Thursday, November 27, 2008

Entri Licik Untuk Sebenarnya Menyentuh Isu Semasa Tapi Buat-buat Macam Style Tulis Kisah Kehidupan Peribadi.

Ahli jiwa, pakar hal-hal mencari keindahan dalam ketidaksempurnaan, walaupun itu alasan paling lame untuk menjustifikasikan hidupnya yang menyedihkan, kerana mengakui diri tiada pilihan, pilihan bukan ditangan sendiri dan kemungkinan

dibenci para malaikat.

Hidup memang tak pernah adil oleh itu berpuas hati sahajalah akan keindahan yang tidak seberapa pantulan cahaya lampu pada lopak air di atas jalan.

Aahh,

Balik-balik pantulan cahaya lampu di permukaan objek bersifat pemantul,

balik-balik manik-manik hujan di kaca jendela,

balik-balik indah malam yang sunyi dibuai irama titisan hujan pada bumbung. Disapa hembusan dingin yang mendatangkan mood mellow.

Ah crap,

Bertapa mempersonanya palitan lumpur pada tubuh husky dan maskulin kenderaan mewah aku itu.

Ah hell,

Tiada yang lebih indah dari permandangan forklift kotor ditepi longgokan paip 21 inci.

Oh Lord,

syurga duniakah itu, disebalik kepulan wap air bercampur debu magnesium terhambur dari putaran kipas cooling tower, seperti mahu berada didalam pelukan mereka, macam ayam kukus.

Dan hemburan agen kanser dari mulut aku berkepul membentuk wajah perempuan-perempuan yang selalu mempermainkan perasaan aku, buat muka menganjing.

Aku buat muka rilek, layan permandangan indah tayar forklift. Apahal nak mengelabah dengan asap rokok?

Habis sebatang, kembali ke depan panel. Process Controller 2 tengah sibuk layan SMS. Suasana hening sedikit tanpa bunyi bising main blower dari arah plant. Kalau tak macam Boing 707 parking sebelah control room. Hanya tinggal Burden Feeder yang selalu trip setiap 20 minit, mengganggu tidur aku. Dasar Burden Feeder, nama seburuk perangainya.

Tiba-tiba terbayang wajah perempuan-perempuan yang selalu mempermainkan perasaan aku. Mereka juga burden feeder.

Menatap skrin LCD DCS mempamerkan permandangan indah, indah lagi, sini semuanya indah macam lahanat. Permandangan grafik interface seluruh proses sistem. Yang percayalah, tidak langsung seperti menatap imej pornografi.

Picit dahi, senaman rutin aku depan skrin DCS.

Ketahuilah makwe-makwe semua, seluruh industri pembuatan dan proses kimia sekarang tengah tenat, tengah gawat. Permintaan merudum, harga pasaran terlalu rendah, nilai saham jatuh. Pembekal dan pelombong mengurangkan operasi. Rakan-rakan seindustri sibuk bertanyakan kerja kosong, kilang mereka juga sedang krisis, curtailment sebulan lamanya. Segala insentif dan elaun dibekukan.

Lelaki kuat fizikal ini dilemma, perlukan perhatian.

Korang pulak sibuk gembira harga minyak jatuh? Lepas tu sengaja menduga perasaan gua tanya bila nak dapat bonus?

Dasar Burden Feeder!

7 comments:

perempuan cerdas said...

Tengah bayangkan tayar forklift.

Hmm.
Hmm.


M

stam said...

Ops, belum habis tulis lagilah, ter-post tadi.

hegira said...

wah. struktural bahasa melayu tinggi!! haha. tapi sangat menarek. amat.

apa apa pun. enjoy life, bro.

Razaisyam said...

aku ada tix tgk wayang indie kat pavi

ahad ni nak join tak, kau aku pjoe nasir?

hang out bersama jantan2 loser

StingRay said...

kesan-kesan dan tanda-tandanya semakin hampir...memang benar seperti mimpi Nabi Yusuf a.s... teori 7 tahun.. =}

j or ji said...

ketika aku kerja di samsung corning,kilang membuat tiub televisyen...kekadang,sampai jugak kebencian melampau begini..dan aku bersama rakan bermain menhempaskan tiub tv untuk menghilangkan bosan.

kaca-kaca tiub televisyen bertaburan dilantai memantulkan cahaya kelam kilang....mantul sangat!

pjoe said...

aku faham
tahun lepas pun aku tyakde bonus

mari maki majikan