Sunday, November 9, 2008

Pengalaman Saya Dikejar Bekas Tunang Orang Dan Meluat Dengan Makwe Orang

Kekadang, aku fikir dah memang takdir hidup aku sebagai lelaki single yang ada rupa, berjiwa dalam dan berpersona kompleks untuk tersepit dicelah konflik sepasang kekasih (walaupun sebenarnya baru dua pasang, tapi boleh tahan serabut tengkorak). Tapi sumpah, aku bukan lelaki jalang, sundal dan perampas. Kebanyakkan mereka hanyalah kenalan lama, seperti kata Auntie Ella, "hanya kawan".

Jadi jelas disini, aku seperti mahu menegaskan, aku sebenarnya ialah mangsa, mangsa yang tidak tahu apa-apa, tersepit dan disepit dicelah-celah, dipergunakan, diperdaya, objek purist yang sering dipermain-main dan diperalat-alatkan, innocent, naif lagi fragil.

Amacam, simpati tak?

Aniwey,

Untuk memendekkan cerita panjang, walaupun hari penuh dugaan itu bermula dengan beberapa siri twisted luck yang menyebabkan aku tiba-tiba driving on the way ke Teluk Intan menghadiri kenduri kahwin seorang kenalan sambil menumpangkan watak protagonis utama cerita ini (perempuan bekas tunangan orang).

Sepatutnya aku perlu me-loading S dan beberapa kawannya juga tapi dia tak suka sama itu watak protagonis lalu tidak mahu bersamanya dalam satu kereta dengan aku. Alasannya, watak protagonis bermulut lantang dan suka cakap lepas. Peh alasan macam budak-budak.

Perempuan itu pun satu hal lagi, aku makin tak faham perangai dia. Fucking mengelirukan. Walaupun secara luaran S dan watak protagonis seperti berkawan baik (cerita lain).

Dengan kelajuan tidak munasabah, akhirnya aku tiba dilokasi kenduri kawin setelah menempuh beberapa gangguan panggilan telepon dari S sepanjang perjalanan. Sibuk bertanya lokasi dan kedudukan. Ahnoyying!

Sampai, salam tuan rumah, melantak, borak hal kerjaya dengan kawan lama, berbual politik lebih kurang akhirnya tiba time untuk blah. Telepon mudah alih aku berbunyi, S rupanya ada lepak kat rumah sebelah (rumah makcik pengantin yang baik dengan S), 'bersembunyi'. Geram, aku panggil watak protagonis yang tak tahu dirinya tidak disukai berjumpa S, sebab mereka sudah lama tak berjumpa. Watak protagonis gembira amat jumpa 'kawan' lama, siap peluk-peluk lagi. S buat muka tak puas hati dengan aku sambil terpaksa bersikap mesra depan watak protagonis, layan peluk sekali. Padan muka.

Tak sampai lima belas minit S minta diri, dah lambat katanya. Sebelum blah dia sempat menyindir, "kau balik la dengan 'bini' kau tu".

Pehh!! Ikutkan hati aku tunjuk jari tengah aku depan muka dia baru tahu. Suka hati aku lah nak berkawan dengan sapa, perempuan aneh!

But soon enough, little did i know, i would regret what i've said, sebabnya...

Dalam perjalanan ke kereta untuk bergerak pulang, seorang lelaki muncul entah dari mana dan menahan watak protagonis. Aku tercuri dengar perbualan mereka, "I nak jumpa you sekejap, kita perlu bincang... you buat apa kat sini... I tak suka...yada yada yada..."

Peh macam slot Samarinda. Melayu urban.

Seorang kawan yang kebetulan sebelah aku beritahu: "kalau kau nak tahu, itulah bekas tunang watak protagonis"

Bekas tunang?!! What the F mannn....!!! Apa dia buat kat sini, bikin kecoh ke? Aku dah la naik kereta berdua-duaan dengan watak protagonis. Nanti dia fikir bukan-bukan kang tiba-tiba dia serang aku dengan objek keras dan tajam. What the F maannnn...!!

Aku duduk dalam kereta diam-diam sambil memerhatikan drama swasta melayu urban depan aku. Malas aku nak membayangkan dialog-dialog mereka berdua. Barangkali si lelaki berkata "oOh mentang-mentang I tak sekacak lelaki tu, tak pakai kereta mewah macam dia, you tinggalkan I?!!.

Aku pegang stereng kereta kuat-kuat, enjin sudah stenbai kasi panas, bersedia untuk sebarang kemungkinan. Dalam hati siap berdoa dan beristifikarah, sesekali tercarut. Hari yang sepatutnya hari gembira jumpa kawan-kawan lama hari ini bertukar menjadi mimpi ngeri dan hati start panas from the beginning.

Barangkali aku adalah lelaki pertama di dunia ini yang tak pernah bercinta dan mempunyai makwe yang hidupnya porak peranda disebabkan PEREMPUAN.

Watak protagonis berjalan menuju ke arah kereta aku, muka tensen. Si lelaki pulak muka down, macam muka Norman Hakim masa dia bagitau reporter dia pasrah.

Enjin sudah panas, aku kasi U turn ala donut satu, penuh kemahiran dan memecut keluar simpang. And to my horror, Si Lelaki bekas tunang watak protagonis tiba-tiba membuat aksi mendebarkan yang sama. Keretanya pantas mencucuk belakang kereta aku. Aku buat-buat rileks, bawak dengan speed biasa-biasa. Aku fikir kalau dia buat hal, memang carik nahas. Aku dipihak yang benar dan tak bersalah. Mak aku cakap, tuhan tolong orang dipihak yang benar dan tak bersalah tahu?

"Yang tadi tu, bekas tunang kau ke?" Aku tanya Watak Protagonis. Dia iyekan. "Dia carik kau sampai kat sini, apa dia nak?". "Dia cakap dia dijemput sekali, tapi aku tau dia memang nak carik aku, nak ajak berbincang lagi. Aku tak suka la dia buat perangai macam ni! Nak bincang apa lagi, lapan hari lapan malam berbincang pun aku taknak, taknak, tak suka! " Watak protagonis emo.

Peh, aku lagi tak suka semua orang buat perangai, lepas tu macam nak libatkan aku. Kat muka aku ada cop "Kaunter Mengadu" ke?

"Err.. apasal ex kau tu macam follow kita je" -aku

"Memang dia tengah follow tu, ntah apahal buat perangai gila"- Watak Protagonis

Shit minah! aku ingatkan dia main-main je, Watak Protagonis boleh buat rile-rilek aje, macam tak kisah nyawa aku terancam.

"Takpe, buat rilek-rilek je, dia takkan kacau orang, nak bincang sangat tunggulah aku balik rumah. Kau nak ikut highway kan? Nah belok kiri kat depan tu" - Watak Protagonis.

Kemudian Watak Protagonis telefon ex dia: "Apa you buat ni? Apa you buat nii?!! Kenapa you follow I? Kenapa you follow kawan I?! Kenapa you buat perangai macam ni? Kan I dah bagitau you tadi kalau nak bincang kita jumpa lah kat KL nanti, I bagi you sejam!"

Peh cakap elok-elok tak boleh ke minah ni? Ni lagi macam nak provoke mamat tu. Kang dia naik angin dia langgar belakang kereta bernilai tinggi aku ni sapa nak ganti? Takkan aku nak mintak dia bayar? Dia bayar aku dengan penumbuk ada la kot.

Dah dekat berapa kilo aku memandu sambil diekori seorang lelaki berditerminasi tinggi kerana gila bercinta tak nampak pun bayang-bayang exit ke highway. Minyak makin kurang, aku dah macam cuak.

"Weh ko biar betul jalan ni, ni dah nak sampai Ipoh dah ni" - Aku

"Sorry sorry, aku sebenarnya pun tak berapa ingat, aku tak boleh fikir la sekarang, aku tengah serabut!, Sorry Otam.." - Watak Protagonis

Shit minah! apasal tak sound awal-awal. Aku cuba maintain tenang, baca sign board elok-elok, bawak slow-slow, pedulikkan Si Lelaki Berditerminasi Tinggi tu nak follow belakang aku macam orang gila, tak tau aku sebenarnya sesat.

Tapi semakin aku memandu dalam keadaan teragak-agak dan kelam-kabut begitu, seperti memberi gambaran kepada ex-tunang Watak Protagonis aku sedang cuba bawak lari bekas tunang dia.

"Weh kau SMS la ex kau tu cakap 'sorry bro, aku sesat'. Suruh dia jalan depan, aku follow pulak, mana tau dia tau jalan." aku cuba membuat lawak

"Kau gila?! Aku bukan main kerek marahkan dia tadi, nak mintak tolong dia. Jatuhlah maruah aku" Watak Protagonis pun dah macam nak tergelak-gelak jugak, kurang sensitif punya perempuan. Sungguh, situasi sekarang sudah mula kelihatan seperti suatu perkara yang lucu. Kami hanya mahu pulang ke KL, tapi tersesat jalan, dibelakang kami pula ada bekas tunang orang asyik follow kerana fikirkan yang bukan-bukan. Minyak aku habis,minyak dia pun habis.

Hingga akhirnya kami tiba di pekan Tapah, aku menuju ke arah Tol untuk masuk ke highway. Dari cermin belakang, aku tengok mamat tu dah masuk stesen minyak. Heh, dalam hati macam nak tergelak tapi seriously aku kesian jugak kat mamat tu. Watak Protagonis memang tak patut. Tak bagi peluang langsung. Dalam hati nak aje aku berhenti kereta, suruh Watak Protagonis turun, balik dengan mamat tu, bincang elok-elok. Tapi Watak Protagonis lebih rela bawak lari kereta aku dari jumpa mamat tu sekarang.

Atas highway kuasa kuda kereta aku makin menyerlah. Hati lega sebab berjaya melarikan diri dari diekori. Aku cuba korek rahsia dari Watak Protagonis apa sebenarnya yang berlaku. Tak perlulah aku ceritakan disini hal rumah tangga orang. Cukup korang tahu mereka baru seminggu putus tunang, dan out of the blue, after like fucking 5 years, Watak Protagonis call aku ajak keluar, sudah lama tak jumpa katanya, then the shits with ajak aku pergi kenduri kahwin kenalan lama kami and the shit with her and S. Banyak betul shits. Babi betul perempuan-perempuan ni, ada masalah carik aku.

Cerita aksi kejar-mengejar sebenarnya berlarutan panjang lagi, sepanjang 185 km jaraknya dan berkos hampir rm70 minyak kereta dan RM20 duit tol. Dipendekkan cerita aku berjaya shake him lose again ketika di kesesakkan lalu lintas di Sungai Buluh. Sampai aku hantar Watak Protagonis di tempat dia parking kereta dia, sempat lagi dia ajak aku minum, aku cakap jangan buat hal, aku dah penat aku nak balik. Cukuplah segala drama dan adventure aku hari itu.

Aniwey,

Aku cuba carik moral disebalik semua perkara ini. Aku malas nak cakap adakah perempuan-perempuan ni semua ada hati dengan aku, ataupun aku ni sekadar kaunter aduan, lelaki naif mudah ditipu dan dipergunakan. Aku tak menaruh harapan apa-apa, ataupun menaruh perasaan. Kami semua berkawan, kawan lama. Realitinya, despite all i wrote, rupa aku takdelah macam Brad Pitt, itu semua sarkastik la bodo. Kalau tak dah lama aku selamba ngorat Raja Farah ataupun mintak kerja jadi model sambilan. Tak perlu mengadap DCS hari-hari.

Untuk bersikap adil, aku memang faham perasaan mamat tu. Aku pun lelaki jugak, mungkin kalau dia ada buat silap, kalau dia sanggup buat kerja gila macam ni, maksudnya dia memang mengharapkan diberi peluang,mungkin dia ikhlas. Lagipun aku tak kenal dia. Aku kenal Watak Protagonis saja, semua dia cerita, dia sajalah yang betul, kalau dia tipu aku, mana aku tau. Aku hanya dengar dari sebelah pihak.

Benda-benda macam ni, kadang-kadang buat aku takut bercinta. Beri komitmen pada orang. Hancurkan harapan orang. You can only take so much, no more than what you can chew.

When you love someone so much, it HURTS. Sakit macam neraka!

Amacam, cair tak?

9 comments:

Kumprinx said...

lol

s a L o m a said...

perempuan ni boleh belakon drama la..hebat!

Perempuan cerdas said...

cerita bilik magic S tiga itu,i've experienced the same thing.sumpah nganga dalam bilik magik.
dan ya.
cerita ini memang drama swasta yang sesuai di tonton pada hujung minggu dan makan keropok lekor.

warm regards,
M

hegira said...

haha.

apsal ko ni eh.

ok. sebabnya mungkin:

1. Kau hanya sesuai jadik best fren orang perempuan. konon platonik lah tu.
2. Derang memang suka jadikan kau spare. Pakwe yang akan jadik alas bantal kalau Pakwe utama dah taknak.
3. Derang dari dulu suka, tapi takut nak cakap sama kau sebab sama ada kau a. gay, atau b. tak suka derang. yang membawa kepada:
4. Persahabatan kau lebih bernilai daripada apabila menjadi seorang 'pakwe'. kalau derang cakap suka kat kau, takut kau jauhkan diri or tak suka sama derang balik.
5. ada lagi tapi malas nak taip.

niways, enjoy life la bro!

Jorji said...

hahaha..
begitu punya deep lu dengan S..lu pergi kenduri bawak pompuan lain depan S?

aniwey, gua rasa lu digunakan oleh gadis protagonis.

DA1882 said...

sunggoh mencemaskan dan mendebarkan sekali. bacer je pown rase suspen..

AkuKopiKauSiapa? said...

aku suke bace yg nie..
sungguh suspen..
bagi aku..
watak protagonis tu lebih senang mempergunakan kau..
jadi baik lah kau jgn mudah terpedaya dan silalah jual mahal kepada die..
huhu

dan aku setuju dgn hegira di isi ke empat.

Anonymous said...

ni macam citer Yusof Haslam je.

btw, dulu2 amik literature ke?banyak plak protagonis, antagonis.

Youjie said...

aniwey, gua rasa lu digunakan oleh gadis protagonis.
Sokong!!!!!