz. Ataupun Pipiyapong Cretaceous Calcareous Gonzales.

Botani bukanlah subjek kegemaran aku, dan study di library seawal jam 10 pagi di hari minggu, bersyukur sajalah umur aku masih panjang kerana aku telahpun ibarat melakukan perkara yang dikira 'buang tabiat'. Dan library besar itu, aku tidak begitu selesa berada didalamnya, ia sememangnya sebuah tempat yang pada aku, adalah agak 'spooky' dan sumpah aku tak berani study seorang diri disitu di tempat meja yang tersorok. Aku sering terbayang kelibat 'pelajar' berambut panjang yang menutupi sebahagian wajahnya, berlegar diantara rak-rak buku yang panjang dan tinggi, memegang buku yang berdarah, mungkin roh pelajar yang tensen belajar 75 semester pun tak grad-grad jugak.

Walaubagaimanapun tidak dinafikan, library sememangnya merupakan suatu setting yang romantik untuk permulaan sebuah kisah cinta indah. Of kos, tanpa kelibat hantu di background yang menjahanamkan segala mood untuk bermadah asmara.

Di hari yang agak berbahagia itu, baru aku sadari, rupanya susah jugak nak konsentret pada pelajaran jika sebenarnya kita lebih konsentret pada ciptaan tuhan yang pada mata aku, cukup indah dan sempurna di hadapan kita. Itu belum lagi hal-hal berkaitan pengawalan kekacakkan serta aspek penonjolan karakter lelaki ilmiah.

Di hari yang agak berbahagia itu juga, pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku merasakan itulah 3 jam paling singkat pernah aku tempuhi di situasi berbentuk sesi pembelajaran. Tidak puas. Selalunya, apa-apa yang berkaitan sesi pembelajaran, seminit bagaikan selamanya. Almost unbearable.

Lelaki A mencadangkan untuk pergi melantak tengahari selepas selesai sesi 'gaya hidup pelajar universiti itu' di kafetaria berhampiran.

Kafetaria juga sememangnya merupakan sebuah setting yang sepatutnya romantik untuk permulaan kisah cinta indah. Of kos, tanpa gangguan kesibukkan kelibat manusia yang berpusu-pusu membeli makanan dan mengejar masa pada waktu puncak. Crowded seperti neraka yang menjahanamkan segala mood untuk bermadah asmara.

Tapi aku tak kisah, gua kan rock, tak perlu semua itu. Malah hati 'excited' semacam. Hati seperti meyakinkan, adakah ini harinya, apabila segala terbuku di hati akhirnya terbongkar? Adakah ini harinya apabila kisah hidup dan keperibadian diri akhirnya dikongsi tanpa perlu sempadan rahsia? Adakah ini harinya, apabila segala segan-silu diketepikan kerana akhirnya dinding ais berjaya dicairkan melahirkan bibit pengenalan? Adakah? Adakah?

Dalam hingar bingar, akhirnya kami berempat menemui meja kosong. Sebagai lelaki budiman, aku menawarkan iri untuk membeli makanan kami berempat. 'Makwe yang itu!' juga tiba-tiba kelam-kabut menawarkan diri untuk mengambil pesanan dan membeli minuman kami berempat. Nak jugak jadi perempuan berbudi bahasa. Taknak kalah dengan lelaki budiman.

Setelah bergelut lebih kurang merebutkan makanan dengan manusia kelaparan yang lain, aku kembali ke meja dengan membawa sedulang santapan tengahari kami.

Separuh jalan aku terdengar suara gadis menjerit diikuti dengan bunyi aauucchh! yang nyaring.

Aku toleh dan terlihat 'makwe yang ini!' tersimpuh di lantai sambil memegang pergelangan buku lalinya. Bekas minuman bersepai membasahi lantai, dan sedikit di atas pakaian 'makwe yang ini!'

Ibarat nangka wangi, jatuh terduduk terpijak lantai licin kerana berkasut tumit tinggi. Terseliuh pergelangan buku lalinya.

Kalau Lelaki A yang tergolek, aku pasti tergelak tanpa simpati. Tapi yang ini, tiba-tiba hati remuk dan hancur. Tergamam, tak percaya apa yang terjadi di depan mata.

Mungkin, bagi sesetengah lelaki yang licik, ini peluang untuk menjadi hero. Aku mungkin telah melakukan perkara yang hampir sama. Cuma aku tidak terfikir langsung untuk menjadi hero. Cuma tindak-tanduk spontan, setelah menyedarkan diri dari ketergamamam, untuk meletakkan makanan kami berempat di atas meja dan menuju ke arah 'Makwe yang ini!' dengan langkah teragak-agak, tidak pasti. Tiba-tiba sekeliling aku jadi kelam, aku terpaku tak tahu untuk buat apa-apa.

Aku tiba-tiba buntu, freaking out, semua ini terlalu sudden. Perlukah, atau bolehkah aku memegang tangannya, meletakkan tangan aku sekeliling bahunya, memeluknya erat untuk memimpinnya berjalan, mengurut pergelangan kakinya. menyentuhnya? Layakkah aku? OK kah dia diperlakukan sedemikian oleh aku? Tak disalah anggapkah tindakan aku nanti.Silap percaturan nanti aku disangkanya lelaki pervert.

We do not know each other that well

yet

Hancur.

Dalam drama pun, bila hero ustaz muda buat perkara yang sama dalam situasi yang sama, walaupun niatnya ikhlas untuk membantu, tetapi disalah anggap oleh manusia yang berhati busuk dan penuh dengan hasad dengki.

Ini bukan drama, ini kehidupan sebenar

realiti

realiti yang segala tindak-tanduk dan kejadian yang berlaku diperhatikan oleh beratus-ratus pasang bijik mata di kafeteria itu dan dihakimi mereka

Reputasi aku, is at stake, terutama di mata makwe-makwe lain.

Aku seperti putera kodok, dia ibarat puteri kayangan, so unreacheable. Aku hormat dia that much

Belum sempat aku menghampiri 'Makwe yang ini', Makwe yang seorang lagi yang bersama kami itu terlebih dahulu meluru ke arah 'Makwe yang ini'. Cuba memimpinnya bangun.

Ditakdirkan, untuk membuatkan situasi lebih komplikated, tiba-tiba muncul sepasang pensyarah suami-isteri, sepasang pensyarah yang dressing gila islamik. Yang lelaki berjanggut dan berketayap, yang perempuan pula berjubah labuh. Datang membantu 'Makwe yang ini!'

Peh, lagi lah aku kena cover line.

Oh tuhan, apakah ertinya semua iniii??!!!

Sepasang pensyarah suami-isteri alim pun membantu membawa 'Makwe yang ini!' ke klinik menaiki kereta mereka. Makwe yang seorang lagi itu ikut sekali menemani.

Aku dan Lelaki A? Berdiri tercegat sekadar mampu tolong pegang beg mereka. Takkan nak ikut sekali satu kereta, kang kena ceramah agama pasal pergaulan rapat lelaki-perempuan bukan muhrim kang saja je.

Rasa macam loser gila

Hari yang sepatutnya membahagiakan itu, hari yang kononnya akan memulakan detik-detik perkenalan kami,

hancur mengalir ke dalam longkang busuk kafeteria.

Aku mula terpikir, adakah ini pertanda, bahawa aku dan perempuan yang namanya bermula dengan huruf 'S' ini memang tak ada jodoh

Ataupun petanda, perempuan ini akan menyusahkan aku, menjadi beban dan tanggungjawab aku nanti, for as long as i know her. Dan bersamanya?

.................................................................

Sampai sekarang, aku mungkin ada sedikit rasa menyesal. Kalaulah aku tak terlalu memikirkan pandangan masyarakat dan reputasi diri. Mungkin itu baru sikit tuhan nak testing aku.

Tapi overall, aku rasa, all is not lost. The next day, aku terima ucapan terima kasih dari S. Walaupun sebenarnya aku tak buat apa-apa pun. Dan hari-hari berikutnya kami semakin rapat dan dia pernah beritahu aku, akulah kawan paling baiknya selama ini.

Dan aku tahu, kepada pembaca setia blog aku, you know how the rest of the story goes. Well, sebahagian saja. Gila apa nak cerita semua. Kantoi dengan S dan mereka-mereka yang mengenali kami nanti mampos aku.

Cukuplah peristiwa dikejar bekas tunang orang, dikejar bekas-bekas balak S nanti mana aku nak lari?


8 comments:

Perempuan cerdas said...

setting cinta di library paling indah dan romantik di dunia kot.
buku klasik
sepi yang ada sexual tension.

Eh menariknya belajar botanikal.

M

pengkao said...

pergh ko punya stail ada iras2 shahnon ahmad sikit la aku rasa..

StingRay said...

kalau aku..guna ja dulang makanan yang ko bawak tu..hulur suruh dia pegang...haha..nak lagi best..bersila depan dia...ajak jamah makanan sekali....

hiraukan mereka yang lain...

cipta fantasi mu...sendiri...

hahaha...

Jorji said...

lu memang sialan! buat gua tak senang duduk kat opis baca cerita lu!

haha.

cinta lu memang samarinda Rusdi Ramli la.

stam said...

Perempuan cerdas - ya indah, tapi untuk belajo, bukan bercinta. Aku ambik paper Botani 2 kali.

pengkao - tak tahu, tak penah baca buku shahnon ahmad. dia sasterawan negara kan? oh mengapa aku sering disamakan dengan orang2 hebat

stingray - baik aku buat-buat mati depan dia, tumpahkan makanan sekali

jorji - Rusdi Ramli? takde contoh yang lebih edgy sikit?

Rajuna said...

tak sangka romeo jugak ngko ye stam? aku memang tak pernah la 'mencuba nasib' kat library ni.

aku suka sorokkan buku je. Satu buku nak kongsi satu kelas? jangan harap. aku sorokkan dulu.

haha

hegira said...

haha. kenapa ya lelaki lambat nak berfikir. lambat bertindakbalas.

erm. akan ada ending kat cerita ES ni?

Youjie said...

Ade sape akan tulis fasal aku dalam blog tak?

Aku akan melayang ke langit....