2003
Menyelinap ke dalam dunia asing, bergerak bebas tanpa disedari, tanpa dipedulikan, dalam kepompong selamat aku sendiri, keluar dan masuk darinya sesuka hati aku, menyebarkan aura misteri, adalah satu perlakuan dan perasaan yang paling empowering.
Tapi sekejap je, lepas tu dia rasa jadi macam lonely.
Sekali sekala lari dari kelompok aku, berbual dan berbicara, perkara yang sama
Over and over again. Kerana jika kita berkata selainnya, dipandang serong dan tidak diterima. Bosan. Aku sudah ambik keputusan, untuk terus meneroka, kerana hanya babi yang suka duduk diam. Cepat berpuas hati.
Okaylah, setelah dikhianati sistem pendidikan negara, aku tinggalkan ibukota, aku tinggalkan Lembah Klang dan segala tarikan duniawinya, aku tinggalkan dunia senibina dan landskap, aku tinggalkan segala falsafah, hedonis dan aprisiasi seni mereka, aku tinggalkan politik radikal dan utopia mereka, aku tinggalkan semua kenangan..
Mulakan hidup baru, sebagai bayang-bayang dan manusia halimunan
Dan belajar perkara baru, perkara yang mudah, tidak memeningkan kepala dan terlalu berat terutama untuk golongan artistic seperti aku, serta less complicated
perkara seperti Kejuruteraan Kimia.
.......
Sudah hampir 10 bulan, tiada panggilan, tiada SMS, tiada khabar berita, seperti dilupakan,
Ahh pedulikan. Biorkan dia bahagia bersama pilihan hati. Aku sendiri terlalu ego dan bermaruah untuk membuat panggilan
Jika begini penyudahnya, aku redha. Lebih baik begini, akhirnya aku bebas menentukan hidup aku, tanpa diselubungi bayang-bayang dia.
Aku nak belajar rajin-rajin. Tak mahu main-main seperti dahulu, aku nak jadi nerd, aku nak jadi bukan siapa-siapa. Siapa yang ganggu aku study, aku akan caci ibu-bapa termasuk kekasih mereka, serta siapa-siapa yang berada dalam vicinity mereka.
Jadi mulai sekarang, hanya buku tebal penuh dengan formula depan aku ini sekarang akan menjadi teman setia aku.
.......
Nenong..nenong.. tiong..tiong... Nokia 3310 berbunyi.
Nombor yang tak dikenali muncul.
Keparat mana pulak yang berani ganggu aku mentelaah ini?
Aku: "hello! tolong jangan ganggu hidup saya perempuan yang tidak dikenali, saya ada taste tahu?"
Pemanggil: "Hey! kau kat mana tu? Ni akulah S. Rindu ah kat kau!"
Ah sudah. Fuck.
Dan segalanya bermula untuk sekali lagi..
.........
S: "Kau buat apa kat Kuantan?
Aku: "membawa diri.."
S: "Owh.. ye ke...?" (suara macam cuak gila)
Aku: "Takdelah! Aku study la kat sini"
..........
S: "Telefon aku hilang lah. Menggelabah gila semua contact numbers hilang..."
Aku: "Ow ye ke? Patutla aku try call banyak kali tak dapat (tipu). Habis tu mana kau dapat nombor aku ni?"
S: "Adalah... I have my resource.."
..........
Catching up lebih kurang and then,
Aku: "Oklah aku nak sambung study laa.. next week test."
S: "Owh sorry ganggu, study elok-elok, jangan main-main cam dulu..
Aku: "Okay mak.."
S: "hey!"
Aku: "Apa?"
S: "Simpan nombor ni tau?"
Aku: "tau.."
S: "hey!"
Aku: "Apa?"
S: "Call me okay.. sometime. I miss you..."
Klik. Hang up.
Aku tutup buku tebal penuh dengan formula. Bukak laptop, sumbat earphone kat telinga, layan lagu Mineral dan Explosions In The Sky.
Nak study abendenye bila dah emo...
12 comments:
terus berterabur...haha
Sekarang rasa emo jugak dowf.
M
kau buat apa layan awek S nie. kalau aku dah lama aku singgung...
cari laa awek yang pakai kereta honda ke, naza ria ke...
tu pun nak kena aku ajar...
JANGAN MALUKAN PERSEKUTUAN!
aku cuba menafikan emosi sentimental yg 'deep' dalam jiwa aku ini lalu setiap kali aku habis membaca post tentang S..aku mencarut.
haram.
indahnya melayan perasaan!
Tam, apakah S nie pompuan y penah ko cite kt aku dlu tu?
Pompuan y menjadi penyebab ko jadi seorang pe'rokok minimalis', adakah?
aduh. sakitnya. mellow lah bro.
mellow sangat.
bangun!
Stingray - nasib baik tak tercaci ibu-bapa itu perempuan
Perempuan Cerdas - maaf, nama saya bukan dowf
ammosham - pundek la Apex! ko ingat S tu sapa? dia bawak Vitara la
Jorji - siri S ini target gua sepatutnya mencairkan jiwa sentimental makwe-makwe saja. Gua faham mengapa lu perlu mencarut
Mohd Faizal - Siapa lagi perempuan-perempuan di dunia ini yang berjaya mencuri hati aku Peja..
Hegira - Lelaki kuat fizikal is kuat hati also
lepas lyn emo, sila dengar boy set fire.
Rembo - gila aku tak boleh blah BSF.
mungkin aku perlu menulis bagaimana merampas kekasih orang pula..hahaha
emo2 layan lagu aizat Af la best.
Post a Comment