Wednesday, March 12, 2008

Main Tag Tag Pulak

Masa aku kecik, aku selalu main cuit-cuit dengan adik aku hingga membawa ke perkelahian. Aku rasa lebih kurang macam main tag-tag ni jugaklah. Bila tak balas balik rasa tak puas hati dan rasa nak hentak kaki ke lantai. Aku kurang arif dengan budaya tag dalam arena blogging ni, aku rasa ini sekadar alasan kerana orang yang start buat benda ni tak tau nak tulis apa dalam blog dia. Sindrom ini nampaknya diterima kerana yang peliknya ramai yang bersikap sporting dan layankan jugak. Seperti aku yang agaknya tengah blank tak tau nak tulis apa ni. Seperti selalu aku cakap, 'bukan ketandusan idea tapi tiada idea untuk menggarapkan idea supaya penulisan aku tidak kelihatan bangang'.

Pipiyapong yang tag aku. Nak tau sangat apa benda dalam dompet aku, boleh kenal personaliti orang melalui isi dompet mereka katanya. Patutlah ramai orang ada masalah suka curi dompet, masalah takde awek yang berpesonaliti menarik rupanya. 

Dompet aku ni baru lagi, hadiah dari mak aku, hadiah sempena aku konvokesyen aritu katanya. Cap Leno, barangkali free sebab mak aku agen Leno. Nak kecik ati kang bukannya aku mengharapkan hadiah apa-apa pun, diorang datang majlis konvo aku pun dah kira bagus, sebenarnya aku anggap hari konvokesyen aku tu sebagai hadiah untuk diorang, bukan hadiah untuk aku. Sebagai tanda terima kasih kerana menampung pengajian aku dan elaun bulanan sepanjang aku bergelar mahasiswa. The kenangan and moment is priceless kata orang, walaupun aku sebenarnya tak dengar sangat kata orang. At least aku dah buat diorang rasa bangga. 

Ini merupakan dompet aku yang paling 'dewasa' dan 'matang' pernah aku miliki kerana ianya seratus peratus kulit tiruan dan tidak berjenama jalanan seperti Quicksilver ke, Billabong ke, Bodygloove ke, ES ke yang kebanyakkan dibuat dari kain nilon tebal. Designnya juga sangat minimalis namun classy, ada tag brand Leno yang bertatahkan logam kaler emas. Jahitannya juga kemas dan sampai sekarang takde unsur-unsur mahu koyak tidak seperti kebanyakkan dompet aku yang terdahulu. Jelas, mak aku tidak menghadiahkan aku dompet yang merepek dan bukan-bukan. 

Semenjak aku bekerjaya, fungsi dompet aku hanyalah tempat untuk menyimpan duit serta kad-kad. Bukan perkara tidak relevan seperti tayar spare, kunci kereta, telefon bimbit, almari pakaian, komputer riba dan gambar artis. Duit syiling pun aku jarang simpan kerana dompet ini tidak berzip dan aku selalu suruh gadis cashier yang menaruh niat untuk mengikis harta aku melalui jelingan menggodanya untuk 'keep the change'.  

Antara cebisan personaliti aku didalamnya adalah:

1. Duit RM95, masa aku balik kampung hari tu saja aku keluar duit lebih skit buat bekalan, manalah tahu ada gadis yang memerlukan sepanjang perjalanan. Sampai sekarang tak terusik lagi kerana hatiku belum terusik. 

2. Mykad - MyKad gambar aku tak pakai spek, sering kali aku diperhatikan berulang kali setiap kali polis atau akak kaunter berurusan dengan aku memerlukan MyKad aku, rupa aku sangat lain tanpa spek yang aku dah pakai sejak darjah 6. "Oohh rupanya dialah superman... " bisik mereka.

3. Kredit Card Mastercard Maybank - Digunakan untuk online purchase sahaja dan untuk pembelian yang kalau pakai cash boleh menebalkan poket. 

4. Kad ATM Maybank - Kad belakang ada tulis nombor akaun aku, convenient 

5. Kad ATM Bank Muamalat - Dulu pakai masa bayar yuran pengajian, sekarang jarang guna, dah patah riuk pun. 

6. Lesen Memandu Kelas D - Orang yang tiada lesen memandu tiada personaliti.

7. Business Card 1 - Manager company konsultant piping dan chemical supply mana ntah bagi aku masa aku baru habis azan asar kat surau kolej masa buat assignment Tamadun Islam. Masa tu dia tumpang sembahyang kat surau kolej, ada business ngan kolej agaknya. Terus dia bagi aku kad dia. Dia ingat aku pelajar alim mamat nasyid yang cemerlang dan berharap satu hari nanti aku akan kerja ngan dia. Tapi tu masa aku semester satu dulu, dah lama. Sampai sekarang aku simpan, manalah tahu tergerak hati nak kontek satu hari nanti, kalau dia still ingat aku, tup-tup rupanya dia takde anak lelaki dan memerlukan waris untuk perniagaannya, lepas tu anak pompuan dia plak cun gila layan The Postal Service

8. Business Card 2, 3 dan 4 - Konsultant hiasan landskap, tempat member aku kerja. Kompeni advocates and solicitors tempat Lawyer Rock bekerja, tak pasti dia still kerja konsultant itu lagi. Mana tahu aku nak saman sapa-sapa nanti perlukan lawyer. Mohd Khairi Abdullah, editor majalah sukan extream apa ntah, camna aku leh berkenalan ngan dia ni tak faham aku.  

Seperti biasa aku kena tag lima orang lagi jika tak malapetaka dan musibah akan menimpa diri aku. Perkara sama juga akan terjadi kalau mereka yang di-tag tidak melakukan perkara yang sama. Syaratnya hanya tag orang lelaki sahaja. Ini bukan karut, tetapi cyberia...






No comments: