Aniwey aku ingin menceritakan tentang orang baru di dalam team syif kami ini. Aku juga sebagai operator paling junior diantara mereka-mereka yang lain, menjadi mangsa untuk diberi kepercayaan membimbing orang baru yang belum sedar dia telah membuat kesilapan paling besar dalam kariernya ini. Yang lain mahu lepas tangan, mahu lari dari guilty-conscious masing-masing.
Si orang baru, aku malas menggelarkan 'budak', kerana faktor umur dan pengalaman, menurut penilaian awal aku, adalah golongan tipikal pekerja industri berat. Penuh kenaifan pada permainan dan penipuan dalam kehidupan, kurang kreatif menilai dan meneroka dan mudah menerima apa yang disogok dan takut meneroka jauh.
Dia, si orang baru, seorang rookie 32 tahun, sementara aku, si hot shot 25 tahun.
Memanglah aku hot shot, ini tempat aku (walaupun tiada sense of belonging walau seharam pun), aku lebih lama bekerja disini darinya.
Orang baru, dibekalkan pengalaman lebih tujuh tahun di bidang industri pembuatan, cukup untuk membuatkan dia kenal selok-belok dunia yang perkara paling profound lagi deep sekali didalamnya, ialah suhu, halaju dan isipadu bahan-bahan kimia merbahaya. Makna kehidupan dirumuskan berdasarkan sifat kimia dan fizik sistem molekulnya, ataupun sensitivity control valve. Lebih mudah disebut sebagai kayu dan robot tidak berjiwa. Walaupun dia dari aliran mekanikal, makna kehidupannya mungkin dirumuskan dari kepanasan dan saiz bearing, gegaran grating, keketatan belting dan sprocket bermasaalah. Sama sahaja, mesin berat kilang bernyawa.
Jelas, jika dunia mereka hanyalah kerja dan berkaitan dengannya, 8790060 tahun pengalaman sekalipun tidak akan menjadikan mereka manusia witty dan wisdom full. Kecuali jika kamu datang disini semata-mata mencari rezeki dan pisahkan diri kamu dari dunia keluli-mesin-mekanikal ini dan bergerak didalam bubble kamu, keluar dan beredar disekitarnya sesuka hati kamu pada bila-bila masa, dan kembali selamat dan dilindungi didalamnya, sesuka hati kamu pada bila-bila masa. Hanya tampak sebahagian darinya, namun bergerak sebagai pemerhati dari luar. Rok weh!
"Kawan, saya sudah lama kerja banyak tempat, saya sudah tengok banyak jenis orang, tapi you ok aa.., manyak pandai"
Siapa disini yang ada pengalaman beratus tahun bekerja dan memahami serta mengenali segala jenis perangai manusia yang berlegar dalam dunia industri under the sun? Bukan aku. Sampai sekarang aku masih tak faham spesis ini dan sifat mereka.
I fucking refuse untuk menjadi seperti dan sebahagian dari mereka. Dan mereka sudah pandang aku sebagai 'pelik' dan 'berbeza'. Kawan, diluar sana bersepah orang macam aku. They're the one who make me who I am.
Jika hanya di tempat kerja dia berpendapat dia mampu menemui segala jenis-jenis manusia dan merasakan diri mereka sudah matang kerana itu, jelas sekali dunia dia hanya berkaitan dengan kerja.
Disebalik kerumitan dan complexity kira-kira serta pengaturcaraan dunia industri dan kejuruteraan, setiap dari jenis manusia yang terbabit dalam dunia industri ini adalah diibaratkan mikroorganisme mudah. Hidupnya ibarat logik DCS yang sudah di pre-program. Semuanya diceduk at the surface, tiada depth. Sedih aku terpaksa berkenalan dengan seorang lagi produk hasil pendedahan dan ketaksuban dunia industri.
"Kawan, dulu bapak saya ada business, dia ada lori satu. Dulu kalau saya tak pergi belajar mesti saya sudah kaya sekarang, ada 2 bijik lori"
Peh gila deep mamat ni, terlalu insightfull pemikirannya. Bilalah aku akan jadi macam dia, mungkin aku perlu bekerja di Pintu Neraka 3457789008700 tahun lagi. Terima kasih kerana mengajar aku kehidupan akan lebih mudah dan kurang rumit melalui teori logik dan bukan melalui falsafah yang tiada masa depan tu.
Akupun dah penat berfikir. Suka hati kaulah!
No comments:
Post a Comment